Friday, November 10, 2017

Adakalanya Allah menggembirakanmu dengan syuhud sifat jamal-Nya..



"(Adakalanya) Allah menggembirakanmu (dengan syuhud sifat jamal-Nya atau sebagainya), supaya Dia tidak mengekalkanmu bersama kedukaan kerana terlepas apa yang diingini atau sebagainya. (Adakalanya pula), Dia mendukacitakanmu (kerana kamu terlepas apa yang diingini atau sebagainya) supaya Dia tidak mengekalkan kamu bersama kegembiraan sehingga kamu menjadi rosak dan tidak beradab dengan-Nya. (Adakalanya juga) Dia mengeluarkan kamu daripada kedua-dua keadaan itu, supaya kamu tidak menjadi hamba kepada sesuatu yang lain pada-Nya." *

kalam hikmah dari Syeikh Ibnu 'Atha'illah as-Sakandari ini semakin mengukuhkan kesyukuran aku terhadap apa saja kepahitan yang telah berlaku sepanjang hidup. kalam hikmah ini membuatkan aku merasa terhibur dengan kedukaan yang telah dan mungkin masih ada. iyalah kan, kadang-kadang kita tersilap menilai sama ada kita telah move on atau sebenarnya cuma sudah terbiasa dengan kesakitan tersebut sampai mampu hidup macam tak ada apa yang perit telah jadi sebelumnya. kalau masih ada hal-hal yang boleh trigger kita mengenang semula kedukaan tersebut dan meninggalkan rasa sakit di dada, itu maksudnya jiwa kita belum setel menanganinya.


tapi tak apa. kita semua sedang berproses.


ada orang sedang berproses dari tak menjaga aurat kepada berusaha untuk menutup apa yang perlu. ada orang sedang berproses dari memakai tudung tapi jenis ceplas ceplos kepada berusaha untuk menjaga laku dan tutur biar seiring dengan imej yang dibawa. ada orang sedang berproses dari mempersoalkan tindakan tuhan kepada berusaha untuk belajar menerima sesuatu ujian dengan lebih lapang dada. ada orang sedang berproses dari tak peduli akan hal-hal sunat kepada berusaha untuk mengerjakannya sambil memperelokkan ibadah wajib yang sudah biasa dikerja. ada orang sedang berproses dari tak menjaga pergaulan kepada berusaha untuk menjaga diri biar selamat dari fitnah akhir zaman. ada orang sedang berproses dari hari-hari bercinta di talian kepada berusaha menahan rindu sehingga masa menghalalkan. dan ada orang sedang berproses dari membiarkan diri hanyut dalam lautan derita kepada berusaha untuk positif dan syukuri nikmat musibah yang dihadap di depan muka.


hasil dari sesuatu proses adalah produk. dan insyaAllah, produk secara lazimnya lumayan.


seperti yang dikatakan william nicholson, "experience is a brutal teacher but you learn fast". iya, brutal sungguh. tahap terduduk kita bila tiba-tiba ditamrin (dilatih/direkrut) dengan acuan yang hard core. tapi itu yang kita kena semat paku dalam diri, nak mendidik diri memang tak boleh dengan kelembutan saja, perlu juga pada kekerasan sebab hardship akan buat kita jadi lagi tough. macam earthbender - nak jadi earthbender kita kena stand still, fight terus apa yang ada kat depan. tak boleh elak-elak. kalau kita berani hadap, batu pun kita boleh hancurkan. ingat kan cara toph ajar aang? jadi, ujian yang brutal ni sebenarnya memang untuk train kita untuk jadi lagi tough sebab yang pasti di depan sana ada lagi ujian-ujian yang lebih dahsyat dan menggerunkan. kalau sekarang kita dah angkat bendera putih, nak sampai next level tu mahu game over terus.


apa yang paling aku nak share dan aku nak sangat orang-orang yang sedang bermasalah boleh jadi macam aku sekarang (maksud aku untuk positivity yang aku dapat) adalah hasil dari proses yang aku sedang jalani dari tahun-tahun lalu. for those who have said how strong i was, please trust me.. i was in denial state too.. i had my breakdown too. mereka claim aku nampak strong sebab aku cerita macam benda tu tak ada apa, macam not a big deal pun. sis, dah rasional ni, alhamdulillah boleh cerita. cuba kalau sis jumpa saya awal-awal dulu, mahu sis up kat facebook "hari ini saya jumpa perempuan yang sangat tak bersyukur ada patut dia tak redha dengan ujian yang Allah beri pada dia apa nak jadilah perempuan zaman sekarang". like i said, kita semua berproses.


lepas makin lama makin nampak hikmah dan ganjaran-ganjaran yang Allah ganti dengan apa yang telah hilang dari sebelum ni, aku mengalah teruk. mengalah dengan menyedari bahawa hal yang aku anggap musibah adalah antara kenikmatan yang paling besar yang pernah ada dalam hidup aku - wallahi. sampai tahap aku sengih-sengih seorang diri sambil cakap, "terima kasih Ya Allah bagi aku sakit. hihi." sebab nak cakap apa lagi bila benda yang kau anggap keburukan tu sebenarnya adalah kunci kepada pintu kebaikan yang lebih banyak. jadi, antara hal paling mahal yang aku gain adalah aku dah boleh control diri sendiri bila ada masalah. memang boleh pujuk hati sendiri dan alhamdulillah rasa ada kemampuan untuk control bila rasa nak complain sama ada zahir terkeluar di bibir atau dalam hati, mahupun nak up di media sosial whining things yang sebenarnya boleh setel tanpa kau complain sebab biasanya masalah tak besar mana tapi jenis dah terbiasa besarkan masalah macam aku seorang saja yang ada masalah dalam dunia ni. sekarang kalau rasa nak curhat complain, masa nak tweet tu be like "please la siti ainum, no need la" then i stop (if i don't please tell me). perasaannya macam kau dah pandai belajar rilek sebab kau dah tempuhinya sebelum ni. masalah masih lagi masalah tapi keadaan jiwa dah berubah (insyaAllah menuju kebaikan). aku suka keadaan aku yang sekarang walaupun ada masa aku rindu dengan jiwa aku dulu. tapi itulah kan, rindu tak bermaksud kita harus balikan (kembali berpacar) dengan mantan gebetan. kalau pacar yang sekarang jauh lebih baik dari mantan, apa gunanya mengenang masa lalu. #ehdiamalahcurhat okay abaikan analogi tak guna ni.


one of the priceless hikmah, aku jadi lagi matang hadapi ujian. i don't remember the last time aku betul-betul menangis serabut sebab ada masalah. menangis sebab memang emosi aku sangat tak balance itu biasa, proses nak pulih. tapi kalau menangis atau stress sebab problem, seriously i can't remember. ada sekali betul-betul rasa sedih sebab diuji dengan hal yang sangat-sangat berat and i did cry tapi sekadar menangis minta tolong dengan Allah bagi selesai sebab masa tu betul-betul i couldn't tell anyone. dan amazingly sangat jelas Allah tolong seolah-olah we both had mission nak setelkan hal tu (walaupun belum setel sebab ini memang ujian - sabar, bukan semua benda boleh selesai sebab kita nak ia selesai 😊). aku agak wow la masa tu macam.. "Ya Allah! terima kasih ada dengan aku suka duka pahit manis!" dan masa tu lah aku baru faham feeling betul-betul berharap bergantung pada Allah dikala ujian melanda. tak perlu pun nak up status "Ya Allah, kuatkan aku" kalau dalaman kita tak bersungguh-sungguh minta. jangan sedap-sedap whining dah berketul-ketul lepas tu baru sebut semoga diberi kekuatan kesabaran. dok comey la lagu tu. tapi tak apa, kita semua berproses. yang penting bila dah tahu, jangan buat. belajar control.


kenapa aku asyik sebut pasal up di media sosial adalah sebab most people do that. termasuk aku (sekarang dalam proses memang tak nak buat dah kerja tak matang tu). kadang-kadang kita tak perasan, tulis keserabutan dalam keadaan yang serabut akan menambahkan keserabutan tu lagi. sebab kita rasa, kita tulis, kita baca dan paling teruk kita mungkin akan bagi kesan negatif kepada orang yang membaca. apalagi bila kita bawa imej muslim/muslimah yang praktikal (yang menuju kesolehan), lagilah kita kena jaga imej kita. dan kalau reason "tak apalah nak cakap apa pun sebab bukan orang kenal aku realitinya macam mana" (ni jenis nak ada personaliti banyak la ni), kita kena ingat, tak penting orang tak kenal kita 'siapa' tapi yang penting kita tahu kita 'siapa'. siapa aku? - aku muslimah, aku abnaul harakah, aku dianggap naqibah - kena sedar diri kita ni siapa. walaupun title tu bukan layak sangat pun untuk kita tapi kita kena sedar kita dah bawa imej tu. jadi, tak patut dah nak kena jadi tak matang cakap benda tak patut walaupun di media sosial. just imagine kalau anak-anak usrah atau adik-adik yang baru nak berubah (yang jadikan kita sebagai tempat rujukan) baca apa yang kita merepek complain seolah-olah tak ada tuhan nak diminta tolong, rasa malu tak? kalau tak malu tu macam masalah la sikit. of course benda tak semudah dikata, tapi kalau betul-betul nak cuba, insyaAllah Allah tolong kita. faidza 'azamta fatawakkal 'ala Allah!


