Friday, 20 December 2013

tulisan untuk aku yang mahu hilangkan rasa penat hadapi dunia.

segala perit yang kau rasa
segala pedih bekas kau luka
segala sabar yang kau cuba usaha
segala penat yang kau buat buta

-- akan 'terbayar' jika dikembalikan kepada Tuhan.

 hidup ini terlalu sempit untuk kau nampak duka semata

sedangkan mawar yang berduri masih digilai ramai.
durinya bikin jari luka jika diambil dengan tidak berhati-hati dan penuh keghairahan.
namun bila kelopaknya dicium embun pagi --indahnya memukau dan memikat !

maka aku kira begitulah hidup.

dunia, jika diambil terlalu banyak dengan rasa tamak 
-- dunialah yang kau dapat beserta syarat binasa diakhirnya. 
namun masih ada yang mahu. 
menghairankan.

hidup ini sangat indah bila dipandang dengan kaca mata tarbiyyah.
kita jadi lebih kreatif. lebih mampu untuk sabar. dan lebih mematangkan.

cari falsafah hidup.
kau akan rasa hidup kau lebih bermakna dan terisi.

tahlil (baca : analisis) tindakan Tuhan yang membuat kita lebih reti syukur dan lebih reti sabar.
dan yang pasti kau reti ajar diri bahawa memang Tuhan itu lebih dari segalanya.

kerana Dia adalah sumber.

jika boleh diberi sedikit gambaran, Rabb itu berada di tengah-tengah. dan segalanya berpusing-pusing mengelilinginya. everything's related to Him. not even one single thing's missing. 

selamat memaknakan hidup.
selamat memaknakan syahadah.

kerana kita masih dalam perjalanan menuju Tuhan.


Monday, 16 December 2013

#Champak and UK


CHAMPAK dah sampai UK !

aku bila nak terchampak sama ?
Haa.. I want to go there badly.

isbiri ya Ainum.
InsyaAllah, the time will come.

jangan pernah malas untuk berdoa !


oh by the way, sesiapa yang berada di UK boleh dapatkan Champak melalui program
Perhimpunan Musim Sejuk - Sisters di Suffolk
24-27 December 2013

sebarang pertanyaan, boleh PM page kami :)

Saturday, 14 December 2013

You left so soon.

usai solat isyak, tiba-tiba rasa mahu baca Surah Yaasin.
niat di hati mahu sambung tilawah dari Surah An-Naml. tak jadi.

"che su tak pernah baca lagi Yaasin untuk adik Khaulah, kan ?"

lalu halaman Yaasin dibelek.
ada 'bekas' di situ. air mata kering.
kerana Khaulah yang pertama.

kali ini aku tak nak menangis lagi,
untuk Khaulah yang kedua.

tapi che su kau ini cengengnya terlampau.
baru saja selawat dimula sudah mula pipi berderau. hidung panas. mata banjir.

ah, basah lagi Yaasin.
walau cuba ditahan separuh mati.

mungkin, ini gara-gara menahan dengan terlalu lama.
aku belum menangis semenjak kematian Khaulah yang kedua.

bila Yaasin menjadi sebenar-benar Yaasin.
bila Al-Fatihah menjadi sebenar-benar Al-Fatihah.

banjir.

dan aku baru sedar saat menuliskan ini,
hari ini 14 Disember 2013.

sepurnama yang lalu,
Khaulah yang kedua lahir dan pergi.
setelah bermain-main sebentar dengan umminya.

hebat Allah.
baru masuk 6 bulan, tapi masih mampu untuk hidup barang sejam dua.
siap tidur dengan mulut terlopong lagi.
kelakar.

ah, banjir lagi !




You went so soon
so soon
You left so soon
so soon
I have to move on cause I know it's been too long
I've got to stop the tears
keep my faith and be strong
I'll try to take it all
even though it's so hard
I see you in my dreams and when I wake up you were gone.
gone so soon..



Monday, 9 December 2013

It's you, idiot.



Woi ! kau dah kenapa ?”

Kerusi di hadapan dihentak ketepi. Kelima-lima jari bersatu membuku. Bibir diketap kuat. Lelaki di hadapannya membisu. Tidak berkutik walau sedikit. Pasrah kalau dia bakal dibunuh sekalipun pada saat ini. 

