Wednesday, June 27, 2018

1439h syawal lesson


kucing mati lagi semalam. syawal ni saja lapan ekor anak kucing mati. empat ekor newborn mati sebab mak dia (linda) beranak dalam almari yang penuh dengan baju, jadi mungkin dia tak nampak anak dia berapa ekor semua sebab aku tengok semua mati dalam keadaan tak dibersihkan lagi. tinggal sekor yang alhamdulillah selamat hidup. jadi anak tunggallah sekarang sebab abang dan kakak dia tiga ekor baru saja mati sebab virus. 

masa empat ekor newborn mati tu tak rasa apa sangat. sebab baru. lagipun ada lagi anak-anak kucing yang lain. then sekor lagi anak kucing (fathi) sedia ada mati. okay lagi walaupun sedih sebab dia manja gila. few days later sekor lagi menyusul (misha). walaupun tak expect tapi tak juga terlalu shocking sebab memang biasanya anak kucing tak berapa tahan bila ada kematian saudara dia sendiri. sebab tu tak boleh letak dekat-dekat bila ada anak kucing sakit atau mati. tapi since semua benda sangat mengejut so, we didn't really prepare for that. ingat sakit biasa rupanya virus.

aku rilek lagi walaupun dah dua daripada tiga anak kucing mati. yang tinggal ni pun memang yang paling disayangi dan dia (rifail) pun manja gila suka tidur atas riba. tapi lepas dua adik dia dah pergi, aku rasa dia sunyi. dia tak nak makan. dia galau. hari kedua dia tak makan aku bawa ke klinik. doktor cakap memang tak ada ubat untuk virus ni. it's okaylah nak buat macam mana. i learnt my lesson sebab sebelum ni tak pernah jadi macam ni. lepas ni baby semua kena vaksin dulu.


rifail - fathi - misha


tiga hari dia tak makan and he actually strong enough la untuk bertahan tara tu sebab dia tak adalah nampak kritikal sangat keadaan sakit dengan tak makannya tu. lepas tu malamnya dah nampak bibit nazak. aku bawa dia masuk bilik. saja nak teman dia. aku cool lagi masa tu sebab dah ready apa saja jadi since we know what the lala's happening. sampailah masanya nampak dah agak nazak betul, i hold his soft fluffy paw, my tears started shedding. minutes later, he's gone for good. aku angkat kepala dia, hadapkan muka dia depan aku (which sampai sekarang aku rasa menyesal kenapa aku buat macam tu), ya Allah... his eyes looked so sad. mata dia pandang aku tapi pandangan tu kosong. barailah masa tu jawabnya. i don't remember the last time aku menangis teresak-esak macam hari tu. serius sampai sekarang menyesal tengok muka dia. sebab teringat sunguh-sungguh. tengah bercerita ni pun dah rasa panas hidung. apapun, dalam masa yang sama aku rasa glad jugalah, setidaknya dia dah boleh reunion dengan adik beradik dia dekat sana. tak ditinggal sunyi sendiri dekat sini.

so, sekarang ada gebu and his beloved wife, linda and their one and only child. semoga membesar dengan sihat, zahabiy. tunggu lagi sebulan kita pergi vaksin ya.




dan maha memahaminya Tuhanku... yang maha mengetahui kerinduan yang tersimpan dalam hatiku... Dia temukan dengan banyak kucing setelah itu walaupun cuma sebentar. lepas anak-anak kucing dah mati, aku jadi excited tengok kucing mana-mana lepas tu. sebab ni huge loss juga, semua mati dalam masa yang tak jauh jaraknya. boleh dikata sekelip mata sloth (sebab kelip juga tapi lambat). dan semalam yang terakhir (moga-moga), anak kucing mati lagi. anak kucing jalanan yang menumpang di rumah sehari dua, sempat menumpang kasih sayang mama linda dan juga sempat memberi kasih sayang kepada adik zahabiy. aku rasa musim ni memang musim kucing sakit dan mati. ramai juga kenalan yang kematian kucing.

apapun, ini semua pinjaman. semoga aku sentiasa bersyukur atas setiap kurniaan yang bersifat sementara ini. patah tumbuh hilang berganti. walaupun setiap kucing tak sama, tapi bahagia tu tetap akan dirasai.

fathi, misha dan rifail, nanti kita jumpa lagi ya.

----
update (29 Jun 2018, 10:35AM)
baby zahabiy pun mati.


Monday, June 25, 2018

CC ; Presiden Ainumers


sebab dari kelmarin aku mula rindu ruangan ini, jadi hari ini aku figure out sesuatu.

ternyata blog ini sama sepertimu, tuan. ada masanya aku dalam dilema memilih ruangan ini atau mula menulis di ruangan sana. sebagaimana pernah aku dalam dilema antara memilih meneruskan perancangan untuk hidup bersama kau ataupun mula berkira-kira untuk memilih orang lain (yang pastinya sudah menjadi sejarah jadi jangan cemburu dulu).

dan seringkali aku bertukar-tukar rumah dengan alasan ruangan sana lebih nyaman dan segar. tapi... tidak juga aku menulis di sana. tebakanku salah. kerana aku yang malas. entahlah, sebab jiwanya lain barangkali. kalau di ruangan ini, buka new post terus boleh merepek macam sekarang tapi kerap kali di sana aku taip dan padam semula.

jadi, aku balik lagi ke sini. menulis lagi.

dan sepertimu, tuan... seberapa banyak kali pun aku memilih untuk tidak lagi denganmu, tetap saja aku akan pulang kembali di hadapan pintu. dan seperti blog ini juga, setiap kali itulah kau tadahkan pesisir pantai timur buat aku tanpa kira waktu (bahkan kepulauan borneo juga). kesetiaan itu aku dahulukan dengan menerima kasih.

sekian, entri pertama setelah berbulan yang begitu kejagungan.