Friday, December 20, 2013

tulisan untuk aku yang mahu hilangkan rasa penat hadapi dunia.

segala perit yang kau rasa
segala pedih bekas kau luka
segala sabar yang kau cuba usaha
segala penat yang kau buat buta

-- akan 'terbayar' jika dikembalikan kepada Tuhan.

 hidup ini terlalu sempit untuk kau nampak duka semata

sedangkan mawar yang berduri masih digilai ramai.
durinya bikin jari luka jika diambil dengan tidak berhati-hati dan penuh keghairahan.
namun bila kelopaknya dicium embun pagi --indahnya memukau dan memikat !

maka aku kira begitulah hidup.

dunia, jika diambil terlalu banyak dengan rasa tamak 
-- dunialah yang kau dapat beserta syarat binasa diakhirnya. 
namun masih ada yang mahu. 
menghairankan.

hidup ini sangat indah bila dipandang dengan kaca mata tarbiyyah.
kita jadi lebih kreatif. lebih mampu untuk sabar. dan lebih mematangkan.

cari falsafah hidup.
kau akan rasa hidup kau lebih bermakna dan terisi.

tahlil (baca : analisis) tindakan Tuhan yang membuat kita lebih reti syukur dan lebih reti sabar.
dan yang pasti kau reti ajar diri bahawa memang Tuhan itu lebih dari segalanya.

kerana Dia adalah sumber.

jika boleh diberi sedikit gambaran, Rabb itu berada di tengah-tengah. dan segalanya berpusing-pusing mengelilinginya. everything's related to Him. not even one single thing's missing. 

selamat memaknakan hidup.
selamat memaknakan syahadah.

kerana kita masih dalam perjalanan menuju Tuhan.


Saturday, December 14, 2013

You left so soon.

usai solat isyak, tiba-tiba rasa mahu baca Surah Yaasin.
niat di hati mahu sambung tilawah dari Surah An-Naml. tak jadi.

"che su tak pernah baca lagi Yaasin untuk adik Khaulah, kan ?"

lalu halaman Yaasin dibelek.
ada 'bekas' di situ. air mata kering.
kerana Khaulah yang pertama.

kali ini aku tak nak menangis lagi,
untuk Khaulah yang kedua.

tapi che su kau ini cengengnya terlampau.
baru saja selawat dimula sudah mula pipi berderau. hidung panas. mata banjir.

ah, basah lagi Yaasin.
walau cuba ditahan separuh mati.

mungkin, ini gara-gara menahan dengan terlalu lama.
aku belum menangis semenjak kematian Khaulah yang kedua.

bila Yaasin menjadi sebenar-benar Yaasin.
bila Al-Fatihah menjadi sebenar-benar Al-Fatihah.

banjir.

dan aku baru sedar saat menuliskan ini,
hari ini 14 Disember 2013.

sepurnama yang lalu,
Khaulah yang kedua lahir dan pergi.
setelah bermain-main sebentar dengan umminya.

hebat Allah.
baru masuk 6 bulan, tapi masih mampu untuk hidup barang sejam dua.
siap tidur dengan mulut terlopong lagi.
kelakar.

ah, banjir lagi !




You went so soon
so soon
You left so soon
so soon
I have to move on cause I know it's been too long
I've got to stop the tears
keep my faith and be strong
I'll try to take it all
even though it's so hard
I see you in my dreams and when I wake up you were gone.
gone so soon..



Monday, December 09, 2013

It's you, idiot.



Woi ! kau dah kenapa ?”

Kerusi di hadapan dihentak ketepi. Kelima-lima jari bersatu membuku. Bibir diketap kuat. Lelaki di hadapannya membisu. Tidak berkutik walau sedikit. Pasrah kalau dia bakal dibunuh sekalipun pada saat ini. 

“Aku minta maaf.”

“Maaf ? Huh. Kau ingat dengan maaf kau tu everything’s going to change ? kau ingat kaki aku akan okay balik and I can be a soccer player ?”

“I’m really sorry. I’m sorry to death.”

“Now you start pissing me off.” Letak kaca mata dibetulkan.

Lelaki tadi kembali diam. Menahan sakit yang sedang dirasa. Sakit yang mereka rasa. Nafsu amarah zaman gila membawa kepada penyesalan yang tak sudah. Impian kawan baik dikasi hancur. Remuk. Memori yang tragis.

“Let’s separate our own way, now. Just buat macam kau tak kenal aku. Aku tak kenal kau. Like we don’t know each other.”

“Sorry..”

“If you’re really sorry, then give up something important in your life. Just like what you did to mine !”

Bagpack dicapai dan dia keluar daripada kelas.




Loceng berbunyi menandakan waktu kelas tamat. Langkahnya menuju kepada lelaki yang sedang berdiri di hadapan pagar utama sekolah. 

Kehadirannya disedari. Lalu keluhan kasar keluar dari mulut lelaki itu.

“I’ll transfer to another school.”

“Jangan cakap benda yang paling important dalam hidup kau is this school ? Eh, tu benda kecil la. Don't you have something bigger ?” Lelaki itu gelak. Tak percaya.

“You’re hurting whenever I’m close to you. You remember the pain I gave to you whenever you see me. You feel uncomfortable with my sorry and with my presence. My mistake is too big and you’ll never be able to forgive me for that sin. So, I’m quitting.”


Gelak lelaki itu terhenti. Menanti sambungan bicara lelaki di hadapannya.

“The thing I just give up is not this school. It’s you, idiot.”

Lalu dia terus berlalu pergi. 



 ainumsolehah | Republik Besut
   09122013 | 01:26
   [SCHOOL -  SAA Version]

Monday, November 25, 2013

Alkisah Aloyah, Marjina, dan Sigaraga.

aku ada satu cerita. tentang Aloyah, Marjina, dan Sigaraga.


