Saturday, December 08, 2018

betapa hancurnya hati aku


"betapa hancurnya hati ustazah." 

aku masih ingat ucapan ustazah beberapa tahun lepas. dengan riak wajah yang penuh kecewa mengenangkan anak didik yang dianggap seperti anak terlibat dengan hal maksiat. itu pun belum tahap berzina lagi... baru ditangkap khalwat sebab berdua-duaan di tempat gelap. cukup, untuk buat hati seorang guru hancur kecewa. boleh bayang perasaan mak ayah yang menerima khabar tu pula?

beberapa minggu lepas, kalimat yang bermaksud seperti ini aku dengar lagi dari teman terdekat. ada ahli keluarga yang bercinta sampai buntingkan anak dara orang.

"aku sampai fikir apalah dosa aku sampai kena macam ni.."

hancur luluh yang sungguh-sungguh. benda-benda ni kita biasa tengok di televisyen, kita dengar di radio, kita tengok masyarakat sekeliling. kita tak pernah expect benda macam ni boleh jadi pada keluarga sendiri. bila tuhan bagi atas kepala, Allah... baru kita sedar betapa masalah sosial dalam kalangan anak muda memang nyata. bukan sekadar laporan yang kita karang di atas kertas kajang.

dan beberapa hari lepas, ada kenalan sendiri yang ketahuan berzina.

"betapa hancurnya hatiku."

itu yang sahabat terdekatnya mengadu pada aku. skrip yang sama. pendek kata, orang sekeliling yang sayang pada kita memang akan hadap satu kekecewaan yang nyata bila ketahuan kita buat sesuatu yang bodoh, yang jelas-jelas tuhan marah, yang terang-terang tuhan kata jangan.

kita tak akan lepas dari dosa. kita manusia, macam-macam mana pun memang akan ada dosa. kadang-kadang ada manusia-manusia yang dosanya sama saja dengan dosa orang yang tertangkap, bezanya cuma tuhan tak bagi atau belum bagi izin dosa tu di-publish sampai orang lain tahu.

tengok diri sendiri. ada tak dosa maksiat yang kita tahu kita tak nak orang tahu kita buat sebab kita tahu memang benda tu dosa yang mengaibkan kita, ada?

jadi, bila kita terima benda-benda macam ni, janganlah "ish tak sangka dia macam tu". we all addicted to different kind of sins. kita pun ada dosa-dosa yang orang lain tak tahu dan kita tak sanggup untuk orang dapat tahu. kita tak tahu macam mana orang solat dan berdoa untuk tak ulang dosa yang sama tapi masih lagi gagal. kita wajar rasa kecewa pada perbuatan seseorang yang mungkin akan merosakkan imej dirinya, keluarga mahupun bangsa dan agama, tapi janganlah sampai benci atau jijik pada batang tubuhnya.

zina adalah hal yang sangat sering kita dengar, even di sekeliling kita. sampai ulama' pun ada beri amalan khusus untuk selamatkan zuriat dan keturunan kita dari zina. benda ni menakutkan sebab boleh kena sesiapa saja. orang yang belajar agama pun terkena apalagi yang jauh dari ilmu agama. Allah suruh kita jauhi zina tu bersebab. sebab memang zina akan menyusahkan diri sendiri, pasangan zina dan keluarga. semua akan susah. 

sekarang zina bukan cuma dalam kalangan anak muda tapi mak pak orang pun sama. betapa besarnya impak teknologi bila disalah guna. kenal di facebook, wechat, lepas tu chatting hari-hari, lama-lama jumpa. rasa lelaki/perempuan tu lagi elok dari suami/isteri sendiri. sebab dia memahami, dia dengar masalah rumahtangga. tak macam suami/isteri sendiri yang menyusahkan menyakitkan hati. last sekali, bercinta sampai berzina. end up rupa-rupanya isteri/suami baru pun rumahtangga bermasalah juga. yelah, dah start pun dengan jalan yang Allah tak redha, macam mana rumahtangga nak okay? masa bercinta memanglah paling manis paling memahami paling yang paling sekali. realitinya akan nampak dalam pernikahan. 

kepada yang dah terlanjur berzina, ketahuilah bahawa selagi tak bertaubat, memang tak akan senang dan tenanglah hidup. Allah akan ampunkan. Allah akan ampunkan. Allah akan ampunkan. yang penting kena menyesal sungguh-sungguh. kepada yang tahu dan sedar dia sedang hampiri zina, marilah berhenti. tak padan pun sebenarnya nikmat sekejap ni nak banding dengan azab Allah, tapi itulah... selalu kalah dengan nafsu.

tapi... jangan putus asa untuk berhenti ya?

pernah Syeikh Rohimuddin ditanya, "macam mana nak buat kalau kita buat dosa dan bertaubat tapi kita ulang lagi dosa yang sama?". jawapan syeikh mudah dan sangat memberi harapan, "taubatlah, apa susah. kalau buat lagi, taubat lagi. kalau buat lagi, taubat lagi. sampai syaitan putus asa untuk menggoda kita untuk ulang lagi."

serius... taubat memang akan menenangkan hati setelah kita dilanda keserabutan hasil dari dosa yang kita lakukan. buat dosa ni memang akan buat kita tak tenang, serabut, segala benda tak kena. tapi orang yang beriman dia akan sedar benda tu effect dari dosa yang belum ditaubati. so, taubatlah. selagi tak taubat, selagi tulah kita tak okay. benda ni Rasulullah saw sendiri sampaikan yang Allah sebut kalau hamba-Nya sedar dia berbuat dosa dan memohon ampun pada Allah, Allah akan ampunkan dan setelah diampunkan itu kita boleh berbuat sesuka hati (maksudnya, tadi yang serabut gelisah takut dengan dosa, dah boleh rilek). dan kalau ulang dosa lagi dan taubat lagi, Allah akan ampuni lagi dan kita boleh rilek semula, lagi. ALLAH TAHU MEMANG KITA AKAN BUAT DOSA - TAPI ALLAH NAK TAUBAT KITA!

insyaAllah akan share hadis ni dengan lebih detail dalam next entry. i cried when i heard it from syeikh, i bet you will too. we all will. knowing how loving and forgiving our Rabb is when we deserve to be punished, siapalah keras hati sangat untuk tak menangis.

Monday, September 24, 2018

Raja' kepada Raja

Untuk aku, perasaan yang paling indah ternyata bukan bila apa yang aku nantikan dengan penuh rindu akhirnya datang kepadaku. Perasaan yang paling tidak terungkap indahnya ternyata bukan bila cinta dibalas cinta.

Ternyata... perasaan yang paling indah bagi aku adalah perasaan raja’. Perasaan mengharapkan Engkau. Perasaan berharap kepada Engkau. Perasaan memerlukan dalam keadaan aku tahu Engkau sedang ada. Bahagia, walaupun aku dalam luluh. Nyaman, biarpun aku sedang takut.

Tidak ada momen yang paling mengerikan bagi aku selain dari keadaan yang membuat aku buntu tidak tahu bagaimana lagi harus dilaku. Raja’ kepada-Mu menyelamatkan aku dari cengkaman itu. Masalah tidak semestinya terus selesai hilang ditelan pengharapan kepada-Mu tetapi pemberitahuan tentang adanya Engkau di dekatku sudah cukup membantu diamkan jiwa yang sedang ribut.

Sudah aku bilang, bahagia walau dalam luluh, nyaman biarpun dalam takut. Raja’ kepada-Mu mengubah ribut menjadi angin kencang. Mengubah angin kencang menjadi bayu. Sehingga akhirnya ribut damai sendiri walaupun masalahnya masih di sana tidak terusik.

Kerana itu aku paling suka perasaan ini. Aku bukan menyukai ujian yang datang bersamanya. Bukan juga kerana nikmat yang hadir dengannya. Tetapi aku mencintai aku yang mengharapkan-Mu satu-satunya. Di kala tidak ada satu orang pun yang boleh membantu memberi kedamaian, aku suka bagaimana raja’ membuat aku hanya bersama Engkau. Tidak ada yang lain. Hanya ada aku yang mengharapkan Engkau. Hanya ada Engkau yang menadah segala keperitan dan ketakutan hamba.


23 September 2018, 01:05

Tuesday, August 28, 2018

What An August! (2.0) - "Wa aslihlii aakhiratii"

hari ni aku mula melangkah keluar dari penjara yang aku sendiri bina. tangan dan kaki yang sendiri digari pun sudah dilepas. dah lama sebenarnya tak jadi macam ni. dua hari tak keluar bilik tak bercakap dengan sesiapa kecuali ibu. sebab seperti selalu, yang selalu memahami kondisi diri -- cuma ibu.

dipendekkan cerita, ayah, kakak dan abang ipar baru pulang dari sabah. jadi, selama hampir dua bulan aku cuma tinggal berdua dengan ibu. suasana rumah pastinya lain. sunyi tapi ada hal yang menenangkan juga bila tak ada orang ramai memandangkan emosi macam periuk api. insyaAllah semua akan okay, selagi tak pijak. aku akan okay, selagi tak dikacau. jadi, hampir dua bulan hidup dalam kedamaian tanpa sebarang bebelan (bila kau cuma berdua dengan ibu, hubungannya lebih seperti teman akrab haha). dan tiba-tiba, pulang saja yang lain kerumah, pelbagai emosi masuk.

alkisahnya ayah ada marahkan sesuatu tapi bagi aku, marahnya tak bermotif sebab tiba-tiba marah. aku pula sejenis pantang orang marah tak bersebab. isunya kecil tapi sebab masa tu aku sedang baik-baik dengan penuh naif tanyakan sesuatu tiba-tiba dia marah. aku macam bengong dan benganglah kejap. apahal nak marah-marah tak ada angin ribut. jadi, benda tu end up aku terus angkat rizqi (sebab isunya berkait dengan rizqi) masuk bilik dan hempas pintu. itu yang rizqi konon nak pujuk kiss airmata tapi dia mengundur semula lepas rasa masin. #hopelessromantic

sepatutnya hari esok kami ke pasir mas, kelantan untuk hadir kenduri tapi sebab aku dah totally damaged malamnya, aku tak tidur semalaman, badan memang sakit sungguh-sungguh sebab menangis memang tak berhenti dari malam ke pagi, serius (kalau kau masih ingat aku tak boleh sedih langsung sebab nanti badan akan sakit ditambah lagi kalau badan tak dapat rehat). esoknya mata tak boleh buka dan kabur. serik juga haha. 

jadi, bila dah aku diamkan diri saja dalam bilik, orang panggil tak disahut, semua orang yang tak tahu cerita jadi bengang. ingat aku tak nak pergi sebab tak nak bangun tidur. sulong dah menjerit macam orang gila. abang ipar pun cakap rugi sewa kereta (sebab kereta saga sempit untuk satu rumah, jadi dia sewa kereta kawan). migha diam saja, sibuk make up barangkali. ayah tak banyak kata apa sebab dia tahu kemungkinan dia punca. ibu biasa saja, panggil tak henti tapi dalam nada memujuk sebab dia tahu anak ini tak boleh dikeraskan. makin keras, makin berontak. aku macam mayat hidup atas katil  dengan mata yang tak berhenti berair. sebab sakit nak mampus badan. perasaan yang sama masa mula-mula sakit dulu.

natijahnya, ibu tak ikut sebab teman aku di rumah. lepas semua dah keluar, aku keluar bilik cerita pada ibu begitu begini. ibu macam biasa, faham kenapa emosi aku "terkejut" bila dah lama nyaman aman damai, tiba-tiba kena serabut, serabutnya tak bergurau. zuq sungguh. memang aku tak nafikan aku akan salahkan sekeliling yang tak membantu beri vibe positive. tapi dalam masa yang sama, aku mengakui semuanya hanya sebab aku. aku yang macam ini. benda tak ada apa sangat pun tapi sebab itu aku, benda jadi besar. aku kena terima yang puncanya aku. bila saja boleh harap untuk emosi tak dikacau? nak duduk sendiri dalam gua?

dua hari tak bercakap langsung dengan ayah. sejenis marah yang nak tengok pun tak nak. syaitan ambil kesempatan atas sakit sedia ada. dalam masa yang sama diri sendiri berperang, "this is not Allah approved", "i know but i can't", "you can but you don't want to". sampai kesudah tak habis. 

yang paling menyedihkan dalam bab ni bila akhir sekali aku nak kena tenangkan diri sendiri. tak kisahlah yang cari pasal, yang kacau tu ramai mana pun, akhirnya sendiri-sendiri saja. sebab orang tak tahu. orang tak boleh tolong. benda tu terkesan besar mana pada kita, orang tak tahu. orang hanya nampak dasarnya that was rude tapi hancur bahagian dalam tu orang tak tahu. kalau benda tu sekadar kehendak emosi marah yang sebenarnya, tak akan jadi menangis kan? bila menangis ni maksudnya, kau sendiri tak approve apa yang kau buat.

so, it was hard. hari ni alhamdulillah i'm getting better. i talk to everyone. this test is super tiring tapi entahlah... aku dalam keadaan tak boleh nak pertikai persoal dengan apa yang Allah nak hidang. aku tadah saja. dosa banyak ya Allah, aku tahu. semoga sesi-sesi menyalahkan sesiapa ni aku boleh setelkan di dunia terus. aku tak nak ya Allah benda ni berlarutan sampai ke akhirat. aku tak nak jawab aku begitu begini sebab dia tu begitu begini semata nak melepaskan diri sebab masa tu confirm aku nak selamat. masa tu, confirm apa saja yang boleh buat lepas, kita akan guna habis-habis. tapi aku tak nak ya Allah. semoga Engkau bantu aku sebab tak ada daya aku melainkan dengan bantuan-Mu.

sebabnya kan... in the end kita akan rasa tak gunalah atas dunia saja berkumpul baik, gembira bagai tapi di akhirat kita boleh jadi menyalahkan satu sama lain atas kesilapan kesalahan kelalaian yang kita lakukan. just thinking about what if kami satu keluarga (dan semua orang yang kita kasih dan cinta atas dunia) tak boleh pass through pemeriksaan Allah... Allahuakbar... tak berbaloinya bergelak sakan bersama tapi tak dapat nak bantu selamatkan bersama.

semua benda sekarang, kena pandang sampai akhirat. semua. dari seremeh lekeh benda, hingga ke sulit rumit perkara. aku dah dapat satu cara sebagai constant reminder, kena selalu sebut "usratii aakhiratii", "sodiqatii aakhiratii", "zaujii aakhiratii". tapi yang zauji tu contoh saja sebab tak ada lagi. tapi begitulah. masa nak marah nak sakit hati terasa hati, harap dapat membantu peringatkan yang kita tak cuma hidup atas dunia saja. keluarga kita inilah akhirat kita. sahabat kita inilah akhirat kita. pasangan kita inilah akhirat kita. penentu baik buruk akhirat kita.

