Thursday, 20 December 2012

Jangan pilih-pilih, takut nanti tak terpilih.


situasi I :

Sameon :
hoi Surti, kau tengok perempuan pakai purdah tu. aku kenal dia, budak se-kolej dengan aku. siapa lelaki yang ada dengan dia tu?

Surti : 
oh ye ke ? sweetnya diorang.. suami dia la tu. dia nikah muda kot. wey, jelous-nya aku Meon.

Sameon :
suami kebenda-nya dia belum nikah. hm, macam pelik je. nak kata abang, dia takde abang.

Surti : 
ish kau ni Meon, husnudzon la. mana tahu tu saudara dia ke. kau ni nak main sangka buruk pulak.

Sameon : 
mana tak sangka buruknya, dah aku pelik. aku akan siasat sape lelaki tu.

dan setelah disiasat, terbukti sememangnya lelaki tu bukan siapa - siapa kepada niqobi itu. seorang ajnabi. - pacar. 


Situasi II :

Surti : 
Weh Meon, kau tengok tu. memalukan orang yang bertudung je. pakai tudung tapi baju ketat. berkepit dengan jantan. tak malu ke ?

Sameon : 
perempuan tu ke ? anak kawan mak aku tu. nama dia Lijah. dia memang agak seksi sikit. 

Surti :  
dia bajet hot la tu. kat neraka lagi hot dia tak tahu. sesuka hati pulak tuh berpeleseran dengan pakwe. hm, dunia nak kiamat.

Sameon : 
sangka baik la. mana tahu tu abang dia. kau jugak yang suruh aku husnudzon.

Surti : 
abang kebendanya gedik semacam aku tengok. kau ni nak sangka baik pun agak - agak la.

dan setelah siasat kes kedua, ternyata si lelaki tu abang kepada Lijah. mereka berdua sangat rapat sehingga orang lain ingat mereka couple.   




aku lihat diskriminasi. lucu. konon hati bersih mahu bersangka baik. tapi malah pilih - pilih. hati yang sememangnya berpenyakit. tapi tidak sedar kerana merasakan diri itu lebih baik. situasi  - situasi ini yang sering aku lihat belakangan ini. orang - orang yang sudah menemukan hidayah semakin giat dalam menyindir insan - insan yang belum mendapat peluang itu. aku mengaku. aku juga sangat suka dalam menyindir orang. tapi atas hal yang tertentu. kalau bab seperti di atas, aku lebih suka bersikap secara sederhana. bukan tak mahu kisah. tapi aku takut mereka semakin jauhkan diri kerana terlalu didesak. jujur, aku yang sudah bertudung labuh ini pun rasa serabut membaca sindiran - sindiran di facebook atau twitter, yang kadang aku rasa agak keterlaluan. UAI nak sindir lebih - lebih pun kita rasa lain. sebab dia orang tua. (ups!) dia orang yang lebih berilmu. Dia sindir - sindir pun dia pujuk balik. sebab tu orang mudah terima. tapi kita ni yang bajet 'solehah' ni, sindir tak tengok keadaan sekeliling. 

aku takut untuk terlebih lancang. sebab Tuhan itu Maha Membolak - balikkan hati insan. hari ini kita 'bermegah' dengan sempurnanya penutupan aurat kita, tapi belum tentu hal ini akan kekal kalau kau tak mohon kekekalannya dalam doa. kenapa aku kata 'bermegah' ? sebab itu yang aku lihat. kemegahan dalam tidak sedar. mana tahu setelah dia diberi kesedaran, dia bertaubat. dan akhirnya dia jadi lebih baik dari kita. yang kononnya sudah berada dalam 'zon selesa' ini. setiap malam dia menagis penyesalan memohon keampunan dari Tuhan, sedang kita setiap malam doanya "jika benar dia untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku." lucu.

tak usah berlagak suci kalau kita sendiri tak pernah ada rasa mahu mendoakan mereka supaya terbuka pintu hatinya. jangan kerana kita bertudung labuh atau berniqab, buatkan kita rasa kita lebih baik dari mereka. aku sudah lihat dengan mata kepala aku sendiri. indah khabar dari rupa. semoga kita dikenal melalui pakaian kita. pakaian orang beriman. orang beriman. beriman. *hadam yang benar*

Adalah penting, untuk kita melihat dengan sepenuh keyakinan. Bahwa setiap pencandu dosa yang tegar juga bisa punya potensi menjadi sang perilaku pahala. Hanya barangkali cahya Allah masih belum terbias di hatinya, atau penafian mereka pada cahya tersebut. Makanya, kita yang berada dalam kumpulan cahya harusnya berusaha menyantuni mereka buat memahamkan. Usah tergopoh tetapi lakukanlah secara pelan dengan penuh kelembutan persis qudwah hasanah – Rasulullah. Dan pasakkan doa yang teguh dalam hati; moga suatu masa nanti sosok mereka bakal terpilih dalam kumpulan cahya, juga kita tetap kekal dalam keberadaan itu. Biidznillah. 

— Sesungguhnya, jalan menuju Allah itu tersangat luas. Maka berbagilah pada seluruh dunia! (Al Ma’idah, 35)  [awwabhafeez]

semoga Allah kekalkan kita dalam hidayah ini. dan semoga Allah memberi hidayah kepada sahabat - sahabat kita juga. katanya ukhuwwahfillah, tapi takkan ukhuwwah dengan orang seusrah, seniqob, setudung labuh sahaja ? ukhuwwahfillah itu tiada sempadan ! semoga kita tidak termasuk dalam kalangan hati yang berbagi - bagi seperti itu. takut. di sini lancang menyindir, tapi di akhirat kelak belum tentu bagaimana nasib kita. beruntungnya kita, kerana Allah telah pilih untuk beri hidayah. kalau bukan kerana itu, kita juga hanyut ditelan hedonisme mungkin.

percayalah, mereka tak tahu. mereka belum dapat kefahaman tentang Islam yang sebenarnya. kalau mereka faham, mereka tidak akan terus - menerus bergelumang dengan dosa. sungguh, mereka tidak mengerti.


kau tak tahu. betapa sakitnya rasa tidak ber-Tuhan.