“Aku minta maaf.”

“Maaf ? Huh. Kau ingat dengan maaf kau tu everything’s going to change ? kau ingat kaki aku akan okay balik and I can be a soccer player ?”

“I’m really sorry. I’m sorry to death.”

“Now you start pissing me off.” Letak kaca mata dibetulkan.

Lelaki tadi kembali diam. Menahan sakit yang sedang dirasa. Sakit yang mereka rasa. Nafsu amarah zaman gila membawa kepada penyesalan yang tak sudah. Impian kawan baik dikasi hancur. Remuk. Memori yang tragis.

“Let’s separate our own way, now. Just buat macam kau tak kenal aku. Aku tak kenal kau. Like we don’t know each other.”

“Sorry..”

“If you’re really sorry, then give up something important in your life. Just like what you did to mine !”

Bagpack dicapai dan dia keluar daripada kelas.




Loceng berbunyi menandakan waktu kelas tamat. Langkahnya menuju kepada lelaki yang sedang berdiri di hadapan pagar utama sekolah. 

Kehadirannya disedari. Lalu keluhan kasar keluar dari mulut lelaki itu.

“I’ll transfer to another school.”

“Jangan cakap benda yang paling important dalam hidup kau is this school ? Eh, tu benda kecil la. Don't you have something bigger ?” Lelaki itu gelak. Tak percaya.

“You’re hurting whenever I’m close to you. You remember the pain I gave to you whenever you see me. You feel uncomfortable with my sorry and with my presence. My mistake is too big and you’ll never be able to forgive me for that sin. So, I’m quitting.”


Gelak lelaki itu terhenti. Menanti sambungan bicara lelaki di hadapannya.

“The thing I just give up is not this school. It’s you, idiot.”

Lalu dia terus berlalu pergi. 



 ainumsolehah | Republik Besut
   09122013 | 01:26
   [SCHOOL -  SAA Version]

Friday, 6 December 2013

alah, usrah online dah cukup.

Dunia semakin maju.

Peradaban moderan ini sedikit sebanyak semakin melancarkan perjalanan dakwah, insyaAllah. Banyak benda perlu guna teknologi. gadget-gadget makin canggih. dan hampir semua mampu rasa kenikmatan itu. termasuk aku. 

laptop, smartphone, televisyen, radio, dan kemudahan internet.

dan yang paling common untuk kita, para remaja khususnya adalah internet, laptop, dan smartphone. laman sosial pula bertambun. menarik kita untuk gunakan ciptaan itu untuk meluaskan penyebaran dakwah lantaran penggunaannya hanyalah di hujung jari.

kau ingat aku nak buat karangan tentang gadget dan teknologi ? 

 bukan. 

aku cuma mahu betulkan perspektif beberapa pihak yang mungkin fikir hidup ini terlalu mudah. aku sendiri, kadang-kadang.

sekarang kita boleh lihat, usrah boleh dijalankan secara online. tazkirah melalui tweet dan status yang dipost di facebook. dan gambar-gambar yang ditayang di instagram. bagus. usaha itu bagus. Allah pandang sekecil manapun usaha kita dalam dakwah.

cumanya..

yang kurang bagus bila kita fikir, semua hal "online" itu dah mencukupi. contoh si fulanah kata,

"aku dah join usrah online. jadi, rasanya kalau tak pergi usrah dekat luar tu tak ada masalah."

awak, lain sangat tau usrah dekat luar dengan usrah online. :)

 
USRAH
Untuk Semua Rasa Allah Hebat
 

kalau kita tak berpeluang untuk hadir ke usrah dekat luar itu lain cerita. mungkin tempat usrah diadakan jauh dan kita tak mampu untuk hadir. itu tak apa. tapi jangan sampai berfikiran "usrah online" dah cukup memadai.

kalau betul barangan online itu sudah cukup memadai, aku rasa segala majlis ilmu di masjid atau di mana-mana tak perlu ada pun. kan ?

belajar berguru itu nikmat.