“Ya Allah, perbaikilah urusan agamaku yang merupakan penjaga keselamatan urusanku, perbaikilah untukku urusan duniaku yang di dalamnya terdapat mata pencarianku dan perbaikilah untukku urusan akhiratku yang akan menjadi tempat kembaliku. Jadikanlah hidup ini sebagai tambahan bagiku dalam setiap kebaikan, dan jadikanlah kematian sebagai pemutus dari setiap keburukan.”

oh ya, sebagai penutup,
yang penting aku kena tahu fakta --
it's not about negative vibes, it's just me. 


Saturday, August 25, 2018

What an August! - "Allahumma 'a-inni ala syukrika"

phew. kesat peluh kejap.

what an august. what. an. august. bulan ni memang bulan yang paling banyak buat aku belajar realiti mendewasa. ternyata aku bukan lagi anak perempuan yang bangun tidur tak perlu fikir apa-apa tentang bagaimana mencari wang untuk melangsungkan kehidupan.

setahun lebih bergerak dalam harakah jemaah ini (di medan lapangan), hidup memang banyak berubah. sebab aku belum direzekikan untuk sambung pengajian. cukup setakat diploma, setakat ni. dan alhamdulillah, rezeki Allah tak pernah tersekat gara-gara pendeknya perjalanan tempoh menuntut ilmu secara formal. 

sebelum terlibat dengan jemaah di lapangan, aku sekadar jadi dropship agent untuk beberapa produk dan hasilnya, alhamdulillah okay juga dalam keadaan diri tak ada komitmen apa-apa untuk dibayar (kecuali ptptn tapi masa tu tak ada intention untuk bayar lagi). nak beli apa-apa pun boleh usahakan sendiri tanpa perlu minta duit orang tua. cukuplah lulus level pertama tersebut walaupun belum mampu untuk menanggung orang tua keseluruhannya. belum capai level tu. belum sampai. sabajap.

bila dah mula bergerak dengan parti, aku disibukkan dengan tugas-tugas di bahagian media. waktu tu, bermula kehidupan sebagai full time 'amilin PAS. waktu sahabat-sahabat sedang sambung belajar dan sudah mula punya pekerjaan, aku masih di depan laptop berhadapan photoshop. tapi ini bukan ayat iri, jangan salah sangka dulu. apa yang aku nak kata, orang lain direzekikan oleh Allah untuk mencari hasil dengan kudrat fizikal yang mereka ada. aku pastinya masih berkudrat tapi mungkin tak segagah mereka untuk bekerja sehari suntuk ke sana ke mari. rezeki mereka begitu. mereka mampu juggling dengan kerjaya dan jemaah.

tapi Allah rezekikan aku "masa". masa untuk fokus sepenuhnya kepada jemaah. aku tak ada hasil bulanan macam mereka tapi confirm aku akan claim gaji tu di akhirat sana nanti. buka akaun dengan Allah ni investment yang berbaloi dunia akhirat, insyaAllah. 'izzu dunya bilmal wa 'izzu akhirah bila'mal. hebatnya dunia itu kerana harta, hebatnya akhirat kerana amal (yang bertukar menjadi pahala). 

tak lama lepas tu, aku mula berkira-kira untuk cari kerja. sebab masa tu dah rasa sangat perlu untuk cari wang sendiri. tapi kerja yang ada semuanya kena keluar rumah (of course) yang memerlukan pergerakan fizikal yang banyak, which i'm not an expert for now. jadi, pending lagi projek mencari kerja. dan masa tu aku berkira-kira untuk mula freelance job as graphic designer. tapi tak juga terbuat sebab dah datang musim PRU. kerja memang banyak gila untuk media. so, masa tu aku pun, "okay, kita hold dululah misi cari duit ni. kita fokus dulu menangkan PAS. lepas dah setel PRU, kita on balik."

okay, done PRU. PAS menang di Terengganu. so, masa PRU memang aku dah ditugaskan untuk jadi designer calon ADUN. once beliau dah menang, aku diteruskan jadi designer rasmi berelaun bulanan. kerja dari rumah. rezeki. sungguh memang tak pernah terfikir pun bila menang akan ada this kind of "ghanimah". this is my first time kot, so i have no idea how things work. sekarang baru faham. even ADUN pun aku baru faham apa fungsinya. selama ni duk YB-YB situ sini aku dok pahang starang uols aku ngaku aku meme bodo bab tu.

satu, dapat kerja as designer exco kerajaan negeri. then datang lagi satu Allah hulur, ditawarkan untuk jadi aku-lupa-apa-nama-jawatan-tu di salah satu institut bawah kerajaan negeri. tapi aku tolak atas alasan aku susah keluar rumah. susah transport dan memang badan tak boleh penat. tapi aku happy sebab Allah buka pintu tu dulu. aku suka bila aku dapat tahu yang Allah nak bagi sesuatu pada aku. lepas tu, dapat lagi tawaran sebagai pegawai media dun. tapi yang ni memang dah terlanjur terima siap isi borang bagai dah tunggu hari nak angkat sumpah saja tapi last minute dapat tahu, kena follow exco kehulu-kehilir since pegawai media kena dapat info on the spot untuk ditulis berita. jadi, sebaiknya ditukar pada muslimin. aku honestly lega. sebab aku dah pernah tolak sekali hari tu kalau kena keluar rumah, kena duduk pejabat, aku tak dapat nak bagi kata setuju. tapi since dah terlanjur terima masa tu, aku teruskan. dan alhamdulillah Allah Maha Memahami! bagi surprise last minute.

and you know what... once aku dah isi borang tu, aku memang doa sungguh-sungguh supaya Allah jaga aku, pelihara aku dari segala fitnah yang mungkin akan datang dari pekerjaan ini. sebab dalam kontrak setahun tu macam-macam boleh jadi. aku akan jumpa ramai orang, aku kena berhubungan dengan ramai orang. anything can happen. dan bila dah jadi macam ni, bila dah cancel job ni, aku dah berair mata masa tu sebab aku ingat aku doa tentang tu. Allah sedang selamatkan aku dari apa yang aku tak tahu. ah, Tuhanku Maha Romantis!

jadi, dari elaun yang almost 2k, dah turun kepada kurang 1k. tapi tak apa, sebab aku pun nak do my freelance job. aku nak majukan aku punya freelance. nak fokus promot produk sendiri. tapi tak lama juga lepas tu dan tak sempat pun lagi nak start promot design sendiri, ada lagi satu tawaran kerja datang. lucunya, maghrib tu hujan lebat dengan guruh, aku tiba-tiba terdetik nak doa, "Ya Allah, nok cari pitih, nok nikoh". aku tak pernah sespesifik tu bila doa untuk urusan menikah. biasanya doa semoga dipersiapkan diri both kedua-dua kami, diberi sabar, diberi kemudahan yada yada. dan masuk satu whatsapp. ada tawaran dari distributor shaklee, nak hire sebagai designer company. sebulan dapat 1k. poster ringkas simple tapi kena buat hari-hari. aku berminat, sebab aku memang nak duit. tapi dalam masa yang sama aku takut aku tak sempat dengan komitmen sedia ada. aku minta masa untuk istikharah. dan jawapannya i say yes. alhamdulillah officially hired lepas lulus ujian temuduga haha. task pertama kena buat poster yada yada and she approved it alhamdulillah!

tulis panjang-panjang ni sebenarnya nak sebut satu point saja. Allah akan bagi rezeki kalau kita memang bergantung sepenuhnya kepada Dia. percayalah kepada Allah. kalau kita tolong agama Dia, Dia akan tolong kita yang mana sememangnya pertolongannya sangatlah besar. i never expected for this to happen. aku tengok jiran aku pagi hingga petang kerja tapi gaji masih kurang dari aku dan benda tu sangat-sangat mengajar aku betapa aku memang kena syukur sungguh-sungguh dengan rezeki yang Allah bagi sekarang. mana lagi nak cari kerja yang kita suka buat, tak payah keluar rumah tapi hasilnya agak lumayan. aku tak pernah terfikir untuk gain thousands just by doing something i love (designing) at home sambil-sambil main dengan rizqi. atau kalau lapar boleh cari makanan kat dapur. atau kalau mengantuk boleh berguling sekejap. atau kalau rasa nak shopping online, boleh scroll lazada atau shopee kejap. buat kerja tak perlu duduk proper depan orang since dalam rumah sendiri, nak bersilat berjoget sambil design no hal. weh... this is... Allah... aku tahu Engkau sedang show off kuasa-Mu kepada aku, Ya Allah. and i fall for that. sebab Engkau memang Akbar.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.
Ya Razzaq Ya Razzaq Ya Razzaq.

terima kasih kerana mencintaiku dan memberi cinta-Mu untuk aku mencintai-Mu dengan cinta-Mu.


one lonely fight.


i always know.

i got to chase my own darkness.
i got to heal my own wounds.
i got to wipe my own tears.
i got to calm my own monster.
i got to fight my own self.

this is a very lonely fight.
sure it is.

super tired, ya Rabb.
but, thanks for sending me this little fluffy happiness. he never saw me crying before so, he looked a little clueless with what's wrong with me. and unexpectedly he came closer... and kissed my tears... but once he tasted it salty (maybe) he continued doing his business (get ready to sleep).

yes, i always know cat has healing power. this superpower cat is now sleeping while here i am writing about him.






it's still feels so lonely.
but... better.

this lonely fight is also rizqi minallah. although it's so tiring, it's something i have to be syukur with. alhamdulillah. for this lonely battle. i know it's part of the journey too.

Sunday, August 19, 2018

draft yang disimpan seminggu yang lalu


we just had a little fight. boleh kata setiap tahun memang akan ada scene macam ni yang sampai tahap buat aku rasa penat, "i don't want to do this anymore". like, seriously walaupun aku agak romantik (haha!) dan sentimenal tapi untuk real relationship, aku tak berapa... em, boleh? since zaman sekolah, even masa tu tak kenal Tuhan, memang i didn't do relationship just because of this one reason - aku tak suka berkomitmen dengan orang dalam berperasaan macam ni. sebab weh renyah gila kot nak kena jaga hati dia, nak kena kisah pasal dia itu ini, nak kena merajuk kalau ada benda yang buat terasa. i just don't like it.

tapi yelah, dah makin mendewasa. dah nak masuk 25 tahun depan. benda tu makin hari makin belajar. aku masih dalam proses nak adapt hati baru "siti ainum" yang dah pandai nak kecil hati even for a small problem or reason. so, back to the little fight mentioned earlier, yes, isunya sangat kecil tapi aku sendiri tak tahu kenapa aku rasa sangat sakit. pernah kan bila rasa betul-betul sakit tu, the pain tu feel visible betul-betul kat belah kiri dada ni. when i started crying aku sendiri macam "engko dah kenapa camcetan je nak nangis mende cegini". sebab benda tu sangat bertentangan dengan who i used to be or who i think i am. like, come on girl. you won't cry for this stupid reason, like seriously? so not cool...

tapi masihlah aku pun tak dapat nak deny how hurt i was. i learnt that kecil atau besar masalah yang menjadi punca, sakitnya tetaplah sakit. masa tu aku belajar untuk appreciate feeling. sama ada perasaan sendiri atau perasaan orang lain. okaylah long story makes short, kami berdamai dengan jayanya. sebab masing-masing half right and half wrong.

yang aku perasan, setiap fight akan ajar benda baru. setiap kali. dia macam satu-satu kau kutip. tapi kau bukan boleh kutip macam tu senang-senang. kena lalu jalan tu dulu. jadi, aku suruh bakal beliau summary-kan apa yang boleh dia rumuskan untuk fight kali ni. what lesson did he learnt. tapi macam terlebih summary pula. i'm keeping this writing here so one day we can read back and laugh for our growing up journey. dan kalaupun Tuhan merancang lebih baik dengan cerita lain (tak ada jodohlah maksudnya), masih lagi ini satu proses grow up yang kedua-dua kami wajib pelajari dan kenangi.


*****


Pengajaran dari Fasa Ujian Menunggu Diijabkabulkan

Bagi mereka yang telah bersepakat untuk bina hidup bersama, fasa sebelum diijabkabul itu menjadi suatu tempoh yang cukup mencabar buat hati dan perasaan. Di kala itulah, pelbagai ujian akan datang dan kedatangan itu tidak seharusnya dipandang enteng oleh kedua-dua pihak. Dalam tempoh fasa itu juga, akan kelihatan watak dan perangai bakal pasangan masing-masing. (Time ni lah peluang  nak kenal pasangan kita tu macam mana perangainya.) Kerana itu, sebelum mencapai kata sepakat, seharusnya mereka memahami dahulu apa ertinya pasangan dalam hidup. Macam tesis atau assignment-lah, definisi tu paling penting dan berada di bab pertama selepas pendahuluan. Kalau definisi salah ditafsirkan, habis punah satu tugasan. 

Pasangan bukan sekadar beerti orang yang melengkapi hidup, tapi yang paling penting, pasangan adalah orang yang kita sedia terima segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada dirinya. Oleh itu, amat penting untuk kita memahami watak dan perangai bakal pasangan, supaya dengan itu kita dapat menerimanya dengan hati yang penuh terbuka dan tenang. Khususnya buat lelaki, fahamilah bakal perempuanmu itu dengan lebih lagi, melebihi perempuanmu memahami diri kamu. (Memang payoh nak faham, kalau nak bukukan pasal perempuan ni, fuh, tapi lelaki jangan buat-buat tak faham pulak. Kadang perempuan bukan nak kita faham 100% perasaan dia, tapi cukuplah dia nak tengok bukti kesungguhan kita untuk dia. Yang penting perjuangkan dia selalu.) Kerana lelaki perlu sedar, perempuan memang begitu diciptakan, maka mereka perlu diberi perhatian lebih dengan sewajarnya. Apatah lagi bagi perempuan yang lebih sensitifnya dalam soal perasaan, jagalah hati mereka sebaik-baiknya wahai lelaki. (Yang ni paling payah. Tapi macam bagitahu tadi, tunjukkan kesungguhan tu betul-betul. Korbanlah untuk dia.) Kadang-kadang kerana kesilapan dan kelalaian sedikit dari kita, bisa mengundang satu suasana yang cukup merisaukan. Buangkanlah ego itu sejauh-jauhnya, kerana ego itu satu halangan untuk mencapai erti sepakat antara dua pihak. Perbanyakkanlah ungkapan maaf, kerana itulah cara paling tepat untuk membuang ego yang ada dalam diri. 