cubalah up status dalam 'doa' yang sebenar, memang rasa lain. rasa seolah-olah separuh beban dah hilang. sebabnya kita yakin Allah yang kasi, maka Allah yang akan hilangkan, Allah yang akan tolong. jiwa kita akan jadi lagi tenang, serius. dan mungkin boleh elak dari salah faham kalau orang lain baca yang mungkin boleh bawa pada salah sangka. kita kena beringat dengan fitnah media sosial ni. nak cerita dekat kawan, ceritalah. tapi jangan complain. cerita bukan complain. complain memang cerita. kena faham. kalau rasa terlanjur nak merungut tu cepat-cepat istighfar. kalau rasa nak tulis bukan-bukan, cepat-cepat istighfar. ingat mati. kalau ingat mati mana ada berahi dah nak complain macam-macam. kalau ada masalah, cari Allah (secara hakikinya). i'm  telling you this sebab aku dah immerse dalam kedukaan tu dalam tempoh yang agak lama jadi, aku kira nak bagi prevention la ni untuk kalian (yang ada masalah sampai tak tenang hidup) yang membaca supaya tak terlanjur jauh sangat. kita mulakan dengan ujian kecil. kita cuba elak dari tak beradab dengan Allah (complain tu kira tak beradab la tu - astaghfirullah 😔) sewaktu diuji dengan ujian yang kecil supaya jiwa kita dah dididik untuk lebih lapang dada jika datang ujian yang lebih mencabar. we can do it!






khulasahnya, kadar penerimaan kita terhadap sesuatu ujian itu mengikut kadar kebergantungan kita kepada Allah, mengikut kadar Allah ada dalam hati kita. cuba fikir, kalau betul-betul Allah ada dalam hati kita dengan sesungguhnya, kita akan jaga laku dan tutur kita. kita tak akan rasa nak merungut mahupun persoal apa saja yang Allah sudah kata "kun". masa ni lah nak tengok bukti takat mana saja Allah ada dalam hati kita sampai tahap 'kehadirannya' boleh bagi effect untuk setiap tindakan kitamacam Syeikh Muhd Zainul Asri kata, kita tidak akan ditolong oleh Allah kalau kita tidak yakin kepada Allah. Allah akan tolong kita mengikut berapa kadar kita yakin kepada Dia. jadi, bukti yakin adalah berdoa kepada-Nya. kalau kita betul percaya Allah yang akan tolong, maka kita akan berdoa dengan sungguh-sungguh hati tanpa rasa perlunya pada curhat di tempat lain.


entri ini objektifnya untuk mengajak kalian semua termasuk yang menulis untuk sama-sama belajar positifkan jiwa walaupun kemelut melanda. nak dapat vibe positif, kita sendiri mesti positif. ujian memang untuk kuatkan, tanda Allah sayang. cliche much, right.. tapi betul. kalau tak, takkanlah aku boleh bersyukur dengan sesuatu yang asalnya dirasa musibah paling besar. bila kita belajar untuk lapang dada terima segala hal yang dah jadi, masa tu memang jiwa kita akan jadi lain. serius beb wa tak tipu. dan pandailah mencari ubat kalau tahu jiwa sedang sakit. jangan cari ubat yang salah nanti makin tambah sakit. kalau tahu jiwa tengah serabut, solat atau baca qur'an. kalau malas, dengar bacaan qur'an atau zikir dan selawat. jangan cari hiburan lain, makin ranaplah jiwa (this is really a mirror talk sebab kadang-kadang i always listen to "one more light" album kalau tengah emosi tak balance). itupun kalau di-consider one more light tu ada vibe positifnya tapi aku malas nak beralasan ambil mana yang selesa pada nafsu sendiri. apa yang susah sangat nak dengar alunan qur'an, zikir dan selawat?


kita semua berproses. doakan aku semoga semakin dikuatkan iman, dipulihkan kesihatan dan dibugarkan jiwa biar sentiasa bernafaskan nama-Nya. dan untuk kalian juga yang membaca, aku pastinya tak tahu jiwa kalian lagi bagaimana tapi aku doakan kalian menjadi semakin baik dari hari ke hari, semakin positif dan mahu menyebarkan positifiti kepada orang lain. dan untuk yang sedang patah hati (tak kisahlah apa sebabnya), semoga kalian menemukan hikmah dari patah hati yang telah Allah kasi. kadang-kadang untuk menumbuhkan sesuatu yang baru, harus dihancurkan dulu yang lama. namun, percayalah setiap apa yang Allah takdirkan adalah yang terbaik untuk kita kerana Dia lebih tahu. Allah yang ciptakan kita maka Dia yang pantas kita rujuk jika ada sebarang kerosakan pada diri kita.


"Berat dan sakitnya musibah yang menimpa jika dibawa kembali kepada Allah, maka akan berubah menjadi energi kekuatan moral." - Syeikh Rohimuddin Nawawi al-Bentani


demi Allah, aku sedang merasakannya.


----------------
*Syarah al-Hikam Jilid 2, Imam Tajuddin Ahmad bin Muhammad bin Abdul Karim bin 'Atha'illah as-Sakandari, terjemahan dan syarahan : Zulkifli Mohamad al-Bakri, Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd, halaman 42.

Saturday, October 21, 2017

aku tak nak masuk neraka.


aku baru sedar rupanya selama ni aku ambil islam secara juz'iyyah. lebih jelas, aku menjadi mukminah cuma secara juz'iyyah. pada hakikatnya, aku tahu bahawa Allah memang Maha Melihat, maksudnya semua tingkah aku Allah tahu termasuk apa yang ada dalam hati. kita semua tahu itu. tapi aku perasan selama ni aku cuma fokus pada masa-masa tertentu saja contohnya, "aku tengah berbuat kebaikan, Allah pandang usaha aku" atau "jangan buat hal, ini maksiat, Allah tengok!". makna kata, fokusnya cuma bila mana tengah cenderung pada maksiat atau memang bermaksiat dan juga pada waktu sedang beramal soleh. tapi aku lupa waktu-waktu selainnya Allah pandang juga. Allah kira. Allah akan tanya. 

aku tak perasan.

aku lupa waktu aku tengah menaip ini pun Allah akan tanya di padang masyhar nanti. kalau tujuannya baik sekalipun Allah tetap akan tanya, tapi kalau tujuannya tak bawa pada kebaikan? sakit aku nanti, naudzubillahi min dzalik.

aku lupa waktu aku bersosial media, tulis caption instagram atau facebook, Allah akan tanya semua tiap patah kata. apalagi tweet-tweet di twitter yang beribu-ribu penuh dengan repekan yang tak bermanfaat, retweet hal-hal yang tak membawa pada peringatan kepada Allah mahupun tentang aib manusia lain yang aku rasa tak ada masalah untuk share atas alasan tular, semua orang tahu. serius, sebelum ni aku tak perasan benda-benda ni akan jadi masalah di akhirat kelak. 

aku lupa waktu aku menonton drama Allah akan tanya setiap saat yang mata aku laburkan. aku boleh claim drama itu bermanfaat, tapi sebenarnya manfaat atau mudarat yang lagi besar? contohnya, aku suka tonton drama korea bergenre crime, memang ada faedahnya tapi masa yang terbuang lama tu macam mana? lagi teruk kalau berkurung dalam bilik tak luang masa dengan orang tua semata sebab layan kdrama. aku lupa, sungguh. aku tak perasan semuanya akan disoal diperiksa. aku risau aku claim aku buat hal bermanfaat tapi Allah balas "kazzab".. sebab Allah lagi tahu. aku takut.. sebab aku tahu aku tak mampu nak kelentong nak auta nak dolak dalih lagi.

aku lupa waktu aku seronok dengar lagu-lagu favourite, Allah akan tanya apa yang aku isi dalam telinga dan termasuk ke dalam hati. aku lupa setiap line yang aku nyanyikan sama-sama nanti boleh jadi modal aku susah di akhirat. aku tak perasan yang ada lagu favourite tak boleh membantu aku dapat pahala malah boleh jadi saham dosa. contoh, kalau aku dengar lagu "billie jean - michael jackson", adakah aku boleh claim, "dengar lagu ni sangat membuatkan aku mengingati Allah", like seriously? semua lagu yang kita minat, berani kata itu boleh mendekatkan pada Allah? Ya Allah, sungguh aku lupa dan tak sedar.. 