Thursday, 13 December 2012

"hari ini ada yang mengkhitbah lagi."

ukhti i : hari ini ada yang mengkhitbah lagi. harus bagaimana ni ?

ukhti ii : bonda dan apak macam mana ?

ukhti i : mereka belum tahu. lelaki itu bertanya langsung pada aku. aku belum siap untuk beritahu mereka. malu aku. ini kali keempat aku menolak lamaran orang.

ukhti ii : siapa lelaki itu ? kau kenal ?

ukhti i : kenal yang biasa - biasa. sewaktu menyertai program tempoh hari. insyaAllah, orangnya soleh. bakal melanjutkan pelajaran di Mesir. selalu berkopiah dan berjubah. pandangannya terjaga. orangnya manis dan santun.

ukhti ii : maknanya kau suka.

ukhti i : hmm.. sejujurnya rasa itu ada. tapi entahlah.

ukhti ii : aku mahu tanya, menurut kau lelaki soleh itu bagaimana ?

ukhti i : dia yang taat kepada Allah. taat kepada ibu bapa. menghormati perempuan.

ukhti ii : jadi menurut kau si lelaki itu boleh tercalon dalam lelaki soleh ?

ukhti i : sepertinya ya, insyaAllah.

ukhti ii : lelaki soleh akan taat pada ibu bapa. jadi bagaimana dia boleh membelakangi bonda dan apak kau sekaligus ibu dan ayah dia ?

ukhti i : maksud kau ?

ukhti ii : dia melamar kau secara langsung bukan ? tidak mendahului wali kau. apa cerita ukhti ?

ukhti i : dia..

ukhti ii : jangan tertipu dengan luaran. aku bukan mahu mengatakan bahawa dia itu tidak soleh. bukan. siapa aku untuk menghukum seperti itu. cumanya ukhti, aku lihat mudahnya dia berurusan dengan perempuan. itu yang aku maksudkan. 

ukhti i : tapi dia minta untuk menikah. bukankah niat itu sudah baik ?

ukhti ii : kau tahu, kadang - kadang sekecil - kecil perkara itulah yang kita mahu lihat seseorang itu bagaimana. ramai sekarang yang melamar kononnya sukakan agama yang ada. cinta islamik yang dituturkan tanpa menyedari nafsu sedang memujuk supaya mendekatkan. kelakar betul rijal hari ini. tak dapat muslimah ini, cuba muslimah lain pula. macam try and error, begitu aku kira. ingin menikah tanpa sedar tanggungjawab yang bakal digalas. melamar gayanya seperti sudah mampu untuk melalui fasa itu sedang diri masih menanggung hutang kerajaan. ada hati mahu anak dara orang.

ukhti i : betul. tapi bukankah bagus nikah muda ?

ukhti ii : aku tidak mengatakan nikah muda itu tidak bagus ukhti. cumanya, kita harus realistik. cari lelaki yang berpijak di bumi nyata. nikah itu ibadah. nikah itu tidak cukup dengan modal mahu-elak-zina. ingat, nikah itu tanggungjawab dan tanggungjawab itu amanah bukan keseronokan. aku terkadang hairan dengan orang yang terlalu excited mahu kahwin muda tanpa rasa sebarang kerunsingan. komitmen kita akan bertambah. hidup bujang ini pun kadang masih terlalai dalam melaksanakan tanggungjawab, apalagi bila sudah nikah. kalau betul mahu nikah, siapkan diri. fizikal dan mental. dan cari lelaki yang lebih kedekut.

ukhti i : kedekut ? kenapa mesti kedekut ? bukankah itu sifat mazmumah ?

ukhti ii : kedekut untuk bermesra dengan perempuan yang bukan siapa - siapa bagi dia. kedekut untuk belanja perempuan sesuatu atas alasan suka - suka. kedekut untuk menghulurkan salam perkenalan. kedekut untuk luahkan perasaan yang bukan - bukan. kedekut untuk berhubung dengan perempuan tanpa urusan yang penting.

ukhti i : oh.. betul juga.

ukhti ii : kau tahu, kadang kita perempuan yang bermasalah. terlalu murah. orang tanya sudah berpunya atau belum, kita sudah perasan dan gelabah. padahal lelaki itu cuma mencuba nasib dan ingin kenal - kenal. jarang yang betul - betul serius. dan si perempuan sambut salam kenal itu kerana tertipu dengan kesolehah yang entah-ya-entah-tidak lelaki itu. tapi itulah masalah perempuan. kita wajar untuk perasan, tapi biar rasa itu menyelamatkan kita bukan membinasakan. kalau perasan yang seseorang itu macam suka pada kita, ambil tindakan jauhkan diri. bukan makin mengada - ngada mendekati. jual kemuslimahan untuk tunjuk diri itu solehah. itu bukan muslimah solehah, tapi si gedik solehah. lelaki juga kadang - kadang tertipu dengan perempuan. jadi, kita sama saja. bukan mahu menyekat fitrah. tapi kawal biar tak jadi fitnah. semoga kita tidak jadi muslimah murahan. banyak lagi urusan ummah yang belum selesai. sibukkan diri dengan cinta ini cuma akan melambatkan perjalanan kita dalam dakwah. dan balik kepada hal tadi, kau fikir bagaimana ?

ukhti i : ukhti, aku baru sedar. sebenarnya aku yang tak pandai jaga diri. kerana begitu mudah lelaki menyatakan cintanya pada aku. secara langsung, bukan melalui orang tengah. mereka sepertinya menganggap aku ini mudah. aku baru perasan, semua yang melamar kau adalah melalui orang tengah. itu tandanya kau dihormati sebagai muslimah. kau mahu ajar aku jadi muslimah dalam erti kata yang sebenar ? *airmata mula jatuh meluncur ke pipi membasahi kain yang ada diwajah*

ukhti ii : subhanallah ukhti.. aku tidaklah semuslimah yang kau kira. aku juga masih belajar. belajar untuk jaga diri. belajar untuk jaga Allah di hati. kalau kita mahu selamat, insyaAllah Tuhan akan bagi kita selamat. begitulah sebaliknya. sama - sama belajar ya ukhti ?

ukhti i : aku bersyukur aku ada kau.

ukhti ii : aku juga bersyukur Tuhan hantar kau pada aku. ngaji yuk ?

ukhti i : yuk !



tundukkan pandangan hati juga penting. istighfar bila ada rasa yang tidak - tidak masuk menyelinap tanpa sedar.  