Di samping itu, pasangan juga bermaksud kita siap untuk berjuang menanggung susah dan senang bersama. (Kalau asyik sokmo duk fikir ke diri sendiri jah, baik hidup sorang diri. Wat nyusoh ke orang je.)  Dalam apa jua keadaan, bila dah sepakat, maka perlu hadap sama-sama tidak kira ujian dalam bentuk kesenangan mahupun kesusahan atas dunia ini. Itulah ertinya pasangan. 

Pasangan juga beerti orang yang selalu ada di sisi kedua pihak masing-masing. (Lebih kurang point sebelumnya.) Jika satu pihak ditimpa kesusahan, jangan dibiarkan dia keseorangan, ambillah masa untuk dia, selamilah hatinya, sama-sama hadap apa saja yang menunggu di hadapan. (Sentiasalah ada untuk dia apatah lagi bila dia memerlukanmu, buktikan kau mampu perjuangkan dia sehabis daya kau.) Begitu juga kalau dalam kesenangan, jangan bersorak seorang diri, kongsikan kenangan yang indah itu bersama. Itu dapat lebih mengeratkan lagi antara satu sama lain.

Seterusnya jangan dilupa, erti pasangan juga adalah kita perlu siap untuk menunaikan kewajipan kita terhadap pasangan, bukan sekadar untuk menuntut hak masing-masing.  Betapa ramai yang gagal dalam hal ini kerana hanya mahu difahami bakal pasangan, namun tidak mahu usaha untuk memahami pasangannya.

Akhir sekali, perlu diingat, pasangan adalah anugerah Ilahi, maka sentiasalah libatkan Dia dalam hal kehidupan berpasangan ini. Kerana bila-bila masa Dia bisa mencabut dan membolak-balikkan hati manusia. (Most important part. Sentiasa panjatkan doa.) Kadang, ujian yang Dia hantarkan itu adalah satu peringatan supaya kita kembali semula ke jalan Nya. Mungkin di sana terdapat salah, silap mahupun lalai kita terhadap Nya dalam urusan harian. (Ujian tu sebagai tanda Dia masih beri peluang kepada kita untuk kembali. Kalau kita buat tidak peduli, bimbang menyesal di kemudian hari. Terima kasih Tuhan atas tarbiyah ini.) Betulkanlah niat kita semata-mata kerana Nya, dan berharap mudah-mudahan dengan usaha itu, kita dapat menikmati kehidupan dengan pasangan hingga ke syurga yang kekal abadi kelak. (Aamiin. Aamiin. Aamiin.)


*****


yes... marriage is not a mere life journey yang semua orang akan tempuh bergantung pada giliran masing-masing. tapi pernikahan merupakan jalan taqarrub billah dengan lebih lagi. lebih dari waktu sendiri. mungkinlah aku sebagai perempuan (atau memang cuma aku), seringkali memenangkan emosi. tapi acapkali itu juga aku sendiri diingatkan oleh beliau tentang matlamat - kenapa kami perlu bernikah. iya, terima kasihlah mas. aku kadang-kadang lupa. kadang-kadang terbawa-bawa dengan rasa semacam pernikahan sekadar perjalanan fitrah. it's more than that.

secara kasarnya kita sedang bercakap tentang lelaki dan perempuan, bagaimana kerenahnya, bagaimana lakunya, bagaimana sifatnya, bagaimana mendepaninya... tapi disebaliknya aku semakin melihat Allah. Allah Allah Allah. apa yang harus kami lakukan untuk impress-kan Engkau. bagaimana caranya untuk Engkau selalu di atas melebihi segalanya. pernikahan tak lain tak bukan adalah untuk sama-sama merealisasikan bahawa dengan berdua perjalanan lebih mudah dalam meninggikan Allah Yang Maha Tinggi. bukan maksudnya sendiri tak boleh, tapi memanfaatkan kerjasama antara dua manusia yang ada kelemahan dan kekuatannya yang tersendiri. #noLGBT

semoga kita semua bisa menemukan orang yang sama-sama mahu meninggikan Allah kerana Dia memang layak ditinggikan - working as a team to reach to Him with the best achievement!

Saturday, August 04, 2018

tarbiyah pakcik teksi lagi ke?

lepas dah sekian lama tak naik teksi, hari ni naik teksi. niat tak kukuh sangat nak ke jerteh tu. sekadar nak keluar rumah. dan separuh niat nak tengok kalau-kalau ada meja tulis yang berkenan di mata dan di dompet. okay pendek ceritanya, meja dah siap dibeli dan aku tengah tulis entri ni di meja ni. tapi hari ni bukan nak cerita pasal meja sangat. aku cuma nak simpan kemas kebaikan-kebaikan stranger yang aku dapat hari ni.

last time aku tulis pasal pakcik teksi was six years ago (wow sounds old). boleh baca sini. dan hari ni aku masih lagi rasa the very the same warm feeling yang Allah bagi pada enam tahun yang lalu (sebenarnya bukan cuma sekali tapi berkali-kali juga cuma tak ditulis). aku selalu amazed macam mana a complete stranger was so nice to me. dalam waktu-waktu desperate, pertolongan stranger tu jadi satu hal yang sangat besar untuk disyukuri. 

kawasan rumah aku sangat susah nak dapat teksi. well, depend pada masa dan hari la kot. tapi pendek kata, susah. nak naik grab, RM20 bai. RM40 pergi balik. RM40 tu aku dah boleh beli tiga roasted chicken kat giant tu tau. teksi cuma RM5 (seriuslah cepat sungguh tambang naik, last aku naik teksi masih lagi RM4 ๐Ÿ˜‘). tapi long story makes short, ada satu teksi yang lalu. pakcik tu angkut orang pulau (penduduk pulau perhentian - well, rumah aku area jeti pulau perhentian but i've never been there k motif curhat), lelaki. mereka sembang banyaklah dalam kereta, aku dengan ibu cuma diam fokus dengan smartphone masing sambil sesekali aku enjoy the view outside. 

then bila dah masuk bandar jerteh, aku pun "pokcik, bereti giant deh" sebab i won't walk there la sis. ba'eed jiddan la in case teksi tu nak stop dekat taxi station saja. tapi alhamdulillah pakcik tu reply, " ho bereh mugo kito nokgi giant jugok ni. nok beli bare." so, my mom and i were of course happy la sis. sebab rare juga kes-kes macam ni nak dapat. ada teksi memang tak layan terus. and lagi menerujakan bila that pulau guy cakap, "kalu nok balik sekali jugok kekgi bulehlah. kito nok beli bare sini jah. ambek nombor pokcik tu" sambil dia tunjuk pada pakcik teksi tadi. aku dengan ibu semestinya hangguk laju-laju. serius weh. payah gila nak naik teksi kat sini sebab kalau tak ada orang yang nak naik ikut route sama, dia memang tak akan bergerak sebab dia nak tunggu full satu kereta. berpanaslah kau tunggu orang dengan sakit kepalanya. so, kalau kau malas sangat tunggu, bayar harga satu kereta yakni RM20. bersepai sis duit ana. so, bila dapat tawaran tadi, kau gila tak terima dengan penuh teruja gembira?!

then habis saja beli barang, aku tengok pakcik berdua tadi tengah tunggu aku dengan ibu. i felt like crying. well, masalah aku sentimental satu hal, masalah pakcik berdua tu baik satu hal. and siap dia tunggu lagi bila aku cakap nak singgah mr diy kejap. and masa tengah jalan dia siap singgah beli air tebu untuk dia tapi dia belanja sekali aku dengan ibu (tapi aku tolak sebab aku tak minum air tebu so, dia cuma beli untuk ibu). aku macam confusedly touching kejap tadi. seriuslah memang fikir panjang nak kemana-mana dengan teksi sebab tak tahu boleh dapat teksi jam berapa dan berapa jam kau kena tunggu. sungguh Allah kasi mudah hari ni. dan aku sempatlah promot aku punya freelance graphic designining (kah! luaskan jajahan di pulau perhentian!). dah tu pakcik tu tanya kerja apa, aku jawablah. 

meeting a good stranger makes me want to be a better stranger to another good stranger. i got inspired today. 

okay tu saja nak cerita. terima kasihlah baca sampai habis. 



Monday, July 30, 2018

Ya Allah... tolonglah aku...


pernah tak duduk dalam satu keadaan yang buat kau nampak everything is designed well? termasuklah untuk segala ujian musibah yang telah atau sedang jalani, kau baru nampak betapa skrip drama hidup kau tu sangatlah gempak dan rapi. dan akhirnya terucaplah dari mulut kau, "alhamdulillah Ya Allah atas segala-galanya". perasaannya sama macam kau baru sedar yang selama ni "ohh.. dia dah lama rupanya suka aku tapi kenapa aku tak perasan selama ni". and realizing the fact that you are so loved, you just feel so grateful and lucky for all the things happened to you for you.

itulah perasaan bila kau sedar yang Allah-lah disebalik semua yang telah jadi. semua Allah punya perbuatan. dan kau akhirnya kehabisan kata-kata mengenangkan "Ya Allah.. perbuatan Engkau..."

dan perasan tak, perasaan tu... seronok.
perasaan sedang ingat kepada Allah tu... seronok. 
perasaan tenang tenteram yang tak akan boleh dapat saja-saja kalau bukan Dia yang nak bagi. 
sebab tu seronok. eksklusif. sebab benda ni bersifat individual. kita saja yang rasa. nak cerita pada orang pun tak boleh sebab barang tak nampak. mahal.

dalam kuliah syeikh muhd zainul asri tempoh hari, beliau kongsikan tentang kelebihan doa dan satu doa yang dipesan oleh Rasulullah (saw) untuk kita amalkan. Rasulullah (saw) berkata doa itu otak kepada ibadah. macam enjin. kalau tak ada enjin, barang tak dapat jalan. so do ibadah. macam mana ibadah nak berjalan kalau tak ada enjin? buat ibadah banyak mana pun, tapi tak ada doa, habislah. sebagaimana kita manusia kalau tak ada otak, tak ada nilai kita sebagai manusia. doa adalah cara untuk tunjuk bahawa kita ini hamba Dia. maka, Rasulullah (saw) ajar, berdoalah dengan doa ni setiap kali selepas solat, "Allahumma 'a-inni 'ala dzikrika wasyukrika wahusni 'ibadatika" yang bermaksud "Wahai Allah, tolonglah aku untuk dapat aku ingat kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu dan memperoleh keelokan dalam ibadahku"

Wahai Allah, tolonglah aku untuk dapat aku ingat kepada-Mu...

maksudnya di sini, kalau Allah tak bagi kita ingat pada Dia, tak mungkin kita akan ingat kepada Dia. kita ingat pada Allah hanya sebab Allah yang bagi. bukan kita ingat pada Allah, maka Allah ingat pada kita. bukan. atas sebab Allah ingat pada kita, Allah bagi kita lakukan hal-hal soleh. atas sebab Allah ingat pada kita, Allah beri kita keinginan untuk ke masjid dan hadiri majlis ilmu. atas sebab Allah ingat pada kita, Dia istiqamahkan kita kepada jalan kebaikan. atas sebab Allah ingat pada kita, Dia gerakkan tangan aku untuk menuliskan ini. untuk aku ingat kepadaNya dan membawa kalian yang membaca untuk ingat kepada-Nya. maka bila kau ingat padaNya, itu tandanya Dia yang sedang mengingatimu terlebih dulu. antara ingatan kita kepada Allah dan ingatan Allah pada kita, mana yang lebih besar? pastilah akbarnya Dia. ingatan Allah kepadamu tersangat besar. dan semua ini hanyalah atas pertolongan Allah... kalau Allah tak tolong kita untuk ingat kepada-Nya, tak akan pernah mungkin kita akan ingat kepada-Nya.

Wahai Allah, tolonglah aku untuk aku bersyukur kepada-Mu...

bila kita sedar yang kita mengingati Allah atas sebab Allah yang terlebih dulu mengingati kita, maka akan timbullah rasa syukur. syukur syukur syukur! sebab kita finally realize yang "oh... rupanya aku ingat kepada Engkau kerana Engkau yang tolong aku ingat kepada Engkau". maka kita bersyukur atas nikmat tersebut. bila kita bersyukur, itu akan menambahkan lagi ingatan-ingatan Allah kepada kita. bila kita bersyukur, nikmat akan bertambah. tetapi jangan lupa, jika kita lupa kepada-Nya, sesungguhnya azab Allah itu syadid, pedih. syeikhuna cakap, kalau bak kata orang kedah, kalau kena balasan Allah ni, makan tak habis!

dan apa yang buat aku paling paling paling tak dapat tahan air mata bila syeikhuna sebut, even kita tengah bermaksiat pun kita tak boleh lupa kepada Allah. sebagai manusia kita tak akan terlepas daripada perbuatan maksiat sebab Allah dah bubuh nafsu dalam diri kita. la budda la akan ada maksiat. jadi, disebabkan kita ni tak lepas dari maksiat, masa tengah bermaksiat tu pun kita tak boleh lupakan Allah. macam mana? bila di hati kita timbul,"ya Allah.. janganlah Engkau matikan aku, aku sedang bermaksiat wahai Tuhan...". kita sedar kita buat maksiat. jadi bila kita sedar, akan timbul rasa pengharapan supaya tidak dimatikan dalam keadaan yang tak elok. dan selepas tu akan terucap dari bibir kita, "astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah" tanda penyesalan. maksudnya, Allah masih ingat kepada kita sehingga kita mampu tuturkan istighfar. 

sepanjang masa kita tak boleh lupakan Allah. even nak lintas jalan pun kena ingat Allah. nak tidur pun kena ingat Allah. pendek kata, fi kulli makan wa zaman kita akan ingat kepada Allah sebab itu yang kita selalu minta, dengan doa tadi. doa ni kita kena minta. apa sahaja yang kita mahu, kita kena minta. you know what, bila Allah nak bagi sesuatu kepada kita, Allah akan bagi lidah kita meminta benda tersebut. itu adalah sunnatullah. kita tak akan dapati sunnah Allah itu bertukar. sebab Allah buat sesuatu itu mestilah disertakan sekali sebab. in one package. pernah tak masa berdoa terlintas nak mohon syurga (semua orang nak tapi bukan semua rajin nak doa)... tu tandanya Allah nak bagi. aku ingat lagi syeikh sebut tentang tu dalam kuliah beberapa bulan yang lalu. knowing this, macam seronok kan? like, come on guys. Tuhan sendiri yang nak bagi. kita tinggal minta saja. tu pun  malas ke?! (pointing at siti ainum)