aku lupa waktu aku excited bercerita dan ambil tahu tentang hal-hal yang aku minat, apatah lagi share pada orang lain (contohnya, bahubali - avatar - linkin park), Allah tengok, Allah kira dan Allah bakal soal. rosak sendiri pun Allah akan marah, apalagi bantu rosakkan orang lain. aku kongsi di media sosial tentang drama-drama, artis-artis dan hal-hal tak bermanfaat yang lain pada kawan-kawan aku dan mereka pun ikut aku sebab aku 'ajak'. aku lupa.. aku dah palingkan masa kawan-kawan kepada hal selain tentang Allah.. aku tak perasan, sungguh. aku yang akan kena nanti. dan aku buat kawan aku kena sekali. bodohnya aku.

wallahi, aku lupa. aku tak perasan. aku tak sedar. 

ini bukan bermaksud nanti bakal jadi syadid tak akan lagi menonton, tak akan lagi berhibur, tak akan lagi bersosial media dan lain-lain. tapi setidaknya aku dah dapat guideline, takat mana saja aku perlu ambil dunia. setidaknya aku dah buka mata buka hati, bahawa Allah pandang setiap laku yang zahir dan tersembunyi. setidaknya aku dah sedar dan beringat untuk tak lebih-lebih. setidaknya aku dah tak lupa bahawa nanti aku akan bertemu dengan Allah dan akan dihadapkan di depan Allah untuk diperiksa disoal dengan setelitinya tentang semua perkara yang telah aku kerjakan di dunia.

aku tak mahu jadi bodoh menanam kesukaan dan kecintaan pada hal-hal yang tak membawa kepada syurga. aku juga yang rugi buang banyak masa di dunia pada hal-hal tersebut tapi di akhirat aku tak akan dibantu olehnya. rugilah aku tak menjadikan Allah sebagai matlamat utama, tak berusaha menaikkan cinta setiap saat kerana nanti hanya Allah yang menghakimi segala, mengganjari kebaikan dan mengazabi keburukan. rugilah aku tak menjadikan Rasulullah sebagai idola dan ikutan utama yang bukan cuma lafaznya di bibir dan posting-posting di media sosial (lihatlah tulisan-tulisan aku, banyak mana nama rasul berbanding nama-nama lain..) tapi secara hakikatnya, kerana Rasulullah yang akan memberi syafaat untuk meringankan beban di akhirat kelak. 

Rasulullah berusaha nak selamatkan aku (kita) dari azab Allah dengan memberi aku peringatan tentang syurga dan neraka. tapi aku lebih merasa pandai, aku suka sucikan niat sendiri dan sucikan tindakan sendiri bahawa aku tak buang masa pada hal yang sia-sia. aku malu juga dengan status sebagai abnaul harakah, menjadi sebahagian dari golongan yang bekerja untuk agama Allah, 'waraknya' aku dalam hal siyasah - yakin semua kerana Allah. tapi habis berharaki apa aku buat? - layan movie yang tak berfaedah (contoh). ustaz adam cakap, "rugi kita orang haraki penat-penat buat kerja untuk agama, balik kita isi hal tak berfaedah". like.. Ya Allah.. aku baru rasa perasaan rugi tu. aku baru perasan investment yang merugikan sebab aku buat pahala dengan buat kerja jemaah (insyaAllah) tapi aku mungkin tambah dosa dengan hal yang tak bermanfaat setelahnya.

sebab itu aku cakap mukminah aku cuma secara juz'iyyah. pada bahagian itu aku sangat takut pada Allah. tapi pada bahagian lain belum tentu. contoh lagi, bila aku dikasi jawatan mahupun tugasan, aku sangat takut kalau-kalau ada yang aku tak terbuat mahupun aku tak lakukan dengan baik (sejarah hidup pernah sakit sebab tu!). makna kata, aku ambil serius tentang amanah dalam gerak kerja. tapi aku lupa amanah yang Allah bagi untuk urusan lainnya. aku lupa.. selain dari amanah jemaah Allah akan tanya, Allah akan tanya juga setiap saat hidup aku jalani. apa yang aku buat sehari-hari.. aku lupa! kenapa aku sangat takut ditanya soal amanah jemaah tapi aku tak setakut tu untuk amanah menjadi hamba? wallahi aku lupa dan tak perasan..

jadi, macam mana nak konsisten biar tak lupa?

inipun aku baru dapat tahu. aku baru faham. patutlah asatizah pesan kena selalu berdamping dengan orang-orang soleh. sebab insyaAllah mampu buat aku ingat pada Allah dan tak terasa nak buat hal yang sia-sia. sungguh, jadi tawar hati. kalau aku selalu dekat, baca, dengar hal-hal lagha, aku pun akan lagha. contoh kalau di facebook aku follow page-page hiburan, maka hiburanlah yang aku akan dapat dan makin dekat. aku tak nak. aku kena ubah. aku kena paksa untuk selalu dekatkan diri pada para solihin dengan hadiri majlis ilmu. kalau tak dapat hadiri majlis ilmu, guna medium youtube atau facebook. tak ada alasan aku tak boleh dengar sebab aku boleh cari di facebook, penuh kuliah live. tak ada internet? subsribe. kalau tujuan keluar duit untuk taqarrub billah, mestilah Allah akan kira sebagai kebaikan jadi kenapa nak berkira? kalau dulu aku sanggup berjaga tengah malam semata internet murah, tapi download movie. movie sanggup, kuliah agama berat? masalah siti ainum..

sebenarnya point of view mula berubah ni lepas hadir daurah bulan lepas. Allah.. rasa macam dalam syurga. tak tahulah syurga nanti macam mana! rasa macam tamak pahala. rasa macam banyak beringat semua benda sebab dah sedar Allah akan soal belaka. aku nak konsisten jadi mukminah yang baik tapi aku tahu benda tak semudah keinginan. jadi aku kena usaha selalu buat, dengar, pandang hal-hal yang mengingatkan pada Allah.

sebagai muslim, kita semua akan masuk syurga. selagi mana kita muslim, kita masuk syurga. tapi kalau ada dosa, kena humban dulu dalam neraka walaupun pengakhirannya masuk ke syurga. tapi kita tak nak sedetik pun masuk dalam neraka. jangan rasa seronok sebab muslim akan masuk syurga, jangan expect neraka tu macam transit singgah sekejap. sekejap pun kita tak akan mampu nak bertahan. jangan.. sebab itulah kita kena usaha sungguh-sungguh mengimani Allah dengan sesungguhnya, untuk seluruh aspek. kita kena think forward bukan over think. kalau kita over think, kita resah. tapi kalau kita think forward, kita boleh berjalan dalam perasaan yang selesa walaupun jalan penuh duri. 

Rasulullah s.a.w baca "Allahumma ajirni minannar". baginda guna 'aku' bukan 'kami' sebab nak tunjuknya semua orang kena baca sendiri walaupun kita boleh aminkan doa imam yang dibaca dengan "ajirna". sebabnya neraka ni memang bahaya! Rasulullah tak nak kita masuk neraka. kita maklum, kita tahu, tapi apa usaha kita untuk mengelak dari neraka? #katakantidakpadaneraka

aku bukan solehah tapi aku nak jadi solehah dan aku suka berdampingan dengan solihin. aku tak suka pada maksiat dan keburukan padahal aku juga yang sering bermaksiat dan buat keburukan lebih pada orang. aku nak islahkan diri tahsinkan peribadi sebab aku tahu dunia bukan tempat kekal, aku akan balik pada Allah bila-bila masa. jadi aku perlu sedar, aku kena kawal apa yang aku buat sebab aku tak nak susah di akhirat. aku nak orang tengok aku, orang makin ingat pada Allah, bukan makin lupa sebab aku ajak mereka pada hal-hal yang lalai.

kafa bilmaut waizhon ya siti ainum. 


untuk sesiapa yang berminat untuk mendekatkan diri pada Allah (aku terpaksa tulis macam ni), boleh juga tonton rakaman dari daurah hari tu. insyaAllah, tak puas dengar dan sangat-sangat membantu untuk mencintai Allah dan Rasulullah dengan lebih lagi. apa yang bestnya jadi muslim, kita memang berlumba-lumba untuk buat kebaikan tapi aku tak nak berlari seorang. aku nak kita berlumba sama-sama. aku nak baik sama-sama sebab aku nak masuk syurga sama-sama dan aku tak nak kita masuk neraka walau seminit. 