#notakaki
ini cuma pandangan seorang aku. masing - masing ada pandangan tersendiri. sekarang sedang cuba belajar dari kesilapan. bagaimana mahu jadi da'i kalau nak urus hati pun tak reti ? ada beberapa hal yang kita terpaksa juga terima dengan ego yang rendah. jangan rasa diri itu baik tanpa ada salah. jangan cuma kita yang bersungguh melaungkan 'jangan jadi da'i yang lantang menegur tapi pantang ditegur'. sedang kita sendiri tidak mahu untuk ditegur. buat apa yang diucap. itu baru da'i sejati. aku percaya bila Angelina Jolie mengatakan "teenagers are heroes as we do something that against our desire". manfaatkan masa remaja kita dengan sebaiknya. kita belajar sama - sama untuk jadi lebih baik, insyaAllah. 


Tuesday, 11 December 2012

ini untuk ukhti saya.


adik : kak.. ikhlas tu macam mana ?

kakak : Bagi kak, ikhlas ni bila kita redha dengan apa yang Tuhan takdirkan. Ikhlas juga bila kita buat sesuatu tanpa paksaan malah rasa senang.

adik : bila kita terima hujan pelangi dalam hidup dengan rasa senang dan redha, maknanya kita dah cuba untuk ikhlas ?

kakak : insyaAllah, na'am. bukan mulut saja yang menuturkan redha, tapi harusnya di hati.

adik : bila cuba nak lapangkan hati, that's mean kita cuba ikhlas ?

kakak : ahsanti :)

adik : kenapa kita selalu lupa. kak, kita cakap nak change macam ni macam tu, tapi kenapa in the end kita akan lupa dengan apa yang kita nak buat and then things seem like usual.

kakak : sebab tu jangan bertangguh dalam nak buat kebaikan.

adik : nak lawan dengan rasa hati tu memang mencabar. bila cakap macam ni, ada saja dalam hati cakap, 'ish, tak payah la macam tu'. penat kadang-kadang.

kakak : kita ni makhluk yang diberi kelebihan. the one and only creature of His. so, between living well or living hell, we choose.

adik : my choice :)

kakak : then just go on :)

adik : syukran kak.

kakak : afwan.



#notakaki
entah kenapa, Tuhan campak rasa cinta yang menggunung buat ukhti biarpun kita belum pernah bersua muka. aku kagum. aku kagum pada manusia yang 'mungkin kagum pada-ku'. kerana betapa cantiknya hati kau ukhti, kerana mampu untuk melihat keindahan dalam diri-ku yang serba kekurangan ini. hati kau yang cantik sebenarnya ukhti, mampu melihat bunga tahi ayam seperti bunga mawar. betapa Tuhan telah menutup segala aib-ku sehingga kau lihat aku dalam keadaan bukan aku yang selayaknya. 

kak suka setiap bicara kita bersama. dan kak mahu iqa tahu yang kak juga kadang-kadang penat lawan dengan diri sendiri. oh dan kak juga sedang belajar untuk ikhlas. kuatkan diri ya ukhti. bina kekuatan bersama akhawat lain. kita hidup tak sendirian di dunia ini. 

semoga Allah temukan kita lagi di syurga, ukhti syafiqah izzati. :) 


Tuesday, 27 November 2012

saya nak pointer tinggi. salah niat belajarkah jadinya?


"Salam. Kak, boleh tak bagi tips supaya saya rajin untuk belajar ?"

aku pengsan dua saat. salah orang budak ni nak bertanya pun. macam nak perli aku pun ada jugak. -.-'
tapi tu time dulu-dulu. sebelum status bertukar jadi budak kolej.

Rasanya kalau dia tanya sekarang, insyaAllah dah boleh jawab.

Normal, bila kita malas nak belajar. kan ? tapi tak normal sebagai orang Islam. Allah bagi kewajipan untuk kita tuntut ilmu dan semestinya tu bukan suruhan yang sia-sia. mana ada Allah buat apa-apa yang tidak bermanfaat kan ? wajar bila kita jadi abnormal bila masuk bab nak tolabul ilmi ni. sebab implikasi dari menuntut ilmu ni sangat la besar benefitnya, bukan untuk diri sendiri malah untuk semua. 

Alhamdulillah Allah bagi kesedaran tentang ilmu. Bila dah masuk kolej ni baru nampak sebab apa aku kena belajar. and it is a heavy burden actually.. bila difikirkan. mana ada urusan ummah yang difikir secara ringan kan ? Antara English dan Arabic. one is my desire and the other one is my .. what the best word to describe..hmm.. maybe 'role' sounds good. jiwa aku jiwa Shakespeare, tapi bila fikir tentang 'peranan' atas pentas Islam, aku pilih untuk menjiwai Abdullah Ibnu Rawahah. sebab menurut aku, jiwa beliau akan lebih 'berjaya' untuk aku cetak manusia berbanding dengan si lelaki Eropah itu.

