Tuesday, June 10, 2014

Bulan, apa kata-mu?


tadi malam Bulan berbisik perlahan menyentuh cuping telinga-ku. 

"maaf, aku sering tertukar rasa antara cinta dan keinginan untuk memiliki. rasa itu tak sama. rupanya, rasa itu tak sama."


kalaupun fitrah Matahari cintakan Bulan, tapi ada baiknya kalau tak ada apa yang berubah. tetap, di paksi masing-masing.

dekat. 
tapi jauh.
jauh. 
tapi dekat.


dan Langit ada berbicara dengan-ku. kata Langit,

"tak pernah aku lihat hubungan sekompleks hubungan Bulan dan Matahari. harmoni bersama. tapi tak mampu untuk bersatu. kalaulah Matahari tahu bahawa bukan dia saja yang memiliki fitrah seperti itu. Bulan, apa kata-mu?"







notakecil:
ini semua bahana matahari Sabah yang selalu bermain-main sinarnya di atas kepala. dan juga kerana bulan Sabah yang sangat menggoda! 

maaf. aku memang dasar tak boleh tengok alam. 

Friday, June 06, 2014

Thursday, June 05, 2014

Three point six five is more than enough.


"Ustazah, saya dapat 3.65. saya tak tahu sama ada nak sengih atau nak sedih."
"Ainum kena sengih.. sebab ada yang rendah dari Ainum lagi.. syukur.. redha.. :) " 
"Ok ustazah. saya sengih :D "


MasyaAllah. terhiburnya hati dengan Ustazah Norahida. 



aku tak tahu la kalau ada yang mana dapat 3.5 ke atas masih sebut result dia teruk. konon nak tawadhuk. kalau result kau dekan pun kau cakap teruk, maknanya memang kau tak ada concern lansung la dengan perasaan orang lain. 

aku expect three point five. redha habis nak cek result. tapi bila tengok dapat 3.65.. nilai dekan 3.67.. rasa macam.. eh sikit lagi. masih ada lagi rasa tak bersyukur tu. tak sedar diri usaha tak sesuku hati. cakap redha. hakikatnya, ada lagi dalam kepala why and why.

redha itu pantasnya di hati. bukan di bibir semata.

Alhamdulillah for this three point six five. it's more than enough. I get more than what I deserved. yang penting jaga PNGK. jangan bagi jatuh.

selamat mengalami kepupusan dekaners, BATI. herher.

pesan aku, kadang-kadang memang kita rasa kita dah usaha lebih, dah pulun secukupnya tapi kenapa result masih tak tinggi. cuba check balik apa yang kita buat sepanjang tempoh kita belajar.

belajar sematakah?

belajar semata tak advance lah. siapa kata kalau terlibat dalam organisasi result punah? depends on diri sendiri. cuba reset balik minda biar jadi tauhidik mindset. 

jangan tolak organisasi.
jangan tolak usrah.
jangan tolak majlis ilmu.

sebab kau akan tahu juga nanti, itulah yang akan jadi kekuatan kau.

selamat mencuba :)


# am still feeling bad for that someone. tak baik kan distract focus orang. Ya Allah.. T___T

Wednesday, June 04, 2014

Harga yang harus aku bayar

result belum keluar. termenung juga bila fikirkan natijah imtihan. sebab memang terlebih tahu usaha aku cuma takat mana. peluang dekan tipis. peluang tiga titik lima pun rasanya entah lepas atau tidak. 

"Inilah harga yang awak kena bayar untuk jadi seorang pemimpin, Ainum."

terngiang-ngiang suara Ustazah Ayuna di telinga. waktu itu aku sudah terlalu pedih menahan. nak menangis di bilik, apa pula kata orang. nak menangis di mana? tak tahulah. jumpa ustazah untuk bincang hal lain. tapi terkeluar hal lain. dan begitu saja mata meletuskan air. malu. tapi lega Allah saja yang tahu.




harga yang harus aku bayar..

aku punya angan kecil, kalau boleh mahu mati di tanah itu. Darul Makmur itu yang menyaksikan segalanya. tanah tarbiyah. tanah dakwah. tanah siyasah. biarpun mereka menganggap KIPSAS satu tempat yang kecil, yang lekeh, yang menempatkan pelajar yang biasa-biasa, aku tak kisah.




sebab itu tanah perjuangan. 
aku menanam di tanah itu. aku melabur di tanah itu. 
benih pahala. saham pahala. 
untuk nantinya aku tuai di syurga sana. untuk nantinya aku senang di syurga sana.

dan tak mungkin Tuhan-ku melihat hal itu sebagai hal yang remeh-lekeh seperti yang mereka kira.




harga yang harus aku bayar..

perdagangan ini sungguh menguntungkan. 
semoga aku mampu untuk menjadi pelabur pahala.




harga yang harus aku bayar..

sebab untuk capai redha dan cinta Allah itu tidak semudah membangunkan diri di saat jiwa lelah.