Daurah Kitab Turath 2.0 - Kitab Penawar Hati karangan Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam




jazakumullahu khairal jaza' telah menjadi jambatan untuk saya mendekati Allah.
baarakallahu fikum.

sheikh muhd zainul asri
tuan guru adam said
tuan guru sidek noor

moga syurga tertinggi buat kalian.


Thursday, August 17, 2017

good goodbye


this morning my sister and i had our linkin park conversation. i knew linkin park because of her. since she doesn't listen to their latest album yet, so i told her this and that regarding to the songs. 'one more light' (album) is all about battling depression. i find it's hard to control my inner feeling whenever i talk about chester. i was about to burst into tears but no, of course. i managed to control it even though the vibration of my voice showed the obvious. 


"people being cliche. katanya lagi sedih artis bunuh diri dari ulama mati. tapi weh.. pernah ke sebelum ni dunia menangis macam ni bila artis mati? seingat aku, tak ada lagi aku jumpa. kali ni saja. tak kenal, sedap sembang. by kenal, i mean know linkin park as linkin park. bukan sekadar kenal sebab pernah dengar nama atau dengar lagu dia semata sebab best. no. listening to linkin park dalam keadaan sebab nak dengar lagu best, tak sama dengan dengar dalam keadaan jiwa tengah kacau dan they captured you, they caught you hard."

"itulah. macam hilang kawan. orang tak kenal sedaplah bercakap."


it has been almost a month now since chaz leaved us. and i'm still crying whenever i see him singing and smiling as if nothing bothered. for those who being biased just because he was an artist, you just don't understand, do you? you don't get it why we can be this sad losing him, don't you?





the dilemma of being a muslim fan, you know how. you know how. suicide is a big sin. the fact he's dying as a non-muslim itu sendiri dah buat kita tak mampu nak tolong even untuk doakan kesejahteraan di sana, apalagi with suicide as ending. i can't help but to be sad for not being able to help my great best friend. all the good things he did was nothing kalau begitu pengakhirannya. just think of it like orang terdekat kita meninggal dunia dalam keadaan kita maklum mati dalam keadaan tak baik, apa kau rasa? so, it feels like that. sama saja. because i don't see chaz as an artist but a mere human being, a friend of mine, a guy who also needed helps from others just like all of us. being sad bukan bermaksud kita back up dia bunuh diri, tapi sebab kenapa dia bunuh diri dan kita tahu masalah dia tak akan selesai lagi lepas ni. stupid juga siapa yang terfikir kita bela chaz bunuh diri ni. pardon my language.



above all, banyak reason untuk "sayang" chaz sebab suara dia yang mewakili jiwa linkin park itu sendiri. lirik-lirik lagu yang sangat bagus lagi menambat hati. patah lirik each song boleh buat kita muhasabah banyak benda. so, today i want to share my thought on 'good goodbye' from album 'one more light'.





so say goodbye and hit the road
pack it up and disappear
you better have some place to go
cause you can't come back around here
good goodbye



these five lines somehow berjaya buat aku fikir panjang (this is my thought, bukan maksud betul lagu ni). bila sebut goodbye, aku nampak dua benda, berpisah dan mati. jadi bila dikaitkan dengan mati, kita memang kena ada matlamat yang jelas, ke mana kita selepas mati? kemana kita mahu tinggal selepas ini? takkan neraka kot? mestilah syurga. jadi, jika mahu tuju syurga, kena buat cara nak pada syurga. bila ada matlamat, kita jadi semangat. kita akan bersungguh untuk realisasikan matlamat kita sekiranya kita fokus pada apa yang kita mahu. sama dalam bisnes, aim nak jadi jutawan, pasang itu ini, seminar sana sini. sanggup, sebab matlamat jelas. 

'you better have some place to go' refer kepada rumah abadi. tempat kita nak tuju nanti. susah kita kalau nak berjalan tapi tak tahu nak berhenti di mana, tak tahu destinasi yang mana. 'cause you can't come back around here', iyalah bila kita dah mati, mana boleh balik ke dunia lagi. sebab tu kena tahu kemana kita nak pergi, apa perlu dibuat untuk menuju ke destinasi yang diimpi (balik pada previous line). kalau amal tak memuaskan, merayulah nak balik ke dunia. tapi tak adanya boleh lepas. sebab tu kena all-out jadi mukmin haqiqi. good goodbye, semoga husnul khatimah, insyaAllah. we all adore for a perfect shut down. semoga pass.. آمين

syukran mike shinoda for the great lyrics. tak terlambat lagi untuk doakan mike dapat hidayah. besar jasa mike untuk umat kalau jadi muslim :')

by the way, i really miss you, chazy chaz. we've been friends since 2006 and you didn't even know it. tak puas hati jugalah main blah macam tu saja tapi tak apalah. i still can't believe you've gone gone. 








Thursday, August 03, 2017

invisible







i've got an aching head
echoes and buzzing noises
i know the words we said
but wish i could've turned our voices down


siapa yang tak pernah alami hal ini? mahu dia sebagai anak atau sebagai ibu atau ayah. pastinya akan ada masa bila mana pitch suara terlebih tinggi dari biasa. bingit. ayah menengking. ibu memetir. anak menjerit. bingit terlampau bingit. semua boleh keluar bila emosi minta dimenangkan. rasa amarah yang ada menjadikan segala kekasaran keluar dalam bentuk percakapan dan tindakan. tapi setelah nafas panas berjaya disejukkan, hangat hati berhasil ditenangkan, menyesal tak sudah atas ketelanjuran. mahu sesal seorang ibu, ayah atau anak. semua akan merasa sesal. andai saja tadi tak ada ribut petir yang dihamburkan merosakkan tanaman.



this is not black and white
only organised confusion
i'm just trying to get it right
and in spite of all i should've done


setiap sesuatu yang terjadi, berlaku di luar sangkaan kita. tak ada hitam putih yang menerangkan jawapan pada setiap persoalan. kadang-kadang ibu ayah bilangnya sebegini, anak-anak hisabnya sebegitu. salah faham sering sekali berlaku. mungkin faktor berlainan daerah usia yang menjadikan konflik ini selalu terjadi. walaupun ada ketikanya kita sama-sama mengerti apa yang masing-masing cuba untuk sampaikan, tapi tetap saja kata-kata yang salah dikeluarkan. ego, mungkin. ibu dan ayah egonya dengan merasa lebih tahu. anak-anak dengan egonya merasa tidak difahami.



i was not mad at you
i was not trying to tear you down
the words that i could've used 
i was too scared to say out loud


tak ada ibu ayah yang saja-saja mahu marah anak-anak (melainkan ibu bapa yang bermasalah). tak ada ibu ayah yang mahu hancurkan harapan dan keinginan kita. tak ada ibu ayah yang sengaja kacau emosi kita yang sedang bergelojak dalam jiwa remaja. mereka tak tahu. kita sebagai anak yang perlu mengerti, ibu ayah kita bukan semua tahu psikologi. bukan semua tahu cara mendidik dengan betul dari aspek emosi. kita yang mungkin celik tentang psikologi orang tua saja tak mampu untuk kawal diri bila datang rasa marah atau tak puas hati, jadi apatah lagi orang tuamu?



if i cannot break your fall 
i'll pick you up right off the ground
if you felt invisible
i won't let you feel that now


ibu bapa yang pedulikan anak-anak pasti akan selalu ada di samping kita pada waktu kita paling jahanam apalagi kala kita lagi bahagia. orang lain boleh saja menolak kita kebelakang, menyisihkan kita ketepi, namun ibu bapa tetap saja memimpin kita di sisi. dan menjadi remaja, akan ada masanya bila kita merasakan tak ada siapa ada untuk kita. tak ada seorang pun yang memahami kita. tak ada seorang pun yang pedulikan kita. kita seperti tak ada bagi mereka. invisible. kalau kita pernah merasakan hal itu sebagai anak, semoga nantinya kita tak biarkan anak kita merasakan hal yang sama.






lagu ini mike shinoda tuliskan untuk anaknya. dia tahu nanti bila anaknya sudah meningkat remaja, hal ini boleh saja terjadi. kebiasaan kita setelah "bergaduh" dengan ibu ayah, kita akan kurungkan saja diri dalam bilik, sumbat earpod, on lagu dengan volume paling kuat. jadi, ini usaha mike untuk anaknya satu hari nanti. anaknya akan mendengarkan apa sebenarnya di dalam hati seorang ayah melalui lagu ini ketika mereka lagi kemarahan. (thanks to genius!)

kita tahu betapa susah menjadi remaja dengan emosi yang tunggang-langgang. kita pun pernah merasa kecewa dengan semua orang, tak terkecuali ibu dan ayah. kita tahu perasaan invisible itu seperti apa. kita faham sakitnya bila tak difahami. oleh itu, kita semua perlu beringat. secara fitrahnya, kita semua akan menjadi isteri atau suami, direzekikan anak-anak. mereka juga akan menjadi remaja dan tak mustahil circle invisible akan terjadi lagi. beringatlah kita dalam mengurus emosi dengan ibu ayah. kita berkasar, anak kita boleh bertindak dengan hal yang sama. atau lebih teruk, naudzubillah. 

bersabarlah dengan ibu ayah yang mungkin lack dari segi memahami emosi. mereka penat. bukan senang mahu besarkan, didik dan beri makan pakai pada kita berpuluh-puluh tahun lamanya. sad truth, ibu ayah mampu saja hadap emosi, amarah, perangai kita tapi kita kerap benar mahu mengeluh dan mempersoal kenapa mereke begini dan begitu. dan kita sekarang boleh siapkan diri belajar bagaimana perlu menjadi ibu ayah yang mampu menghormati emosi anak-anak kita nanti sebab kita tahu kesan emosi yang terkacau inilah yang melahirkan sifat memberontak dalam diri anak-anak. 





lagu ini akan kudendangkan untukmu, nak. iya, kalau الله izinkan engkau untuk ada.  