"kecuali orang-orang (penyair-penyair) yang beriman dan berbuat kebajikan dan banyak mengingat Allah..."  As-Syu'ara' : 227

Bersyukur aku. bila Allah tak bagi apa yang aku nak. Jawapan yang diberi adalah 'Bahasa Arab'. kawan, sungguh aku katakan. bila kita berlapang dada dengan apa yang Allah tentukan, insyaAllah kesusahan jalan tu akan terasa kemanisannya.

Bila malas merengek-rengek datang menghampiri, aku usap wajah dan istighfar. ingat muka mak ayah. ayah terutamanya. rewind balik ayat sendiri "belajar kerana Allah, demi ummah". otomatik sedar masa tu dengan bantuan Allah. Alhamdulillah. berjaya juga tempuhi semester pertama dengan jayanya. agak jaya la. erk. agak la. -.-

terima kasih la pada kawan-kawan yang sudi datang belajar dengan aku. *macam tak percaya orang suruh ajar BA* kalau bukan diorang yang banyak bertanya, mungkin kefahaman aku pun takkan bertambah. juga pada kak fattanah (tok guru nahu) sebab selalu layan soalan-soalan via sms walaupun kuat nag. haha. btw, sem depan ambe nok belajar ngan sape? kak last sem doh.. teringat belajar nahu sampai pukul 3 pagi masa bulan puasa..huhu. 

bagi aku, tak salah 'kejar' pointer. yang bermasalah bila niat untuk mengejar tu kerana apa. aku kejar pointer sebab nak gembirakan ayah yang bersusah payah tanggung kami belajar. ibu pun. aku memang nak ilmu, tapi mak ayah nakkan kejayaan aku. so, nak tak nak I've to get the best result la. dan it just not about parents.. tapi about ummah. kena jugak jadi 'bijak pandai' in case nak yakinkan orang dalam perjalanan dakwah. cakap saja semangat tak jadi kalau takde ilmu. orang takkan pandang punya. sebab tu memang kenaaaa jugak belajar sungguh-sungguh untuk dapatkan ilmu sekaligus pointer tinggi. 



Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala isi hati.. doa yang diseringkan.. *Ustaz Nik Muhd Abduh ajar :D 

"Ya Allah.. aku inginkan ilmu. Ibu bapa-ku inginkan kejayaan-ku. maka berilah mereka kegembiraan itu."

Dan insyaAllah result cantik untuk semester ni. dan semoga menjadi kekuatan untuk kejayaan semester seterusnya. walaupun dah terasa kekecutan perut nak jumpa 'sorof'.. mangaiii...

wahai Dean-list, kalau engkau boleh gembirakan mak ayah aku, maka akan aku kejar kau sampai office Dato' Hashim. eh ? silap sebut nama presiden. sayang bebenor ambe kat dato', nak buat camano. -.-'
btw, aku suka sangat dengar lagu Menuju Mercu (KIPSAS). tengok dalam phone tu dah jadi 'most played' dah.. sejak bila aku 'patriotik' ni pun aku tak tau la. tapi lagu tu memang best =)

lastly, ni salah satu nota arab yang best dibaca - bolehla anda download jika berminat.


may Allah bless ~


Sunday, 18 November 2012

Ukhuwwah itu saudara iman. oh, aku baru tahu.

"Jangan harap nak kasi usrah tu mantap kalu ukhuwwah macam hampeh! Ukhuwwah itu saudaranya iman. Belum mantap ukhuwwah, maknanya belum kukuh iman."

*i'm trying to talk politely.
Sejujurnya, saya rasa saya dah faham masa first time saya baca ayat ni. tapi bila dah 'rasa', 'lihat', dan 'dengar' sendiri, barulah sedar setakat mana sajalah kefahaman saya masa tu. baru faham bagaimana perkaitan iman dengan ukhuwwah ni.

Banyak yang kita lihat, mana-mana antara kita menuturkan "ukhuwwah fillah abadan abada" pastu tambah simbol love. eh. tapi sejujur manakah tutur kata itu ? Apa hanya sekadar dibibir atau dilaksanakan dengan tindakan termasuk tindakan hati ? hm. 

okay. supaya lebih faham, saya akan bagi contoh.

Nana, Nani, Nanu, dan Nano merupakan empat sahabat baik. Alhamdulillah, Allah telah bagi mereka hidayah dan sepanjang mereka bersahabat, mereka selalu saling memperingati di antara satu sama lain. dan takdir Tuhan, mereka akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran di universiti yang sama. syukur bukan kepalang kerana mereka berjaya bergerak dalam satu geng. 

Namun begitu, Nani, Nanu, dan Nano masih lagi rapat seperti dahulu. tetapi Nana pula lebih banyak menghabiskan masa bersama kawan barunya. secara tidak lansung timbul rasa kurang senang di hati sahabat bertiga itu. mereka keluar bersama tanpa Nana. segalanya dilakukan tanpa Nana. bila ditanya kemana Nana, jawapan mereka "Nana ada kawan baru dah sekarang ni. dia tak peduli pun dekat kitorang."

okay. balik pada topik. kalau kamu bagaimana tindakannya kawan kalau kamu berada dalam keadaan sahabat bertiga itu ?

ikut rentak "Nana" atau cuba cari penyelesaian ?

ramai yang lebih mengikut rentak "Nana", itu menyedihkan. di sini baru aku nampak perkaitan iman dengan ukhuwwah. 

kalau kita boleh cakap macam sahabat bertiga tu tentang Nana, maknanya ? 
- adanya penyakit hati. 

dan penyakit hati itu timbul daripada lemahnya iman. jadi ukhuwwah pun makin longgar, palsu, dan tidak bugar. ini yang dimaksudkan ukhuwwah itu saudaranya iman.

ini yang saya takutkan. seharusnya kita lebih matang dalam hal ini. kalau kawan makin jauh, harusnya kita pikat juga dia by hook or by crook supaya dia dekat dengan kita balik. bukan bertindak asingkan diri dan mengumpat secara sembunyi. perlunya ada gusar di hati kita tentang khabar iman sahabat kita. *check iman sendiri tu of course la wajib* dengan siapa dia berkawan, apa yang dia buat.. sangat perlu untuk kita follow-up. tu baru orang panggil ukhuwwah fillah.

ukhuwwah ni bukan antara geng-geng kita sahaja tapi dengan semua. ramai yang berbicara tentang ukhuwwah tapi hubungan dengan orang lain tak jaga, just baik dengan geng dia saja. habluminallah wa habluminannas.    

nak berbicara soal ukhuwwah ni memang tak habis. bila kita tengok sahabat kita 'bermasalah', cuba jangan hanya tengok diri dia sahaja, tapi tengok diri kita dahulu. 