Marjina ialah sahabat aku. sahabat baik dan rapat. kami kenal di bangku sekolah rendah lagi. Sigaraga, juga teman kami semenjak sekolah rendah. tapi tak adalah rapat sangat sebab dia lelaki dan dia agak pasif. pada waktu itulah. tak adalah pasif sangat. 

nak dijadikan cerita, si Sigaraga ni suka Marjina. ramai juga peminat Marjina kau tahu. aku pun. ahah. well.. jahiliyyah girl memang ramai peminat T__T 
dan si Marjina ni biasa-biasa sahaja. tak adalah layan sangat si Sigaraga tu. nampak macam psiko saja kadang-kadang. jahat mulut aku. mengata kawan sendiri.

dan bila kami di sekolah menengah, suka itu makin bercambah mungkin. aku pula sekelas dengan Sigaraga, jadinya kami rapat. memandangkan aku ini kawan baik dengan Marjina, Sigaraga minta aku tolong 'kenen-kenen' si Marjina. apa yang aku fikir waktu itu, "nak lagi ke ? setia sangat kau." 

rapat memang rapat sungguh aku dengan Sigaraga. hingga kadang-kadang Marjina geram kerana aku seperti lebihkan Sigaraga. oh, waktu itu Marjina sudah mula suka Sigaraga. mungkin kerana aku yang asyik promote. tapi Marjina ni spesies kepala batu. ego melangit. si Sigaraga pula malu tahap kucing nak mengorat kucing jiran. dengan aku sekali pening. mereka tahu mereka sama-sama suka walau tak pernah ucap sebarang kata.

dan begitu waktu berlalu, aku dapat hidu sesuatu.
-- kehadiran Aloyah.

yang juga sahabat aku, kenalan kepada sahabat aku. jadi aku pun bersahabat juga dengannya. ah.

cuma yang aneh --
apa kaitannya si Aloyah ini dengan Sigaraga ? aku lihat mereka jalan sama-sama. eh, bila kenal ?

aku tanya sahabat aku si Ghasidah, kawan Aloyah, bagaimana mereka kenal namun yang dijawab cuma ;
-- mesej. 


eh. kenapa suka-suka begitu ? kan Ghasidah tahu Sigaraga dengan Marjina walaupun tak official. satu sekolah tahu itu. tapi kenapa ? aku kebengongan.

serius, waktu ini aku geram. kenapa Aloyah mesti begitu ? kenapa Sigaraga mesti begini ?


dipendekkan cerita, akhirnya si Marjina tahu fasal mereka walaupun aku cuba sembunyikan. eh, aku cuma tak mahu kau terluka dan aku.. aku masih mahu percaya bahawa Sigaraga itu bukan lelaki buaya !

perang besar yang pertama berlaku.

tambah tragis kisah ini bila si Aloyah pindah ke sekolah kami. mungkin kerana mahu dekat dengan Sigaraga. tapi dia tak menduga pengakhirannya begini.

Marjina - orang yang berpengaruh di sekolah. ramai geng. maka mulalah ;

perang besar yang kedua.

Aloyah disakiti. Aloyah dicaci maki. Aloyah dimenyampahi. di mata orang Aloyah itu tak lebih dari seorang perampas. dasar perempuan mengada-ngada. begitulah mata mereka. 

yang untung, aku sudah mula berhijrah saat itu. jadi, segala geram aku pada Aloyah hilang tersisa. aku jadi lebih lapang. siapa tak sakit hati ditipu begitu kan ? aku rasa macam orang bodoh angkara Sigaraga.

Marjina apatah lagi. dia rasa dimainkan.

cumanya, tak sepatutnya dia perlakukan Aloyah seteruk itu. aku cuba juga dekati Aloyah, minta dia cerita sakit yang dia rasa. dan memang bagi aku apa yang dia rasa itu menyakitkan. semua memandang dia serong. hingga Ghasidah, sahabat baik aku sendiri orang mula tak gemar kerana dia itu saudaranya Aloyah.

kalau dulu aku sakit hati. nak kata ini salah Marjina ? dia mangsa juga. nak kata salah Aloyah ? dia juga mungkin mangsa. yang aku geram itu Sigaraga ! kenapa dia tipu kami berdua ? kenapa ada perempuan lain di belakang sedangkan di depan mengucap cinta dan suka. ah, cinta monyet. tapi akhirnya aku pilih untuk salahkan aku sendiri. biarlah. mungkin ini cuma ujian buat kami.

kerana itu aku terperangkap. 

Marjina kawan baik aku.
Aloyah juga kawan aku walaupun baru kenal.
Dua-dua harus aku tolong.
Sigaraga ? ah lantak kaulah !

akhirnya, Aloyah tinggalkan sekolah kami. tak tahan dengan segala sakit yang dia hadapi. aku cuma mampu pandang. tak tahu mahu buat apa. 


dua tahun berlalu..


Marjina telah disentuh tarbiyah. dan dia tahu apa yang dia lakukan pada Aloyah itu salah. dia mahu minta maaf pada Aloyah. dan pada Sigaraga juga. dan dia minta maaf..

namun Aloyah tak mampu untuk terima. ngeri aku baca kata-kata sakit hati yang lahir dari jiwa Aloyah. ngeri. bahana mulut. bikin orang sakit hati. begitu juga untuk Aloyah. sakit hingga tak mampu untuk memaafkan Marjina. sebab tu watch your words !

Marjina makin dikambus penyesalan dan rasa bersalah. dia kehilangan kata dalam menghadapi kekerasan hati Aloyah yang berpunca gara-gara dia. egonya mencair tapi masih tak mampu membasahkan hati Aloyah. 

aku bukan mahu menyokong Aloyah dan Sigaraga. maksud aku, dalam perhubungan mereka. cuma, setakat ini cukup aku tahu bahawa mereka bukan suka-suka semata. sudah bertahun-tahun hubungan itu. semoga sampai ke alam pernikahan.

dan hari ini aku terima mesej dari Aloyah. dia cerita tentang sakit yang dia rasa sekarang. dia sudah mula berubah katanya. aku rasa mahu menangis baca. hm. dan si Sigaraga juga kata mahu makin dekat dengan Pencipta. mereka saling mengajak diri masing-masing ke arah Tuhan.

