Saturday, 26 May 2012

Awesome Quotes for Me.



"jadilah mawar berduri. cantik. ramai yang nak dekat. tapi duri = iman. as a benteng untuk kita. tak rugi langsung tau jadi perempuan solehah. Satu hari nanti, Allah akan bagi kita orang yang kita tak pernah terfikir pun kita dapat. Mujahid yang lebih hebat, dari yang awak tengok sekarang ni." 

-Ukhti Anisah Shamsuddin 04092009

"jika apa yang kau perlu itu datangnya dari Allah, maka mintalah dengan-Nya. janganlah gagal mencari kehambaan dari diri seorang hamba. wahai adik-ku, Allah itu sangat dekat dengan-mu jua diri-ku."

-Abang Long ~Mat Razali Mat Lazin 27092011

"Dear Student,
Eventhough you're not born with silver spoon in your mouth.. Remember, where there's a will, there's a way. You always get what you deserved. Best in SPM 2011.

-Sir Wan Jailani 01112011

"If you fall down, you need to wake up." 

-Sir Wan Jailani 01112011

"Ingat Allah jangan bertempat, sayang Allah jangan bermusim." 

-Abang Long ~Mat Razali Mat Lazin 02122011

"Barangsiapa yang meniti jalan untuk memperoleh ilmu, maka Allah akan mudahkan jalan baginya menuju ke syurga. Selamat berjihad kakak-ku sayang."

-Adik Elika 13112011

"Your faith is yours. Ready or not, that's a subjective thing. When you come to a point where others perception didn't matter and you believe in what you want, that means you're strong enough."

-Mohd Nazrul Izzat Yusof 26122012

"Anum kena kuat sampai akhirnya. Lagi-legi lepas dah kahwin, dapat anak sampai membesar, bersama anak-anak perempuan untuk kuatkan mereka juga. Bukan semua terpilih tau sebab ia bukan sesuatu yang mudah. tapi bila sampai seruan itu, buatlah demi sesuatu yang lebih baik. kak doakan untuk kalian."

-Kak Asma Yusof 15012012

"Betapa satu titik dalam kanvas kehidupan mampu mencorakkan gerak perubahan."

-Kak Wan Nazira 24012012

"Moga jalan ini bikin kau terus kuat! doakan ana jua! biar perlu sehabis tenaga pada langkah pertama, asalkan aku bertambah cinta, bertambah rindu, bertambah sayang, bertambah kasih."

-Nur Nazifa Marzuki 15012012

"Jangan gini. Satu titik perubahan di sini ialah Ainum, titik kedua adalah pengisian, dan Insya Allah, seribu titik lagi adalah mereka yang hadir. walau apapun buat yang terbaik. don't hesitate eh. we believe in you."

-Kak Wan Nazira 04022012

"Adik-ku sayang, semoga Allah menyalurkan kekuatan jasmaniah wa rohaniah dalam diri-mu sentiasa. ingatlah selagi mana kebergantungan kita kepada-Nya kuat, akan diberi kekuatan yang setanding, malah akan lebih lagi, insya Allah."

-Kak Faizatul Jeny 12032012

"Kekuatan itu hadir kerana kesedaran, hakikat kesedaran itu daripada hidayah dan hidayah itu daripada Allah. Kuatkan pergantungan pada Allah dik, insyaAllah doa kak mengiringi."

-Kak Nur Asnida 12032012

"Allah tak ukur darjat seseorang berdasarkan umur matang atau tak untuk seseorang tu berdakwah. tapi berdasarkan amal ikhlasnya yang sentiasa buat benda-benda untuk dekat pada Sang Pencipta."

-Abd Rahman Bakar 17032012

"pacakkan diri pada jalan dakwah, teguhlah berdepan segala ujian, moga terus diberi kekuatan."

-Kak Nur Asnida 05052012

"ingat gapo-gapo pun, aku back-up mung sokmo."

-Muhamad Amier Aieman 28042012

 salam'alayk adik akak. boleh akak share something? mungkin juga Allah datangkan orang-orang yang benar-benar menguji keteguhan hati, sebab Allah nak bersihkan hati kita, supaya beramal betul-betul ikhlas dan totally keranaNya? bila didatangkan berkali-kali, sampai satu masa, kita akan lali dan takkan lagi peduli cemuhan atau bisikan orang lain, dan yang paling kita hirau dan kisahkan adalah pandangan Allah semata-mata. akak sangat suka ayat ni. di hujung ayat 154, surah al-imran. kata Allah, "dan Allah berbuat demikian untuk menguji apa yang ada dalam dadamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu."  pedulikan org lain yang menghalang jalan kita mendekati Allah, sbb Allah selalu bersamamu, dik. selalu!

-Kak Umairah Shafei 02022012

salam'alayk adik. jujur dengan akhawats, tak pe. akak percaya, akhawat akan bantu kita memperbaiki sisi-sisi lemah. malah, bila jujur dengan diri sendiri dan selalu termuhasabah, kita akan lebih cepat meningkat. kan? I'm learning too.

