Thursday, 20 December 2012

Jangan pilih-pilih, takut nanti tak terpilih.


situasi I :

Sameon :
hoi Surti, kau tengok perempuan pakai purdah tu. aku kenal dia, budak se-kolej dengan aku. siapa lelaki yang ada dengan dia tu?

Surti : 
oh ye ke ? sweetnya diorang.. suami dia la tu. dia nikah muda kot. wey, jelous-nya aku Meon.

Sameon :
suami kebenda-nya dia belum nikah. hm, macam pelik je. nak kata abang, dia takde abang.

Surti : 
ish kau ni Meon, husnudzon la. mana tahu tu saudara dia ke. kau ni nak main sangka buruk pulak.

Sameon : 
mana tak sangka buruknya, dah aku pelik. aku akan siasat sape lelaki tu.

dan setelah disiasat, terbukti sememangnya lelaki tu bukan siapa - siapa kepada niqobi itu. seorang ajnabi. - pacar. 


Situasi II :

Surti : 
Weh Meon, kau tengok tu. memalukan orang yang bertudung je. pakai tudung tapi baju ketat. berkepit dengan jantan. tak malu ke ?

Sameon : 
perempuan tu ke ? anak kawan mak aku tu. nama dia Lijah. dia memang agak seksi sikit. 

Surti :  
dia bajet hot la tu. kat neraka lagi hot dia tak tahu. sesuka hati pulak tuh berpeleseran dengan pakwe. hm, dunia nak kiamat.

Sameon : 
sangka baik la. mana tahu tu abang dia. kau jugak yang suruh aku husnudzon.

Surti : 
abang kebendanya gedik semacam aku tengok. kau ni nak sangka baik pun agak - agak la.

dan setelah siasat kes kedua, ternyata si lelaki tu abang kepada Lijah. mereka berdua sangat rapat sehingga orang lain ingat mereka couple.   




aku lihat diskriminasi. lucu. konon hati bersih mahu bersangka baik. tapi malah pilih - pilih. hati yang sememangnya berpenyakit. tapi tidak sedar kerana merasakan diri itu lebih baik. situasi  - situasi ini yang sering aku lihat belakangan ini. orang - orang yang sudah menemukan hidayah semakin giat dalam menyindir insan - insan yang belum mendapat peluang itu. aku mengaku. aku juga sangat suka dalam menyindir orang. tapi atas hal yang tertentu. kalau bab seperti di atas, aku lebih suka bersikap secara sederhana. bukan tak mahu kisah. tapi aku takut mereka semakin jauhkan diri kerana terlalu didesak. jujur, aku yang sudah bertudung labuh ini pun rasa serabut membaca sindiran - sindiran di facebook atau twitter, yang kadang aku rasa agak keterlaluan. UAI nak sindir lebih - lebih pun kita rasa lain. sebab dia orang tua. (ups!) dia orang yang lebih berilmu. Dia sindir - sindir pun dia pujuk balik. sebab tu orang mudah terima. tapi kita ni yang bajet 'solehah' ni, sindir tak tengok keadaan sekeliling. 

aku takut untuk terlebih lancang. sebab Tuhan itu Maha Membolak - balikkan hati insan. hari ini kita 'bermegah' dengan sempurnanya penutupan aurat kita, tapi belum tentu hal ini akan kekal kalau kau tak mohon kekekalannya dalam doa. kenapa aku kata 'bermegah' ? sebab itu yang aku lihat. kemegahan dalam tidak sedar. mana tahu setelah dia diberi kesedaran, dia bertaubat. dan akhirnya dia jadi lebih baik dari kita. yang kononnya sudah berada dalam 'zon selesa' ini. setiap malam dia menagis penyesalan memohon keampunan dari Tuhan, sedang kita setiap malam doanya "jika benar dia untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku." lucu.

tak usah berlagak suci kalau kita sendiri tak pernah ada rasa mahu mendoakan mereka supaya terbuka pintu hatinya. jangan kerana kita bertudung labuh atau berniqab, buatkan kita rasa kita lebih baik dari mereka. aku sudah lihat dengan mata kepala aku sendiri. indah khabar dari rupa. semoga kita dikenal melalui pakaian kita. pakaian orang beriman. orang beriman. beriman. *hadam yang benar*

Adalah penting, untuk kita melihat dengan sepenuh keyakinan. Bahwa setiap pencandu dosa yang tegar juga bisa punya potensi menjadi sang perilaku pahala. Hanya barangkali cahya Allah masih belum terbias di hatinya, atau penafian mereka pada cahya tersebut. Makanya, kita yang berada dalam kumpulan cahya harusnya berusaha menyantuni mereka buat memahamkan. Usah tergopoh tetapi lakukanlah secara pelan dengan penuh kelembutan persis qudwah hasanah – Rasulullah. Dan pasakkan doa yang teguh dalam hati; moga suatu masa nanti sosok mereka bakal terpilih dalam kumpulan cahya, juga kita tetap kekal dalam keberadaan itu. Biidznillah. 