Saturday, July 22, 2017

I need a little room to pray, because I'm one step closer to the edge and I'm about to break.





i wrote about depression in my previous entry. wallahi, depression can kill. please, don't say anything rubbish if you never once been there. depression means all you can see is eternal escape -- death. all the doors lead you to just think to die. hope? no, we abandoned it already. 

the past years were hard. i clearly remember how i plead for death because i was so terribly extremely tired. the feeling is like you're drowning in a deep sea. you saw nothing to hold. you saw no one to ask for help. they may think you're fooling around. they may think you're just swimming. well, that's what you think they think. however, it's still hard to reach to people around us. it's not easy to spill the depressing thought out to others even to the closest one. i don't know what we're afraid of. i have no idea why it's so hard to share the deepest feeling which killing you inside and destroyed you once you're out of balance. 

alhamdulillah for me being a muslim. islam is a deen of hope, no doubt. islam gave bilal bin rabah the feeling of being appreciated even though he's a slave. islam gave sumayyah the feeling of being protected even though she's going to be tortured to death. alhamdulillah 'ala hadzihi ni'mah. 

yes, we did feel like giving up life. we did feel like abandoning hope. we feel like leaving everything behind. but, we just can't. the iman inside us won't let us. we may be lost the fights a hundred time but, we just can't give up life. being a muslim, believing in the judgment day is a must. so, knowing the fact dunya isn't permanent, why bother dying for temporary feelings? temporary, yes. even it took me years. still, it's not permanent. akhirah is a guarantee. cutting yourself won't help you get any better. islam forbids us to take other's life (homicide) and your own life (suicide).

if depression is a monster, you need to be your own ultraman. people can help. people do care (for those who care). people can give you motivations. but the one who have to save you is you. only you. hanya kau. sirf tum. anta wahid. people can talk, but you need to do the walk. if you refuse to even get up from the monster bed, it'll kill you, minutes by minutes. it's okay if you die fighting. at least you tried. your death won't be unworthy. 



almost a year i've lived in a situation where i was down at heart and down to earth. depression killed me. until one day i met kak zura by co-incidence. and she told me what i might become if i keep drowning myself in depression. i might be crazy if i continue behaving like that. yes, i know it's not impossible because i admit i was too depressed and i lost hope. after having some talk with kak zura -- i changed. trying to embrace the pain given. and i can feel that i'm happy. i no longer lived in depression and start making peace with الله . redha is not a mere utter, i learn a lot. (( ainum, 2015 ))



i dare to say this because i've been dealing with that monster. and i survived alhamdulillah. hasbunallah wa ni'mal wakīl. no one can bring dead people back to life except for الله . i used 'dead people' because yes, we did feel like a living corpse. we're dying and nobody noticed. so, ask for الله's help. people can judge you for what you feel. and الله for sure the ultimate judge but, الله will help us. الله will bring you up. الله will give you the super power to defeat the monster. الله will help you to go through the pain. in the end, along with manage to defeat the monster successfully, depression survivor will gain something more (the best of the best) -- taqarrub billah. you will feel الله's presence more. you will hold onto الله tighter than before. the depression experience will be your best tarbiyah journey. then which of الله's favor would you deny? 

if i can survive, so do you. 💚




today is terribly sad
because chester is not only an artist
because linkin park is not only a band
not only a favorite one

linkin park is a company
linkin park is different
that's why the news was hard to accept

i feel like losing someone who's always beside me
and the saddest part is knowing he committed suicide due to depression


"when i'm writing, i'm constantly thinking about myself because it's the only experience i have to draw on. and i don't see an exact reflection of myself in every face in the audience, but i know that my songs have validity to them and that's why the fans are there." - chester bennington


thanks for being there when I had my hard times (and also any-time) when i was a teenager. your screaming comforted me somehow, which until now i have no idea how a scream can be such comforting. and now i'm crying listening to your songs. what have you done, man? 



you will stay in memory
chester bennington
1976 - 2017




Monday, July 17, 2017

yeay for my Ottoman collection


ahlan bik. semalam aku selamat terima parcel poslaju yang isinya adalah serpihan-serpihan kecintaan aku. kali kedua berurusan dengan Ottoman Collective sepanjang mengumpul koleksi barangan 'Uthmāniyyah. harga yang masuk akal dan itemnya memuaskan, alhamdulillah. 





ini purse lama. inilah purse yang aku guna bertahun-tahun. hadiah dari si Asma yang belajar di Jordan. aku kadang-kadang datang sifat mengada hendakkan purse perempuan yang banyak slot yang lawa yang perempuan betul tu. aku seronok order mahal pun tak apa sebab berkenan. tapi sayangnya cuma kurang seminggu - tak serasi. aku pun kasi ibu. aku pakai si unta ni sajalah. senang main letak saja (lepastu seksa belek kad satu-satu). tapi tak apalah, selesa dengan yang cinonet macam ni sebab duit pun bukan ada sangat dalam tu #sadenung #storyofmylife by the way, aku memang tak minat purse perempuan tu tapi aku sangat suka handbag 😍💚 so, #goodluckfuturehusband





nah, sudah tukar yang baru! inilah koleksi terbaru dari Ottoman Collective. original dari Turki. sulamannya kemas, kainnya sedap dipegang dan yang penting jata tu so cool *crying*. RM10 saja harganya. katanya promosi raya. ini pun dapat sebab aku bodek abang ipar. aku tolong order untuk dia sekali, maka upahnya harus diberi! #alwayslikethat #goodbrother #golddiggersister #iknowiknow #pleasedonotremindme #onceagaingoodluckfuturehusband





setakat ini saja yang mampu dikumpul. keychain tugra Sultan Muhammad al-Fatih, keychain dan pin jata Daulah 'Uthmāniyyah dan purse. sebenarnya ada lagi pin dan keychain tapi dah hadiahkan dekat Ustazah Norahida dan Ustazah Nurizan. siapa yang nak menangis kalau dapat benda ni, sememangnya obsesi pada 'Uthmāniyyah itu tinggi. sebab aku masih ingat rupa Ustazah Norahida waktu aku letak benda ni depan dia. aku macam - I know that face :)

apapun, jata Daulah 'Uthmāniyyah kelihatan sangat sempurna. terima kasih pada Tuanku Sultan 'Abdülhamit Han yang telah menyempurnakannya. terima kasih untuk "horcrux" ini yang menolong kami mengenang Tuanku dengan lebih cinta. bārakallahufīka.



berminat untuk dapatkan item-item ini?

nah, contact Encik Wan Man - 0104019664
facebook : Wanman Uthmaniyyah / Ottoman Collective




Friday, July 14, 2017

Tips istiqamah baca al-Mulk setiap malam


If you want some tips to recite al-Mulk every night before sleeping, I gladly will give you one.

disclaimer : i'm not as good as never-once-leave-alMulk but, yes am hardly trying to.



jadi, alkisahnya waktu mak (ibu mertua kakak sulung) berpindah ke sisi Allah, aku banyak termuhasabah. ya, ter. sebab bukan saja-saja nak duduk termenung atas sejadah sambil fikir dosa-dosa. tak, ia datang sendiri - waktu tu. mak meninggal hari Jumaat dengan sangat mudah. mak cuma demam, itu saja. dengan takdir anak sulungnya (abang ipar) memang sedia ada balik kampung (menetap di Kota Kinabalu). jadi, tidaklah kematian mak menyulitkan urusan anaknya untuk pulang ke Besut dengan segera. syukur. cuma anak bongsu mak saja ada di KL. tapi masih tak apa, masih dekat, masih direzekikan kesempatan waktu untuk jumpa mak masa dimandikan. dan aku pun kebetulan balik kampung dari kolej. aku masih di semester empat. 