Allah itu Rabbul Asbab. semua benda Dia buat bersebab. mati, bersebab. Allah nak bagi kita ingat kepada Dia, maka Dia bagi kita beramal dengan doa ni. nak ingat pada Allah ni kena Dia sendiri yang bagi sebab kalau Dia tak bagi, tak mungkin menjadi. perhatilah segala benda yang berlaku, yang dirasa kebetulan sana sini. tak ada istilah kebetulan, semua takdir. perhatilah. Allah buat sesuatu untuk kita fikir, apa sebenarnya yang Allah nak sampaikan. hikmah ni kita akan faham lepas berlaku sesuatu. fikirlah tentang apa yang berlaku dalam hidup kita kalau kita masih lagi teraba-raba serabut dengan masalah sendiri. and life is full of surprises. sangat betul. Allah suka bagi kejutan. contoh, kes  biasa kita hadapi, bila ada saudara yang sakit tenat tiba-tiba satu hari dia okay nampak segar dari masa sakit. kita ingat dia akan sembuh, tup tup esoknya mati. pernah jadi? Allah bagi surprise sebab nak suruh kita fikir. pusinglah ikut mana pun last sekali kita akan jumpa satu jawapan saja -- Allah. everything is Allah. Allah punya perbuatan segala-galanya. 

ingat Allah bukan sekadar pegang tasbih. apa saja yang kita buat atau apa saja yang berlaku yang last sekali akan buat kita nampak tu kerja Allah, that's zikrullah. kena ingat Allah ni ada dua sifat. satu sifat jamal dan satu lagi jalal. jamal bermaksud sifat keindahan manakala jalal sifat kebesaran dan keagungan. tengok tapak tangan kita, ada tanda 18 dan 81 in arabic kan? sifat jamal Allah ada 18. selebihnya 81 itu sifat jalal. kenapa banyak sangat sifat jalal Allah ni? kenapa banyak sangat sifat-sifat yang bekeng ganas ni? padanlah Dia Tuhan! yang layak untuk ditakuti dan digeruni! dan sifat jamal yang 18 tu dah cukup untuk cover 81 sifat jalal tersebut sebab Allah pun highlight nama yang ini kepada kita -- bismillahirrahmanurrahim. Rahman dan Rahim. cukup. enough. yakfi. 

jadi, semua benda yang Allah buat akan ada kembar dua -- jamal dan jalal. ada suka ada duka. ada masam ada manis. ada derita ada bahagia. contoh, kita seronok gst dah 0%, tapi kita kena hadap pula sst 16%. mana ada sihat yang tak pernah sakit. mana ada sakit yang tak pernah sihat. semua akan berpasangan begitu. sebabnya, seringkali kita terlupa dan hanya akan ingat pada Allah ketika sedang sakit. masa sihat (bahagia) tak bersyukur kepada Allah, bila sakit barulah sedar akan nikmat yang selama ini dikecapi. dan syeikhuna juga pesan, bila kita dapat nikmat, jaga-jaga.. kita akan diuji dengan nikmat tersebut. dan bila kita diuji dengan musibah, letak dihadapan kita satu perkara -- rahmat Allah. pasti ada rahmat Allah :')

sebagai hamba yang penuh dengan dosa, yang seringkali bermaksiat, sesungguhnya "berita gembira" dari syeikh muhd zainul asri (tentang doa ini), memberi sebuah pengharapan kepada aku untuk terus meminta tanpa jemu dan malu. rasa helpless dengan dosa maksiat yang sering dilakukan. taubat buat lagi taubat buat lagi taubat buat lagi. banyak sangat masa-masa lagha yang langsung tak ingat kepada tuhan. rupanya aku yang tak tahu cara. rupanya ada tips untuk ingat kepada Allah. alhamdulillah atas nikmat internet, boleh dengar kuliah online. jazakumullahu khairal jaza', syeikhuna. saya sangat terinspirasi dengan jiwamu. saya begitu terinspirasi untuk menjadi sepertimu yang diizikan Allah berjaya menyiram tanah-tanah gersang di jiwa kami. syeikhuna ialah Syamsuddin dalam hidup saya. sebagaimana pigmented-nya Syamsuddin di hati Rumi. terima kasih, syeikhuna. puisi yang saya baca dari qasidah cinta Jalaluddin Rumi ini langsung membuat saya mengenangkanmu, satu-satunya.


lagu dari dia yang membawa 
berita-berita gembira tentang Engkau kepadaku,
-- meskipun sayup lagu itu
lebih baik dari nyanyi segala pujangga bagiku. 



Friday, July 27, 2018

tak kena atas batang hidung sendiri, semua boleh cakap.


"seriuslah dah nak menikah umur muda-muda macam tu? dengan sepupu sendiri pula tu? hish, kalau anak aku, memang aku tak bagilah!"

kalau makcik... kalau... 

anak muda bercinta kehulu kehilir makcik sibuk mengata. anak muda ambil keputusan untuk menikah pun makcik mengata. jadi, makcik nak apa sebenarnya? anak makcik ramai lagi yang belum menikah. anak makcik masih muda-muda. makcik pun ada cucu yang satu hari nanti akan membesar. makcik kena jaga tutur kata sepatutnya. kita tak akan mahu doakan yang aneh-aneh untuk makcik tapi orang bila dengar makcik sebut macam-macam seolah-olah makciklah paling sempurna mendidik dan menjaga anak, orang akan terdetik untuk harapkan makcik diuji hal yang sama. tapi tak boleh. tak boleh nak doa macam tu.

ada ibu yang diuji dengan anak perempuan yang mudah-mudah ikut lelaki keluar sana sini. ada ibu yang diuji dengan anak lelaki yang seringkali angkut perempuan pergi sana sini. ada ibu yang menasihat tapi tak diendah. ada ibu yang cuma membiarkan sampai anak makin tak tentu arah. tapi tak adillah untuk kata orang tak pandai jaga anak sedangkan hari-hari ibunya nasihat tegur sampai menangis-menangis mengadu kepada ibu aku, makcik apa tahu?

mulut tu jangan sedap sangat sebut macam-macam tentang nasib takdir orang... kita tak tahu apa akan jadi pada masa depan bahkan kita langsung tak tahu dan tak boleh jamin apa hari esok akan pegang. apa yang kita kata dekat orang hari ini boleh jadi esok kita pula yang kena tanggung nasib yang sama. nau'dzubillahi min dzalik. 

tak kena atas batang hidung sendiri, semua boleh cakap. kita kalau bercakap bab "kalau" tu, seolah-olah kita sendiri yang tentukan segala-galanya. seolah-olah terlupa Allah boleh buat apa saja bila-bila masa. makcik jangan macam tu, okay? makcik kena jadi seorang makcik yang boleh jadi contoh, boleh beri kekuatan kepada ibu-ibu lain. bukan makin menambahkan serabut di kepala otak orang yang dah sedia macam nak pecah. 

makcik chill okay? kalau bukan anak makcik, kalau benda tu tak berkenan di mata makcik, just sshhh ya? ๐Ÿ˜‰

Monday, July 23, 2018

jangan layan kawan macam kekasih. what?


i just have some conversation with a friend. somehow what we're guessing based on what we saw turn out to be true. cuma sejauh mana benarnya instinct yang dirasa tu bukanlah dalam pengetahuan kita.

jadi teh hari ni, aku dapat khabar yang kawan aku si milah dah tak lagi berteman dengan sahabat terkarib terbaik terkamceng dia yang mana juga kawan aku, si gayah. sebelum ni aku dah dapat hidu kejauhan kedinginan persahabatan tu dan ternyata betul. tapi mereka berdua ni dengan aku bukanlah kawan rapat tahap best friend atau selalu berhubungan yang buat aku layak untuk tanya apa masalah atau apa sajalah yang peribadi pada kedua-duanya. we need to clearly know our place. jangan sedap-sedap nak tanya isu privacy orang kalau kita bukan jenis ada masa susah senang dia. sebab standard kawan sekarang (sebahagiannya), sangat mahu untuk tahu masalah tapi sekadar untuk kepuasan diri dia sendiri iaitu untuk tahu semua benda pasal kawan dia. the more secrets she gets to know, the more superior she feels (it's like heh i know everything about you so, don't take me lightly - oh, and also, there'll be time for your words to go against yours) and we cannot deny for this kind of friend exist. sekadar untuk tahu sebab dia nak tahu bukan untuk tolong.

as for me, kalau orang tu betul-betul status dia dalam hidup aku memang best friend, aku akan directly tanya "doh bakpo pulok?" kalau hint hidup bermasalah tu ditunjukkan. tapi ada juga masa-masa aku watlek watpis lu, aku tak nak tanya sebab aku rasa benda tu bukan sesuatu yang kalau aku jadi dia, aku nak orang tanya. kalau betul dia perlu telinga, dia cari juga nanti. well aku rasa kawan-kawan aku memang tahu aku macam tu. dan memang ramai kawan yang bukan jenis selalu berhubung tapi bila bermasalah baru dia cari aku. i don't mind with that. aku tak rasa "bila susah baru cari aku" kind of feel. sebab aku sendiri pun bukan jenis akan contact kawan setiap hari. even my bestest friend pun boleh kira berapa kali whatsapp. tapi kita tahu status kita. jadi tak contact selalu pun tak apa, asal bila perlu, kita tahu kita akan selalu ada (kalau hidup lagilah).

astaghfirullah. aku meleret sebenarnya ni. 

okay back to spilling the tea. jadi dipendekkan cerita si milah bagitahu yang dia dengan gayah dah lama tak berhubung. milah "lari" dari hidup gayah sebab gayah terlalu mengatur hidup milah memandangkan milah lebih muda dari gayah. milah bersabar dan bertahan selama ni namun puncak ketahanan milah mula runtuh jatuh berantakan sekaligus bila gayah turut mengarah milah untuk tak berkahwin dengan lelaki pilihan milah. like, come on gayah. milah pun nak kahwin juga takkan milah nak hidup dengan gayah selama-lamanya. kahwin bukan maksudnya putus kawan sedia ada tapi iyalah, gayah akan rasa kehilangan juga sebab selama ni gayah dengan milah tinggal bersama berdua melewati susah dan senang.

milah tak salah "lari" dari gayah. milah ada hak untuk menentukan hidupnya sendiri tanpa ada yang mengatur sesuka hati. dan aku juga tak rasa milah lebih memilih lelaki dari kawan baik sendiri sebab lelaki itu bukan sekadar lelaki yang datang menyinggah tetapi lelaki yang mahu dibuat suami. dalam keadaan gayah yang terlalu mahu milah mengikut rentak hidupnya, wajar juga milah tinggalkan gayah. milah terlalu banyak menurut gayah selama ini, cuma untuk permintaan gayah yang tidak membenarkan milah kahwin dengan lelaki tu, milah dah tak dapat terima. kalau kau jadi milah, kau akan buat apa? 

milah kasi tahu aku gayah sebenarnya baik yang mana aku juga tahu tentang itu. cuma yang menyakitkan milah adalah sikap panas baran gayah, yang aku juga tahu sikapnya itu. orang teranung panggil "musangg", bukan musang fox nick zootopia tu. bekeng. cepat sangat nok maroh. sikap mengatur hidup orang yang kalau tak dituruti mengikut kehendaknya akan diperlaku dengan kasar. aku sempat mengusik milah, "oh, rupanya milah mangsa penderaan la selama ni." dia ketawa menandakan hidupnya sudah tak luak dengan hal itu. iyalah kan, dah ada suami dan bakal menimang cahaya mata lagi beberapa bulan, apa kau kisah lagi tentang luka yang lalu. fokus saja bahagia depan mata.

aku juga tak adalah feeling ill terhadap gayah. sebab bila kita dah tahu dia macam mana, benda tu jadi acceptable. melainkan orang tu buat sesuatu yang sangat bertentangan dengan sikap dia selama ni, that's shocking la. gayah terlalu sayangkan milah. bertahun-tahun hidup dengan milah. pastilah ralat dirasa bila orang yang selalu ada dengan kita, akan pergi ke sisi orang lain yang mana kita tahu keadaan tak akan pernah sama seperti sebelumnya. cuma yang salahnya adalah perasaan yang berlebih-lebihan. perasaan yang tidak dikawal sehingga boleh buat kita jadi tak seimbang.

tak salah sayang orang dengan sesayang-sayangnya. bahkan tanda sempurna iman itu bila kita mencintai orang lain sebagaimana kita mencintai diri kita sendiri. tapi bila cinta dan sayang yang ada itu tidak disalurkan pada Allah dengan selurus-lurusnya, kita akan bermasalah. pasti kita akan bermasalah. nak ucap ukhuwwah fillah lillah itu memang mudah. tapi nak buktikan itu yang susah.

aku kasi tahu milah, selagi boleh selesaikan elok-elok, selesaikan dengan cara elok. sebab sayang juga hubungan terputus begitu saja sedangkan dialah orang yang terdekat dengan kita sebelum ni. tapi kalau tinggal terus tak berhubung langsung macam hari ini lebih baik, maka teruskan. asalkan jangan bergaduh maki-maki tarik rambut macam budak-budak. 

sakit putus cinta tu dah rasa macam masuk selumbar. tapi bermasalah dengan sahabat sendiri ni sakit dia dah macam sembilu. aku pun tak pasti nak kata aku ada pengalaman atau tak, kira adalah tapi entahlah barang dah malas nak ingat jadi sakit tu macam mana tak nak pula diingat. konklusinya, pedihlah.

sekadar pesanan. jangan layan kawan macam kekasih (ni tak ada kaitan dengan lgbtq tau!). layan macam kekasih ni maksudnya, kawan kau ada kawan lain pun kau merajuk dengki cemburu yang berlebihan. bila layan macam kekasih ni memang akan cenderung pada kita ter-atur hidup dia secara tak sengaja. sebab kita nak dia dapat yang the best! well, tu kitalah yang rasa tapi dia tak rasa macam tu pun! layanan tu akan merimaskan orang dan buat orang nak lari. bila orang lari, siapa yang sakit akhirnya? 

jadi, bersederhanalah dalam segalanya.

fi hifzhillah, ya asdiqa-i. 


Tuesday, July 17, 2018

In The Heart of The Sea


(disklaimer ; entri ini ditulis pada tahun 2017 di instagram.)


