Monday, 30 July 2012

Bila kusedari diri disayangi..


Hari ni penat berkejar ke sana ke sini. Ni baru uruskan hal dunia, belum lagi uruskan hal akhirat.

Habis pinjam buku di library, terus ke bilik. Dan langsung ke makmal komputer untuk kelas seterusnya. Hantar brochure. silap buat dengan publisher, pensyarah suruh guna microsoft word. tapi aku lupa. kena buat balik. buat balik sampai siap. nak print tak jumpa pendrive. patah balik masuk bilik. cari tak jumpa jugak. aku mungkin tertinggal kat makmal komputer. pergi balik cari pensyarah minta kunci. masuk makmal, cari-punya cari tak jumpa. makmal baru je lepas diguna oleh pelajar intake baru. patah balik bilik. copy guna pendrive kawan. jalan pergi kedai anjung. dari kejauhan nampak kakak cashier tu tengah kunci pintu. kedai dah tutup. patah balik bilik. berfikir sejenak. buka laptop. dan tulis.



mahu tahu apa yang aku fikir ?

begitu banyak dosa aku sampai Tuhan bagi ujian kecik ni tapi sangat menguji ketahanan iman, sebab Dia nak me'reduce'kan dosa-dosa aku. sedikit demi sedikit. 

kadang aku tak sempat nak fikir la how can I missed all the basic things I have to know.

kasih sayang-Mu itu yang buat aku makin tambah malu, Tuhan. makin bersungguh aku mengumpul dosa, makin Kau bersungguh mahu mengurangkannya.

Tangis ini pun tidak mampu untuk menyatakan betapa aku berterima kasih kerana Engkau masih sudi untuk memandang aku.

Alhamdulillah !



Wednesday, 25 July 2012

Muraqabah Pemelihara Diri



Muraqabah atau muraqabatullah merupakan suatu sifat mukmin yang dianggap mulia kerana  dengannya seorang mukmin menjalani seluruh kehidupannya dengan merasakan dia sentiasa diawasi, serta diperhati oleh Allah, Tuhan sekalian alam.  Perasaan hidup dalam pengawasan Allah merupakan perasaan yang terbaik bagi seseorang mukmin.

Muraqabah berasal daripada perkataan  ‘raqaba’ yang bererti memerhati, mangawasi dan menyaksi.  Dan muraqabah pula membawa maksud pengawasan dan pemerhatian.

Muraqabah atau muraqabatullah pula membawa maksud pengawasan terhadap zat yang menjaga dirinya (Allah) dan menaruh perhatian yang sebesar-besarnya kepadaNya. Maksud muraqabah juga dihuraikan melalui hadith Jibril mengenai ihsan, yakni;

“kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya, dan sekiranya kamu tidak melihatNya maka Dia melihat kamu” [Muslim].

Sifat muraqabah dalam diri akan menyebabkan  seseorang mukmin merasa sentiasa diperhati yang membuatkan dia merasa takut untuk membuat dosa kerana dia tahu dia tidak pernah terlepas dari pandangan Tuhannya. Maksiat-maksiat yang terhidang akan dapat dihindari dengan adanya rasa muraqabah itu.

Bukan senang untuk menanam sifat ini dalam diri kerana sifat kita manusia, sangat mudah terpedaya dengan kebahagiaan sementara. Merelakan diri menjadi hamba kepada nafsu. Bila hati sudah dipenuhi dengan noda-noda hitam, bagaimana mungkin sifat muraqabah itu mampu muncul dalam diri?

Untuk memberikan kefahaman yang lebih jelas tentang muraqabah, di sini disertakan contoh-contoh pelaksanaanya dalam diri seseorang mukmin.





· Berpuasa di bulan Ramadhan

Seorang muslim itu apabila berpuasa, akan diuji dengan rasa lapar dan dahaga. Oleh sebab puasa Ramadhan itu wajib bagi seluruh orang Islam,  maka akan timbul rasa malu dalam diri mereka sekiranya tidak berpuasa. Tetapi, jika tiada sifat muraqabah dalam diri, seseorang itu akan curi-curi makan atau minum di saat tiada orang yang melihatnya. Dia lupa bahawa malaikat sedang mencatit perlakuannya dan Allah itu Maha Melihat.

