Tuesday, July 23, 2013

Ini tulisan untuk diri ; dai'e yang punya jiwa serapuh kertas.

pahat dalam - dalam, ini kerja mulia.
biar hati reti tak lagi bertanya.

Ramai yang faham Islam, tapi tak ramai yang faham dan hadam apa itu Islam. tak ramai. bukan semua Allah pilih untuk faham Islam dengan sebetulnya. Jadi, bersyukur dan hargai nikmat yang terlalu besar ini. kalau kau tak mahu, kalau kau mahu lari, silakan saja. kerana Allah tidak hajat untuk manusia - manusia cengeng seperti kau. 


"Dan jika mereka mahu berangkat, tentulah mereka menyiapkan persiapan untuk keberangkatan itu, tetapi Allah tidak menyukai keberangkatan mereka, maka Allah melemahkan keinginan mereka, dan dikatakan kepada mereka, "Tinggallah kamu bersama orang-orang yang tinggal itu." (At-Taubah: 46)

"Berangkatlah kamu, baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik jika kamu mengetahui." (At-Taubah: 41)

"Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak berapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan nama Allah, "Jikalau kami sanggup, tentulah kami berangkat bersama-samamu." Mereka membinasakan diri mereka sendiri, dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta." (At-Taubah: 42)

"Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu:"Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)? Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!" (setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Isra'il beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.." (Al-Saff: 14)


Islam tak perlukan kau. kau yang perlukan Islam. tarbiyah tak butuhkan kau. kau yang butuhkan tarbiyah. 

untuk kau terus hidup. untuk kau terus bernafas.





kalau bukan kerana dakwah dan perjuangan, aku pun mungkin takkan dapat bertahan.


SAA,
14 Ramadhan 1434

Friday, July 05, 2013

Mesir dan Morsi ; itu jodoh.


Tersentap dengan berita yang berlaku di Mesir. Entah kenapa tergerak hati nak online Twitter semalam. jarang online pagi-pagi lepas subuh. Dan apa yang aku lihat, timeline sudah dipenuhi dengan cerita Dr. Mursi yang telah digulingkan. 

pada saat-saat seperti ini, aku kepingin sekali abang aku ada di hadapan mata untuk aku tanya itu dan ini. aku, yang suka sekali minta diceritakan hal-hal yang mungkin payah untuk aku cari sendiri. cerita peristiwa berdarah Mamali, cerita pelantikan Dr. Morsi pada awal-awal dulu. kata dia, pentas politik itu tersangat penting dalam membangunkan daulah Islamiyyah. secara keseluruhan. oh, hal ini buat aku jadi lucu dengan mereka-mereka yang kata, "aku tak minat poitik", "tak payah nak berpolitik sangat", "aku malas nak peduli politik, gaduh sana sini je pandai". ah, kau fikir mahu bangkitkan kembali Islam itu satu kerja yang muudah ? safe and smooth ? begitu kau kira ? 

kalau tak tahu, tanya. jangan buat-buat pandai. jangan nak berlagak rasional. 

dakwah kencang di laman sosial pun nampak macam songsang bila isu ummah kita tolak ketepi. tak cukup qualify untuk jadi da'ie. tak cukup. 

dan sign in Facebook. lihat lagi post-post abang aku yang cerita kisah Mursi. Allah! nak balik sekarang juga rasanya. nak dengar cerita. nak rasa beratnya bahu bila fikirkan soal ummah. aku suka rasa tu walaupun sakit. 



dan post-post akhawat di Whatsapp lebih menyentapkan, menyedarkan. aduh, seperti ditembak-tembak berjuta kali rasanya jiwa ini. dan juga ini..


"sekali lagi ikhwan di Mesir buat kita malu. perjuangan mereka diuji sementara kita tetap fakir ilmu."
- Ustad Felix Siaww

"Kalahnya kebenaran tak berarti ia batal, hanya saja ia lemah. Siapa menjauh tatkala kebenaran lemah, dia tak diperlukan di saat kebenaran kuat."
- Salim A. Fillah

"Kamu sanggup bertahan Mobarak selama tiga puluh tahun, dengan Mursi setahun pun kamu tidak tahan ? Apa kena dengan kamu ?" 
- Sheikh Yusuf al-Qaradhawi

"Pengkhianat di zaman Saidina Uthman punya waris di zaman Dr. Morsi.. Subhanallah .. Maha Suci Allah yang mengulangkan skrip kehidupan agar manusia mencekup ibrah dan pedoman."
- Akhi kabir

Kawan, sungguh aku katakan, aku malu jika aku terus-terusan jadi seorang ignorant biarpun aku disuapkan dengan masalah ummah di depan mata. malu aku. tak bagus cintanya datang bermusim. tapi jangan kerana itu, kita jadi ignorat terus-menerus hanya kerana tidak mahu dilihat sebagai orang yang caknanya bermusim. bodoh tindakan itu. sungguh aku kata. 

cukuplah tutup mata. cukuplah pekakkan telinga. 

Allah.. ampunkan keterlupaan dan ketidakcaknaan aku kepada ummah. 

Doakan untuk Mesir, sahabat.