Ya Allah... tolonglah aku...

By Siti Ainum - July 30, 2018


pernah tak duduk dalam satu keadaan yang buat kau nampak everything is designed well? termasuklah untuk segala ujian musibah yang telah atau sedang jalani, kau baru nampak betapa skrip drama hidup kau tu sangatlah gempak dan rapi. dan akhirnya terucaplah dari mulut kau, "alhamdulillah Ya Allah atas segala-galanya". perasaannya sama macam kau baru sedar yang selama ni "ohh.. dia dah lama rupanya suka aku tapi kenapa aku tak perasan selama ni". and realizing the fact that you are so loved, you just feel so grateful and lucky for all the things happened to you for you.

itulah perasaan bila kau sedar yang Allah-lah disebalik semua yang telah jadi. semua Allah punya perbuatan. dan kau akhirnya kehabisan kata-kata mengenangkan "Ya Allah.. perbuatan Engkau..."

dan perasan tak, perasaan tu... seronok.
perasaan sedang ingat kepada Allah tu... seronok. 
perasaan tenang tenteram yang tak akan boleh dapat saja-saja kalau bukan Dia yang nak bagi. 
sebab tu seronok. eksklusif. sebab benda ni bersifat individual. kita saja yang rasa. nak cerita pada orang pun tak boleh sebab barang tak nampak. mahal.

dalam kuliah syeikh muhd zainul asri tempoh hari, beliau kongsikan tentang kelebihan doa dan satu doa yang dipesan oleh Rasulullah (saw) untuk kita amalkan. Rasulullah (saw) berkata doa itu otak kepada ibadah. macam enjin. kalau tak ada enjin, barang tak dapat jalan. so do ibadah. macam mana ibadah nak berjalan kalau tak ada enjin? buat ibadah banyak mana pun, tapi tak ada doa, habislah. sebagaimana kita manusia kalau tak ada otak, tak ada nilai kita sebagai manusia. doa adalah cara untuk tunjuk bahawa kita ini hamba Dia. maka, Rasulullah (saw) ajar, berdoalah dengan doa ni setiap kali selepas solat, "Allahumma 'a-inni 'ala dzikrika wasyukrika wahusni 'ibadatika" yang bermaksud "Wahai Allah, tolonglah aku untuk dapat aku ingat kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu dan memperoleh keelokan dalam ibadahku"

Wahai Allah, tolonglah aku untuk dapat aku ingat kepada-Mu...

maksudnya di sini, kalau Allah tak bagi kita ingat pada Dia, tak mungkin kita akan ingat kepada Dia. kita ingat pada Allah hanya sebab Allah yang bagi. bukan kita ingat pada Allah, maka Allah ingat pada kita. bukan. atas sebab Allah ingat pada kita, Allah bagi kita lakukan hal-hal soleh. atas sebab Allah ingat pada kita, Allah beri kita keinginan untuk ke masjid dan hadiri majlis ilmu. atas sebab Allah ingat pada kita, Dia istiqamahkan kita kepada jalan kebaikan. atas sebab Allah ingat pada kita, Dia gerakkan tangan aku untuk menuliskan ini. untuk aku ingat kepadaNya dan membawa kalian yang membaca untuk ingat kepada-Nya. maka bila kau ingat padaNya, itu tandanya Dia yang sedang mengingatimu terlebih dulu. antara ingatan kita kepada Allah dan ingatan Allah pada kita, mana yang lebih besar? pastilah akbarnya Dia. ingatan Allah kepadamu tersangat besar. dan semua ini hanyalah atas pertolongan Allah... kalau Allah tak tolong kita untuk ingat kepada-Nya, tak akan pernah mungkin kita akan ingat kepada-Nya.

