Friday, 27 February 2015

"Ainum, boleh saya nak bagi awak nasi?" -- nak, nasi apa? -- "nasihat" -- k taknaklah.


boleh saya nak nasihat sikit?

kenapa manusia selalu sangat bertindak ikut perasaan? hari ni cakap nak. sungguh sungguh cakap nak. tapi esok cakap tak nak. sungguh sungguh cakap tak nak. mana satu ni?

tak kisahlah nak atau tak nak tapi janganlah melampau-lampau. apalagi bila nak-tak-nak kita tu berkait dengan manusia lain. atau boleh saya khususkan -- hati dan perasaan oranglah.

kita tahu payahnya selama ni kita mujahadah nak lepas apa yang tak patut ada atau apa yang boleh digantikan dengan yang lebih baik. tapi bila Allah dah bagi peluang untuk lepaskan depan mata, kita pula yang mahu-mahu cari balik. Allah dah tutup ruang, kita pula yang sibuk mahu buka kembali. Allah nak selamatkan, kita pula yang sibuk mahu mudaratkan diri.

bila dah lepas tu, lepaslah.

sakit awal-awal, biasalah tu. lama-lama nanti boleh hilang. tak boleh hilang kalau kita tak redha dengan ketentuan. kalau kita betul-betul percaya perancangan Allah tu lagi baik dari apa yang kita mahukan, tak adanya kita nak melolong berteriak sakit hati sana sini. 

bila dah lepas tu, lepaslah.

memang payah. memang lemah. tapi kena ingat hakikat mukmin bukan begitu. apalagi untuk kita orang yang kenal Allah, tahu agama -- kenalah jaga qudwah sebaiknya. takkan nak layan heart break macam orang yang tak kenal qada' dan qadar, kan?

bila dah lepas tu, lepaslah.

Allah sedang selamatkan kita. tetaplah dalam jagaan itu. jangan cari pasal nak sakitkan jiwa sendiri. 

dah cakap kan dulu, kalau tak nak kalah dalam soal rasa -- bersederhanalah dalam segalanya.

semoga kuat.







Tuesday, 24 February 2015

sosok isteri serupa tok ma.


usai menonton drama kehidupan. realiti lebih bermakna dari khayalan seperti mana yang zahir lebih baik dari yang batin.

datuk saudara sakit tiba-tiba pagi ini. gayanya sudah seperti tenat benar. tak bersuara tapi masih mampu perhati sekeliling. datuk saudara yang paling kuat menyakat. sama naik dengan anak-anaknya yang semua lelaki. kami tiga beradik perempuanlah yang akan jadi mangsa sebab mereka tak ada adik beradik perempuan. kuat menyakat, memang nakal tapi, kalau ada yang kacau kami bertiga, memang mati mereka kerjakan. sangat jelas sayangnya pada kami bertiga.

antara babak yang sangat mencuri perhatian, bagaimana seorang isteri setia berada di sisi suami. melihat tok ma genggam tak lepas tangan tok abah, hati jadi sayu. tiba-tiba lagu Dengarlah Bintang Hatiku menyanyi dalam kepala. ini baru betul bukti;

"aku akan menjagamu semampu dan sebisaku.."

dan waktu tok abah kelihatan begitu sakit, anak-anak lelakinya berkumpul di sisi. tok ma sudah menitiskan air mata perlahan. aku cuma perhati. salah seorang anak lelakinya menggosok perlahan bahu tok ma. aku tersenyum sendiri. dialah pak sepupu yang paling hantu menyakat. dialah antara lelaki yang nakal. satu hal yang paling menarik, bila melihat seorang lelaki yang nakal tapi sangat baik dengan orang tuanya. mereka lima beradik lelaki memang anak-anak yang manja. pahit untuk telan hakikat bahawa bukan semua orang yang luarannya soleh, berbuat baik kepada ibu bapa. terima kasih kelima-lima pak sepupu sebab ajarkan sesuatu.

lagu tema untuk tok ma hari ini rasanya, Jaga Dia Untukku. sebab Dato' Siti nyanyi lagu tu masa Dato' K sakit. erk.

semoga tok abah diberi kesembuhan sekiranya kesembuhan itu baik baginya.




sedang belajar memaknai kehidupan. sekarang bukan hanya perlu membina Hasan Al-Banna untuk rumahku nanti tetapi juga membina Lathifah di dalamnya.

Ya Allah, permudahkanlah apa yang baik.


Friday, 13 February 2015

Bila murabbiku pulang kepada Arrafiqul 'ala.


bagaimana harus aku khabarkan sesak yang ada dalam dada?
bagaimana perlu aku tenangkan jasad yang ketar berentak duka?
bagaimana mampu aku kesat airmata yang menari berlagu hiba?

mana lagi akan kami cari pengganti yang serupa denganmu?

ini sungguh satu kehilangan yang nyata.
sungguh kami terasa.
sungguh rawan jiwa.

semangatmu tak mati, Tuan Guru.
semangatmu kami ambil, 
walaupun ternyata terlalu jauh perjalanan kami untuk menjadi sepertimu 
-- sosok hebat yang terkenal di dunia dan insyaAllah di langit juga.

perjuangan masih perlu diteruskan.
berpisah bukan akhir segalanya.
lepas jiwa terbang mengangkasa,
cita kita tetap satu jua.

untuk Allah di atas segalanya.


 - coretan 12 Februari 2015 | jam 10.00 malam | Besut, Terengganu



Kehilangan ini sungguh satu tamparan buat aku, Ya Allah.

pantas saja airmata kering untuk ditangisi beberapa hari ini walaupun hati aku sakit menahan sesak. tapi rupanya Engkau mahu aku simpan dan tahan dulu -- tangiskan untuk sesuatu yang lebih layak dan lebih wajar.

ampunkan kekhilafan hamba. alhamdulillah atas tamparan.






Innalillahi wainna ilaihi raaji'uun.

senanglah hati murabbiku kerana akhirnya bertemu Arrafiqul 'ala. 
semoga Allah tempatkan murabbiku bersama golongan yang terpuji.

Murabbiku berhasil menjadi golongan yang berjaya hingga ke tapisan terakhir.
tamrin dunia cukup menjadi penentu bahawa engkau memang layak.
semoga kami lulus juga, murabbi.
semoga kami lulus.


insyaAllah pada tahun depan, pada tanggal 12 Februari, kami akan mengenang dua tokoh yang sangat tinggi perjuangannya; 

Tuan Guru Nik Aziz bin Nik Mat
dan Assyahid Imam Hasan Al-Banna.


"mereka tidak akan mampu menilaiku kecuali setelah wafatku."
- Memoar Sultan Abdul Hamid (Muzakkiraat Sulthon Abdul Hamid), hlm. 90.


selamat pulang, murabbiku.