.......

ni yang aku nak cerita sebenarnya.

kau tak boleh expect untuk aku kata, "korang kena break-up. couple tu haram." kan ?

orang baru nak jumpa Tuhan. 
dan aku dah bagi apa yang diorang tak suka untuk dengar.

changes need process.

aku masih boleh sabar kalau untuk orang yang belum faham, yang masih mencari faham tentang hal ini. yang aku tak boleh sabar apabila orang yang dah faham tapi buat-buat tak faham, yang dabik dada kata dia itu da'ie, yang sibuk mengutuk remaja rosak, sibuk duk berana-enti dengan ajnabi yang diberi nama tunang.  

itu yang aku tak sabar.
sebab itu boleh jadi aku sendiri.

aku cuma pesan kepada Aloyah begini,

"kalau kau cari Tuhan, cinta Dia kau dapat. cinta dia pun kau dapat."

ah, tolonglah. ayat ini tidak senipis yang kau kira. biarlah dia tak faham lagi maksud yang aku cuba sampaikan. tapi semoga nanti dia mampu untuk hadam.

kan Hlovate ada sebut dalam Versus, baik ni macam domino effect. 

kalau dia cari Tuhan, automatik dia akan jumpa cabang-cabang cinta Tuhan. dia akan jumpa nanti pengertian ikhtilat. dia akan tahu nanti tidak ada hubungan antara lelaki dan perempuan melainkan nikah. dia akan tahu nanti.

dan nanti bila dia jumpa, dia mungkin akan jadi lebih baik dari aku yang kononnya "lebih lama berhijrah" dari dia. dia mungkin lebih baik dari kau yang sekarang sedang hitamkan hatimu dengan berburuk sangka ! 

kerana aku terlalu yakin, rencana Tuhan itu hebatnya luar biasa. kita manusia terlalu kerdil untuk menduga tindakan Tuhan.

dan sekarang dia sedang melalui fasa yang paling aku rindu. fasa pertama dalam tarbiyah. menangis teresak-esak di depan Tuhan, yang mungkin sekarang air mata kita telah kering untuk itu akibat banyaknya noda dosa. naudzubillahi min dzalik.



jangan sibuk mengata.
kau tak rasa.

hulur tangan dan tolong pimpin.
payah sangatkah ?




Ya Allah,
Engkau bikin aku malu hari ini.

Kuatkan dia.
Kuatkan dia yang dia cinta.

Permudahkan jalan mereka dalam menemui-Mu.

ameen.


Tuesday, November 05, 2013

Kita Hidup Untuk Agenda Allah!

"Apabila saya mengaku sebagai Muslim, saya mesti bekerja untuk Islam." 

- Fathi Yakan


"Berpersatuan adalah cabang amal jama'ie."

- Yusuf al-Qaradhawi


"One is a very small number to achieve greatness."

- John Kelvin Maxwell



dan Rasulullah SAW juga ada bersabda bahawa, 

"Tangan Allah itu adalah bersama orang yang berjemaah."


Allah SWT turut menyebut di dalam AlQuran (lupa ayat dan surah mana.. astaghfirullah), yang menceritakan tentang tolong menolong dalam kebajikan. jangan menolong dalam hal kemaksiatan.



konklusi ;

apabila kamu menolak persatuan, bererti kamu menolak kebajikan. apabila kamu menolak kebajikan, kau bersama kemaksiatan. itu kata Ustazah Norillah.


jadi, beri aku seribu sebab lagi.. kenapa aku harus tinggalkan jemaah ini.


ya, dakwah itu luas.
tapi jangan sampai lupa kepentingan hidup bekerja dalam jemaah. 

hidup nafsi-nafsi, tak sama.
jangan berlagak mampu hidup sendiri.
kerana kau tak akan mampu.

bukan semua orang terpilih untuk turut serta dalam jemaah.
itu yang harus kau ingat. 

pasak dalam diri. 
paku tepat ke dalam hati.


-- kerana kita hidup untuk agenda Allah.




macam bodoh. kalau dah tahu hakikat kebenaran akan sesuatu hal, tapi masih bertindak mahu meninggalkan.

tolong Tuhan, thabatkan kaki kami di jalan dakwah ini.
sungguh, betapa nikmat hidup sebagai pekerja-Mu walaupun kami seringkali lupa.



"mahu rasa penjara."

"kenapa ?"

"kerana tarbiyahnya luar biasa."



Allah. 
aku masih lagi dipenjara.
penjara jahiliyyah yang tak pernah sudah.

Tuesday, October 29, 2013

الكتابة للمعلمتين.

Tulisan ini khas untuk dua murobbiah yang tercinta ;

Ustazah Nurizan dan Ustazah Norahida.

(aku sayang semua pensyarah aku, cuma kali ini mahu tulis tentang mereka terlebih dahulu.)


Teruntuk Ustazah Norahida,

terima kasih ustazah atas segala ilmu yang ustazah curahkan. sungguh, ustazah adalah sosok murobbiah yang sangat aku kagumkan. setiap bicara ustazah adalah ilmu untuk aku. selalu waktu kuliah aku rasa seperti menghadiri usrah. ustazah sebut perihal dakwah, sangat berbeza dengan orang lain. ya, aku kagum kerana ustazah fikrahnya, insyaAllah sama seperti aku. cuma ustazah hebatnya lebih jauh. ustazah "stok-orang-usrah", kerana itu kalam ustazah lebih berbeza, lebih menyentuh, lebih membasahkan ruhi, dan lebih menyengat. lagi kagum bila aku tahu ustazah adalah pencetus kepada lahirnya "undang-undang KIPSAS; wajib berjilbab untuk muslimah", walaupun pada awalnya ustazah kata, "masa mula-mula saya masuk KIPSAS, saya dah berazam, saya dah taknak pakai jilbab labuh lagi." tapi Allah lagi tahu, kan ? ustazah pelajar KIPSAS batch yang pertama. segala kerja dakwah ustazah sangat aku idamkan. betapa pernah aku berdoa agar aku dapat kembali ke dunia ustazah dahulu untuk turut rasa hebatnya tarbiyyah bumi KIPSAS.