#benci
kadang - kadang, Allah temukan kita,
kawan persis kita, supaya kita sedar;
yang kita benci, kutuk, maki
rupanya diri kita sendiri.

sesekali, hitung aib diri.


Ustazah Hafizah Musa ada sebut dalam IKIM.fm pagi tadi dalam slot usrati, khulasahnya, 

"Berebut-rebutlah dalam menunjukkan kasih-sayang masing-masing seperti mana Nabi Muhammad s.a.w dan anaknya Siti Fatimah r.a.."

Bukannya berebut-rebut menjauhkan diri dan mengata dalam sepi. Yuk sahabat, kita upgrade iman dan baiki ukhuwwah kita. cantik iman, cantiklah ukhuwwah kita. ketatkan skru-skru ukhuwwah yang longgar. kita mampu mengubahnya =)


âäHxÅzF{$# ¥Í´tBöqtƒ óOßgàÒ÷èt/ CÙ÷èt7Ï9 <rßtã žwÎ) šúüÉ)­FßJø9$# ÇÏÐÈ   


teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa

Surah Az-Zukhruf ayat 67


Thursday, 18 October 2012

dia lelaki agung.

ada sebab kenapa hati tidak terlihat oleh mata.
kalau nampak, pasti dunia menangis - selamanya.

aku tidak tahu apa yang ada dalam hati lelaki itu.
aku belum bisa meneka apa yang dia rasa.

tiba - tiba dalam sujud ia menerpa;
peristiwa yang buat mata jadi terevaporasi.

sujud terakhir,
"aku mohon diberi hati setegar ayah, Tuhan..moga dia sebab aku ke syurga dan moga aku juga sebab dia diberi syurga."

Sungguh,
dia lelaki agung. yang Tuhan ciptakan khas hanya untuk aku. untuk kami.







Allahu..
Terima kasih atas hidayah dan tarbiyah...
kesudian - Mu untuk memandang aku waktu 'kelumpuran' dahulu  sangat bererti.
Allah..
Beri aku sebab lagi untuk menangis,
kalau dengan itu dapat mencuci hati..
T___T


Sunday, 7 October 2012

Untuk Allah di atas segalanya.

Kata Ustazah Nurillah,

"Aku lihat orang yang punya ilmu itu mulia orangnya walaupun ayahnya keji.."

Automatik hidung jadi panas. Mata mula terevaporasi. Aku lupa kata-kata ini daripada siapa. Imam Syafie kalau tidak salah. 

Aku jadi termuhasabah. Betullah, ilmu itu bukan mudah untuk diperoleh. Yang mudah adalah perolehan maklumat. Ilmu itu bukan ilmu kalau tidak membentuk akhlak. Ilmu itu bukan datng dengan senang-senang. Ilmu itu adalah pelaksanaaan. Kerana itu orang berilmu orangnya mulia. kerana dengan ilmu itu dia akan membentuk akhlak. 

Secara langsung waktu itu aku bertanya pada diri,


"aku ini orang yang berilmu atau bukan ? akhlak aku sudah terbentuk atau tidak ? maklumat atau ilmu ? mulia atau tidak ?"

Susah untuk dijawab. Ada yang bertanya,

"Sebab apa kau pilih course Bahasa Arab ?"

"Sebab ummah."

Semua orang ada desire masing-masing. Ikutkan hati, mahu saja aku buat rayuan untuk TESL. Mahu saja aku apply universiti yang lebih mudah kemasukannya. Bukan mahu martabatkan Bahasa Inggeris, tapi dah aku minat, nak buat macammana lagi. Tapi bila ingat balik point-point penting;

"Ambil Bahasa Arab la. Asas kepada segala ilmu." 

"Kalau ambil Bahasa Arab, boleh jadi penterjemah. terjemah English-Arabic, Arabic-Malay ke.. lepas tu orang baca buku yang kita terjemah tu. kan banyak manfaat untuk ummah. tak ke besar responsibility macam tu. lagi besar tanggungjawab, lagi banyak ganjaran Dia bagi. Ce bayang nama kau penterjemah kitab arab- Siti Ainum Amijudin. Whoaa.. gila best kot." 

"Tak payah nak sombong sangat la dengan ilmu kalau nak baca fa'ala, fa'alaa, fa'alu pun tergagap-gagap..duk main erk-erk lagi.."

And now, bila rasa down semacam, stress, susah nak deal, malas.. ingatkan diri balik,

"Aku belajar kerana Allah demi ummah." 

Dan tadi pun Ustazah Hasiah cakap,

"Allah tidak akan bagi kita sesuatu tanpa pengorbanan."

So true la kan. Pengorbanan jiwa raga. Nak buktikan cinta ni bukan senang. Susah der. Sebab tu balasannya pun gempak.

Semoga Allah kurniakan kekuatan untuk meneruskan perjuangan yang baru bermula ini. Sesungguhnya belajar النحو sangatla best, the same goes as Grammar. tapi Tatabahasa I cannot go la.. erk. 


Selamat berimtihan buat semua yang terlibat. Moga sukses dunia akhirat. Doakan aku juga ya! =)


Monday, 24 September 2012

Alangkah Lucunya 'Negeri' Ini.