· Menutup aurat

Setiap muslimin dan muslimat diwajibkan untuk menutup aurat secara sempurna. Kepentingan sifat muraqabah di sini adalah apabila seseorang muslimin atau muslimat itu berada di sesuatu tempat di mana manusia kurang menghayati ajaran Islam, contohnya di bandar-bandar besar yang maju. Mereka tidak menitik beratkan tuntutan menutup aurat kerana berada jauh dari keluarga dan sebagainya.

Seterusnya, apabila belajar ataupun merantau di negara orang seperti Amerika. Ramai orang Islam telah tersungkur dengan arus kehidupan moden yang menghanyutkan manusia yang punya iman senipis kulit bawang. Terikut-ikut dengan budaya kuning dari negara barat hingga agama dan adat ditolak ketepi.


 Allah telah berfirman dalam surah An-Nur ayat 64;

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan mungkar.”

Sesungguhnya Allah sangat tidak suka hambanya yang mengikut cara kaum lain. Itulah natijahnya apabila tiada sifat muraqabah dalam diri. Betapa dia lupa bahawa dia ada Tuhan yang sentiasa mengawasi gerak-gerinya, tidak kira dia berada di penjuru dunia mana sekalipun.

· Hubungan dengan bukan mahram

Manusia fitrahnya ingin menyayangi dan disayangi. Seperti adanya langit dan bumi, begitu juga ada lelaki dan perempuan. Telah Allah ciptakan makhluk-Nya berpasang-pasangan. Lelaki akan tertarik kepada perempuan dan begitulah sebaliknya. Tetapi, apa yang menghalalkan perhubungan mereka hanyalah perkahwinan. Tiada cara lain.

Dewasa ini, banyak berlakunya seks bebas dalam kalangan para remaja tidak kiralah yang mempunyai asas agama ataupun tidak. Hedonisme kelihatannya sedang meratah remaja-remaja Islam dengan rakus sekali. Hal ini demikian kerana tiada wujud dalam diri bahawa mereka itu hamba Allah dan Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan.

Sekiranya mereka merasakan sentiasa diperhatikan, maksiat sebegitu tidak akan terjadi. Zina semakin biasa ibarat bukan satu dosa. Sedang Allah sudah berfirman dalam Surah Al-Isra’ ayat 32;

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Permulaan zina bermula apabila lelaki dan perempuan saling tidak menjaga pandangan. Firman Allah dalam surah An-Nur ayat 30;

“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman; hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”

Kemudian membawa kepada berhubungan tanpa sebarang ikatan yang sah. Yang ada hanya ikatan ‘cinta’ yang mereka agungkan. Cinta mereka itu cinta sejati, kononnya. cinta yang hakiki hanyalah cinta kepada Allah. Bukan kepada makhluk.

Cinta tidak salah. Yang menjadi masalah apabila manusia silap membawa cinta ke arah yang tidak sepatutnya. Hati itu sangat perlu dijaga. Simpan hanya untuk yang layak bila tiba waktunya. Janganlah menjadi hamba kepada cinta. Sewajibnya manusia itu menjadi hamba kepada Allah dan merdeka daripada nafsu.

Dalam muamalat

Apabila melibatkan wang, mata manusia sepertinya dikaburkan. Mudah sekali syaitan mengarahkan sesuatu, dan nafsu mula meronta minta diikut kemahuannya. Bermulalah perniagaan yang tidak jujur. Barangan atau makanan yang tidak elok dijual kepada pelanggan. Tidak pernah mahu mencontohi bagaimana sifat Nabi Muhammad S.A.W. dalam berniaga. Semakin susah mahu mencari perniagaan yang betul-betul bersih. Riba dan rasuah  semakin menjadi-jadi. Padah kalau tidak merasa Tuhan di hati, ada pandangan-Nya yang sentiasa memerhati.