dan teruntuk Ustazah Nurizan,

wahai jiwa kesayangan hamba, terima kasih yang teramat atas segala kasih yang ustazah limpahkan. kasih sayang aku terhadap ustazah sungguh keterlaluan luar biasanya. ustazah didik kami sebagai murobbiah, sebagai ibu, dan sebagai sahabat. ustazah juga produk KIPSAS yang pertama. berteman dengan ustazah Norahida sejak dulu. sama-sama jadi orang hebat sekarang. AllahuRabbi. kata ustazah Norahida, "Ustazah Nurizan tu tauke Nahu dulu." hehe. ustazah, yang pertamanya aku ingin katakan, aku terlalu bersyukur kerana tugas-tugas yang ustazah beri, telah membawa aku kepada apa yang aku rasa sekarang ; saat aku tuliskan ini. ustazah telah buat aku baca buku hatta nihayatahu. Buku "Uthman bin Affan" karya Dr. Haekal. buku yang aku rasa pemula segalanya. terima kasih ustazah. 


Terima kasih kerana buka mata aku.
Terima kasih kerana buat aku rasa apa yang sebelum ini tidak aku rasa.

Aku rasa tulusnya Abu Bakr.
Aku rasa tegasnya Umar.
Aku rasa santun dan derita Uthman.
Aku rasa kecekapan dan juga dilema Ali.
Aku rasa kebijaksanaan Muawiyah.
Aku rasa ajaibnya pemerintahan Umar Abdul Aziz.
Aku rasa gahnya Harun al-Rashid.

dan aku sedang tidak sabar untuk tahu kisah seterusnya..

Kisah ni'mal amir ; Muhammad al-Fatih 

sungguh ustazah, aku sedang rasa nikmatnya kelazatan mempelajari Tamadun Islam.


jazakumullahukhairankathira untuk ustazah berdua, yang menjadi kunci kepada pintu tamadun terindah.

Thursday, October 17, 2013

Awak nak tahu tak ?

"Saya berangan nak sambung dekat UK."

"UK ?? Apa yang ada kat sana ?" balas si kakak itu dengan kening terangkat sebelah dengan dahi yang sedikit berkerut. terkejut mungkin dengan angan gila aku. 

"Ada banyak yang saya perlu." aku pintas dengan senyum. nak cerita pada dia ? she won't understand, I bet. I can tell by looking at her respond.

Well. maybe it's kinda weird for a student like me, I mean student with Islamic courses, choose to further her study in UK instead of Jordan, Egypt, or somewhere like that. 

Hello. I'm a civilized student. ehem. I am a student of ARABIC LANGUAGE AND ISLAMIC CIVILIZATION. I repeat, ISLAMIC CIVILIZATION. Ana aqul marratan ukhra, AL-HADHARAH AL-ISLAMIYYAH. So now, can you tell what's the relation of Islamic Civilization and United Kingdom ? No ?

Y'know what.. aku rasa sangat rugilah kalau tak belajar fasal tarikh Islam, hadharah Islamiyyah.. macam memalukan kalau kita orang Islam, tapi buta sejarah Islam. kan ? tak rasa malu ke ? sebab tu orang kafir berani buat main dengan kita. dah tu sejarah sendiri pun tak nak ambil tahu.

"eleh. cakap banyak. mentang-mentang budak tamadun. senangla kau nak cakap."

aku budak tamadun. tapi aku berminat je nak tahu fasal Syariah and Law. aku berminat je dengan subjek-subjek Dakwah dan Pengurusan. aku lagilah minat main bab-bab IT nih. cita-cita aku nak jadi Hades. eh ?

bila dah namanya ilmu ni.. mana boleh pilih-pilih. kau budak sains, you go with your gang. kau budak sastera, blah kau dari group aku. aku aku. kau kau. aku belajar subjek aku. kau duk diam-diam dengan kos kau. ish, be matured. memanglah kita takkan kuasai semua, tapi tunjuklah minat tu jangan sampai allergic pulak dengan word sejarah, tamadun segala. 

and why I do really want to go to UK badly.. it's because there's our golden treasures hidden (hidden-lah-sangat) in one of the library. 

"Sebelum Islam sampai ke India, mereka semuanya tak bertamadun lagi. tentera Mongol datang serang Kota Baghdad dan bakar buku-buku. ada yang mereka campak ke dalam laut yang sekarang kita namakan sebagai Laut Hitam. hitam sebab dakwat dari buku tu. sebab apa saya kata mereka tak bertamadun ? sebab orang yang bertamadun takkan perlakukan ilmu macam tu. takkan bakar buku. ada buku yang sempat diselamatkan. tapi sayangnya kitab Sirah Ibnu Ishak tak dapat diselamatkan. itu adalah kitab yang paling detail cerita tentang Rasulullah s.a.w.. tak berjaya diselamatkan. buku-buku lain dirampas dan sekarang ada dekat library di Britain." - Ustazah Norahida

meremang dengar cerita murobbiah. hidung hangat. Allah.. tak tahu nak gambarkan perasaan macam mana. Rasa rugi rugi rugi rugi yang sangat.

"Kalau nak dapat buku-buku tu balik, kita kena bayar dengan harga yang berjuta-juta. sebab buku-buku tu dah jadi hak milik mereka." - Ustazah Nurizan

Mereka rampas sebab they knew yang buku-buku tu lah yang akan jadi punca kebangkitan umat Islam. tapi kita, tak cakna pun dengan buku yang ada depan mata. *amekaw* book has a magic power. only those who read can cast the spell properly. quoted by Ainum Solehah. -.- *bytheway, sila read between the lines*

"Ustazah, saya nak belajar kat UK."

"Ha sebab tu kena belajar bersungguh-sungguh."

see ? nampak tak beza jawapan antara orang yang faham dan orang yang tak faham ? dan masa tu jugak aku paksa Ustazah Nurizan aminkan doa aku. haha. doa murabbiah makbul, insyaAllah.

aku memang suka kalau kena doa dek murobbi.

