Saturday, 20 May 2017

You can be addicted to some kind of sadness.


murung. kalau ikutkan definisinya berat, apalagi untuk ditanggung. bukan sekadar perkataan yang biasa kita sebut suka-suka. murung - satu perasaan yang aku dah tak mahu rasa.


so, it feels like this.


waktu kelas subjek Fan Ilqa, ustazah Aida ajar topik Syu'ur Ijabi (perasaan positif) dan Syu'ur Salbi (perasaan negatif). kebetulan, waktu syu'ur ijabi aku tak hadir ke kelas. kelas seterusnya aku hadir dah masuk pada tajuk syu'ur salbi. jadi, syu'ur salbi merangkumi rasa marah, sedih dan takut. aku ingat part hazin (sedih), isinya adalah sedih kebiasaannya tak lama. sedih merupakan satu perasaan yang tak panjang. tapi, perasaan yang makan tempoh yang panjang adalah murung. aku pun macam *cough* mengata aku ni *cough*. tapi betullah dan patutlah. sebab depression yang aku rasa bukan sebulan dua. tapi bertahun (insyaAllah sedang dalam proses untuk sepenuhnya sembuh, doakan!). 😂

lepas tu ustazah pun, "ustazah nak kamu semua cerita hal yang paling menyedihkan yang kamu pernah rasa.". pelajar cuma tiga orang masa tu, seorang lagi absent. aku satu-satunya pelajar perempuan. alhamdulillah (aku rasa nak bersyukur walaupun bukan benda besar kalau orang tengok, tapi bagi aku besar), alhamdulillah aku boleh buka cerita tentang how vulnerable I was before. aku bagi tahu ustazah, fakta murung tu betul, sebab itu yang aku rasa untuk tempoh yang lama. ustazah angguk faham.

okay forget about me. aku nak cerita student lelaki yang lagi dua tu. so, next Amirul Syahmi cerita tentang operation if I'm not mistaken (for sure aku tak berapa pay attention sebab aku lupa ni). sebab aku lupa, jadi aku proceed kisah Firman pula. since Firman betul-betul line kerusi aku, so senang aku bagi perhatian. and his story was quite sad. hm. dia cerita tentang kematian ibu atau ayah aku lupa lagi, masa tu dia kecil lagi. balik sekolah tengok ramai orang dekat rumah. lepas tu baru tahu parent meninggal. macam drama. tapi realiti lagi sakit. 

I really love listening to this kind of topic. sebab nak selalu kena ingatkan diri sendiri apa yang orang lain rasa lagi tak mampu mata nak bayang, tak mampu bahu nak pikul. dan aku akan bersyukur dengan apa yang Allah telah limpahkan, tak kisahlah nikmat atau ujian. kalau musibah tu mampu dekatkan aku lebih lagi dengan Allah, bukankah itu kenikmatan yang besar?

and kalau perasan kawan-kawan macam pelik sikit dari biasa, cuba risik khabar. memang biasanya orang murung ni tak buka cerita, tapi tak apa, perhati dari jauh pun cukup. tolong mana yang boleh. bagi nasihat secara umum, biar sampai dia baca. dia nak orang tolong. tapi dia tak tahu nak minta macam mana. peranan kita - peka.





Sunday, 14 May 2017

"Aku tak akan datang pada kau (blog) selagi aku belum berjaya habiskan diploma." - aku, beberapa bulan yang lalu


kita mulakan dengan basmalah. 
assalamu'alaikum jami'an. 

aku di sini, ertinya? 
ya, alhamdulillah.. kholas! 😂

setahun ini adalah perjalanan yang tidak susah tapi bukan juga mudah. susahnya mungkin untuk komited hadir ke kelas tanpa sebarang absent terutamanya pada waktu pagi. setiap pagi adalah detik mujahadah paling besar sebab pada masa itulah sakit paling memuncak. sebelum lalui fight untuk ke kelas, wajib fight untuk bangkit subuh terlebih dulu. untung, solat itu wajib bagi muslim, kalau tak, aku dah tak bangun untuk ke kelas! 😟

alhamdulillah tsumma alhamdulillah. banyak sekali kenikmatan yang dirasa sepanjang tempoh penyembuhan ini. aku sangat tahu, Allah kasi ujian bukan saja-saja. cuma yalah, masa tengah sakit, rasa mahu kalah juga (memang kalah pun beberapa kali). lagi sekali aku mahu ulang quote dari kak aishah ;

setiap luka pasti akan sakit. tapi ingat, setiap luka pasti akan sembuh. 
lucu.  
mengenang bagaimana saya paling tidak tahu mengurus hati. lalu Allah uji lagi dan lagi.