Baru lepas tengok "In The Heart of The Sea". Ramai suggest cerita ni lepas tanya semalam. And yes, it worth my time. Berbaloi download dalam format Bluray 1080p tanpa hesitate. Sabar menunggu. And I keep asking myself why I just know the existence of this movie. ๐Ÿ˜‚ 


In The Heart Of The Sea Full HD Wallpaper
sumber imej


Muhasabah. Muhasabah. Muhasabah. 

Betapa kita ini kecil berbanding seluruh alam. Menjadi "ahnasu taqwim" pun tak jadikan kita raja di dunia. Seronok belayar dengan Essex nak cari oil. Tapi sebab tamak nak reward and nak tunjuk hebat boleh "conquer" the white whale, end up kena attack dan membawa pada kematian crews + the great ship karam. Bila Mr. Chase tanya Captain George is this happening because of their greed, is God getting mad so, He punished them. Tapi that captain said it's the white whale that He mad at, it's normal for human to conquer the world. Benda ni bukan pelik pun kalau dia kata memang manusia paling hebat atas muka bumi. Tapi tu bukan alasan kita boleh suka hati buat apa saja. God will wreck your plans when He sees your plans were about to wreck you. 


sumber imej
sumber imej


Then part di mana mereka ada peluang untuk bunuh whale tu tapi Chase didn't do it. Sebab dia akhirnya nampak. THE WHOLE REASON WHY THIS DISASTER IS HAPPENING TO THEM. It's started with us - human. Aku tak nampak karakter filem saja, tapi aku nampak aku sekali. Automatik terngiang-ngiang lirik "What I've Done" Linkin Park bila tengok part tu. Segala hal buruk-buruk jadi mostly punca dari kita dulu. Tapi kita memang jaranglah nak perasan.

Aku kasi 11/10. Tak boleh spoil lebih-lebih, nanti tak syok siap yang tak tengok lagi. Sila download dalam Bluray 1080p for the best effect. Cun gila air laut. ๐Ÿ˜‚ oh speaking of the ocean, masyaAllah, white whale yang super big tu pun macam kuman saja dalam laut kalau tengok dari jauh. It's good to know Allah bagi "aquarium" best bapok besornya dekat makhluk. Belum lagi mention tentang dunia yang sedang kita pijak lantainya. Jadi jangan rasa besar. Sebab in the end kita ni bukan apa-apa kalau tak ada iman dan taqwa - kholas. 

Sunday, July 15, 2018

My First Raya Envelope Design





since i'm still so very new in graphic designing, i get easily overly excited when i get an order which i never done before. so, this is my first raya envelope design! requested by YB Haji Khuz. alhamdulillah he really loves the design. he even took the same design to put on the billboard. you know the feeling when you see your work along the road of kota putera... i'm so ๐Ÿ˜ญ!

i can't share this psd template for you since this is exclusive for yb. but i can share where you can get beautiful raya envelope designs.


click the link down below ;

https://goo.gl/hp9gf6 (ustaz designer)

RAYA ENVELOPE / SAMPUL RAYA
FREE PSD TEMPLATE


and you can get more psd templates and more sharing about graphic designing by joining ustaz designer's telegram channel - https://t.me/ustazdesigner


graphic design won't save the world but, it sure gonna make it looks more good. so, keep improving! ๐Ÿ™Œ




Saturday, July 14, 2018

Bertekad Mengisi Kemenangan


N01 Kuala Besut


tentang kuasa yang maha mengatur segalanya, dari kes plot twist zaman kuliah sehinggalah hari ini, aku panjatkan rasa syukur yang tertinggi kepada-Nya, Ar-rafiq Al-'ala. hikmah sakit. hikmah berhenti sebentar (wallahu'alam) dari kehidupan berkuliah, aku diizinkan untuk memberi masa sepenuhnya untuk berkhidmat kepada jemaah dan memberi sumbangan kepada kemenangan dalam pilihan raya umum tempoh hari. alhamdulillah, kemenangan buat terengganu untuk kali ketiga.



N02 Kota Putera

somehow sangat rindu dengan fatrah pru. kesibukannya, sakit kepalanya, auranya, himmahnya, jerih dan payahnya, rindu bangun pagi sampai mata tertutup dalam kepala cuma tentang kerja kerja kerja sampai termimpi-mimpi.. ah, rindu semualah! tapi sekarang sibuknya tidaklah berkurang. sekarang sibuknya bagaimana untuk mengisi kemenangan yang telah diberikan. dan untuk mengisi kemenangan berkali ganda lebih susah daripada mengusahakan kemenangan. sebab kita tak mahu beri janji kosong. kita tak mahu janji tanpa kaji. kita tak mahu sembang kencang tapi apa pun tak jadi. 


28 April 2018, Hari Penamaan Calon, Kota Putera

13 April 2018, Karnival Pilihan Raya PAS Kawasan Besut, Jerteh
(bila kau tu orang media, memang kerja kena update sosial media fi kulli makan wa fi kulli zaman even tough panas cengceng dok napok skrin phone)


hari ni Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu. temanya "bertekad mengisi kemenangan". merinding juga walaupun ayat "mengisi kemenangan" tu dah biasa didengar setelah meraih kemenangan kali ini. dan ujian setelah menang itu pastilah lebih banyak. antaranya bagaimana untuk bersabar selepas menang. kata ustaz satiful bahri selaku timbalan pesuruhjaya parti, nak bersabar waktu kalah lebih mudah daripada nak bersabar pada waktu senang. sebagaimana kita sendiri lebih mudah sabar waktu sakit, lebih mudah meratib nama tuhan berbanding semasa sihat. 



14 Julai 2018, Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu, Kuala Ibai




alhamdulillah besut direzekikan menang juga walaupun satu dun saja. dun kami, kota putera yang calonnya Haji Khuzaini seorang profesional. rezeki pertama kali mengundi, pertama kali bergerak kerja di medan amal, Allah bagi peluang rasa kemenangan. yang pasti perjalanan tak akan pernah mudah kerana fitrah perjuangan itu sendiri penuh dengan tribulasi dan mehnah.



5 Mei 2018, Gelombang Muslimat Muda, Bukit Keluang

di medan realiti inilah kita kenal orang. yang kurang baik pasti akan ada. yang baik terlalu ramai tak terkata. bersama dengan orang-orang biasa yang semangatnya kental akan buat kita yang juga biasa ini tak nak hidup cuma jadi biasa-biasa saja. kita nak buat sesuatu yang boleh kita claim depan Allah nanti. nak tampung amalan yang tak berapa banyak, usaha untuk lakukan sesuatu bagi agama-Nya atas keyakinan Allah akan membantu sesiapa saja yang membantu agama-Nya.




5 Mei 2018, Gelombang Muslimat Muda, Bukit Keluang

semoga kita terus saja menjaga agama ini dengan sebenar-benarnya. semoga intima' kita pada jemaah ini bukan semata-mata kerana sakhsi atau taqlidi tetapi intima' kita intima' 'aqidi. kebajikan bukan cuma tentang kebajikan yang jelas terlihat di mata kasar tetapi kebajikan yang terbesar adalah menjaga agama islam dalam diri setiap muslim dalam masyarakat itu sendiri. apa guna dihidangkan segala kesenangan dan kebebasan tetapi agama kita tinggal tunggang-langgang, diguna bila rasa perlu, diketepikan ketika tidak sekufu dengan nafsu. na'udzubillahi min dzalik.

semoga Allah pelihara kita semua dan semoga kita terpelihara daripada hal-hal yang boleh menghilangkan peliharaan Allah untuk kita.

Friday, July 13, 2018

pok ya cong codei di mata mek anum





SCENE 1

halim : kito gomo doh nga j'jering sakni.
(saya bergaduh dengan j'jering tadi.)

pok ya : bakpo?
(kenapa?)

halim : j'jering nok pok ya.
(j'jering cabar pok ya.)
--- "nok" dalam percakapan ore kelate boleh jadi suka (that i love you stuff) atau mahukan yang mana boleh jadi for good thing or bad thing. in this case, "nok" maksudnya mencabar (for a duel).

pok ya : mung ni gak.. jange duk beli gak kes ore ni. dio jual ko aku biar aku beli sediri.
(kau ni.. jangan beli kes orang lain. dia jual pada aku jadi biar aku yang beli sendiri.)



SCENE 2

mamat : bendo hok kito gengge sekalipun kalu tiap-tiap hari duk kekoh jari, dok pasa-pasa, baik kito lepah.
(benda yang kita genggam sekalipun kalau tiap-tiap hari gigit jari kita, tak ada motif nak biar, baik kita lepas saja.)
--- ayat ni sesuai untuk dijadikan motivasi bagi orang yang masih gigih nak berpegang pada sesuatu yang buat dia sendiri rasa sakit. wohoo.



SCENE 3 




nasir : ambo ikut jah. takdok sapo-sapo nok teriok kubur ambo. ko guano lim?
(saya ikut saja. tak ada siapa akan menangis di kubur saya. atau macam mana halim?)

halim : ambo start doh nga j'jering. ambo takdok gear reverse. auto, gear d jah.
(saya dah start dengan j'jering. saya tak akan berundur.)

? : ambo duk sebeloh. alim drebar ambo kelende. kelende kot mano turut drebar.
(saya duduk sebelah halim. halim driver saya kelindan. kelindan akan ikut mana-mana driver pergi.)

nasir : rasonyo poksu jak dok duk diye doh terek nih. j'jering nga rosit duo-duo anok sedaro.
(saya rasa poksu jak tak akan duduk diam dah kali ni. j'jering dan rosit keduanya anak saudara dia.)

mamat : pah peduli taik aku. aku tunggu! kalu takdok sapa, aku terok gi, sir. aku terok gi! aku kenal sangat rojak ni.. tau dok lagu mano dio buleh namo dio timbul? rani tupak (tumpat) nok katok dio, lari nusuk rumoh pokngoh jani di jani. jadi anok buoh pokngoh jani. haa tu jah namo dio timbul. pah aku nga pokngoh jani ni, sapo naik namo dulu.. dio tau ujung aku.
--- panjangnya nak translate haha tapi kat sini mamat ni emosi habis. "pah peduli taik aku" tu maknanya "i don't give a ๐Ÿ’ฉ" haha. "terok" atau disebut sebagai "te-ghok" maksudnya lagu-lagu mano pun keno jadi. jadi untuk maksud mamat ni, "aku terok gi" tu maksudnya macam mana sekalipun kalau yang ditunggu tak datang, dia akan cari sampai jumpa. "dio tau ujung aku" maksudnya "dia tahu kekuatan aku".

halim : aaa sedak nih kalu jadi nih. kito pun lamo dok pere, ko gano pok ya?
"pere" bermaksud perang.

pok ya : mung nok pere sangat lim, nuh gi temudugo masuk askar. potong rambut pendek. perelah nok pere gak. eh nok pere.. mat, kot mano-mano pun, pok ngoh jani tu ake jembo aku. tapi kito keno beringatlah sebab dio ore lain. lepas pado pok kito ni, ore lain selaluh. jange letok perut sapo-sapo.
(mat, macam mana pun nanti, pak ngah jani akan jumpa aku. tapi kita kena beringatlah sebab dia ni bukan geng kita. selain dari kita semua yang ada kat sini, orang lain tu semua kita tak boleh percaya.)

mamat : ho memelah keno beringat! tapi takpolah aku tunggu dio nok ata sapo-sapo, ore mano, bilo-bilo maso jah. golok aku dok keno asoh doh, aku asoh siap doh. tolong sapa pok dio. tolong sapa pok dio!
(of course la kena beringat. tapi aku on dia nak hantar siapa bila-bila masa pun sebab aku dah ready. aku dah asah siap parang aku. tolong sampaikan pada geng dia!)
--- "golok aku dok keno asoh doh, aku asoh siap doh" boleh bawa maksud literally dan figuratively. sama ada betul-betul memaksudkan parang yang dah siap diasah tajam bagi tujuan "berperang" atau memberi makna semangat untuk "berperang" itu sendiri. 

pok ya : mat, kendur sikit mat tarik rebab tu. terik sangat tuh. takut dea ping. putus tali rebab dok dea abeh lagu "mengadap rebab", reboh belako, setok angin. kendur sikit.
(mat, slow sikit tarik tali rebab tu. tegang sangat tu. takut tegang sangat nanti terputus tali sebelum habis lagu "menghadap rebab". berguling habis semua orang, tersentak angin. slow sikit.)

--- pergh, that rebab one is gold!



SCENE 4

pok ya : kalu kito berkayuh nih, biar perahu bergerok, air jange berkocok gelombe.
(bila berkayuh, biar perahu saja yang bergerak, air jangan dikocak gelombang.)
--- kita jangan semangat saja lebih nak buat sesuatu sampai tak fikir apa. terlalu ikutkan emosi hingga terlepas pandang benda lain yang boleh memudaratkan lagi pun tak boleh juga. nok keno behey ko boyo ko kalu kuat sangat kayuh perahu tu?


-----------

pok ya cong codei siti di hati ni lagi 'lawas' berbanding yang pertama. dari segi bahasanya, dari segi gedebenya. dari segi emosinya. banyok lagilah. pendek kata, sangat recommended bagi sesiapa yang tak tengok lagi. banyak lagi sebenarnya cerita kelantan arahan sabri yunus dekat youtube boleh cari. taip saja cerita kelantan. mostly memang best tapi itulah sebab tak diberi pemasaran luas macam pokya ni, jadi orang tak tahu.

apa yang aku nak point out adalah, orang kelantan dan terengganu memang A plus bab memberi analogi. apalagi orang tualah. sebab ramai sangat jumpa orang yang bila kita dengar ucapannya, memang akan jaw drop bila masuk bab analogi. contohnya, ayoh chik tuan guru haji hadi, ustaz tuan ibrahim tuan man, dr. azman ibrahim dan banyak lagilah kenalan-kenalan sendiri. aku tak tahu orang negeri lain. tapi sebab dua negeri ini yang terdekat memandangkan aku anak terengganu berloghat kelantan (and i have both blood since my dad's from kelantan and my mom's terengganu), ni benda yang aku boleh sebut sepanjang observation.

so, yang tak tengok lagi, boleh cari sekarang. jangan risau kalau tak faham, subtitle ada. english and malay both ada. and take a good look juga dekat watak j'jering. he's so good so neutral. nok tau ore kelate hok beraso debey lagu mano, tengok j'jering. ๐Ÿ˜

anyhoo, i'm just so proud. so proud for being anok besut. 


Thursday, July 12, 2018

Kun.