"semoga mendapat kecemerlangan di dunia dan di akhirat." Ustaz Hanif reply time aku wish Happy Lecturer's Day.

Time Liqa Mahabbah jabatan, nak ambil satay. jalan sekali dengan Ustazah Norahida.

"Ustazah, ada satu lagi satay tu ha."  tapi macam berminyak sikit sebab yang last paling bawah. tak nak ah. 

"Ambil tu Ainum. yang last tu berkat. dapat suami soleh."

" Serius ustazah ? okay, saya makan."  terus aku sambar satay tu tanpa syak dan wasangka. 

"ya, saya doakan ni." ustazah senyum. dan aku ameenkan tanpa putus.

dari cerita tamadun kepada cerita satay. erk.



dan aku ada cerita dekat Madam Shu (ehem).

"Madam, I think I know why I crazy for Shakespeare's."

Dan madam mulalah start buka cerita Jade. hadoiyya. aku pun ceritalah link antara Shakespeare - UK - Tamadun Islam - and why I wanna go there.

tahu apa madam cakap ?

"tak ada kaitan pun." -.-

and I was like... eiii madam ni...!! orang explain kemain boleh dia reply macam gitu.

(madam, if you're reading this, I just forgot that madam kan education punya style. bukan literature. sebab tu madam cakap tak ada kaitan. haha. *flip-niqab*) >.< 

Being one of the student of BATI tak pernah buat aku rasa menyesal. even subjeknya boleh drive me crazy. sebab BATI adalah satu-satunya (setakat aku hidup) pilihan yang betul-betul aku serahkan kepada Allah. I just let Him to choose for me. and He did. give me the best I could ever ask for. Alhamdulillah.

so guys, konklusi cerita hari ini, doakan aku berjaya sampai UK. kalau tak untuk further study, pergi ziarah library tu pun dah kira syukur dah. :')

Bye. Salam'alayk.

Monday, September 23, 2013

Ni cerita minggu kesepuluh.

Assalamu'alaikum. 

Hai semua. sekali-sekala berlagak ada orang nak baca blog ni rasanya macam tak salah -.-'


aku nak cerita. kisah minggu kesepuluh. 

minggu ni sepatutnya kena submit tiga assignment. subjek Balaghah, subjek Masadir al-Lughah wal-Adab, dan subjek Pembangunan Islam di Malaysia.

yang untungnya, banyak jugak kelas batal untuk minggu tu. pensyarah sibuk yang amat sebab konvokesyen lagi empat lima hari. 

tengah-tengah serabut fikir dan buat assigment tu, budak Ziqah pulak suruh buatkan tiga poster untuk program Hamlah Arabiyyah. nak kena tunjuk ustazah hari Khamis. boleh pulak kau petik nama aku jadi AJK Publisiti Promosi segala tuh -.-' woi ziqah woi. and I was like.. am dying tonight. haha teruk sangat. tapi lebih kurang macam tu lah.

dan mulalah terfikir, banyak kerja ni. tapi esoknya (Rabu) ada seminar. ada program besar. program ni ha. *tengok bawah* kalau tak pergi rasa macam rugi. Ustaz Aizam Mas'ud kot.




dan akhirnya, aku pergi jugak walaupun rasa berat kaki pagi tu. pasak dalam diri. yakin Allah ada. nak cari ilmu jugak ni. boleh punya adjust masa Ainum weh. ha macam tu lah lebih kurang ayat pujuk diri sendiri. dan memang teramat sangat rugi kalau aku tak pergi. best gila weh ! ngeri jugak mainan syiah ni. haih.

ok. cerita dia tak habis lagi untuk hari tu. malamnya pula, ada program "We Care For Egypt" anjuran AMAN's Club dan berkerjesama dengan PERKIM, Rakan Muda, serta MPP. kena pergi Dewan Utama awal sebab ajk. haih lagi nak fikir 40 kali. kerja langsung tak tersentuh. tapi pergi jugak. Allah yang bagi masa untuk aku. takkan nak buat kerja untuk Dia pun aku nak berkira. *lempang diri 100kali* duk pujuk diri. ingatkan diri dengan ayat Allah dalam Surah Muhammad ayat 7;

"wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu membantu agama Allah, nescaya Allah akan membantu kamu dan meneguhkan kedudukan kamu." 

kenapa payah sangat nak put full trust in Allah T___T





banner Seminar pun tak sempat kasi turun lagi dah ada program lain. wuwuwu.. hebat KIPSAS.


balik program dalam jam 12 malam jugaklah. prepare mental nak buat poster tapi dapat mesej daripada abang Afiq. 

"Ainum, saya dah terbuat poster Bahasa Melayu. hahaha.." 

"kiranya tak payah buat la ni ?"

"tak payah."

ikutkan tugas, aku kena buat poster dalam Bahasa Melayu, dia dalam Bahasa Arab. aku minta draft design je tapi dia pergi buat terus. siap gelak pulak tu. -.-'

rasa macam nak sujud syukur masa tu jugak. haha. bukan apa, kalau aku ni expert main mende potosok tu takpelah jugak. ni duk ngadap mende alah tu berjam-jam untuk satu poster. Allah dah tolong untuk tu. alhamdulillah. 

dan esoknya, dapat pulak bushra, 

"ustazah cakap assignment hantar minggu keduabelas." 