— Sesungguhnya, jalan menuju Allah itu tersangat luas. Maka berbagilah pada seluruh dunia! (Al Ma’idah, 35)  [awwabhafeez]

semoga Allah kekalkan kita dalam hidayah ini. dan semoga Allah memberi hidayah kepada sahabat - sahabat kita juga. katanya ukhuwwahfillah, tapi takkan ukhuwwah dengan orang seusrah, seniqob, setudung labuh sahaja ? ukhuwwahfillah itu tiada sempadan ! semoga kita tidak termasuk dalam kalangan hati yang berbagi - bagi seperti itu. takut. di sini lancang menyindir, tapi di akhirat kelak belum tentu bagaimana nasib kita. beruntungnya kita, kerana Allah telah pilih untuk beri hidayah. kalau bukan kerana itu, kita juga hanyut ditelan hedonisme mungkin.

percayalah, mereka tak tahu. mereka belum dapat kefahaman tentang Islam yang sebenarnya. kalau mereka faham, mereka tidak akan terus - menerus bergelumang dengan dosa. sungguh, mereka tidak mengerti.


kau tak tahu. betapa sakitnya rasa tidak ber-Tuhan.

Thursday, 13 December 2012

"hari ini ada yang mengkhitbah lagi."

ukhti i : hari ini ada yang mengkhitbah lagi. harus bagaimana ni ?

ukhti ii : bonda dan apak macam mana ?

ukhti i : mereka belum tahu. lelaki itu bertanya langsung pada aku. aku belum siap untuk beritahu mereka. malu aku. ini kali keempat aku menolak lamaran orang.

ukhti ii : siapa lelaki itu ? kau kenal ?

ukhti i : kenal yang biasa - biasa. sewaktu menyertai program tempoh hari. insyaAllah, orangnya soleh. bakal melanjutkan pelajaran di Mesir. selalu berkopiah dan berjubah. pandangannya terjaga. orangnya manis dan santun.

ukhti ii : maknanya kau suka.

ukhti i : hmm.. sejujurnya rasa itu ada. tapi entahlah.

ukhti ii : aku mahu tanya, menurut kau lelaki soleh itu bagaimana ?

ukhti i : dia yang taat kepada Allah. taat kepada ibu bapa. menghormati perempuan.

ukhti ii : jadi menurut kau si lelaki itu boleh tercalon dalam lelaki soleh ?

ukhti i : sepertinya ya, insyaAllah.

ukhti ii : lelaki soleh akan taat pada ibu bapa. jadi bagaimana dia boleh membelakangi bonda dan apak kau sekaligus ibu dan ayah dia ?

ukhti i : maksud kau ?

ukhti ii : dia melamar kau secara langsung bukan ? tidak mendahului wali kau. apa cerita ukhti ?

ukhti i : dia..

ukhti ii : jangan tertipu dengan luaran. aku bukan mahu mengatakan bahawa dia itu tidak soleh. bukan. siapa aku untuk menghukum seperti itu. cumanya ukhti, aku lihat mudahnya dia berurusan dengan perempuan. itu yang aku maksudkan. 

ukhti i : tapi dia minta untuk menikah. bukankah niat itu sudah baik ?

ukhti ii : kau tahu, kadang - kadang sekecil - kecil perkara itulah yang kita mahu lihat seseorang itu bagaimana. ramai sekarang yang melamar kononnya sukakan agama yang ada. cinta islamik yang dituturkan tanpa menyedari nafsu sedang memujuk supaya mendekatkan. kelakar betul rijal hari ini. tak dapat muslimah ini, cuba muslimah lain pula. macam try and error, begitu aku kira. ingin menikah tanpa sedar tanggungjawab yang bakal digalas. melamar gayanya seperti sudah mampu untuk melalui fasa itu sedang diri masih menanggung hutang kerajaan. ada hati mahu anak dara orang.

ukhti i : betul. tapi bukankah bagus nikah muda ?