Wahai Allah, tolonglah aku untuk aku bersyukur kepada-Mu...

bila kita sedar yang kita mengingati Allah atas sebab Allah yang terlebih dulu mengingati kita, maka akan timbullah rasa syukur. syukur syukur syukur! sebab kita finally realize yang "oh... rupanya aku ingat kepada Engkau kerana Engkau yang tolong aku ingat kepada Engkau". maka kita bersyukur atas nikmat tersebut. bila kita bersyukur, itu akan menambahkan lagi ingatan-ingatan Allah kepada kita. bila kita bersyukur, nikmat akan bertambah. tetapi jangan lupa, jika kita lupa kepada-Nya, sesungguhnya azab Allah itu syadid, pedih. syeikhuna cakap, kalau bak kata orang kedah, kalau kena balasan Allah ni, makan tak habis!

dan apa yang buat aku paling paling paling tak dapat tahan air mata bila syeikhuna sebut, even kita tengah bermaksiat pun kita tak boleh lupa kepada Allah. sebagai manusia kita tak akan terlepas daripada perbuatan maksiat sebab Allah dah bubuh nafsu dalam diri kita. la budda la akan ada maksiat. jadi, disebabkan kita ni tak lepas dari maksiat, masa tengah bermaksiat tu pun kita tak boleh lupakan Allah. macam mana? bila di hati kita timbul,"ya Allah.. janganlah Engkau matikan aku, aku sedang bermaksiat wahai Tuhan...". kita sedar kita buat maksiat. jadi bila kita sedar, akan timbul rasa pengharapan supaya tidak dimatikan dalam keadaan yang tak elok. dan selepas tu akan terucap dari bibir kita, "astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah" tanda penyesalan. maksudnya, Allah masih ingat kepada kita sehingga kita mampu tuturkan istighfar. 

sepanjang masa kita tak boleh lupakan Allah. even nak lintas jalan pun kena ingat Allah. nak tidur pun kena ingat Allah. pendek kata, fi kulli makan wa zaman kita akan ingat kepada Allah sebab itu yang kita selalu minta, dengan doa tadi. doa ni kita kena minta. apa sahaja yang kita mahu, kita kena minta. you know what, bila Allah nak bagi sesuatu kepada kita, Allah akan bagi lidah kita meminta benda tersebut. itu adalah sunnatullah. kita tak akan dapati sunnah Allah itu bertukar. sebab Allah buat sesuatu itu mestilah disertakan sekali sebab. in one package. pernah tak masa berdoa terlintas nak mohon syurga (semua orang nak tapi bukan semua rajin nak doa)... tu tandanya Allah nak bagi. aku ingat lagi syeikh sebut tentang tu dalam kuliah beberapa bulan yang lalu. knowing this, macam seronok kan? like, come on guys. Tuhan sendiri yang nak bagi. kita tinggal minta saja. tu pun  malas ke?! (pointing at siti ainum)

Allah itu Rabbul Asbab. semua benda Dia buat bersebab. mati, bersebab. Allah nak bagi kita ingat kepada Dia, maka Dia bagi kita beramal dengan doa ni. nak ingat pada Allah ni kena Dia sendiri yang bagi sebab kalau Dia tak bagi, tak mungkin menjadi. perhatilah segala benda yang berlaku, yang dirasa kebetulan sana sini. tak ada istilah kebetulan, semua takdir. perhatilah. Allah buat sesuatu untuk kita fikir, apa sebenarnya yang Allah nak sampaikan. hikmah ni kita akan faham lepas berlaku sesuatu. fikirlah tentang apa yang berlaku dalam hidup kita kalau kita masih lagi teraba-raba serabut dengan masalah sendiri. and life is full of surprises. sangat betul. Allah suka bagi kejutan. contoh, kes  biasa kita hadapi, bila ada saudara yang sakit tenat tiba-tiba satu hari dia okay nampak segar dari masa sakit. kita ingat dia akan sembuh, tup tup esoknya mati. pernah jadi? Allah bagi surprise sebab nak suruh kita fikir. pusinglah ikut mana pun last sekali kita akan jumpa satu jawapan saja -- Allah. everything is Allah. Allah punya perbuatan segala-galanya. 