Allahu.. lepas satu-satu Dia bagi masa untuk aku balik. assignment balaghah ni yang seram sikit. kena tahlil balaghi fi Surah al Baqarah. tu pun alhamdulillah dapat tajuk uslubul amri. senanglah jugak kerjanya. tapi memang tak mampu la nak siapkan dalam minggu tu.

dan hari Sabtu pulak ada program "Sehari Bersama Penulis : Fatimah Syarha Mohd Noordin". yang ni pun fikir banyak kali jugak nak pergi ke tak walaupun dah bayar RM10. tapi pergi jugak.




konklusinya, aku ni memang spesies try and error. eh ?

tak. aku ni memang bertindak lain dari apa yang aku fikir. last minute boleh tukar fikiran. main aci redah je tanpa peduli natijah akan datang. tapi bertempatlah. aku bukan pergi club malam -.-' pergi majlis ilmu kot. yakinlah Allah tolong. dan terbukti. :')

minggu kesepuluh. penuh dengan majlis ilmu. semoga masa aku tak terbuang dengan sia-sia. 

terima kasih Allah. terima kasih KIPSAS :)


Sunday, August 11, 2013

Why I choose to wear Niqab

assalamu'alaikum.

aku nak cerita. aku nak kongsi cerita. sebab ramai yang dah tanya dan kadang aku malas nak jawab. kalau jawab pun aku jawab main-main tak serius. tapi kali ni aku nak cerita. 

***

"ustazah nak kamu cerita kenapa kamu pakai niqab. setiap seorang."

saat-saat yang mendebarkan.. 

mula dengan si A, cerita tentang bagaimana dia difitnah dan akhirnya dia memilih untuk berniqab. dan seterusnya, si B. cerita lebih kurang sama - fitnah lelaki. seterusnya dan seterusnya sampai tiba giliran aku.

"Sarah tak sihat ya, Ainum ?"

"dia tak sihat. tak dapat datang." 

"okay. teruskan Ainum."

"Bismillahirrahmanirrahim. jujurnya saya tak pernah cerita pada sapa-sapa kenapa saya nak pakai niqab. saya cuma cakap saya nak pakai. em.. saya.. saya kurang ajar, ustazah. saya seorang yang sangat-sangat kurang ajar. saya tak pandai control mulut saya. kalau saya tak puas hati, saya main sound je sesuka hati tanpa mengira waktu tempat dan usia. eh kenapa rasa berdebar ni."

ustazah senyum. mereka ketawa. mata terasa berair. ada getar dalam suara. mahu keluarkan rasa yang tersimpan di lubuk hati paling dalam itu bukan mudah rupanya.

"saya bukan nak pakai mende ni sebab saya rasa saya cantik ke apa. bukan cantik sangat pun. dan kalau nak cakap pasal fitnah lelaki, pun bukan. sebab saya rasa tak kisah la pakai atau tak, kalau dah nama tak pandai nak jaga diri tu fitnah tu tetap akan datang."

ustazah angguk setuju.

"dan kalau kita tengok sekarang ni pun, banyak je fitnah yang datang daripada niqabis sendiri. istikharah dulu sebelum pakai dan minta izin ayah dengan ibu. kalau ayah tak izinkan, saya takkan pakailah walaupun saya ni pemberontak tegar. jujur la saya cakap ustazah, antara sebab saya pilih KIPSAS sebab KIPSAS benarkan pemakaian purdah walaupun hakikatnya peraturan tak benarkan. saya ready je kalau terpaksa buka kalau saya dapat universiti. tapi tak dapat. dan kita makin hari makin belajar kan ? jadi, sekarang ni saya rasa saya lebih terbuka. saya redhalah kalau satu hari nanti purdah akan dibubarkan di KIPSAS."

"baik. terima kasih Ainum."

aku tarik nafas lega. ustazah tak balas balik dengan macam-macam soalan. ada yang ustazah tanya ;

"kenapa dengan sebab tu kamu rasa kamu kena pakai purdah ? ustazah tak rasa pun kamu perlu pakai."

"pakai sebab nak ikut-ikut ? nampak cantik je orang pakai, macam tu ?"

"oh lepas sorang cakap solat istikharah, cakap istikaharah jugaklah ? hm takpe. tu urusan kamu dengan Allah."

"kamu pakai purdah sebab nak raih redha Allah ? dah tu kalau tak pakai tak dapat redha Allah la ?"

siap satu bulatan. ustazah mulakan, tazkirah.

"ustazah sengaja adakan perjumpaan untuk semua niqabis ni sebab ustazah memang nak jumpa kalian. ustazah minta maaf kalau ada yang terasa hati dengan apa yang ustazah cakap. tapi ustazah cuma nak tahu niat kamu. kukuh atau tidak niat kamu untuk berniqab sebenarnya. niqabis di KIPSAS sekarang ni makin ramai. ramai secara tiba-tiba. ada yang betul-betul nak pakai. ada yang ikut-ikut. pakai niqab tapi couple. berdua-duaan dengan lelaki. pakai kat dalam kolej, kat luar bukak. yang tu memang kes pelik. kalau pakai kat luar, kat dalam tak pakai tu memang biasa. banyak sangat dekat facebook ustazah jumpa perangai yang macam-macam ni. ustazah suka kamu pakai purdah, tapi kalau kamu pakai untuk suka-suka, ustazah sarankan baik kamu buang. jangan sebabkan kita, imej Islam ni tercemar. ustazah tanya macam tu sebab nak suruh kamu muhasabah balik niat kamu. banyak yang berlaku, pakai purdah tapi lepas ditimpa ujian, habis dia buang dengan tudungnya sekali. sebab tu kalau orang tanya "boleh tak saya nak pakai purdah?" jawab tak payah. sebab kalau betul dia dah nekad nak pakai, dia takkan tergugat dengan kata-kata kita. dan kita pun takkan tanggung sama kalau satu hari nanti dia berubah."

true enough.

aku ingat dulu. masa mula-mula nak pakai. sakitnya Tuhan saja yang tahu. sakit apa ? sakit untuk hasilkan keputusan. sebab tu aku jadi hairan bagaimana begitu mudah muslimah sekarang memilih untuk berniqab sedangkan aku tak rasa.

istikharah (semoga ini bukan riya') dan mohon kebenaran dengan ayah,

"ayah, kalau nak pakai purdah boleh tak ?"

"ikut lah."

aku senyum. bersyukur.

"eh tak payahlah. nanti orang cakap waraknya anak kau."

"erk.."