perpindahan mak sangat memberi kesan pada aku. kami semua rapat. mak suka bercerita dan mak tempat bercerita. mak sangat nakal dan selalu dinakali aku. kalau kemana-mana yang perlukan tidur di hotel, aku yang jadi roommate mak. aku akan lompat-lompat atas katil hotel sambil mak ada di sebelah dan mak akan "holoh serupo abbas (cucu lima tahun) nih". dan favorite line mak pada aku adalah "tolol mung, anum" (kebiasaan ore kelate guna term bengong-tolol-gilo sebagai satu ekspresi mesra). yang tolol inilah yang buat mak terhibur. aku sudah sering sekali ditololi dibengongi oleh sesiapa saja, kurang pasti kenapa tsk.


mana tips al-Mulk ni?

maaflah, kalau dah menulis memang jadi nak merepek lebih-lebih. okay, back to the point. jadi, lepas kematian mak, I was inspired. I was inspired by her perfect shut down (آمين). I adore that beautiful khatimah. mak meninggal hari Jumaat, solat jenazah oleh orang-orang soleh insyaAllah. ramai gila. aku tengok perkarangan surau penuh (or is it a mosque am not sure statusnya masa tu). dekat tanah perkuburan pun ramai. yang jauh-jauh solat jenazah ghaib. it felt alive. 

so, starting from her death, I really wanted to know --
"mak, is it hurt? how it feels like when dying?"


aku takut nak tidur. rasa macam kematian tu bila-bila masa saja (baru sedar). bodohnya aku, benda dah maklum tapi aku selalu lupa. aku macam -- "what if I won't wake up in the morning?". the thought scared me to death. siapa yang tak takut untuk mati dalam keadaan kita tahu kita amal tak cukup, dosa tak terampun lagi. 

so, what is the solution?

aku nampak al-Mulk. fadhilat amalnya yang boleh membantu di alam barzakh. jadi, aku mula baca. tidaklah sebelum ni aku langsung tak baca. bukan setiap malam dibaca, tak konsisten. jadi, setiap malam aku akan bertempur dengan diri yang malas - "baca al-Mulk atau kau akan menyesal". yes, I was blackmailed by myself. or the truth is, it's a blackmail from Allah. ugutan dan amaran yang hadafnya adalah untuk membantu aku yang terlalu banyak dosa supaya di alam sana nanti - tidaklah sengsara.



Nak kenal Allah kenalah menyelami surah al-Mulk kerana surah ini menceritakan tentang Allah. Dengan ayat-ayatnya, kita berdakwah kepada manusia dengan memperkenalkan Allah kepada mereka. Ianya menceritakan tentang kehebatan Allah. Ia juga tentang alam. Allah suruh kita lihat alam ini supaya kita ingat kepada kekuasaan Allah, supaya tunduk dan akur kepada-Nya dengan penuh kehambaan. Takut untuk bermaksiat dan menderhaka kerana di hujungnya ada azab. Para sahabat r.a akan menangis ketika membaca ayat-ayat dari surah ini yang berkaitan dengan neraka berulang-ulang kali. Seolah-olah jelas sekali mereka nampak gawang api neraka dan ngaumannya dalam surah ini. Moga kolam airmata kita tidak pernah kering ketika menatap surah ini. 
(( Ustazah Wahibah Tahir ))



there is no problem with no solution. there is no question with no answer. with Allah, everything's well-scripted. tak mudah nak istiqamah beramal. tapi paksalah diri kalau sedar diri banyak dosa. nak baca al-Mulk dengan harapan semoga adalah pertolongan di alam sana. sebab tak pasti tidur kali ni boleh bangun lagi tak esok pagi. sebab kita suka tangguh taubat dengan tak-apalah-esok-ada-lagi.


untuk usaha konsisten membaca al-Mulk setiap malam, istiqamahkan bertanya pada diri sendiri setiap malam --

"what if I don't wake up tomorrow while I still don't seek for Allah's forgiveness for my infinity sins?"


panjang ya? tak sempat tangkap? okay, aku kasi pendek --

"what if I don't wake up tomorrow?"


panjang lagi? okaylah.

"what if I die?" 


dok pehe? okay okay.

"wey kalu mati kekgi gano weyyy?"



-- of course we'll die. we will die. 

the question helps a lot. and the answer is the ultimate shot. I get scared. so will you, insyaAllah. 


dear readers, may we see each other in the highest jannah -- آمين



Wednesday, June 14, 2017

It's okay, I'm scared too.



Legend of Korra, Book 1 Air, Chapter The Voice In The Night


Akan ada satu masa bila hidup memukul kita dengan kuat dan memaksa kita berlutut kalah kepadanya. Pasti, pukulan tujuannya untuk mengajar. Tapi iyalah, kita tidak akan mampu lari dari rasa terkejut dan takut andai pukulan itu merupakan pukulan yang terpedih yang kita pernah rasa atau mungkin, ia adalah pertama kali.

Pukulan yang kita terima tidak sama kerana Allah ciptakan kita dengan kisah kita sendiri. Apa yang kita lalu, mungkin saja tidak mampu dilalui orang lain. Apa yang orang lain harung, boleh jadi kita mungkin lemas di dalamnya. Kekuatan kemampuan kita tidak langsung sama

Kalau kau rasa kau sedang alami satu ancaman ujian yang sebelum ini belum pernah kau rasa atau kena, akui saja ketakutan yang kau rasa. Takut bukan bererti kita lemah dan tidak boleh bangkit melawan. Rasa takut itu fitrah. Masalahnya cuma pada apabila kita terlalu egois untuk mengakuinya dan meminta bantuan orang lain sekiranya sudah tidak mampu sendiri (tetapi sekadar berkongsi meluahkan sudah cukup mengurangkan rasa beban yang ditanggung). 

Dalam Legend of Korra, menjadi seorang Avatar (Korra) bukanlah hal yang mudah, pastinya. Untuk berkongsi beban dengan teman terdekat pun rasa berat sebab orang lain belum tentu mampu faham. dan Korra pun tidak mahu dilihat lemah sebab tidak mampu menjalankan peranannya sebagai seorang Avatar. Jadi ketakutan-ketakutan yang dipendam akhirnya dirasa semakin memuncak kerana sebelumnya dia merasa mampu dan tidak langsung takut dengan apa-apa atau sesiapa.

Ketakutan kita tidak akan hilang selagi kita tidak membenarkan kewujudannya. Like Tenzin said, admitting your fears is the first and most difficult step in overcoming them. It's okay to be scared. The more important thing is to talk about our fears because if we don't, they can throw us out of balance.




Susah, wallahi susah.
Tapi boleh. Kena lawan.




Saturday, May 20, 2017

You can be addicted to some kind of sadness.


murung. kalau ikutkan definisinya berat, apalagi untuk ditanggung. bukan sekadar perkataan yang biasa kita sebut suka-suka. murung - satu perasaan yang aku dah tak mahu rasa.


so, it feels like this.


waktu kelas subjek Fan Ilqa, ustazah Aida ajar topik Syu'ur Ijabi (perasaan positif) dan Syu'ur Salbi (perasaan negatif). kebetulan, waktu syu'ur ijabi aku tak hadir ke kelas. kelas seterusnya aku hadir dah masuk pada tajuk syu'ur salbi. jadi, syu'ur salbi merangkumi rasa marah, sedih dan takut. aku ingat part hazin (sedih), isinya adalah sedih kebiasaannya tak lama. sedih merupakan satu perasaan yang tak panjang. tapi, perasaan yang makan tempoh yang panjang adalah murung. aku pun macam *cough* mengata aku ni *cough*. tapi betullah dan patutlah. sebab depression yang aku rasa bukan sebulan dua. tapi bertahun (insyaAllah sedang dalam proses untuk sepenuhnya sembuh, doakan!). 😂

lepas tu ustazah pun, "ustazah nak kamu semua cerita hal yang paling menyedihkan yang kamu pernah rasa.". pelajar cuma tiga orang masa tu, seorang lagi absent. aku satu-satunya pelajar perempuan. alhamdulillah (aku rasa nak bersyukur walaupun bukan benda besar kalau orang tengok, tapi bagi aku besar), alhamdulillah aku boleh buka cerita tentang how vulnerable I was before. aku bagi tahu ustazah, fakta murung tu betul, sebab itu yang aku rasa untuk tempoh yang lama. ustazah angguk faham.

okay forget about me. aku nak cerita student lelaki yang lagi dua tu. so, next Amirul Syahmi cerita tentang operation if I'm not mistaken (for sure aku tak berapa pay attention sebab aku lupa ni). sebab aku lupa, jadi aku proceed kisah Firman pula. since Firman betul-betul line kerusi aku, so senang aku bagi perhatian. and his story was quite sad. hm. dia cerita tentang kematian ibu atau ayah aku lupa lagi, masa tu dia kecil lagi. balik sekolah tengok ramai orang dekat rumah. lepas tu baru tahu parent meninggal. macam drama. tapi realiti lagi sakit. 