ingat Allah bukan sekadar pegang tasbih. apa saja yang kita buat atau apa saja yang berlaku yang last sekali akan buat kita nampak tu kerja Allah, that's zikrullah. kena ingat Allah ni ada dua sifat. satu sifat jamal dan satu lagi jalal. jamal bermaksud sifat keindahan manakala jalal sifat kebesaran dan keagungan. tengok tapak tangan kita, ada tanda 18 dan 81 in arabic kan? sifat jamal Allah ada 18. selebihnya 81 itu sifat jalal. kenapa banyak sangat sifat jalal Allah ni? kenapa banyak sangat sifat-sifat yang bekeng ganas ni? padanlah Dia Tuhan! yang layak untuk ditakuti dan digeruni! dan sifat jamal yang 18 tu dah cukup untuk cover 81 sifat jalal tersebut sebab Allah pun highlight nama yang ini kepada kita -- bismillahirrahmanurrahim. Rahman dan Rahim. cukup. enough. yakfi. 

jadi, semua benda yang Allah buat akan ada kembar dua -- jamal dan jalal. ada suka ada duka. ada masam ada manis. ada derita ada bahagia. contoh, kita seronok gst dah 0%, tapi kita kena hadap pula sst 16%. mana ada sihat yang tak pernah sakit. mana ada sakit yang tak pernah sihat. semua akan berpasangan begitu. sebabnya, seringkali kita terlupa dan hanya akan ingat pada Allah ketika sedang sakit. masa sihat (bahagia) tak bersyukur kepada Allah, bila sakit barulah sedar akan nikmat yang selama ini dikecapi. dan syeikhuna juga pesan, bila kita dapat nikmat, jaga-jaga.. kita akan diuji dengan nikmat tersebut. dan bila kita diuji dengan musibah, letak dihadapan kita satu perkara -- rahmat Allah. pasti ada rahmat Allah :')

sebagai hamba yang penuh dengan dosa, yang seringkali bermaksiat, sesungguhnya "berita gembira" dari syeikh muhd zainul asri (tentang doa ini), memberi sebuah pengharapan kepada aku untuk terus meminta tanpa jemu dan malu. rasa helpless dengan dosa maksiat yang sering dilakukan. taubat buat lagi taubat buat lagi taubat buat lagi. banyak sangat masa-masa lagha yang langsung tak ingat kepada tuhan. rupanya aku yang tak tahu cara. rupanya ada tips untuk ingat kepada Allah. alhamdulillah atas nikmat internet, boleh dengar kuliah online. jazakumullahu khairal jaza', syeikhuna. saya sangat terinspirasi dengan jiwamu. saya begitu terinspirasi untuk menjadi sepertimu yang diizikan Allah berjaya menyiram tanah-tanah gersang di jiwa kami. syeikhuna ialah Syamsuddin dalam hidup saya. sebagaimana pigmented-nya Syamsuddin di hati Rumi. terima kasih, syeikhuna. puisi yang saya baca dari qasidah cinta Jalaluddin Rumi ini langsung membuat saya mengenangkanmu, satu-satunya.


lagu dari dia yang membawa 
berita-berita gembira tentang Engkau kepadaku,
-- meskipun sayup lagu itu
lebih baik dari nyanyi segala pujangga bagiku. 



  • Share:

You Might Also Like

2 comment(s)

  1. Suka dengan doa ni "Allahumma 'a-inni 'ala dzikrika wasyukrika wahusni 'ibadatika". Suatu doa yang penuh dengan sifat kehambaan memohon dari Tuhan nya, agar dapat sentiasa mengingati Nya dan bersyukur kepada Nya. Betapa kita ini insan yang lemah. Nak ingat Tuhan pun terpaksa minta kepada Dia. Kerana itu jangan sombong dalam hidup. Orang yang sombong masa hidup, tidak akan selamat di akhirat. Terima kasih atas ingatannya. Moga dapat menulis lagi tulisan-tulisan yang baik seperti ini.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian ni.Betul2 menenangkan hati sy yg tgh susah sgt2.Alahmdulillah utk nikmat ini.

    ReplyDelete

“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”