Image result for cat painting
sumber imej

aku suka bagaimana Allah halakan mata aku pada rizqi di tengah ramainya orang dan juga kucing di pasar isnin yang lalu.

aku suka bagaimana Allah keluarkan dari mulut aku "rizqi" bila ibu tanya nak kasi nama apa untuk kucing yang akan dibawa pulang ke rumah itu.

aku suka bagaimana Allah buatkan aku pandang rizqi sebagai rezeki yang diturunkan sewaktu aku begitu mahukan pengganti untuk kucing-kucing yang dah tinggalkan aku.

aku sangat suka bila mana setiap kali aku memandang rizqi, aku langsung teringat akan-Mu.

aku sangat suka bila mana nama rizqi aku seru, aku langsung mengenang akan-Mu.

ternyata, hikmah kehilangan tempoh hari banyak mengajar aku tentang rezeki. apa saja yang jadi dalam kehidupan, baik yang menyenangkan hati ataupun yang menyusahkannya, semua pada hakikatnya baik. semua hakikatnya rezeki. kita seringkali merasa kehilangan adalah kehilangan. padahal kehilangan adalah cara untuk mendapatkan hal yang lebih baik pada masa akan datang. we actually don't lose anything. we're actually gaining something. dan yang hilang itu tak semestinya nilainya kurang baik dari yang datang setelah itu, tetapi yang baiknya adalah perasaan kita pada waktu setelah kehilangan itu dan boleh jadi sesuatu itu sendiri.

aku belajar untuk hargai apa saja yang ada depan mata. menikmati belai kasih sayang dan cinta dari-Mu yang seringkali aku tak faham pada awalnya. dan untuk kenikmatan sekarang, alhamdulillah aku rafakkan kepada Engkau yang Maha Mengatur segalanya - dari kematian kucing-kucing kepada saat Engkau hala mata aku kepada rizqi sehinggalah sekarang aku menuliskan ini dengan rizqi yang sedang nyenyak tidur di samping aku.

bagi Engkau yang Maha Berkuasa... segalanya "kun fayakun". Alhamdulillah, aku sangat bersyukur untuk "kun" yang ini. ๐Ÿ’–




Wednesday, July 11, 2018

Sultan Muhammad al-Fatih : Faktor Kejayaannya dalam Menawan Konstantinopel



Related image
sumber imej



PENDAHULUAN

Umat Islam dihamparkan dengan pasang surut sejarah dan liku-liku peradaban yang panjang. Ada zaman keemasan yang menyerlahkan keajaiban aksi beberapa watak dan ada zaman kegelapan yang dipenuhi drama berkabung yang panjang. Kesemua fasa sejarah berlalu dengan benang merah yang menghubungkan fasa-fasa yang berpisah-pisah itu. Benang yang dimaksudkan adalah apabila umat Islam bersenyawa dengan Islam, kemajuan dan kekuasaan ke atas dunia diraih. Ini dibuktikan dengan dua pertiga dunia di tapak kaki Kerajaan Islam Uthmaniyyah.[1]

Apabila umat Islam tergelincir daripada orbit Islam, kehinaan yang menakutkan ditimpakan ke atas mereka. Ini persis apa yang diperlakukan 200,000 tentera ganas Hulagu Khan ke atas 800,000 nyawa umat Islam dan khalifah terakhir Abbasiyyah, Al-Muktasim Billah. Khalifah, para pembesar Baghdad serta umat Islam dibunuh dan mayat mereka dicampakkan ke dalam Sungai Tigris. Bangunan-bangunan yang menjadi saksi ketamadunan Islam yang mempelopori ilmu sains dirobohkan. Hulagu Khan memusnahkan Baghdad dengan slogan datuknya, “Perkara yang nikmat dalam hidup kita adalah mengalahkan musuh, memancung leher mereka, merampas barang-barang berharga milik mereka dan mendengar tangisan orang yang mencintai mereka.”[2]

Baitul Hikmah, universiti yang menjadi nadi perkembangan tamadun dunia pada zaman itu turut dimusnahkan. Sungai Tigris menjadi saksi terpadamnya khazanah ilmu Islam yang dihumban ke dalamnya. Airnya menjadi lautan tinta yang hitam pekat. Direkodkan Sungai Tigris menjadi hitam selama enam bulan kerana dakwat daripada buku-buku yang dihumbankan ke dalam sungai. Keruntuhan Baghdad berulang sekali lagi pada 12 April 2003 di tangan tentera Amerika Syarikat. Pengulangan skrip yang sama berpunca daripada kelemahan umat Islam yang berpecah belah.[3]

Bangsa Arab dahulunya bangsa yang selama beberapa abad tidak dikenali mana-mana bangsa besar dunia. Berkat ketaatan kepada Islam, mereka menjadi bangsa yang digeruni dan dihormati dunia. Namun demikian, apabila bangsa Arab mula terlena dengan muzik, tari-menari dan pertunjukan tengah malam, Allah akhirnya menyerahkan panji kepimpinan dunia kepada bangsa Kurdish dengan tokoh besarnya Nuruddin Zinki dan Salahuddin Al-Ayyubi.[4]

Apabila bangsa Kurdish berpaling daripada Islam, Allah menyerahkan tampuk kepimpinan Islam kepada bangsa Saljuk dengan tokohnya Alp Arslan (1029 sehingga 1072 Masihi) yang memalukan 200,000 tentera Byzantine dengan hanya 20,000 tenteranya. Bangsa Saljuk kemudian menyerahkan kepimpinan kepada Uthmaniyyah dan pemimpin besarnya seperti Muhammad Al-Fateh dan Sulaiman Al-Qanuni, yang kekuasaannya pada masa itu mencengkam kuat di daratan Eropah. Professor Halil Inalchi menyebutkan sejak dari 1520 sehingga 1596 Masihi, Uthmaniyyah tidak terbabit dan campur tangan dalam semua isu-isu politik antarabangsa bawah pemerintahan Sulaiman yang Agung (1520 sehingga 1566).[5]

Uthmaniyyah bertahan hampir enam abad lamanya memayungi dunia sehingga ditakuti negara-negara Eropah yang kini memerintah dunia.[6] Sekiranya sejarah perjalanan khilafah Uthmaniyyah ditapaki, maka yang akan didapatkan adalah mereka membangunkan pemerintahan itu dengan bangunan keimanan yang kukuh kepada Allah. Mereka membangunkan dengan semangat Islam yang menyala-nyala. Mereka membangunkan negara itu dengan darah dan air mata, dengan jihad harta dan jiwa. Khilafah Uthmaniyyah dibangunkan di atas semangat untuk menegakkan syariah, semangat untuk menegakkan kalimah Allah dan menghancurkan angkara murka.[7]

Para khalifah Uthmaniyyah membangunkan khilafah mereka dengan kerja keras dan keringat serta keberanian. Mereka membangunkan tiang-tiang negara dengan kondisi iman yang kukuh dan dengan asas yang sedemikian rapi iaitu asas keimanan dan keislaman yang tegar yang kemudian membuahkan ihsan. Maka tidak hairan dengan berkat semangat juang yang tinggi, pemikiran yang cerdas, dan keinginan yang kuat, Konstantinopel yang merupakan kota idaman setiap bangsa dunia saat itu bertekuk tulut di bawah tapak kaki Sultan Muhammad Al-Fatih pada tanggal 29 Mei 1453. Kejatuhan Konstantinopel ini menurut Abul Hasan Ali Al-Hasani An-Nadwi dalam bukunya Madza Khasira Al-‘Alam bi Inhithath Al-Muslimin telah membangkitkan semangat kaum muslimin. Kaum muslimin dunia menaruh harapan kepada bangsa Turki untuk mengembalikan kejayaan dan kewibawaan Islam di mata dunia. Keberhasilan Khilafah Uthmaniyyah dalam menakluki kota Konstantinopel ini menunjukkan akan betapa kuatnya pemerintahan Islam pada saat itu di mana sebelumnya usaha-usaha untuk menakluk kota tersebut selalu mengalami kegagalan.[8]



Image result for constantinople map HD
sumber imej


KONSTANTINOPEL : FAKTOR STRATEGIK DAN FAKTOR KEKEBALANNYA

Konstantinopel Sepintas Lalu

Terdapat sebuah kota yang sangat penting dan mendapat perhatian seluruh mata dunia ekoran daripada kedudukan geografinya yang strategik dan keindahan kotanya sendiri. Kota tersebut adalah Istanbul ataupun pernah dikenali sebagai Konstantinopel pada era Byzantin.[9] Nama Konstantinopel diambil sempena nama pengasasnya iaitu Maharaja Byzantin, Constantine I. Kota ini dibina pada 330 Masihi dan berfungsi sebagai ibu negara dan pusat empayar Byzantin, iaitu Rom Timur selama lebih 10 abad lamanya.[10]

Kedudukan Konstantinopel ini telah meletakkannya pada kedudukan yang istimewa apabila umat Islam memulakan agenda pertembungan mereka dengan empayar Byzantin.[11] Ketika kaum muslimin berjihad melawan Byzantin, Konstantinopel memiliki aspek strategi khusus dalam pertarungan pada waktu itu. Oleh sebab itu, Rasulullah SAW telah memberikan khabar gembira beberapa kali dalam sabda baginda bahawa kota ini pasti akan ditakluk.  Maka, kaum muslimin berebut-rebut untuk menakluk kota Konstantinople. Kota tersebut sangat diidamkan semenjak zaman pemerintahan Muawiyah bin Abu Sufyan pada tahun 44 namun, serangan itu tidak berhasil. Begitu juga seterusnya dengan pemerintah lain yang cuba untuk menakluk kota itu namun menemui kegagalan yang sama.[12]

Dalam lebih kurang 1,100 tahun kewujudan Empayar Byzantin, Konstantinopel diserang hampir 29 kali percubaan. Namun Konstantinopel hanya dapat ditawan sekali sahaja ketika Perang Salib Keempat pada tahun 1204 Masihi. Kejatuhan Konstantinopel ke tangan Kerajaan Uthmaniyyah berlaku pada hari Selasa, 29 Mei 1453. Kejadian ini menandakan berakhirnya Empayar Byzantin yang ketika itu kian mengecil akibat berpecah kepada beberapa kerajaan monarki Rom. Wikipedia melaporkan, kejatuhan Konstantinopel mempercepatkan penghijrahan sarjana-sarjana Greek yang membawa bersama ilmu pengetahuan mereka ke Eropah. Ini menyemarakkan lagi kebangkitan Renaissance di sana. Selain itu, kejadian ini memainkan peranan penting dalam menstabilkan keadaan politik Kerajaan Uthmaniyyah dan peluasan kerajaan ini ke Mediterranean Timur dan Balkan. Tarikh 29 Mei 1453 Masihi ini adalah tarikh yang dicadangkan bagi menunjukkan berakhirnya zaman pertengahan.[13]

Kehilangan Konstantinopel memberi tamparan hebat kepada Kerajaan Kristian Barat. Penguasaan Konstantinopel membuatkan bangsa Turki mengukuhkan kedudukan mereka di Eropah serta meluaskan wilayah penguasaan mereka ke Balkan dan Mediterranean. Ini adalah pencapaian berprestij dalam sejarah perkembangan dakwah Islam.[14] 


Faktor Strategiknya Konstantinopel

Konstantinopel dikenali sebagai kota yang termakmur dan terkaya di Eropah sejak beberapa abad. Konstantinopel terletak di pertemuan antara dua benua iaitu Eropah dan Asia serta penemuan antara Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Kedudukannya strategik sama ada daripada perdagangan mahupun geo-politik. Konstantinopel terbahagi kepada 14 zon, 12 daripadanya berada dalam tembok kota dan selebihnya di luar. Galata pula adalah zon ke-13 dan ia diambil alih oleh orang Genoa sebelum kedatangan Sultan Muhammad Al-Fatih.[15]  

Napoleon Bonaparte menyebut hakikat Konstantinopel, “Apabila dunia ini adalah sebuah negara, Konstantinopel adalah yang paling layak menjadi ibu negaranya.” Zorzi Dolfin pula menyifatkan tanggapan Sultan Muhammad kepada Konstantinopel dengan kenyataannya, “Muhammad Al-Fatih memahami kepentingan Istanbul. Beliau percaya dengan menjejakkan kaki ke Istanbul, beliau mampu memerintah seluruh dunia.”[16] 


Faktor Kekebalan Konstantinopel

Faktor Pertama :
Konstantinopel adalah kota daripada tujuh bukit. Ini kerana, ia mendapat perlindungan semulajadi daripada kedudukannya di celahan tujuh buah bukit yang menjadi bentuk muka buminya.[17]  

Faktor Kedua :
Kota ini berbentuk segitiga. Dua bahagian kota menghadap laut, iaitu Selat Bosphorus dan Laut Marmara. Ini bererti, dua pertiga sempadan kota ini adalah laut. Sekali lagi ini adalah perlindungan semulajadi yang menjadi kelebihan Konstantinopel. Justeru, sebarang usaha penawanan tanpa armada laut yang kuat adalah mustahil.[18]  

Faktor Ketiga :
Bahagian luar kota dilingkungi parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter.[19]  

Faktor Keempat :
Kekebalan banteng Konstantinopel itu sendiri. Bahagian daratan dilengkapi beberapa benteng yang kukuh. Terdapat dua tembok iaitu tembok luar yang setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter dan tembok dalam yang setinggi 40 kaki dan setebal 15 meter.[20]  

Faktor Kelima :
Di bahagian laut terdapat rintangan rantai besi dengan hampir 25 buah kapal Byzantin menjaga keselamatannya. Dikatakan ada tiga lingkaran kesemuanya dengan hampir 300 sehingga 400 mata rantai sebesar pemeluk setiap satunya. Rintangan rantai besi adalah teknologi terbaru Konstantinopel yang diletakkan di Selat Bosphorus bagi menghalang kapal-kapal musuh untuk masuk ke kota itu.[21]  



Image result for mehmed ii
sumber imej


SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH 

Sultan Mehmed II atau dikenali sebagai Sultan Muhammad Al-Fatih telah dilahirkan pada 19 April 1429. Ada juga pendapat yang menyatakan pada 29 Mac 1432 di Edirne. Beliau merupakan putera kepada Sultan Murad II. Manakala ibunya bernama Huma Hatun. Beliau merupakan seorang yang berbadan tegap, tinggi, dan sasa. Beliau merupakan sultan Uthmaniyyah yang ketujuh dalam salasilah keturunan Uthman. Sultan Muhammad II memerintah selama tiga puluh tahun yang diwarnai dengan kebaikan dan kemuliaan bagi kaum muslimin. Beliau memangku kesultanan Uthmaniyyah setelah ayahnya wafat pada tanggal 16 Muharram 855 Hijrah bertepatan dengan tanggal 18 Februari 1451 Masihi. Pada waktu itu umurnya baru menjelang 22 tahun. Sultan Muhammad II sendiri memiliki keperibadian yang mantap iaitu satu peribadi yang menggabungkan antara kekuatan dan keadilan.[22]   