Di 'negeri' ini,
Semua orang gelar diri mereka itu dai'e.
Semua orang merasakan dia itu seorang pejuang sejati.
Sibuk berdakwah dengan 'daerah' masing-masing.
Sampai lupa untuk adakan 'hubungan serumpun' dengan 'daerah' lain.

kacau.
ya, itu yang aku lihat.
walau secara abstrak.

dakwah punya dakwah punya dakwah,
melayang terus apa yang dipanggil ukhuwwah.
hanya kerana alasan berlainan 'daerah'.

masing-masing mahu tonjolkan 'daerah' sendiri.
lupa terus mereka bahawa ada 'negara',
yang merupakan akar segalanya.

aku, 'si pegawai bawahan',
bulat mata melihat 'pegawai atasan' bercakaran batin.
mungkin aku juga termasuk yang sedang mencakar dan dicakar.
ya, begitu aku kira lumrah sebagai orang bawahan.

doa aku, sebagai 'orang bawahan',
semoga semua 'pegawai atasan'-ku bersatu.
kerana apa yang kita ingin perjuangkan,
bukan 'daerah',
bukan ukhuwwah,
tapi dakwah.
demi kesejahteraan 'negeri' kita,
dan semestinya yang terpenting,
adalah keamanan 'negara'.

tamatkanlah sketsa tidak berkualiti ini.
sungguh aku mahu tergelak bila mengenangkan,
alangkah lucunya 'negeri' ini.
*senyum sumbing*




Monday, 10 September 2012

The Conversation.



-Dude.

+Yes?

-Since you know me kan sampai la sekarang, how your pandangan terhadap aku. I mean dari segi behave ke..

+Your behavior is very very bad !!

-:’(

+Gurau je.  Behaviour dari segi mana tu ?

-Semua.

+Overall okay la. Kenapa ?

-Ork. Betul-betul la.

+Sungguh.. ada la “sikit” ciri-ciri yang boleh nak buat isteri.

-Hahah. Tapi kan...

+Tapi kan apa ?

-Kau rasa aku punya changes ni membuahkan hasil tak ? Changes... well, kau tau la, perubahan dari dulu sampai sekarang.

+Aku nak cakap pun tak pandai sebab kita jarang jumpa sekarang. Tapi bagi aku la, effect dari hijrah yang kita buat tu kita je yang rasa sepenuhnya. Dah tu sekarang kau rasa macammana ?

-Takde la. Sepanjang kita kenal, I mean.

+Ada la.

-Tell me.

+Cannot be described by words..

-Aloh :’(

+Sungguh.. From complete stranger to one of my bestest friend and now one of the person I admire.. Kalau nak describe memang more than words la.

-Admire meaning ? Dari segi apa ?

+Dari keberanian kau buat changes.. Walaupun aku boleh bagi nasihat kat orang lain, kadang-kadang aku sendiri pun tak dapat cari keberanian nak buat sesuatu dalam hidup.

-Berani pun sebab ada orang sokong dari belakang secara tak langsung.

+Walaupun ada support, tapi semua tu atas diri sendiri.. and you’re indeed brave enough.

-You’re much more stronger than you think. Make a move.

+I’ll try..

-Jangan tinggalkan dunia. Tapi guna dunia untuk dapatkan the best result in hereafter. Do what you think is best for you. Kalau tied hati betul-betul pada Tuhan, inshaAllah takkan terhalang. It’s not easy. But it’s worth enough. Really-really worthy. Dulu maybe kita tengok dunia ni cool dari kaca mata kita. Tapi definisi cool milik Tuhan tu tak sama. Sekarang aku tengok orang yang kelek al-Quran kesana kemari la coolio gila. Buat benda yang orang segan nak buat J

+Yeah.. I highly agree.. J

-Then try it. Aku nak tiru jugak. Bawak quran masuk dewan kuliah. J

+Yeah.. esok boleh try bawa quran masuk lab.

-Hehe.. masa luang boleh baca. Aku pulak masuk makmal computer.

+Baru ganas kan.. baca quran sambil mix chemical..huhu

-Hihi.. baru jadi camtu. Orang ‘samseng’ ni dia takut Tuhan je. Tak peduli dah apa orang kata.

+Betul tu. Mana tau tengah mix chemical tu dia meletup.. boleh mati dalam iman.

-Hahahaha.. alang-alang mati, biar syahid.



Tuhan saja yang tahu how bad our past kan ? Aku ada cerita aku sendiri. Kau pun sama. Tapi Allah doesn't just us on how bad our past was, yet He looks on how strive we try to be better.. how hard we're battling with ourselves. He's no cruel. He's wise. Too wise to make all this thing happened. Sayangnya Allah pada kita till He gave us chances to change for good. Smooth sea never make a skillful sailor. Syurga tu terlalu mahal untuk hanya dibayangkan, dibicarakan tanpa buat sebarang tindakan to get it. 

Thanks dude. Semoga redha Allah jadi keutamaan kita. Moga kita jumpa lagi kat syurga sana. 

Tuesday, 7 August 2012

Aku ada Matahari. Kau ada ?


Kamu lihat tidak bulan setiap malam ?
Setiap kali pulang dari terawih atau apa - apa saja,
pernah ?

cantiknya sangat memikat, kan ?


kamu perhati bulan itu,
cahaya padanya sangat memukau.
tetapi kadang aku jadi lupa,
itu bukan cahaya mutlak dia.

itu milik matahari.
dan matahari milik Tuhan.