Muraqabah Pemelihara Diri

Antara nilai akhlak mulia yang dihasilkan kesan muraqabah ialah berkeyakinan, mudah menerima pengajaran, merancang program yang berfaedah, bersedia memberi khidmat, dan berbudi bahasa.
Bagi memastikan diri kita sentiasa bermuraqabah pastikan bahawa jasmani dan rohani sihat, punya pendengaran yang tajam, kemahuan yang kuat, kefahaman yang betul, ada usaha yang praktikal serta sentiasa bertaubat dan memelihara hukum Allah.
Kesimpulannya, untuk punya sifat muraqabah perlu ada kemahuan dan usaha. Pasti Allah akan menyambutnya.


note :
sebenarnya ni artikel masa sem 1, lupa dah mana dapat sumber. masa tu tak concern lagi bab kredit. huhu. sebahagian ayat aku dan mostly aku rujuk artikel lain.


Tuesday, 24 July 2012

Edisi Ramadhan : "Bila amal disangka terbatas"


Salam'alaik and hye.

First of all nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak. Ramai yang post status di facebook dan twitter tentang ketidaksabaran menunggu kedatangan Ramadhan. Harapnya bukan mulut sahaja semangat menuturkan, tetapi biar selari dengan amal, bahkan lebih.  Peringatan buat semua termasuk diri yang dhoif ini.

Bila tiba bulan Ramadhan ni, setiap muslim berlumba-lumba untuk beramal dengan sebanyak mungkin. Fastabiqul khairat, kan ? Betapa bestnya jika dapat berpuasa sepenuhnya di bulan Ramadhan dengan terawihnya tidak ditinggal. 

Seperti yang kita sedia maklum, boleh dikatakan sangat-sangat-sangat susah untuk kita muslimah berpuasa penuh. Dan hal ini demikian kerana Allah telah memberi perancangan lain kepada kita. Ramai yang mengeluarkan statement :

"boleh baca al-Quran sebagai zikir time period ?"

"alaa.. best la dia dapat pergi terawih.."

"tak dapat lagi merasai ramadhan ni.."

ya ukhti ,
bukankah kita sama-sama berada dalam bulan Ramadhan yang sama ? Perjalanan kita sama sahaja. Cuma jambatan yang kita naiki itu yang berbeza. cuba fikir, mana mungkin Tuhan sengaja mahu kita sedikit saja amalnya. kerana itu, sangat penting bagaimana kamu melihat apa itu sebenarnya 'amal'. ramai yang berpandangan amal itu solat. amal itu membaca al-Quran. amal itu qiamullai. 

Bukankah sedekah juga satu bentuk amal ? adakah ada Allah mengharamkan muslimah yang tidak suci untuk bersedekah ? berbuat baik kepada ibu bapa ? nah, itu lebih besar ! sebenarnya fikiran kita disempitkan dengan definisi amal yang kita reka sendiri. Baca alQuran sebagai zikir ? takkan zikir sampai berjuzu'. banyak lagi bentuk zikir yang kita boleh buat. asal kau ingat Tuhan, itu zikir ! Time Allah bagi 'kesempatan' ni la kita boleh tadabbur surah yang kita baca. ambil ibrah dari kisah-kisah manusia hebat dahulu. memotivasikan diri dengan ayat-ayat cinta dari Tuhan. dan mengambil peringatan dari amaran-amaran Dia. 


Ingat, perjalanan kita sama ; menuju Ramadhan. tapi jambatan kita yang berbeza. jambatan = amal. Sebenarnya itu adalah pilihan kita sama ada mahu melakukannya ataupun tidak. Allah tidak menutup peluang kita untuk beramal. Jangan kau salahkan tindakan Tuhan hanya kerana sempitnya fikiran-mu.

"alaa.. period la.. tak dapat nak berpuasa.."