Apabila Sultan Muhammad II telah sampai waktu untuk bersekolah, bapanya, Sultan Murad II memilih beberapa orang tutor yang sampai ke Edirne pada waktu itu untuk mengajar anaknya. Sewaktu pemerintahan Sultan Murad II, beberapa ulama daripada dunia Islam seperti At-Taftazani, seorang ulama yang belajar di bawah Al-Sayyid Al-Sharif Al-Jurjani, datang ke dari timur dan menetap di Bursa dan Edirne. Antara ulama yang lain adalah Alauddin Al-Tusi Al Qarimi dan beberapa ulama yang datang dari Barat telah dibawa Sultan Murad II ke Edirne untuk mengajar anaknya pelbagai bidang ilmu. Sultan Murad II meletakkan sepenuh kepercayaan kepada ulama-ulama untuk menguruskan pembelajaran anaknya, Muhammad II. Antara yang paling dipercayai adalah Sheikh Ahmad Ibn Ismail Al-Korani. Sheikh Ibn At-Tamgeed, seorang yang soleh yang menulis syair Arab dan Parsi juga antara guru beliau. Di samping itu, Khairuddin dan Sirajuddin Al-Halabi juga merupakan tutor beliau.[23]   

Sultan Murad II memastikan Sultan Muhammad II menghafaz al-Quran sebelum beliau berusia lapan tahun. Selain itu, Sultan Muhammad II diajar tentang sejarah dan juga ilmu sains. Sultan Muhammad II sangat menyintai tanah airnya dan sering menjadi pemimpin angkatan tenteranya. Beliau juga amat meminati bidang kesusasteraan, kesenian, kejuruteraan dan pembinaan. Selain itu, sains dan falsafah adalah di antara bidang ilmu yang turut digemari oleh beliau. Malah beliau telah menjemput salah seorang ahli astronomi terkenal di Turki ketika itu yang bernama Ali Kuscu untuk bertugas di makmal kaji bintang yang berpusat di Istanbul. Sultan Muhammad II adalah seorang yang sangat pintar dan mampu bertutur menggunakan tujuh bahasa asing dengan begitu fasih iaitu Turki, Greek, Yahudi, Arab, Parsi, dan Latin ketika berusia masih muda sewaktu beliau menawan Konstantinopel. Selepas kejatuhan Kota Konstantinopel, beliau telah membangunkan banyak universiti dan kolej di bandar tersebut. Sebahagian daripadanya masih lagi aktif sehingga kini.[24]    

Sultan Muhammad II menyedari bahawa beliau diberi ilmu yang sangat hebat lalu beliau termotivasi untuk meneruskan impian yang telah ditanam oleh ayahnya untuk menakluk Konstantinopel. Setiap hari Sultan Murad II berdoa supaya kota itu ditakluk dan penakluknya adalah anaknya sendiri. Pada setiap hari juga beliau mengarahkan Sultan Muhammad II supaya membuat persiapan untuk menawan Konstantinopel. Sultan Muhammad telah menaiki takhta sebenar setelah kemangkatan ayahandanya pada usia 20 tahun. Beliau telah digelar “Si Penakluk” atau di dalam Bahasa Arab lebih dikenali sebagai “Al-Fatih” selepas penaklukan benteng Kota Istanbul pada 29 Mei 1453.[25]   

Sultan Muhammad II telah mangkat pada 3 Mei 1481 akibat diracun oleh seorang doktor peribadinya di Kota Hunkarcayiri berdekatan Gebze dan beliau telah dikebumikan di pemakaman Fatih Turbesi berdekatan Masjid Fatih di Kota Istanbul.[26]   



Related image
sumber imej


SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH : FAKTOR KEJAYAANNYA DALAM MENAKLUKI KONSTANTINOPEL

Menurut riwayat, ketika berlaku peperangan Khandaq, umat Islam telah dikepung dari pelbagai penjuru oleh kaum musyrikin dan Yahudi. Kaum muslimin bekerjasama menggali parit untuk menghalang serangan dalam peperangan tersebut termasuklah baginda Rasulullah sendiri. Ketika mereka sedang melakukan pekerjaan tersebut, pencungkil (cangkul) Rasulullah SAW telah terkena seketul batu lalu secara tiba-tiba keluar percikan api disebabkan berlaga di antara batu dan besi pencungkil tersebut. Rasulullah SAW secara spontan telah bertakbir sebanyak tiga kali berturut-turut sehingga Sahabat bertanya kepada baginda, “Apakah yang telah berlaku wahai Rasulullah ?” Jawab baginda, “Aku telah melihat beberapa percikan api. Percikan pertama aku melihat bayangan di udara Istana Putih di negeri Yaman. Percikan kedua aku melihat bayangan Istana Kisra di Tanah Parsi dan percikan ketiga aku melihat mahligai raja-raja di Konstantinopel.”[27]   

Peristiwa ini menunjukkan isyarat seolah-olah umat Islam akan menguasai ketiga-tiga kawasan strategik yang menjadi sumber keagungan tamadun manusia pada zaman tersebut. Terdapat juga sebuah hadis lain secara spesifik yang menjelaskan tentang kepastian umat Islam yang akan menakluki kota terpenting Konstantinopel sebagaimana yang tersebut di atas.[28] Maka, para khalifah kaum muslimin berlumba-lumba untuk menakluki kota itu dalam tempoh waktu yang panjang dengan harapan mereka dapat merealisasikan hadis Rasulullah SAW iaitu ;

[29]  ู„َุชُูْุชَุญَู†ّ ุงู„ู‚ุณุทู†ุทูŠู†ูŠุฉ ุนู„ู‰ ูŠุฏ ุฑุฌู„ ูู„ู†ุนู… ุงู„ุฃู…ูŠุฑ ุฃู…ูŠุฑู‡ุง ูˆู„ู†ุนู… ุงู„ุฌูŠุด ุฐู„ูƒ ุงู„ุฌูŠุด. 

“Konstantinopel akan jatuh di tangan orang Islam. Sebaik-baik raja adalah raja yang menakluknya. Sebaik-baik tentera adalah tentera yang menakluknya.”

Kemenangan besar ini sesungguhnya tidak datang dengan begitu sahaja. Pencapaian ini adalah satu pencapaian yang luar biasa. Setelah berkali-kali cubaan dilakukan oleh pelbagai bangsa, Sultan Muhammad II dari bangsa Turki yang berjaya menjatuhkan Konstantinopel dan membenarkan hadis Rasulullah SAW setelah 600 tahun berlalu. Hal ini demikian kerana terdapat beberapa faktor yang membantu mereka untuk menjadi orang yang disebut Rasulullah sebagai sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera.[30]   


Peranan Seorang Ayah

Peranan seorang ayah sangat penting dalam membina personaliti yang kuat dalam diri seorang anak. Sultan Murad II, bapa kepada Sultan Muhammad, adalah seorang yang sangat proaktif. Beliau memberikan perhatian yang sangat serius terhadap pendidikan anaknya. Bukan hanya untuk pendidikan akademik namun, pendidikan sikap turut diambil berat. Buktinya, sebagai contoh sewaktu beliau mahu anaknya yang masih kecil untuk punya visi menawan Konstantinopel, beliau terlebih dahulu melakukannya. Hal ini demikian kerana, tidak wajar bagi beliau untuk menyuruh anaknya melaksanakan impiannya sedangkan beliau sendiri tidak bersungguh-sungguh dan tidak berbuat sedemikian.[31]   

Walaupun beliau ditakdirkan gagal dalam percubaannya dalam menawan Konstantinopel namun, beliau merasakan wajar untuk anaknya menyambung perjuangan tersebut kerana beliau telah membuatnya terlebih dahulu dan anaknya tidak akan mampu untuk mencipta alasan untuk tidak melaksanakannya.[32]   

Selain itu, Sultan Murad II tidak mula mendidik  Sultan Muhammad dengan pengetahuan mahupun hafalan al-Quran namun, beliau mengajar anaknya tentang adab terlebih dahulu.[33] Sultan Murad II meminta seorang guru yang terkenal dengan ilmu dan ketegasannya, Sheikh Ahmad Ibn Ismail Al-Korani untuk mengajar anaknya.[34]   


Peranan Seorang Guru

Sultan Muhammad II pada sewaktu kecilnya sangat nakal. Jadi, beliau perlu kepada satu pendidikan yang tegas. Tindakan Sultan Murad II memilih Sheikh Al-Korani sebagai gurunya adalah yang terbaik. Ayahnya telah mengirim sejumlah pengajar, namun anaknya terlalu nakal dan tidak mentaati perintah guru bahkan tidak mampu membaca apa pun sehingga tidak mampu mengkhatamkan al-Quran.[35]   

Pendekatan yang digunakan oleh Sultan Murad II adalah dengan rotan. Beliau memberikannya kepada Sheikh Al-Korani dan memberinya mandat untuk merotan Sultan Muhammad II.  Setelah dirotan barulah Sultan Muhammad berubah sikap. Hal ini sejarawan sebut secara sepakat sama ada Barat atau Islam bahawa dengan rotan inilah Sultan Muhammad mula membuka minda.[36]   

Kesan rotan ini sangat besar kerana dengan hal itulah Sultan Muhammad mula menghormati ulama. Apabila beliau menghormati ulama dan ilmu, barulah beliau dapat fokus dengan apa yang beliau ingin belajar. Buktinya, dari awal sehingga akhir proses penawanan Konstantinopel, beliau tidak merujuk pada sembarangan orang tetapi kepada ulama.[37] Sultan Muhammad II turut mengatakan bahawa kejayaan menjatuhkan Konstantinopel adalah kerana gurunya, Sheikh Aaq Shamsuddin yang mengisi keinginan penuh ke dalam diri beliau untuk menjadi sebaik-baik raja. Sheikh Aaq Shamsuddin mempunyai nasab yang bersambung dengan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a.[38]  Penghormatan yang tinggi telah diberikan Sultan Muhammad II kepada gurunya itu kerana dengan adanya kehadiran beliau bersamanya, mereka mampu untuk menawan kota idaman itu.


Pengaruh Penerapan Syariat Islam Terhadap Pemerintahan Uthmaniyyah Pada Zaman Sultan Muhammad Al-Fatih

Sejarah mendapati orang-orang Utsmani sejak pemerintahannya yang pertama iaitu Uthman sehingga Muhammad Al-Fatih dan orang-orang setelahnya selalu berusaha untuk menegakkan syiar Islam atas diri, keluarga dan Negara mereka. Mereka berhukum dengan hukum Allah. Maka dengan itu Allah mengukuhkan dan menguatkan penguasa-penguasanya. Sultan Muhammad II dididik dengan sempurna dalam hal ehwal agama. Beliau tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat tahajjud dan solat rawatib semenjak baligh. Melihatkan bagaimana penerapan ajaran Islam ke dalam diri Sultan Muhammad, boleh diklasifikasikan bahawa Kerajaan Uthmaniyyah pada waktu itu mantap dan kukuh kerana Islam menjadi junjungan.[39]   


Karakteristik Penting Sultan Muhammad Al-Fatih

Keteguhan Hati :
Hal ini adalah jelas ketika tercetus dalam pemikirannya satu pendapat yang kuat tentang akan adanya perkara yang tidak selesai atau kemalasan armada laut Uthmani Balta Oghali saat mengepung kota Konstantinopel. Sultan Muhammad segera mengirim utusan dan mengatakan, “Hanya ada dua pilihan di hadapan anda. Anda mampu menguasai kapal-kapal ini atau anda tenggelamkannya. Jika salah satu di antara dua hal ini tidak mampu anda lakukan, janganlah anda pulang kepada kami dalam keadaan anda hidup.” Oleh sebab itu, tatkala Batli Oghali tidak mampu melaksanakan apa yang menjadi keinginannya, segera beliau memecatnya dan menggantikan dengan Hamzah Pasha.[40]   

Keberanian :
Sultan Muhammad mempunyai keberanian. Sifat ini ditunjukkan apabila beliau sendiri terjun ke medan laga dan berperang melawan musuh dengan pedangnya sendiri.[41]   

Kecerdasan :
Selain itu, beliau juga berkarakter cerdas. Kecerdasan ini jelas terlihat dari pemikirannya yang cemerlang dalam memindahkan kapal-kapal dari pengkalannya di Basykatasy ke Tanduk Emas (Golden Horn) yang beliau lakukan dengan cara menariknya melalui jalan darat yang ada di antara dua pelabuhan.[42]   

Kemahuan yang Teguh dan Gigih :
Kemahuan yang teguh dan gigih juga merupakan karakteristik kepemimpinan yang penting dalam perjalanan menawan Konstantinopel. Tatkala Sultan Muhammad mengirim utusan kepada Maharaja Constantine dan memintanya untuk menyerahkan kota mereka tanpa perlu berperang dengan jaminan mereka tidak akan mengganggu puak Kristian. Namun, permintaan beliau ditolak dan beliau berkata, “Baiklah, dalam jangka waktu terdekat akan ada singgahsana untuk aku di Konstantinopel atau akan ada perkuburan baginya.” Sikap yang jelas kelihatan apabila pasukan Byzantin berhasil membakar benteng bergerak yang diperbuat daripada kayu, jawapan Sultan Muhammad adalah, “Esok kami akan membina empat lagi sebagai gantinya.” Sikap ini menunjukkan kemahuannya yang dahsyat dan kegigihannya dalam mencapai apa yang menjadi targetnya.[43]   


Ilmu Sains dan Teknologi Hebat Uthmaniyyah

1) Meriam Urban
Sultan Muhammad Al-Fatih memulakan angkatan bersenjata tersusun pertama di dunia dengan keupayaan memilik berdozen peledak bom dan meriam Urban iaitu meriam gergasi yang mampu merobek dinding batu kota-kota hebat. Begitu diceritakan keampuhan meriam itu yang dilengkapi dengan peluru seberat 1400 paun. Giustiani tidak memiliki persenjataan sehebat Sultan Muhammad II, tetapi berlindung dengan meriam kecil, busur panah dan pelbagai senjata yang kecil tetapi pantas. Sultan Muhammad mengarahkan supaya dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang mampu menembak bom 300 kilogram sejauh satu batu.[44] Peristiwa penciptaan Meriam Urban menyerlahkan karakter kepemimpinan Sultan Muhammad II yang strategis. Beliau peka dengan maklumat yang tepat dan fakta yang sahih tentang kepakaran mencipta senjata ada pada Hungary. Hampir 100 tahun mereka memusuhi Uthmaniyyah. Pakar utama tersebut adalah Urban dan beliau dipenjarakan oleh Maharaja Constantine. Lalu beliau merisik dan masuk sendiri ke dalam kota Konstantinopel untuk mengenal pasti ketebalan dinding bagi mencipta meriam yang sepadan dan juga untuk mengenal pasti kedudukan penjara saintis Urban.[45]   

