tarbiyah pakcik teksi lagi ke?

by - August 04, 2018

lepas dah sekian lama tak naik teksi, hari ni naik teksi. niat tak kukuh sangat nak ke jerteh tu. sekadar nak keluar rumah. dan separuh niat nak tengok kalau-kalau ada meja tulis yang berkenan di mata dan di dompet. okay pendek ceritanya, meja dah siap dibeli dan aku tengah tulis entri ni di meja ni. tapi hari ni bukan nak cerita pasal meja sangat. aku cuma nak simpan kemas kebaikan-kebaikan stranger yang aku dapat hari ni.

last time aku tulis pasal pakcik teksi was six years ago (wow sounds old). boleh baca sini. dan hari ni aku masih lagi rasa the very the same warm feeling yang Allah bagi pada enam tahun yang lalu (sebenarnya bukan cuma sekali tapi berkali-kali juga cuma tak ditulis). aku selalu amazed macam mana a complete stranger was so nice to me. dalam waktu-waktu desperate, pertolongan stranger tu jadi satu hal yang sangat besar untuk disyukuri. 

kawasan rumah aku sangat susah nak dapat teksi. well, depend pada masa dan hari la kot. tapi pendek kata, susah. nak naik grab, RM20 bai. RM40 pergi balik. RM40 tu aku dah boleh beli tiga roasted chicken kat giant tu tau. teksi cuma RM5 (seriuslah cepat sungguh tambang naik, last aku naik teksi masih lagi RM4 😑). tapi long story makes short, ada satu teksi yang lalu. pakcik tu angkut orang pulau (penduduk pulau perhentian - well, rumah aku area jeti pulau perhentian but i've never been there k motif curhat), lelaki. mereka sembang banyaklah dalam kereta, aku dengan ibu cuma diam fokus dengan smartphone masing sambil sesekali aku enjoy the view outside. 

then bila dah masuk bandar jerteh, aku pun "pokci, bereti giant deh" sebab i won't walk there la sis. ba'eed jiddan la in case teksi tu nak stop dekat taxi station saja. tapi alhamdulillah pakcik tu reply, " ho bereh mugo kito nokgi giant jugok ni. nok beli bare." so, my mom and i were of course happy la sis. sebab rare juga kes-kes macam ni nak dapat. ada teksi memang tak layan terus. and lagi menerujakan bila that pulau guy cakap, "kalu nok balik sekali jugok kekgi bulehlah. kito nok beli bare sini jah. ambek nombor pokcik tu" sambil dia tunjuk pada pakcik teksi tadi. aku dengan ibu semestinya hangguk laju-laju. serius weh. payah gila nak naik teksi kat sini sebab kalau tak ada orang yang nak naik ikut route sama, dia memang tak akan bergerak sebab dia nak tunggu full satu kereta. berpanaslah kau tunggu orang dengan sakit kepalanya. so, kalau kau malas sangat tunggu, bayar harga satu kereta yakni RM20. bersepai sis duit ana. so, bila dapat tawaran tadi, kau gila tak terima dengan penuh teruja gembira?!

then habis saja beli barang, aku tengok pakcik berdua tadi tengah tunggu aku dengan ibu. i felt like crying. well, masalah aku sentimental satu hal, masalah pakcik berdua tu baik satu hal. and siap dia tunggu lagi bila aku cakap nak singgah mr diy kejap. and masa tengah jalan dia siap singgah beli air tebu untuk dia tapi dia belanja sekali aku dengan ibu (tapi aku tolak sebab aku tak minum air tebu so, dia cuma beli untuk ibu). aku macam confusedly touching kejap tadi. seriuslah memang fikir panjang nak kemana-mana dengan teksi sebab tak tahu boleh dapat teksi jam berapa dan berapa jam kau kena tunggu. sungguh Allah kasi mudah hari ni. dan aku sempatlah promot aku punya freelance graphic designining (kah! luaskan jajahan di pulau perhentian!). dah tu pakcik tu tanya kerja apa, aku jawablah. 

meeting a good stranger makes me want to be a better stranger to another good stranger. i got inspired today. 

okay tu saja nak cerita. terima kasihlah baca sampai habis. 



You May Also Like

2 stimulus

  1. thank you for your good words. it warm my chill heart. <3

    ReplyDelete

“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”