ukhti ii : aku tidak mengatakan nikah muda itu tidak bagus ukhti. cumanya, kita harus realistik. cari lelaki yang berpijak di bumi nyata. nikah itu ibadah. nikah itu tidak cukup dengan modal mahu-elak-zina. ingat, nikah itu tanggungjawab dan tanggungjawab itu amanah bukan keseronokan. aku terkadang hairan dengan orang yang terlalu excited mahu kahwin muda tanpa rasa sebarang kerunsingan. komitmen kita akan bertambah. hidup bujang ini pun kadang masih terlalai dalam melaksanakan tanggungjawab, apalagi bila sudah nikah. kalau betul mahu nikah, siapkan diri. fizikal dan mental. dan cari lelaki yang lebih kedekut.

ukhti i : kedekut ? kenapa mesti kedekut ? bukankah itu sifat mazmumah ?

ukhti ii : kedekut untuk bermesra dengan perempuan yang bukan siapa - siapa bagi dia. kedekut untuk belanja perempuan sesuatu atas alasan suka - suka. kedekut untuk menghulurkan salam perkenalan. kedekut untuk luahkan perasaan yang bukan - bukan. kedekut untuk berhubung dengan perempuan tanpa urusan yang penting.

ukhti i : oh.. betul juga.

ukhti ii : kau tahu, kadang kita perempuan yang bermasalah. terlalu murah. orang tanya sudah berpunya atau belum, kita sudah perasan dan gelabah. padahal lelaki itu cuma mencuba nasib dan ingin kenal - kenal. jarang yang betul - betul serius. dan si perempuan sambut salam kenal itu kerana tertipu dengan kesolehah yang entah-ya-entah-tidak lelaki itu. tapi itulah masalah perempuan. kita wajar untuk perasan, tapi biar rasa itu menyelamatkan kita bukan membinasakan. kalau perasan yang seseorang itu macam suka pada kita, ambil tindakan jauhkan diri. bukan makin mengada - ngada mendekati. jual kemuslimahan untuk tunjuk diri itu solehah. itu bukan muslimah solehah, tapi si gedik solehah. lelaki juga kadang - kadang tertipu dengan perempuan. jadi, kita sama saja. bukan mahu menyekat fitrah. tapi kawal biar tak jadi fitnah. semoga kita tidak jadi muslimah murahan. banyak lagi urusan ummah yang belum selesai. sibukkan diri dengan cinta ini cuma akan melambatkan perjalanan kita dalam dakwah. dan balik kepada hal tadi, kau fikir bagaimana ?

ukhti i : ukhti, aku baru sedar. sebenarnya aku yang tak pandai jaga diri. kerana begitu mudah lelaki menyatakan cintanya pada aku. secara langsung, bukan melalui orang tengah. mereka sepertinya menganggap aku ini mudah. aku baru perasan, semua yang melamar kau adalah melalui orang tengah. itu tandanya kau dihormati sebagai muslimah. kau mahu ajar aku jadi muslimah dalam erti kata yang sebenar ? *airmata mula jatuh meluncur ke pipi membasahi kain yang ada diwajah*

ukhti ii : subhanallah ukhti.. aku tidaklah semuslimah yang kau kira. aku juga masih belajar. belajar untuk jaga diri. belajar untuk jaga Allah di hati. kalau kita mahu selamat, insyaAllah Tuhan akan bagi kita selamat. begitulah sebaliknya. sama - sama belajar ya ukhti ?

ukhti i : aku bersyukur aku ada kau.

ukhti ii : aku juga bersyukur Tuhan hantar kau pada aku. ngaji yuk ?

ukhti i : yuk !



tundukkan pandangan hati juga penting. istighfar bila ada rasa yang tidak - tidak masuk menyelinap tanpa sedar.  



#notakaki
ini cuma pandangan seorang aku. masing - masing ada pandangan tersendiri. sekarang sedang cuba belajar dari kesilapan. bagaimana mahu jadi da'i kalau nak urus hati pun tak reti ? ada beberapa hal yang kita terpaksa juga terima dengan ego yang rendah. jangan rasa diri itu baik tanpa ada salah. jangan cuma kita yang bersungguh melaungkan 'jangan jadi da'i yang lantang menegur tapi pantang ditegur'. sedang kita sendiri tidak mahu untuk ditegur. buat apa yang diucap. itu baru da'i sejati. aku percaya bila Angelina Jolie mengatakan "teenagers are heroes as we do something that against our desire". manfaatkan masa remaja kita dengan sebaiknya. kita belajar sama - sama untuk jadi lebih baik, insyaAllah.