2) Menara Bergerak dan Manjanik
Sultan Muhammad II mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantin dan memuatkan ratusan tentera. Byzantin berjaya membakar menara ini pada waktu malamnya. Uthmaniyyah juga menggunakan teknik memanjat dinding dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Byzantin mencurahkan minyak hitam panas dari atas benteng mereka. Tentangan sengit menyebabkan ramai yang syahid. Sultan Muhammad memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan seperti biasa.[46]   

3) Rumeli Hisari
Pada sebelah bahagian benua Eropah, terdapat satu laluan Selat Bosphorus yang agak sempit iaitu sekitar lima batu jarak keluasannya dari tembok kota tersebut. Sultan Muhammad II telah membina sebuah benteng pertahanan yang dikenali sebagai Kota Rumeli (Rumeli Hisari) berhadapan dengan kota pertahanan yang menjadi penempatan Sultan Beyazid Yildrim di bahagian benua Asia sewaktu beliau mengepung Kota Konstantinopel buat pertama kali. Kota tersebut mempunyai peranan yang amat besar dalam usaha mengawal lalu lintas di selat tersebut.[47]   


Ketangkasan Menyusun Strategi dan Pelan Bertindak yang Sistematik
Kewujudan rantai gergasi sebesar pemeluk telah menghalang Sultan Muhammad dan tenteranya untuk memasuki perairan Tanduk Emas (Golden Horn). Maka, beliau merencana dengan pantas tentang bagaimana mereka boleh menerobos masuk ke sana.[48]   

Misi pertama adalah dengan mengembom penjaga rantai besi gergasi dengan meriam ciptaan Urban. Misi pertama ini gagal kerana penjaga rantai berada di dalam bukit batu yang tidak mampu diletupkan meriam Sultan Muhammad. Misi kedua diteruskan dengan memutuskan rantai besi dengan teknologi kedua Urban iaitu gergaji. Misi ini juga gagal kerana kedudukan rantai besi berada jauh di dalam air. Seramai 30 orang tentera Uthmaniyyah mati syahid berkubur di dalam lautan. Mereka terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Rom yang berjaya mengesan kehadiran mereka dengan loceng pada rantai besi. Hal ini berlaku apabila usaha tentera Islam menaikkan rantai itu ke darat.[49]   

Idea pasukan brainstorm Sultan Muhammad semakin dahsyat. Misi ketiga mereka adalah dengan melakukan rempuhan agresif ke atas rantaian gergasi itu dengan tiga buah kapal sekaligus. Kapal dilengkapkan dengan kayu penebat yang tebal dan tampalan besi yang kukuh kerana rantai gergasi diikat dengan ranjau besi. Justeru, apabila dilanggar tanpa penebat dan besi yang kuat, kapal mampu musnah ataupun bocor. Misi ketiga juga gagal. Kapal-kapal Sultan Muhammad pimpinan Palta Oglu dirempuh dan diserang puluhan kapal perang Rom yang dihantar Pope Urbanus.[50]   

Apabila pelan A tadi mengalami jalan buntu, pelan B iaitu keluar dari jalan laut mesti difikirkan. Kajian geografi mengenai kawasan bukit-bakau dari Selat Bosphorus ke Tanduk Emas dimanfaatkan. Kekuatan tentera, tenaga haiwan dan jumlah serta berat kapal dihitung secara matematik dengan tepat oleh Sultan Muhammad. Beliau mencipta satu pelan yang luar biasa bagi mengatasi halangan ini. Ia antara rekod yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan pemimpin. Sebanyak 70 buah kapal laut Uthmaniyyah diluncurkan dari daratan sejauh lima kilometer dari Selat Bosphorus masuk ke perairan Tanduk Emas. Batang-batang kayu diatur menjadi jalan. Minyak dan lemak haiwan digunakan untuk melancarkan perjalanan mengheret kapal-kapal atas daratan. Pada masa yang ditetapkan, kapal-kapal tersebut dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Konstantinopel sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang terpasang. Hal ini sangat memeranjatkan musuh kerana mereka dikejutkan dengan gema takbir para tentera Uthmaniyyah menggegarkan bumi Byzantin. Serangan psikologi dilancarkan kepada musuh. Ini adalah taktik peperangan yang tidak pernah digunakan oleh sesiapa. Para sejarawan Barat mengakui bahawa taktik ini adalah taktik peperangan yang terbaik yang pernah dilakukan.[51]   


Penghayatan Semangat Jihad Dalam Jiwa Pemimpin dan Tenteranya

Sultan Muhammad memberikan semangat dan kata-kata jihad yang terakhir sebelum memulakan serangan besar-besaran. Beliau memberikan dalil-dalil al-Quran dan juga memotivasikan tenteranya untuk menjadi sebaik-baik tentera seperti yang disabda Nabi Muhammad SAW.[52]    

Pada 29 Mei 1453, Sultan Muhammad mengarahkan tenteranya untuk membuat serangan terakhir ke atas Konstantinopel. Kepungan dilakukan dari daratan dan juga lautan diiringi dengan paluan gendang dan gemaan takbir tanpa henti. Serangan pertama dilakukan pada waktu subuh dan mereka berjaya pecah masuk ke dalam kota. Hasan Ulubate, ketua komandon Uthmaniyyah berjaya memacakkan bendera Uthamaniyyah di atas tembok tertinggi. Tindakan itu sangat heroic kerana sewaktu beliau memacakkan bendera itu, puluhan busur panah menusuk tubuhnya. Maka, beliau syahid pada ketika itu juga. Walaupun Hasan Ulubate terbunuh namun, bendera Uthmaniyyah tetap kekal berkibar di tembok itu dan sekaligus melemahkan semangat tentera musuh. Tentera Uthmaniyyah berhasil untuk masuk ke Konstantinopel dan meraih kemenangan.[53]   


KESIMPULAN

Para ahli sejarah telah mengistilah dan menjadikan tarikh pembukaan bandar Konstantinopel pada 29 Mei 1453 Masihi sebagai permulaan kepada sejarah moden. Ketika memasuki bandar tersebut, Sultan Muhammad al-Fatih telah mengisytiharkan bahawa dunia kuno telah terhapus dan dunia moden telah datang. Bentuk peradaban telah berubah dengan sebab pembukaan Islam itu. Sultan Muhammad telah membuat satu upacara khas besar-besaran dan meminta pihak gereja berhimpun dan memilih seorang ketua paderi bagi mereka lalu, mereka telah memilih Janadius yang berkata bahawa dia lebih suka untuk melihat serban sultan daripada melihat topi latin. Orang yang dimaksudkan adalah pihak Katholik kerana merekalah yang menindas pihak Orthodoks.[54]   

Sultan Muhammad hanya manusia biasa yang tidak perlu dipuja secara berlebihan. Kekalahan beliau di Belgrade adalah bukti sifat kemanusiaannya seperti orang lain. Perkara yang seharusnya dikaji adalah sebab Sultan Muhammad menjadi manusia yang dipilih Allah untuk merealisasikan kata-kata Rasulullah. Demikian perjalanan sejarah. Jatuh dan bangun adalah kemestian. Persoalannya adalah berapa lama ia mampu bertahan dan berapa lama perlu diambil untuk bangkit semula selepas kejatuhan.[55]   

Benar kata Ibnu Khaldun dalam kitabnya, Muqaddimah, “Betapa melalui sejarah, kita dapat belajar perihal sunnatullah. Melalui pengamatan pada sunnatullah ini, sejarah beroleh nilai. Dengan nilai itu, ia menghubungjalinkan sejarah dengan zaman-zaman yang menyusul. Dalam erti kata lain, walaupun generasi dan zaman silih berganti, manusia dan sekalian alam tetap tersusun atur mengikut ketetapan Allah yang sama. Beruntung mereka yang meneladani sunnah yang baik. Namun mereka yang memilih mengulangi sejarah yang hitam pasti binasa.”[56]    

RUJUKAN

1) Ab. Hamid Ali. 2011. Detik-detik Constantinople dan Ibrah Buat Eropah. Kuala Lumpur : Mazni Irfan Publication.
2) Abdul Latip Talib. 2008. Sultan Muhammad Al-Fateh. Selangor : PTS Litera Utama Sdn.Bhd.
3) Dr. Ali Muhammad Ash-Shalabi. 2003. Bangkit dan Runtuhnya Khilafah Utsmaniyah. Jakarta Timur : Pustaka Al-Kautsar.
4) Dr. Eeman Mohamed Abbas. 2002. Sultan ‘Abd Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd. 
5) Mohd Fikri Che Hussain. 2010. Era Kebangkitan Kerajaan Uthmaniyah : Episod Silam Yang Dilupakan. Petaling Jaya : Hijjaz Records Publishing.
6) Muhammad Syaari Abdul Rahman. 2011. Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh. Selangor : PTS Milennia Sdn. Bhd.
7) www.youtube.com/watch?v=EtSzaozgH2Q
8) www.youtube.com/watch?v=6TSQvqMvIOU


NOTA KAKI

[1] Muhammad Syaari Abdul Rahman. 2011. Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh. Selangor : PTS Millenia Sdn. Bhd. hlm. xxv.
[2] Ibid. hlm. xxvi
[3] Ibid
[4] Ibid. hlm. xxvii
[5] Ibid. hlm. xxviii
[6] Ibid
[7] Dr. Ali Muhammad Ash-Shalabi. 2003. Bangkit dan Runtuhnya Khilafah Uthmaniyyah. Jakarta Timur : Pustaka Al-Kautsar. hlm. xii-xiii
[8] Ibid.
[9] www.youtube.com/watch?v=EtSzaozgH2Q
[10] Mohd Fikri Che Hussain. 2010. Era Kebangkitan Kerajaan Uthmaniyah : Episod Silam Yang Dilupakan. Petaling Jaya : Hijjaz Records Publishing. hlm. 224-225.
[11] Ibid. hlm. 225.
[12] Dr. Ali Muhammad Ash-Shalabi, Bangkit dan Runtuhnya Khilafah Utsmaniyah. hlm. 105.
[13] Muhammad Syaari Abdul Rahman. Kuasa Kepemimpinan Al-Fatih. hlm. xxxii-xxxiii
[14] Ibid. hlm. xxxiii.
[15] Ibid.
[16] Ibid. hlm. xxxiv
[17] Ibid. hlm. xxxv.
[18] Ibid.
[19] Ibid.
[20] Ibid.
[21] Ibid. hlm. xxxvi
[22] Mohd Fikri Che Hussain. Era Kebangkitan Kerajaan Uthmaniyah : Episod Silam Yang Dilupakan. hlm. 222.
[23] www.youtube.com/watch?v=EtSzaozgH2Q
[24] Ibid. hlm. 223.
[25] Ibid.
[26] Mohd Fikri Che Hussain. Era Kebangkitan Kerajaan Uthmaniyah : Episod Silam Yang Dilupakan. hlm. 250.
[27] Ab. Hamid Ali. 2011. Detik-Detik Konstantinopel dan Ibrah Buat Eropah. Kuala Lumpur : Mazni Irfan Publication. hlm. 29.
[28] Ibid. hlm. 30.
[29] Ahmad b. Hanbal. Al-Musnad. Sidqi Muhammad Jamil al-‘Atar. Jilid 8. Cetakan kedua. Dar al-Fikr. 1414H/1999M. Hadis ini ialah bilangan ke 18478.
[30] www.youtube.com/watch?v=6TSQvqMvIOU
[31] Ibid.
[32] Ibid.
[33] Ibid.
[34] Abdul Latip Talib. 2008. Sultan Muhammad Al-Fateh. Selangor : PTS Litera Utama Sdn. Bhd. hlm. 25.
[35] Dr. Ali Muhammad Ash-Shalabi. Bangkit dan Runtuhnya Khilafah Utsmaniyah. hlm. 139.
[36] www.youtube.com/watch?v=6TSQvqMvIOU
[37] Ibid.
[38] Dr. Ali Muhammad Ash-Shalabi. Bangkit dan Runtuhnya Khilafah Utsmaniyah. hlm. 139.
[39] Ibid. hlm. 163.
[40] Ibid. hlm. 174.
[41] Ibid.
[42] Ibid. hlm. 175.
[43] Ibid. hlm. 176.
[44] Muhammad Syaari Abdul Rahman. Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh. hlm. 33.
[45] Ibid.
[46] Ibid. hlm. 34-35.
[47] Mohd Fikri Che Hussain. Era Kebangkitan Kerajaan Uthmaniyah : Episod Silam yang Dilupakan. hlm. 228.
[48] Muhammad Syaari Abdul Rahman. Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh. hlm. 42.
[49] Ibid. hlm. 42-43.
[50] Ibid. hlm. 43.
[51] Ibid. hlm. 43-45.
[52] www.youtube.com/watch?v=EtSzaozgH2Q
[53] Ibid.
[54] Dr. Eeman Mohamed Abbas. 2002. Sultan ‘Abd Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd. hlm. 15-16.
[55] Muhammad Syaari Abdul Rahman. Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh. hlm 191-192.
[56] Ibid. hlm 192.


----------------------------------------

Kertas Kerja oleh Siti Ainum binti Amijudin
Subjek Tamadun Islam Zaman Uthmaniyyah (2014)
Diploma Bahasa Arab dan Tamadun Islam, KIPSAS

----------------------------------------


aku tahu macam mana rasanya bila menemukan bahan-bahan yang diinginkan. apalagi untuk hal-hal yang kita sangat cinta. sebagaimana aku selalu jadi "gila" bila dapat bahan bacaan tentang Osmanlฤฑ Tarihi, aku harap orang yang punya "kegilaan" yang sama akan rasa the same excitement. kalau kertas kerja surah al-masad aku dah kerjakan dengan penuh passionate, kertas kerja ini berkali ganda lagi perasaannya. dalam keadaan demam panas siapkan assignment ni tapi sebab best, jalan terus. alhamdulillah untuk kecintaan ini!

semoga bacaan dan rujukan yang bermanfaat untukmu. selamat mengenali sejarahmu sendiri dan mencintainya.