aku letakkan "tidak tahu mengurus hati" sebagai "tidak redha". mungkin pada kesempatan sebelum ni (semester 5 kali kedua), aku masih lagi berkeluh-kesah dengan keadaan yang telah Allah berikan. mungkin aku belum cukup ikhlas menerima segala hal yang dah berlaku, lalu Allah tangguhkan lagi, berikan lagi kesempatan baru supaya akhirnya aku tahu untuk terima semuanya dengan selapang-lapang dada.

benda paling payah nak pass pada awalnya sebab kita belum boleh predict apa yang akan jadi. dan benda juga payah nak pass sampai akhir sebab kita rasa dah penat sangat dan rasa tak mampu nak hadap lagi dah. seriuslah, nak mula semula memang susah lepas kita dah mula berhenti. aku masih simpan tulisan yang aku tulis masa awal sem 5 hari tu ;


Aku ingat lagi waktu hari pertama minggu kuliah Julai yang lepas. Isnin dah mula kelas, Fan Ilqa dengan Ustazah Aida pada masa tu. Tak bersedia langsung nak masuk kelas. Otak belum sedia nak belajar. Emosi belum sedia nak hadap semua hal. Aku lari masuk tandas. I just couldn't control my feelings. And I couldn't stop my tears too. Because I was too afraid. I didn't know what to do. I thought of running away but, the reason why I chose to continue the journey was because of my parent. So, I couldn't go backward. And when I was in class for the first time, I tried so hard not to be upset or ended up crying. I still remembered the feelings, how vulnerable I was at that time. 
But today I told Allah Ta'ala that it would be regrettable to death if I gave up on that day. Memang tahap weh-bapaklah-rugi-kalau-aku-tak-sambung-study. Because I thought of quitting college before. Sentimental person ni ada baiknya tapi buruknya jangan dibuat remeh. Yang baiknya kita lagi senang nak immerse into anything. Tapi yang buruknya macam ni la, lead to negative thinking or worse, depression. 
And not to forget the biggest contributing factor yang buat aku "terpaksa" nak sambung belajar, Ustazah Norahida. 
I told her I'm weak.
She told me that I'm not.
I told her I was scared.
She told me not to. 
And now, here I am, writing this bedtime story for my Mirza Badi'uzzaman. So then he won't easily give up when the times come. Despite knowing that everyone has his/her own breaking points, he still needs to be strong like his mother.


it was so hard at that time, wallahi. tapi Allah mudahkan urusan, Allah tenangkan hati. alhamdulillah untuk nikmat hidup bertuhan. banyak hal yang Allah ganti. Allah ganti dengan kefahaman bahasa Arab yang lebih lagi. aku betul-betul dapat praktik bahasa Arab, tak macam dulu. lebih lagi, aku dah siapkan satu kertas projek atau aku nak sebut ia sebagai "disertasi kecil" (kasi semangat sikit!).




2012 - 2017 😎


ilmu bahasa arab dan kajian yang aku dapat ni telah buatkan aku akhirnya mengalah. aku angkat bendera putih. aku melutut dengan tangan ke langit. aku mengalah. aku akhirnya mengucapkan, "alhamdulillah atas segala musibah yang Engkau beri. ternyata ini bukan musibah tapi nikmat!". dan untung bila berurusan dengan Allah, aku memang kalah, tapi kalah dalam menang. kau fikir kau siapa. kau fikir kau raja. okay maaf aku terbawa-bawa. banyak benda dah berubah. aku dah boleh tatap muka sultan tanpa rasa pedih. aku pun dah gemuk sekarang, kalau nak state perubahan ketara.

ah, konklusinya, Allah dah berjayakan aku tamatkan diploma. syahadah (sijil) ini hadiah untuk ibu ayah tentunya, tapi ganjaran untuk aku adalah ilmu lughah dan hadharah. perjalanan yang manis untuk dikenang, masyaAllah. perjalanannya sedikit sebanyak aku telah "catat" di instagram @munawritinghood kalau sudi boleh saja follow. tapi sebaiknya dm ig terlebih dulu kasi tahu "saya pembaca blog kikiki" sebab aku tak approve semua orang. eleh acah-acah macam orang nak follow. 😪

Ya Allah, terima kasih telah buatkan aku merasa istimewa! 

yeay lepas ni boleh jumpa kau (blog) selalu! 😂

dan terima kasih untuk yang masih sudi singgah di sini setelah sekian lama. baarakallahu fiikum.