"aku tengok youtube. video ustaz-ustaz. tu kira berguru la tu."

ya. tapi mungkin ada yang kita terlepas pandang. mungkin ada sampaian mereka yang kita salah fahamkan. mana tahu, kan ? 

aku lebih suka ambil semua benda itu sebagai application tambahan. bukan "keperluan asas" dalam dunia dakwah dan tarbiyyah. ambil, tapi bukan bergantung sepenuhnya kepadanya.

kerana apa.. takut juga ya, kalau-kalau kita fikir barangan online ini sudah memadai, padahal hakikatnya kita yang malas untuk keluar mencari ilmu sedangkan kita mampu untuk lakukannya. dan kita jadi sering beralasan.

tepuk dada tanya iman.

tak pernah ada salahnya untuk kita ambil masa untuk muhasabah.

muhasabah tak pernah payah. even kita banyak dosa sekalipun, hati kotor, itu lebih mampu untuk kita bermuhasabah. muhasabah hanya akan jadi susah apabila kita sudah rasa kita ini cukup baik dan tak terasa sedikit pun dengan peringatan yang diberi. hati-hati dengan tipudaya syaitan.

jadikan facebook, twitter, instagram, blog, dan usrah online itu sebagai tambahan amal kita. jangan sampai lupa apa yang lebuh aula. Ustaz Zaharuddin pun pernah cakap bahawa beliau tak begitu galakkan anak muda sekarang bertanya soal hukum melalui laman sosial semata. beliau mahu mereka keluar sendiri cari ilmu dan berguru. 

nah, nampak tak peri pentingnya keluar dari kepompong laman sosial yang menyempitkan fikiran kita tentang tolabul ilmi ini ? (itu depends fikiran sendirilah yang menyebabkan jadi sempit atau luas) manfaatkan laman sosial, tapi bukan sampai nak deny segala majlis ilmu di luar sana. kita berfikiran seperti itu, dan lebih parah lagi kita sebarkan pandangan kita yang kita rasa betul itu kepada orang lain.

macam junior aku tanya kepada aku pada minggu lalu yang membawa aku kepada menulis entry ini, katanya ada si fulanah ini cakap usrah online dah cukup. itu dia kata pakai rasa. siap sebarkan kefahaman itu kepada orang lain. itu yang bahaya. bila datang bab agama tak boleh sedap-sedap pakai rasa, mbak.

"Allah tidak akan memenangkan kecuali hamba-hambaNya yang memiliki kemauan yang kuat, tekad yang jujur yang mampu memenangkan pertarungan nafsu dirinya karena taat kepada Allah. Barulah Allah akan memberi pertolongan kepada mereka." [hal. 82]

Secebis kata-kata yang diambil dari buku yang sedang dibaca, Memperbarui Komitmen Dakwah atau judul asalnya, Madza Ya'ni Intimaa'i lid-Dakwah karya Muhammad Abduh.

masa lapang sangat memedihkan tahu ? 
untuk aku. sebab tu kena banyak baca buku. dan memang sekarang masanya untuk aku tajdid kembali komitmen aku terhadap dakwah.


USRAH
Sumber kekuatan gerakan Islam


kita harus tahu diri.
banyak masanya kita lalai dengan segala application ini.

walaupun kita dabik dada kata ini semua dakwah. tapi dakwah, macam sudah terlampau gilakan dunia. sebabnya, kalau tak ada internet macam mati kutu. resah gelisah tak menentu. kan ? atau aku seorang yang rasa begitu ?

kita selalu nak menangkan niat kita sendiri. sebab tu payah nak terima nasihat. rasa niat betul gaya 'confirm apa yang aku buat ni memang Allah redha punya'. astaghfirullahal'adzhim.

pernah suatu hari, Salman Al-Farisi menangis. sahabat bertanya kenapa. kata Salman, "aku sudah berjanji dengan Rasulullah untuk ambil sedikit sahaja isi dunia ini, tapi rasanya aku sudah terambil banyak."

Allahuakbar.

Itu sahabat.
kita ?

Berlagak jiwa malaikat.


Islah nafsaka, wad'u ghairak.
Perbaiki dirimu dan serulah kepada orang lain.


Mari, 
tajdid diri.
sama-sama.
Jom ?

*hulur tangan*