"tapi suka hati lah. pakailah."

sekenal-kenal aku dengan diri sendiri, aku takkan cakap benda macam ni dengan mak ayah aku. tak akan.  *eh apasal nangis tetiba ni* eh macam malu je bila ada serious talk macam ni. kau tak rasa ? tapi kena tanya jugalah macam mana pun. kalau mak ayah tak redha, payah karang. nak raih redha Allah, tapi dalam masa yang sama kita sakitkan hati mak ayah. woi solehahnya kau. 

kepada muslimah yang berkeinginan untuk berniqab, mohonlah kebenaran mak ayah dulu kecuali kalau dah bersuami. kalau aku yang bangang ni pun boleh tebalkan muka minta izin, takkan kau yang sopan ayu lembut lemah gemalai lagi solehah ni tak boleh kot ? dan jangan lupa kaji segala dalil dan pendapat-pendapat ulama. payah jugak kalau terlalu rigidkan fikiran dengan satu pendapat saja. 

dan aku ada tanya Kak Salmiah (admin Niqab Girl). bagaimana boleh jadi rapat ya ? haha lupa. oh rasanya aku ada beli tudung dengan dia.

"kakak, saya nak pakai purdah."

"kenapa nak pakai ?"

ok. sentap. kenapa akak tanya macam tu ? salahke saya nak pakai ?

"to be a better me."

and the rest is history. hakikatnya, aku suka akak tu tanya macam tu. dia buat aku refresh balik kenapa aku nak pakai. sentap. tapi suka.

dan aku ada tanya kawan baik merangkap adik dan abang aku. lelaki.

"I feel like wearing niqab."

"Go on then."

"but what if I'm not ready ? what if I'm not strong enough ?"

"Your faith is yours. Ready or not. That's a subjective question. When you come to a point where others perception don't matter and you believe in what you want, that means you're strong enough."

he's sweet, isn't it ? :')


bila dah berpurdah ni, kena kreatiflah menghadapi mad'u. jangan senyap je. tapi jangan tunjuk bangang sangat -.-' 

aku ingat awal-awal aku berniqab, ada join satu program di mana aku sebagai fasi. aku ingat budak ni datang salam dan beritahu,

"terima kasih kak sebab bagi saya banyak sangat ilmu."

"eh ? kak tak bagi apa-apa pun rasanya." tambahan pula aku bukan fasi kumpulan mereka.

"tak. banyak. dengan tengok akak je saya rasa saya dapat banyak sangat ilmu."

Subhanallah. moga jadi perempuan solehah Adik Najwa. semoga Allah selalu merahmatimu.


dan si Afifah Mohamed ni pernah kata,

"orang sayang kakak solehah orang yang gangster ni." nasib aku tak baling pakai selipar.


kakak aku pun ada cerita pasal perbualan adik cantik seorang ni dengan abang dia, masa ni aku tak pakai purdah lagi.

"adik, kau memang kena pakai purdah tu." aku pun setuju dia pakai. dahla cantik, lembut pulak tu -.-

"Kak Ainum tak pakai, takpe tu."

"Kak Ainum takpe. dia garang. adik tu lembut."

aku garang. ya, memang. grrrrrr. 



ini yang aku post dalam Niqab Girl


ada yang bersetuju dan ada juga yang fikir aku sedang menghukum.*padahal aku rasa aku yang sedang dihukumi* sebab tu aku kata mulut aku ni memang kurang ajar. apa yang aku cakap selalu orang salah tafsir.

takkan nak bagi tarbiyah angin bayu je kot. jatuh nanti. macam monyet. lagi kuat angin, lagi kencang pegangan kita. bukankah begitu ? sedangkan peringatan Allah dalam Al-Quran juga ada dua versi. ada peringatan yang menyenangkan tentang ganjaran. dan ada peringatan yang menggerunkan tentang azab pedih. maka apa sekarang kau kata aku sedang menghukum manusia ? aku takkan tulis apa yang aku tak tahu, apa yang aku tak pernah rasa.

kasih sayang bukan bererti selalu menyokong secara mengkhinzir buta. tapi kasih sayang itu adalah menyokong sambil mendidik. bila namanya mendidik, ada lembut ada keras. bagaimana mahu lahir jiwa yang tegar kukuh kalau tarbiyahnya juga mahu dipilih-pilih. pilih yang lembut-lembut saja. yang keras tegas tolak ketepi. katanya keras itu tanda tak memahami. hm aneh.

nak jadi solehah - kena siap untuk ditarbiyah dan mentarbiyah ! 

kalau dari awal sudah tak tahan dengan tamparan yang pertama, bagaimana kau nak hadapi hidup dengan tamparan-tamparan yang lebih menyakitkan yang akan datang ?

hidup ini bukan mahu yang senang-senang saja. bukan ada susah derita saja. kau lihat bunga mawar. kau nampak batang durinya saja. katamu, mawar itu menyakitkan. tapi cuba kau lihat embun pada kelopaknya. jatuh seperti mutiara. cantik bukan ? begitulah hidup. ada buruk. ada indah. ada sakit. ada sembuh. seimbang.

"maka nikmat Tuhan-mu yang mana yang mahu kamu dustakan ?" - Surah Ar-Rahman

cukup-cukuplah meratapi nasib. ubah. ini kalilah.



semoga bermanfaat.- bismillah. publish.