_

kalau bisa kita semua fikir. bulan itu cantik kerana cahaya yang dipinjam dari matahari. kehebatan matahari itu yang menyebabkan bulan juga turut terlihat hebat. sama juga seperti kita semua. seharusnya kita belajar dari alam. kau lihat bulan itu. kita letak contoh bulan itu adalah kita, manakala matahari itu adalah insan - insan hebat yang kita kagumi peribadi dan perjuangannya.

sebagai contoh aku sangat meminati ketokohan Aisyah binti Talhah. Perempuan yang sangat cantik dari segala sudut. yang dididik langsung oleh Siti A'isyah r.a ! Juga merupakan anak saudara ummahatul mukminin. cucu kepada Saidina Abu Bakr as-Siddiq. Anak perempuan Talhah bin Ubaidillah. sahabat yang dijanjikan syurga. juga digelar "rupawan yang fasih". Ibunya Ummu Kulthum binti Abu Bakr, seorang wanita tabi'in yang sangat mulia. Lihat itu, keturunan hebat - hebat.

Aisyah binti Talhah memiliki raut wajah yang sangat jelita.  Diakui oleh Abu Hurairah r.a tentang kejelitaannya sewaktu beliau berada di atas mimbar Rasulullah s.a.w. Katanya,



"Aku belum pernah melihat orang yang lebih rupawan dari Aisyah binti Talhah melainkan seorang iaitu Mu'awiyah." 
Banyak ilmu yang beliau belajar dari ummahatul mukminin. bayangkan kau dididik langsung oleh isteri Rasulullah ! jumpa figur - figur yang hebat pada zaman ini pun kita sudah tidak keruan, apa lagi wanita hebat kecintaan Rasul ini.

Bukan mudah untuk kita jumpa seseorang yang cantik rupa paras ditambah dengan kekayaan yang melimpah, namun memberi perhatian yang besar terhadap ilmu. Itulah sosok hebat seorang Aisyah binti Talhah.


dan aku yang sebagai bulan ini, mahu menyerap sedikit demi sedikit 'cahaya' dari 'matahari' aku ini. supaya nantinya aku bisa menjadi sosok hebat, yang semestinya bukan sehebat beliau. itu tidak akan pernah mungkin. cuma mahu sekali aku berusaha untuk jadi 'luar biasa', cukup hanya pada pandangan Tuhan, biarpun manusia tidak memandang. aku mahu jadi seperti bulan yang bersinar menerangi malam. maksudnya, aku ingin bermanfaat untuk orang lain. aku ingin jadi medium untuk manusia semakin dekat dengan Tuhan.




mahu tahu apa mimpi aku ?

aku bemimpi untuk melahirkan anak yang luar biasa soleh. biar nantinya dia yang akan berada di saff terhadapan di medan perjuangan. semoga Tuhan menegarkan aku. dan aku mahu sekali mujahidah kecilku nanti akan membesar menjadi perempuan yang luar biasa solehah. yang akan menjadi penyejuk mata mama dan abi serta menjadi kecintaan si lelaki terpilih !


ah, besarnya angan - angan ! eh, seharusnya kita perempuan ini berani untuk bermimpi yang besar - besar. kerana peranan kita tidak seremeh yang kita sangka.


jadi apa lagi.. cukup hanya dengan bermimpi ?

tentu saja tidak.

yuk, rencanakan tindakan dan cetak prestasi !



Monday, 30 July 2012

Bila kusedari diri disayangi..


Hari ni penat berkejar ke sana ke sini. Ni baru uruskan hal dunia, belum lagi uruskan hal akhirat.

Habis pinjam buku di library, terus ke bilik. Dan langsung ke makmal komputer untuk kelas seterusnya. Hantar brochure. silap buat dengan publisher, pensyarah suruh guna microsoft word. tapi aku lupa. kena buat balik. buat balik sampai siap. nak print tak jumpa pendrive. patah balik masuk bilik. cari tak jumpa jugak. aku mungkin tertinggal kat makmal komputer. pergi balik cari pensyarah minta kunci. masuk makmal, cari-punya cari tak jumpa. makmal baru je lepas diguna oleh pelajar intake baru. patah balik bilik. copy guna pendrive kawan. jalan pergi kedai anjung. dari kejauhan nampak kakak cashier tu tengah kunci pintu. kedai dah tutup. patah balik bilik. berfikir sejenak. buka laptop. dan tulis.



mahu tahu apa yang aku fikir ?

begitu banyak dosa aku sampai Tuhan bagi ujian kecik ni tapi sangat menguji ketahanan iman, sebab Dia nak me'reduce'kan dosa-dosa aku. sedikit demi sedikit. 

kadang aku tak sempat nak fikir la how can I missed all the basic things I have to know.

kasih sayang-Mu itu yang buat aku makin tambah malu, Tuhan. makin bersungguh aku mengumpul dosa, makin Kau bersungguh mahu mengurangkannya.

Tangis ini pun tidak mampu untuk menyatakan betapa aku berterima kasih kerana Engkau masih sudi untuk memandang aku.

Alhamdulillah !



Wednesday, 25 July 2012

Muraqabah Pemelihara Diri



Muraqabah atau muraqabatullah merupakan suatu sifat mukmin yang dianggap mulia kerana  dengannya seorang mukmin menjalani seluruh kehidupannya dengan merasakan dia sentiasa diawasi, serta diperhati oleh Allah, Tuhan sekalian alam.  Perasaan hidup dalam pengawasan Allah merupakan perasaan yang terbaik bagi seseorang mukmin.

Muraqabah berasal daripada perkataan  ‘raqaba’ yang bererti memerhati, mangawasi dan menyaksi.  Dan muraqabah pula membawa maksud pengawasan dan pemerhatian.

Muraqabah atau muraqabatullah pula membawa maksud pengawasan terhadap zat yang menjaga dirinya (Allah) dan menaruh perhatian yang sebesar-besarnya kepadaNya. Maksud muraqabah juga dihuraikan melalui hadith Jibril mengenai ihsan, yakni;

“kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya, dan sekiranya kamu tidak melihatNya maka Dia melihat kamu” [Muslim].

Sifat muraqabah dalam diri akan menyebabkan  seseorang mukmin merasa sentiasa diperhati yang membuatkan dia merasa takut untuk membuat dosa kerana dia tahu dia tidak pernah terlepas dari pandangan Tuhannya. Maksiat-maksiat yang terhidang akan dapat dihindari dengan adanya rasa muraqabah itu.