-Kak Umairah Shafei 27022012




Syukur aku dengan adanya mereka. Terima kasih Tuhan untuk hadiah yang sangat bernilai ini. Betapa penyayang dan pemurah Engkau Ya Allah. Betapa aku yang hina dan dina ini pun masih diberi untuk merasa keindahan berukhuwwah. 

-SAA 26052012

Thursday, 24 May 2012

Lagi untuk kau, Hati



Dah beratus kali aku menahan hati.
Kasihan dia.
Maaf ya?

Kan aku sudah bilang,
ini untuk kebaikan-mu sendiri.
kenapa susah sekali untuk kau mengerti?

Tapi sungguh,
aku sudah cukup penat.
penat mahu menahan hati.
sampai mahu saja aku biarkan dia.
begitu sahaja.

tapi tidak mungkin.
kan?



kau fikir syurga itu murah?
apa syurga Tuhan itu tidak begitu menggiurkan untuk-mu?

kalau aku kata kau manusia bodoh,
kau bengang.
tapi memang kau bodoh.
kalau kau lagi kisah-kan dunia daripada akhirat.
kalau kau lagi kisah-kan manusia daripada Sang Pencipta.

maaf. 
sekali lagi aku kasar.
dengan kau,
Hati.



Wednesday, 2 May 2012

Matahari, Sang Murobbi


Awan : Matahari, izinkan aku bertanyakan sesuatu?

Matahari : Oh, tentu saja. Ada apa Awan?

Awan : Kenapa aku susah sekali untuk melakukan sesuatu?

Matahari : *senyum* Belum cukup ikhlas mungkin.

Awan : *diam* Aku sudah berusaha untuk ikhlas. Tapi masih.. tak berjaya. Aku masih sangat rindu pada Hujan. *nada makin sayu*

Matahari : Kalau Hujan dengar apa yang sedang kamu bicarakan, pasti dia akan bersedih hati, kan Awan?

Awan : *diam lagi* Apa aku ini sangat mengecewakan?

Matahari : Kamu rasa kamu mengecewakan atau tidak?

Awan : Aduh, Matahari. Kenapa kamu terus-terusan membalas soalan dengan soalan? Aku hanya ingin berkongsi rasa. Tapi hanya pada yang sudi mendengar.

Matahari : Itu tandanya aku mahu memberi kamu ruang untuk berfikir sendiri. Mengerti? Kamu sendiri yang sudah katakan pada Hujan, kadangkala ketidakbersamaan itu lebih baik. Bukan? Kerana kita terlalu kerdil untuk menduga perancangan Tuhan. Aku jadi saksi kata-kata-mu kepada Hujan, dan juga kata-kata Hujan kepada-mu.

Awan : *sebak tak mampu kata apa-apa*

Matahari : Kuatkan diri-mu Awan. Kamu tahu Awan, betapa Hujan berusaha untuk tidak bersedih di hadapan-mu. Betapa dia kuatkan diri saat bersama-mu. Siapa yang mahu melepaskan apa yang kita sayang? Tidak ada satu pun yang mahu itu Awan. Bukan kamu sahaja yang menanggung sakitnya sebuah kehilangan. Dia juga merasakan hal yang sama, Awan. Dia kuatkan diri-nya dihadapan-mu semata-mata kerana dia tidak mahu kamu makin lemah dan bersedih. Tidak bolehkah kamu juga melakukan hal yang sama untuk dia. Langit ada sampaikan pesan-ku pada kamu?

Awan : Ada.

Matahari : Baik. Cuba ulanginya kembali. Aku mahu dengar.

Awan : Kuatkan diri-mu.. untuk kuatkan orang lain.. *airmata jatuh*

Matahari : Kamu lebih kuat dari yang kamu sangkakan Awan. Kamu harus ingat itu. Kamu tahu kenapa aku sangat suka ayat itu? Cuba kamu fikir, kalau aku sendiri lemah dalam memberi cahaya kepada semua makhluk, bagaimana mungkin mereka menjadi kuat. Bagaimana mungkin hari siang akan sempurna. Bagaimana mungkin malam menjadi indah dengan Bulan-nya bercahaya. Itu hebat-nya Tuhan kita. Subhanallah!

Awan : Matahari.. kamu ini, tak pernah kalah kamu menyentuh hati. Kamu tahu Matahari, kamu adalah 'dia' yang aku kagumi dalam diam. Ah, aku tersasul bicara. Sudah tidak ada 'dalam diam' lagi. Hmm..

Matahari : Bukan aku yang menyentuh hati-mu, bahkan Allah yang menyentuh-nya terlebih dahulu. Sempat lagi kamu Awan *gelak kecil*

Awan : Terima kasih.

Matahari : Terima kasih untuk apa?

Awan : Untuk tarbiyah ini.

Matahari : Bukankah kamu juga yang bilang, ini bukan tarbiyah dari aku, tapi..

Awan : Tarbiyah dari aku punya Tuhan. *senyum sambil kenyit mata (oh,mata sedang berair)*

Matahari : Allahuakbar Kabira.*senyum bahagia sambil memanjat syukur kepada Dia* "Ya Allah, kuatkanlah aku ini.."





sambungan kisah;

Awan, Dengar Nasihat Hujan (Part 1)
Tarbiyah dari Awan punya Tuhan (Part 2)