I really love listening to this kind of topic. sebab nak selalu kena ingatkan diri sendiri apa yang orang lain rasa lagi tak mampu mata nak bayang, tak mampu bahu nak pikul. dan aku akan bersyukur dengan apa yang Allah telah limpahkan, tak kisahlah nikmat atau ujian. kalau musibah tu mampu dekatkan aku lebih lagi dengan Allah, bukankah itu kenikmatan yang besar?

and kalau perasan kawan-kawan macam pelik sikit dari biasa, cuba risik khabar. memang biasanya orang murung ni tak buka cerita, tapi tak apa, perhati dari jauh pun cukup. tolong mana yang boleh. bagi nasihat secara umum, biar sampai dia baca. dia nak orang tolong. tapi dia tak tahu nak minta macam mana. peranan kita - peka.





Sunday, May 14, 2017

"Aku tak akan datang pada kau (blog) selagi aku belum berjaya habiskan diploma." - aku, beberapa bulan yang lalu


kita mulakan dengan basmalah. 
assalamu'alaikum jami'an. 

aku di sini, ertinya? 
ya, alhamdulillah.. kholas! 😂

setahun ini adalah perjalanan yang tidak susah tapi bukan juga mudah. susahnya mungkin untuk komited hadir ke kelas tanpa sebarang absent terutamanya pada waktu pagi. setiap pagi adalah detik mujahadah paling besar sebab pada masa itulah sakit paling memuncak. sebelum lalui fight untuk ke kelas, wajib fight untuk bangkit subuh terlebih dulu. untung, solat itu wajib bagi muslim, kalau tak, aku dah tak bangun untuk ke kelas! 😟

alhamdulillah tsumma alhamdulillah. banyak sekali kenikmatan yang dirasa sepanjang tempoh penyembuhan ini. aku sangat tahu, Allah kasi ujian bukan saja-saja. cuma yalah, masa tengah sakit, rasa mahu kalah juga (memang kalah pun beberapa kali). lagi sekali aku mahu ulang quote dari kak aishah ;

setiap luka pasti akan sakit. tapi ingat, setiap luka pasti akan sembuh. 
lucu.  
mengenang bagaimana saya paling tidak tahu mengurus hati. lalu Allah uji lagi dan lagi.

aku letakkan "tidak tahu mengurus hati" sebagai "tidak redha". mungkin pada kesempatan sebelum ni (semester 5 kali kedua), aku masih lagi berkeluh-kesah dengan keadaan yang telah Allah berikan. mungkin aku belum cukup ikhlas menerima segala hal yang dah berlaku, lalu Allah tangguhkan lagi, berikan lagi kesempatan baru supaya akhirnya aku tahu untuk terima semuanya dengan selapang-lapang dada.

benda paling payah nak pass pada awalnya sebab kita belum boleh predict apa yang akan jadi. dan benda juga payah nak pass sampai akhir sebab kita rasa dah penat sangat dan rasa tak mampu nak hadap lagi dah. seriuslah, nak mula semula memang susah lepas kita dah mula berhenti. aku masih simpan tulisan yang aku tulis masa awal sem 5 hari tu ;


Aku ingat lagi waktu hari pertama minggu kuliah Julai yang lepas. Isnin dah mula kelas, Fan Ilqa dengan Ustazah Aida pada masa tu. Tak bersedia langsung nak masuk kelas. Otak belum sedia nak belajar. Emosi belum sedia nak hadap semua hal. Aku lari masuk tandas. I just couldn't control my feelings. And I couldn't stop my tears too. Because I was too afraid. I didn't know what to do. I thought of running away but, the reason why I chose to continue the journey was because of my parent. So, I couldn't go backward. And when I was in class for the first time, I tried so hard not to be upset or ended up crying. I still remembered the feelings, how vulnerable I was at that time. 
But today I told Allah Ta'ala that it would be regrettable to death if I gave up on that day. Memang tahap weh-bapaklah-rugi-kalau-aku-tak-sambung-study. Because I thought of quitting college before. Sentimental person ni ada baiknya tapi buruknya jangan dibuat remeh. Yang baiknya kita lagi senang nak immerse into anything. Tapi yang buruknya macam ni la, lead to negative thinking or worse, depression. 
And not to forget the biggest contributing factor yang buat aku "terpaksa" nak sambung belajar, Ustazah Norahida. 
I told her I'm weak.
She told me that I'm not.
I told her I was scared.
She told me not to. 
And now, here I am, writing this bedtime story for my Mirza Badi'uzzaman. So then he won't easily give up when the times come. Despite knowing that everyone has his/her own breaking points, he still needs to be strong like his mother.


it was so hard at that time, wallahi. tapi Allah mudahkan urusan, Allah tenangkan hati. alhamdulillah untuk nikmat hidup bertuhan. banyak hal yang Allah ganti. Allah ganti dengan kefahaman bahasa Arab yang lebih lagi. aku betul-betul dapat praktik bahasa Arab, tak macam dulu. lebih lagi, aku dah siapkan satu kertas projek atau aku nak sebut ia sebagai "disertasi kecil" (kasi semangat sikit!).




2012 - 2017 😎


ilmu bahasa arab dan kajian yang aku dapat ni telah buatkan aku akhirnya mengalah. aku angkat bendera putih. aku melutut dengan tangan ke langit. aku mengalah. aku akhirnya mengucapkan, "alhamdulillah atas segala musibah yang Engkau beri. ternyata ini bukan musibah tapi nikmat!". dan untung bila berurusan dengan Allah, aku memang kalah, tapi kalah dalam menang. kau fikir kau siapa. kau fikir kau raja. okay maaf aku terbawa-bawa. banyak benda dah berubah. aku dah boleh tatap muka sultan tanpa rasa pedih. aku pun dah gemuk sekarang, kalau nak state perubahan ketara.

ah, konklusinya, Allah dah berjayakan aku tamatkan diploma. syahadah (sijil) ini hadiah untuk ibu ayah tentunya, tapi ganjaran untuk aku adalah ilmu lughah dan hadharah. perjalanan yang manis untuk dikenang, masyaAllah. 

Ya Allah, terima kasih telah buatkan aku merasa istimewa! 

yeay lepas ni boleh jumpa kau (blog) selalu! 😂

dan terima kasih untuk yang masih sudi singgah di sini setelah sekian lama. baarakallahu fiikum. 

Thursday, January 12, 2017

Sufi #3 : Matahari Darwisy


“Aku rasa aku baru tahu perasaan mabuk cinta itu bagaimana.” Ujarku sambil tangan ligat menyiapkan sarapan untuk keluarga.

“Kau sedang mabuk cinta, Arini? Pantas saja kau sering mengelamun. Lagi rindukan kekasih rupanya.” Rani memandangku dengan matanya yang bulat. Antara terkejut dan mahu mengusik. 

“Bukan aku, Sundara.” Aku membalas usikan Rani dengan menyebut namanya yang jarang disebut. Rani Sundara. Itulah nasib anak yang mempunyai ibu yang gilakan filem hindi.

Rani menjeling tajam. Siapa suruh panggil aku Arini. Tidak ada satu manusia pun yang memanggil aku Arini kecuali... ah, lupakan!

“Kau tahukan aku lagi baca buku tentang Mawlana Rumi? Tulisannya... subhanallah... terlalu sempurna terjemahan hatinya. Jelas tergambar dirinya yang mabuk cinta total!”

Rani mengambil sekeping roti bakar lalu duduk ditangga. 

“Satu hal yang aku belajar, kita tak akan mampu tulis perihal sesuatu dengan sebegitu baik kalau perasaan kita bukanlah begitu. Maksudku, kita tidak akan berupaya menulis tentang pedihnya patah hati sekiranya kita terlebih dulu tidak merasakannya, kan? Atau jika kita ditimpa penyakit kronik... mana mungkin kita boleh bercerita dengan jelas bagaimana sakitnya penyakit itu kalau kita sendiri tidak alaminya. Jadi, begitulah tulisan Rumi. Beliau bercerita tentang cinta dan kemabukan yang ada di dalamnya. Betapa menyembah Tuhan itu adalah satu ibadah yang memabukkan. Pastilah... beliau tidak akan berjaya menghasilkan karya yang begitu jelas dalam cintanya kalau beliau tidak memandang dan merasa cinta Tuhan dengan sebegitu asyik. Dan keasyikan itu cuma boleh diperoleh dengan ibadah yang sahih dan bebas dari keinginan duniawi.” Suara aku beransur perlahan di penghujung bicara. Terasa hati disentak dengan suara sendiri.