Bukan senang untuk menanam sifat ini dalam diri kerana sifat kita manusia, sangat mudah terpedaya dengan kebahagiaan sementara. Merelakan diri menjadi hamba kepada nafsu. Bila hati sudah dipenuhi dengan noda-noda hitam, bagaimana mungkin sifat muraqabah itu mampu muncul dalam diri?

Untuk memberikan kefahaman yang lebih jelas tentang muraqabah, di sini disertakan contoh-contoh pelaksanaanya dalam diri seseorang mukmin.





· Berpuasa di bulan Ramadhan

Seorang muslim itu apabila berpuasa, akan diuji dengan rasa lapar dan dahaga. Oleh sebab puasa Ramadhan itu wajib bagi seluruh orang Islam,  maka akan timbul rasa malu dalam diri mereka sekiranya tidak berpuasa. Tetapi, jika tiada sifat muraqabah dalam diri, seseorang itu akan curi-curi makan atau minum di saat tiada orang yang melihatnya. Dia lupa bahawa malaikat sedang mencatit perlakuannya dan Allah itu Maha Melihat.

· Menutup aurat

Setiap muslimin dan muslimat diwajibkan untuk menutup aurat secara sempurna. Kepentingan sifat muraqabah di sini adalah apabila seseorang muslimin atau muslimat itu berada di sesuatu tempat di mana manusia kurang menghayati ajaran Islam, contohnya di bandar-bandar besar yang maju. Mereka tidak menitik beratkan tuntutan menutup aurat kerana berada jauh dari keluarga dan sebagainya.

Seterusnya, apabila belajar ataupun merantau di negara orang seperti Amerika. Ramai orang Islam telah tersungkur dengan arus kehidupan moden yang menghanyutkan manusia yang punya iman senipis kulit bawang. Terikut-ikut dengan budaya kuning dari negara barat hingga agama dan adat ditolak ketepi.


 Allah telah berfirman dalam surah An-Nur ayat 64;

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan mungkar.”

Sesungguhnya Allah sangat tidak suka hambanya yang mengikut cara kaum lain. Itulah natijahnya apabila tiada sifat muraqabah dalam diri. Betapa dia lupa bahawa dia ada Tuhan yang sentiasa mengawasi gerak-gerinya, tidak kira dia berada di penjuru dunia mana sekalipun.

· Hubungan dengan bukan mahram

Manusia fitrahnya ingin menyayangi dan disayangi. Seperti adanya langit dan bumi, begitu juga ada lelaki dan perempuan. Telah Allah ciptakan makhluk-Nya berpasang-pasangan. Lelaki akan tertarik kepada perempuan dan begitulah sebaliknya. Tetapi, apa yang menghalalkan perhubungan mereka hanyalah perkahwinan. Tiada cara lain.

Dewasa ini, banyak berlakunya seks bebas dalam kalangan para remaja tidak kiralah yang mempunyai asas agama ataupun tidak. Hedonisme kelihatannya sedang meratah remaja-remaja Islam dengan rakus sekali. Hal ini demikian kerana tiada wujud dalam diri bahawa mereka itu hamba Allah dan Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan.

Sekiranya mereka merasakan sentiasa diperhatikan, maksiat sebegitu tidak akan terjadi. Zina semakin biasa ibarat bukan satu dosa. Sedang Allah sudah berfirman dalam Surah Al-Isra’ ayat 32;

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Permulaan zina bermula apabila lelaki dan perempuan saling tidak menjaga pandangan. Firman Allah dalam surah An-Nur ayat 30;

“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman; hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”

Kemudian membawa kepada berhubungan tanpa sebarang ikatan yang sah. Yang ada hanya ikatan ‘cinta’ yang mereka agungkan. Cinta mereka itu cinta sejati, kononnya. cinta yang hakiki hanyalah cinta kepada Allah. Bukan kepada makhluk.

Cinta tidak salah. Yang menjadi masalah apabila manusia silap membawa cinta ke arah yang tidak sepatutnya. Hati itu sangat perlu dijaga. Simpan hanya untuk yang layak bila tiba waktunya. Janganlah menjadi hamba kepada cinta. Sewajibnya manusia itu menjadi hamba kepada Allah dan merdeka daripada nafsu.

Dalam muamalat

Apabila melibatkan wang, mata manusia sepertinya dikaburkan. Mudah sekali syaitan mengarahkan sesuatu, dan nafsu mula meronta minta diikut kemahuannya. Bermulalah perniagaan yang tidak jujur. Barangan atau makanan yang tidak elok dijual kepada pelanggan. Tidak pernah mahu mencontohi bagaimana sifat Nabi Muhammad S.A.W. dalam berniaga. Semakin susah mahu mencari perniagaan yang betul-betul bersih. Riba dan rasuah  semakin menjadi-jadi. Padah kalau tidak merasa Tuhan di hati, ada pandangan-Nya yang sentiasa memerhati.

Muraqabah Pemelihara Diri

Antara nilai akhlak mulia yang dihasilkan kesan muraqabah ialah berkeyakinan, mudah menerima pengajaran, merancang program yang berfaedah, bersedia memberi khidmat, dan berbudi bahasa.
Bagi memastikan diri kita sentiasa bermuraqabah pastikan bahawa jasmani dan rohani sihat, punya pendengaran yang tajam, kemahuan yang kuat, kefahaman yang betul, ada usaha yang praktikal serta sentiasa bertaubat dan memelihara hukum Allah.
Kesimpulannya, untuk punya sifat muraqabah perlu ada kemahuan dan usaha. Pasti Allah akan menyambutnya.


note :
sebenarnya ni artikel masa sem 1, lupa dah mana dapat sumber. masa tu tak concern lagi bab kredit. huhu. sebahagian ayat aku dan mostly aku rujuk artikel lain.