"bencinya.. tak dapat join terawih.. " *mulut muncung*

solehahnya kamu. kalau boleh nak puasa je seumur hidup. tanda betapa SOLEHAHnya kamu. tapi adakah perempuan solehah itu mengeluh atas apa yang Tuhan berikan ? Husnudzonlah dengan Tuhan-mu. Tiada yang Dia lakukan sia-sia.

Ya ukhti fi al-Islam,
kehidupan adalah satu perjalanan di mana bulan Ramadhan itu adalah tempat untuk kita beristirehat. contoh mudah, kita guna analogi highway dan RNR. Highway = kehidupan. RNR = Ramadhan. Sepanjang perjalanan kita akan merasakan letih yang teramat, kurang bertenaga dan lain-lain. oleh itu, kita pun mula la cari tempat untuk kita berehat sebentar, mengurangkan panas enjin kereta, berhenti makan dan sebagainya. Masa kat RNR tu la kita tidur sekejap dan makan. Dan selepas kita sudah cukup segar untuk meneruskan perjalanan, baru kita mula bergerak kembali. Sama juga seperti kehidupan kita. Pada bulan puasa inilah kita nak topup kembali amal kita yang selama ini compang-camping. masa ni la kita nak mengembalikan tenaga dan semangat dalam perjalanan menuju Tuhan, yang sebelum ini kita sepertinya 'exhausted'. 



Ya ukhti,
jaga mulut-mu. Allah tidak berhajat pada puasa kita kalau kita masih berdusta dalam berkata-kata. Apa guna puasa kalau menceritakan buruknya orang ? Apa guna berpuasa kalau mulut itu menabur fitnah ? Apa guna berpuasa kalau kau masih lagi menipu ? jaga hati-mu. jangan iri hati pada orang lain. jangan menyimpan dendam. jangan mudah layu pada sekecil-kecil maksiat. Ingat, nafsu itu adalah markas syaitan. Sememangnya pada bulan puasa ni syaitan tiada, telah diikat. tapi nafsu-mu masih 'hidup', jangan kau lupa. Ramai yang suka bila tiba bulan Ramadhan kerana syaitan sudah diikat. nak pergi mana-mana pun berani la sebab selama ni takut hantu. tapi bukankah sebaik-baik penjaga itu adalah Allah SWT ? Dan bagi nafsu-mu, kawal dia ! jangan kau peduli rengekannya. nafsu tu ibarat anak kecil yang inginkan mainan. dia beli satu tapi belum puas. dia mahu lagi mahu lagi mahu lagi dan lagi. kerana itu, sebaik-baik pengawal nafsu itu adalah iman kita sendiri. 

Akhir kalam, semoga bulan tarbiyah ini dapat membaiki lagi diri kita, memperkuatkan lagi pertahanan iman kita, dan makin mengukuhkan ikatan cinta kita dengan Tuhan. 

Doa-ku, semoga ramadhan kali ini makin mengakrabkan hati aku dengan Tuhan. Moga keindahan akhlak yang terbentuk akan terbias dalam perilaku. kerana melihatkan perilaku diri ini, aku tahu akhlak aku masih di tahap yang sangat menyedihkan. 

oh dan syafakillah buat ibu. demam dari semalam.

"Ibu demam ni.."

"Demam rindu ke ? Hikhik.."

"Ye la. dah tu semua tinggal ibu. "

Alololooo.. tamau kawin la kalau camtu. *bajet*



notakaki:
saya ada buatkan borang mutaba'ah amal edisi Ramadhan, dan ada juga yang untuk bulan-bulan selainnya. dah bagi kat adik-adik usrah hari tu. moga bermanfaat. bila ada checklist ni, rasa lebih berdisiplin, InshaAllah. sape-sape yang nak, boleh bagi e-mail, ok =)


Friday, 13 July 2012

Oculus Reparo !


Apa yang kita terlepas pandang,
mungkin "kacamata" kita sudah terlalu kotor sehingga melihat orang lain penuh dengan "debu" kesalahan.

kerana itu pentingnya membersihkan "debu" yang melekat di hati terlebih dahulu. debu banyak sangat sampai hilang rupa hati tu. bila hati dah bersih berkilat, barulah "kacamata" kita pun akan turut bersinar dilap tarbiyah.