“Sufi...” Rani bersuara.

“Iya?” Aku memandangnya sambil meneruskan kerja.

“Sufi.” Rani sekali lagi menyebut namaku.

“Iya, kenapa kau Rani?” Suara aku sedikit tinggi. Tidak mengerti dengan Rani.

“Tidak. Aku maksudkan Rumi itu. Rumi itu seorang sufi. Merindui pertemuan dengan Tuhan adalah ibadah mereka. Dan kita masih lagi berkira-kira mahu mati.” 

“Dalam.” Aku berkata sepatah. Cukuplah untuk respon kepada setiap butir perkataan Rani. Makin dalam pula bicara pagi hari ini. Masing-masing mula tenggelam dalam fikiran sendiri. Sesekali kedengaran bunyi kaki ayam yang sedang menguis tanah. Inilah yang indah tentang hidup di kampung, kita dikelilingi nyawa selain manusia!

“Oh, kau tahu, aku pernah menulis di blog tentang tokoh yang aku kagumkan iaitu Aisyah binti Talhah dan aku memberikan analogi bahawa aku ialah bulan dan beliau ialah matahari. Kau tahu kenapa?”

“Kenapa?”

“Sebab cahaya bulan datang dari matahari. Jadi, begitulah kita dalam mencontohi guru. Qudwah yang kita ikut itu asalnya dari mereka dan kita cuma menunjukkan kembali. Seperti bulan terang di langit malam. Cantiknya bulan kerana cahaya matahari yang dipancarkan kepadanya. Ternyata Rumi juga memberi analogi yang sama tentang gurunya! Aku sedikit teruja sebab asal analogi itu memang asli dari otakku sewaktu menuliskannya pada Ramadhan 2012 yang lalu, bukan aku merujuk kepada tulisan-tulisan orang lain. Jadi, gila benar perasaan teruja ini bila tahu Rumi juga menulis hal yang sama.”

“Kau semakin menarik di mataku, Sufi Arini.” Rani memandangku dengan senyum yang manis. Mengada-ngada!

Aku menyambung lagi, “Rumi suka menggunakan ungkapan dan lambang yang ada hubungannya dengan cahaya. Baginya Tuhan boleh diumpamakan sebagai matahari yang terang-benderang. Al-Ghazali dalam kitab tasawufnya, Misykat Al-Anwar juga mengumpamakan Tuhan dengan “Matahari” dan manusia ialah bulan yang mendapat pantulan sinarnya. Rumi, untuk menyebut nama guru mistiknya, Syamsuddin dari Tabriz, berganti-ganti beliau menggunakan kalimat “matahari” dan “bulan”. Bila Rumi mengisahkan pertemuan dengan sahabat dan gurunya dari Tabriz itu, dalam suasana ekstasi mistis, beliau lebih sering menyebut Syamsuddin dengan “matahari”, di samping erti dari “Syamsi” itu sendiri memang matahari. Namun, yang dimaksudkan oleh Rumi adalah orang yang mencapai makrifat atau dekat dengan Tuhan. Sedangkan kalau beliau mengisahkan tentang kerinduan untuk bertemu guru dan Tuhan, Rumi lebih suka menyebut gurunya sebagai ‘bulan” yang memberi erti peribadi yang mendapat cahaya dari Tuhan. Menarik bukan?”

“Aku juga pernah membaca tulisannya tentang kehidupan di dunia yang diumpamakan dengan malam hari. Pada malam hari, yang ada ialah bulan yang sering ditutupi mendung iaitu nafsu-nafsu yang menyesatkan. Untuk melihat cahaya bulan itu, seseorang haruslah menyingkirkan mendung yang meliputi diri dan penglihatannya.” Rani menyambung teruja.

“Wah, itulah juga yang aku baca! Aku belum habis fikir... lagak apakah jiwa Rumi ini? MasyaAllah... membacanya saja aku jadi rindukan Tuhan. Tulisan seorang kekasih sememangnya paling berjaya menerobos...” Kata-kataku dihentikan oleh jeritan ibu dari ruang tamu. Aku dan Rani saling berpandangan. Ketawa meletus.

“Masuk ke hati pembaca. Dan jeritan ibu langsung masuk ke telinga kau.” Rani mula bangun untuk ke ruang tamu dengan ketawa yang masih tersisa. Aku mengangkat dulang makanan. Senyuman masih setia singgah dibibir. 


Setelah begitu lama,matahari tidak pernah bilang pada bulan,  
“kau berhutang kepadaku”. 
Lihat apa yang terjadi dengan cinta seperti ini,ia menyalakan langit! 
- Mawlana Rumi


Terima kasih, untuk engkau seorang darwisy yang ibadahmu terlalu terang sehingga jalan untukku dihala jelas ketika aku lagi teraba-raba di dalam gelap. 

Baarakallahu fiik.



Kuantan, 1 Januari 2017 | © meremuna


------------
Rujukan : 
Belajar Hidup Dari Rumi - Serpihan-serpihan Puisi Penerang Jiwa, Haidar Bagir.


Tuesday, January 10, 2017

Sufi #2 : Jika Bulan Pernah Muram


“Masuklah, Sufi. Duduk di sini ertinya merelakan diri jadi santapan nyamuk-nyamuk lapar.” Sepupu aku, Rani, tiba-tiba datang memecah lamunan. Aku sedikit kaget.

“Aduh, kau ini Rani… kasi salam dulu sebelum tegur. Untung aku masih sihat walafiat.”

“Lagi mengelamun, ya? Fikirkan siapa, dik Sufi yang manis?” Rani mengusikku nakal.

“Hish! Mengelamun apa kalau bunyi nyamuk terlalu dekat di telinga. Mahu berfikir pun tidak sempat.” Aku ketawa tawar. Dalam hati tertanya-tanya sendiri, memangnya aku lagi mengelamun tadi?

Rani mencebik. Dihirup perlahan kopi panas yang dibawa bersama.

“Mahu?” Kopi disua kepadaku.

“Terima kasih saja. Aku sudah lama tidak minum kopi.” Hm, kopi panas… pada bahagian ini pun aku belum lulus melupakan.

Rani kembali menghirup kopinya. Aroma kopi begitu kuat, bukan cuma hidung yang merasa tetapi ia berjaya menembus masuk ke dalam hati. Ah, kenapa harus kopi sekarang!

“Kenapa bulan kelihatan muram malam ini?” Monologku terhenti oleh suara Rani. Aku toleh kepadanya dan dia sedang memandang langit. Aku ikut pandang bulan yang pucat diselubungi awan.

“Mungkin bulan mahu kasi tahu yang… bulan yang cantik sempurna pun ada ketikanya kelihatan tidak sempurna.” Rani menyambung lagi. Aku tersenyum nipis.

“Aku tidak merasakan begitu, Rani. Kelihatan sempurna itu bergantung pada sesiapa yang melihat. Di mata aku, bulan masih tampak sempurna walaupun dengan rupa muramnya.”

“Okay, aku setuju. Awan tebal malam ini. Sang purnama tenggelam. Entah apa yang dibisik awan sehingga bulan muram sebegini.” Rani menyambung hirupan terakhir.

“Awan sedang lindungi bulan. Awan tidak mahu kecantikan bulan diratah mata orang. Aku rasa malam ini bulan purnama luar biasa bersinar. Oleh sebab itu awan menyelubunginya. Mungkin awan khuatir langit akan menjadi cerah dan kita tidak mampu lelapkan mata.” Belum sempat aku teruskan bicara, lenganku ditampar perlahan oleh Rani. Aku memandangnya hairan.

“Kau mahu merepek sampai ke pagi, Sufi? Jauh betul ulasan kau, ya. Sudah sampai ke bulan sana aku kira. Lekas masuk. Malam semakin dingin. Tidak elok anak dara duduk di luar rumah sekarang.”

Rani mula bangun dari duduknya. Cawan kopi dicapainya malas. Matanya masih memandang aku yang belum bersedia mahu bangun dari buaian kayu ini.

“Sufi… kau mahu aku jerit nama ibu? Nanti bukan cuma bulan yang muram malam ini tetapi juga Sufi Arini.” Rani guna taktik kasar. Hish, kalahlah kalau main nama ibu begini!

“Tetapi cerita bulan belum habis.”

“Cerita bulan tidak akan habis, Sufi. Yang penting kopi aku sudah habis.” Rani mula masuk ke rumah.

“Cerita kopi pun belum habis, Rani.” Aku menutur perlahan sambil bangun dari buaian. Sekilas aku merenung bulan sebelum masuk ke rumah dan aku terpegun…

Awan sudah pergi.


Besut, 7 Disember 2016 | © meremuna