Saturday, August 03, 2013

aku yang buat luka kau makin menjadi luka.

kau tahu,
saat aku masuk ke dalam hati kau,
aku lihat ada garis - garis duka. 
aku lihat calar - calar luka. 
ada yang telah jadi parut. 
dan ada juga yang sedang berdarah.

kau kenapa ?

aku masih mahu lama - lama di hati kau,
tapi rasanya kondisi hati kau menggerunkan aku.
aku tak kuat lihat hati kau yang seperti itu.
aku tak betah melihat segala apa yang kau telah sembunyikan rapi,
dari aku. dari kami.

aku mahu tanya.
sudah berapa lama kau simpan sakit itu sendiri ?

kau ingat waktu itu kau mengaduh sakit ?

ingat ?

kau tahu, 
saat itu aku sedang usap parut yang terlukis di dinding hati kau.
masih belum sembuh sepenuhnya - aku kira.
kerana kau masih lagi terasa sakit kerananya.

dan kau ingat waktu kau lari jauh dari khalayak ?
kau sakit yang teramat dan kau tak mahu ada yang melihat.

kau tahu, 
saat itu aku yang sedang cuba untuk mencuci luka darah yang ada.
tetapi aku tidak sedar bahawa, 
makin aku cuba untuk bersihkan,
makin kau merana sakit.
makin aku cuba untuk bersihkan,
makin terkoyak luka yang berdarah.

aku yang buat luka kau makin menjadi luka.

namun,
kau cukup kuat untuk hidup.
dengan hati yang berparut luka dan berdarah.

sedang aku - menanti.
untuk rasa apa yang kau rasa.
biar aku tahu hidup itu ada embun durinya.

siapa kau ?
entah. 
aku pun tidak tahu.
hati luka siapa yang telah aku masuk.



Tuesday, July 23, 2013

Ini tulisan untuk diri ; dai'e yang punya jiwa serapuh kertas.

pahat dalam - dalam, ini kerja mulia.
biar hati reti tak lagi bertanya.

Ramai yang faham Islam, tapi tak ramai yang faham dan hadam apa itu Islam. tak ramai. bukan semua Allah pilih untuk faham Islam dengan sebetulnya. Jadi, bersyukur dan hargai nikmat yang terlalu besar ini. kalau kau tak mahu, kalau kau mahu lari, silakan saja. kerana Allah tidak hajat untuk manusia - manusia cengeng seperti kau. 


"Dan jika mereka mahu berangkat, tentulah mereka menyiapkan persiapan untuk keberangkatan itu, tetapi Allah tidak menyukai keberangkatan mereka, maka Allah melemahkan keinginan mereka, dan dikatakan kepada mereka, "Tinggallah kamu bersama orang-orang yang tinggal itu." (At-Taubah: 46)

"Berangkatlah kamu, baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik jika kamu mengetahui." (At-Taubah: 41)

"Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak berapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan nama Allah, "Jikalau kami sanggup, tentulah kami berangkat bersama-samamu." Mereka membinasakan diri mereka sendiri, dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta." (At-Taubah: 42)

"Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu:"Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)? Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!" (setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Isra'il beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.." (Al-Saff: 14)


Islam tak perlukan kau. kau yang perlukan Islam. tarbiyah tak butuhkan kau. kau yang butuhkan tarbiyah. 

untuk kau terus hidup. untuk kau terus bernafas.





kalau bukan kerana dakwah dan perjuangan, aku pun mungkin takkan dapat bertahan.


SAA,
14 Ramadhan 1434

Friday, July 05, 2013

Mesir dan Morsi ; itu jodoh.


Tersentap dengan berita yang berlaku di Mesir. Entah kenapa tergerak hati nak online Twitter semalam. jarang online pagi-pagi lepas subuh. Dan apa yang aku lihat, timeline sudah dipenuhi dengan cerita Dr. Mursi yang telah digulingkan. 

pada saat-saat seperti ini, aku kepingin sekali abang aku ada di hadapan mata untuk aku tanya itu dan ini. aku, yang suka sekali minta diceritakan hal-hal yang mungkin payah untuk aku cari sendiri. cerita peristiwa berdarah Mamali, cerita pelantikan Dr. Morsi pada awal-awal dulu. kata dia, pentas politik itu tersangat penting dalam membangunkan daulah Islamiyyah. secara keseluruhan. oh, hal ini buat aku jadi lucu dengan mereka-mereka yang kata, "aku tak minat poitik", "tak payah nak berpolitik sangat", "aku malas nak peduli politik, gaduh sana sini je pandai". ah, kau fikir mahu bangkitkan kembali Islam itu satu kerja yang muudah ? safe and smooth ? begitu kau kira ? 

kalau tak tahu, tanya. jangan buat-buat pandai. jangan nak berlagak rasional. 

dakwah kencang di laman sosial pun nampak macam songsang bila isu ummah kita tolak ketepi. tak cukup qualify untuk jadi da'ie. tak cukup. 

dan sign in Facebook. lihat lagi post-post abang aku yang cerita kisah Mursi. Allah! nak balik sekarang juga rasanya. nak dengar cerita. nak rasa beratnya bahu bila fikirkan soal ummah. aku suka rasa tu walaupun sakit. 



dan post-post akhawat di Whatsapp lebih menyentapkan, menyedarkan. aduh, seperti ditembak-tembak berjuta kali rasanya jiwa ini. dan juga ini..


"sekali lagi ikhwan di Mesir buat kita malu. perjuangan mereka diuji sementara kita tetap fakir ilmu."
- Ustad Felix Siaww

"Kalahnya kebenaran tak berarti ia batal, hanya saja ia lemah. Siapa menjauh tatkala kebenaran lemah, dia tak diperlukan di saat kebenaran kuat."
- Salim A. Fillah

"Kamu sanggup bertahan Mobarak selama tiga puluh tahun, dengan Mursi setahun pun kamu tidak tahan ? Apa kena dengan kamu ?" 
- Sheikh Yusuf al-Qaradhawi

"Pengkhianat di zaman Saidina Uthman punya waris di zaman Dr. Morsi.. Subhanallah .. Maha Suci Allah yang mengulangkan skrip kehidupan agar manusia mencekup ibrah dan pedoman."
- Akhi kabir

Kawan, sungguh aku katakan, aku malu jika aku terus-terusan jadi seorang ignorant biarpun aku disuapkan dengan masalah ummah di depan mata. malu aku. tak bagus cintanya datang bermusim. tapi jangan kerana itu, kita jadi ignorat terus-menerus hanya kerana tidak mahu dilihat sebagai orang yang caknanya bermusim. bodoh tindakan itu. sungguh aku kata. 

cukuplah tutup mata. cukuplah pekakkan telinga. 

Allah.. ampunkan keterlupaan dan ketidakcaknaan aku kepada ummah. 

Doakan untuk Mesir, sahabat.