Mahu bersihkan hati ni pulak bukan senang. jihad nafsu. kena mujahadah dengan nafsu yang merengek-rengek bila syaitan mula mengarah.

nak bersihkan balik "kacamata" kita bukan semudah mengenakan spell "Oculus Reparo" sepertimana Hermione Granger lakukan kepada Harry Potter. Well, logik la kan sebab syurga tu mahal. So, usaha la sikit !


 Harry Potter and The Philosopher Stone



Sahabat,
besih hati, yuk !

*jangan tunggu ramadhan je baru nak buat amal, baru nak tazkiyatun nafs segala benda. kalau mati dulu macam mana ? baru la jadi orang yang rugi. wey, taknok la aku.*

Thursday, 12 July 2012

Ajarkan aku soal ikhlas ?


Di suatu hari, saat hujan mula ketawa berdekah-dekah, dua makhluk berakal berlari mendapatkan pondok usang, yang kebetulan ada di tepi jalan.


a :
katanya kau cinta sama hujan.
tapi kau bohong. iya kan?

b :
kenapa kau berkata seperti itu ?
aku kira itu satu tuduhan yang tidak berasas.

a :
kau pendusta ! 
kalau benar kau cinta hujan, kenapa saat hujan turun, kau malah ambil payung.
kau lekas-lekas berteduh dari dia. kau sepertinya tidak mahu sedikit pun disentuh sama dia.
mana bukti cinta yang sering kau sebutkan ?

b :
- diam -

a :
benar kan ?

b :
kau tahu,
ada banyak hal yang lebih dari apa yang mata kita lihat.

a :
maksudmu ?

b : 
iya, aku cinta sama hujan.
kecintaan-ku pada hujan sama seperti kecintaan-ku pada puisi.
kamu tahu itu bukan ?

a :
lalu ?

b : 
aku mahu tanya,
menurut-mu, cinta itu seperti apa ?

a :
menurut aku? 
ya, menurut aku cinta itu adalah kebersamaan.
cinta itu adalah apabila dua menjadi satu.

b :
- senyum -

a :
usah senyum seperti itu. 
jelaskan sahaja apa yang kau sedang cuba untuk sampaikan.

b :
aku kira kita punya definisi yang beda.
tentang cinta yang menurut aku adalah satu keterikatan.
kukuh diikat antara dua kerangka.

a :
- diam mendengar penuh tekun -

b :
ada waktunya kita tidak bisa berdepan dengan dia,
biar sebesar manapun cinta yang ada.

a :
alasannya ?

b :
- angkat bahu -
mungkin di saat hati sedang sakit, kerana melukai atau dilukai. mungkin.
akan sampai saatnya aku merasa tidak sanggup untuk berhadapan terus dengan dia.
dan aku terpaksa menunduk. ditekan sakit yang ditambah dengan malu.

- jeda -
b :
eh, mungkin juga kau benar.
aku yang sebenarnya tidak setia.
aku yang sebenarnya cakap tidak serupa bikin.
aku yang sebenarnya belum ikhlas dalam mencintai.


a :
ah, kau sangat susah dimengerti !
aku hampir saja mahu terima buah bicara-mu.
dan sekarang kau malah kata aku benar ?
bicara-mu berbelit-belit. kau manusia kompleks !

b :
- ketawa -
kadang ada hal yang mulut ini tidak bisa cerita.
kau mahu,
ajarkan aku tentang ikhlas?

a :
hujan sudah berhenti.

b :
- senyum lagi sambil memandang langit -




 __________
aku tidak pasti kamu yang membaca dapat memahami. kerana ini kerja ikut hati. yang kadang aku juga susah untuk mengerti.

#antara dua kerangka = hati

Sunday, 8 July 2012

Tarbiyah dari Pakcik Teksi :)


Bismillahirrahmanirrahim.

Rasa macam lama tak menulis sebab banyak guna gambar. heh. pictures kadang-kadang speak louder than words. hari ni usrah muslimat kat Masjid Hadhari. sorry la adik-adik and kakak-kakak yang menunggu selama se-jam. waiting for this 'too-late' naqibah. really can't help myself pagi tadi. kalut semacam. nasib baik adik-adik hebat dapat backup dengan cunnya.

usai usrah tu kitorang shopping sesama. macam sweet je lintas jalan ramai-ramai. hihi. kelakar tengok adik-adik yang takut nak lintas jalan.

"kak, beraninya. takut la."

dia terkejut tengok aku ngan kak zira main aci redah je.

"ni bukan berani. tapi berstrategi. nak lintas jalan pun ada seni strateginya tau."

sampai la masa aku nak balik. aku balik sorang. Pak cik teksi tu nampak tenang dengan kopiah. bermulalah dialog atas teksi.


"belajar kat mana  dik?"

"Pahang. KIPSAS."

"Ow.. Jalan Pekan tu eyh? yang dekat.."

"Batu Enam, pakcik."

"ah..ye.. pakcik selalu jugak lalu kat situ. ambil kos apa?"

"Bahasa Arab.."

"Susah tak belajar?"

"Ok la.. cuma ada jugak yang tak faham. sebab takde asas. dulu saya sekolah tengku mahmud pakcik."

"owh.. budak tengku mahmud ke.. macam mana boleh ambil arab tu? minat ke mak ayah suruh?"

"minat."

"baguslah.. Allah bagi hidayah tu. tak semua orang dapat tau. kita pilih. tapi Allah yang bagi."

aku senyum.

"bagus belajar bahasa arab ni. nak baca quran pun rasa seronok. hari tu pakcik ada daftar kelas quran Al-Baghdadi tu, dalam sebulan lebih je. tapi memang rasa lain la masa baca quran. tenang je rasa."

"Owh.. yang tu.. best tengok dia punya skill mengajar, main ketuk-ketuk."

"Ha, yelah. malu jugak nak masuk tu sebab semua budak-budak. tapi dalam belajar, kita tak boleh malu kan? sebab kalau malu, sampai bila pun kita tak bergerak."

aku senyum lagi.

"macam mana terdetik nak ambil bahasa arab?"

"sebenarnya apply TESL. tapi tak dapat. nasib baik jugak. boleh belajar bahasa arab."

"tu la. satu hari nanti, adik akan dapat fikir sendiri kenapa Allah tak bagi yang tu, tapi Dia bagi yang ini. kita akan tau yang apa yang Tuhan bagi tu memang yang terbaik."

aku senyum. sekali lagi. hidung terasa panas.

"kat mana rumah?"

"kat sini, pakcik."

aku turun keluar dari kereta.

"terima kasih, pakcik." dan menyambung dalam hati,

'untuk tarbiyahnya.'

aku mahu sekali memberi senyuman kepada pakcik itu. tapi aku tahu dia mampu untuk baca senyuman  yang hidup di mataku. 

ini salah satu sebab kenapa aku sangat suka naik teksi :')

kan aku sudah bilang, tarbiyah itu ada di mana-mana. asal kamu punya hati yang mampu menconvertkan setiap perlakuan mahupun perkataan seseorang dalam bentuk tarbiyah. 








Tuesday, 3 July 2012

Malam Anggun






Dia bilang saat ini malam makin hilang anggunnya.
Namun sedikit pun aku tidak percaya.
kerana dia cuma melihat gelapnya langit sahaja.
sedang aku mengintai bintang yang bersinarkan cahaya.



_______________________________________

Semangat makin pulih.
Terima kasih buat kamu yang mendoakan-ku dalam diam.
:')


"Jangan mimpi nak jadi pejuang, kalau masih mahu bermanja-manja. Kalau satu saat nanti musuh Islam datang di hadapan-mu, bagaimana? Masih mahu berteriak memanggil nama ibu, nama ayah? Mahu melutut merayu kepada mereka, "jangan apa-apakan aku?" macam tu? sok pahlawan kamu, tapi hakikatnya lembik!"

~SAA 03072012~