Wednesday, 14 August 2013

Maaf, aku masih mahu menjadi aku.

selalu kan, Allah bagi 'sakit' dan tanpa perlu aku tunggu lama, Dia sudah bagi 'sembuh'.

baru saja pagi itu aku sedikit diuji. Ada yang mempersoalkan kenapa aku adalah aku yang sekarang. Kenapa aku sangat berbeza dengan "perempuan-perempuan solehah" di luar sana. 

aku boleh jawab. tapi aku takut dia yang tak faham. dan sememangya dia tak faham. kenapa aku pilih untuk masih menjadi sisi aku yang ini tanpa aku usaha untuk membuangnya. ada yang mampu untuk aku baiki. ada. pasti ada. namun ada juga, keadaan di mana ada sebab kenapa aku masih lagi mahu jadi begini. 

kenapa aku masih memilih untuk menjadi aku.


"Eh Ainum, baju kau koyak."

"mana ?"

"tu tak nampak ? ish, bikin malu saja kau."

"tu. baju kau juga koyak. kau tak perasan ?"

"aku tak apa. orang sudah biasa. sebab hari-hari baju aku koyak. jadi orang tak akan kata. kau tu, masih baru lagi koyakannya. haruslah orang kata."


mesti, seperti itu ?

aku tak kisah apa orang nak kata. aku bukan hidup untuk mereka. selagi aku tak langgar apa yang Tuhan aturkan. biar. lama-lama diam bisu juga dek penat ngurusin hal orang. aku biasa-biasa saja. 

aku bukan pakai jilbab dan purdah untuk nampak solehah. bukan.

sama juga kenapa aku selalu pakai hitam. full. bukan sebab sunnah atau apa. aku kurang jelas itu. tapi yang pasti memang kesukaan aku adalah warna hitam. hitam itu menawan. bukankah ?

sebab tu jangan hukum pilihan seseorang tanpa kita tahu sebabnya. 



dan menjadi aku itu hanya Allah yang tahu bagaimana. 



dan ini -- > 


entah kenapa masa tu mudah saja tangan ini klik pada link blog kau. tanpa aku tahu apa sebenarnya yang kau nak cerita. oh, rupanya untuk aku. (atau aku yang perasan ?) terima kasih untuk entry ini. kau bagi aku kekuatan. sungguh, aku rasa itu. terima kasih. untung aku, Allah kenalkan aku dengan ramai manusia yang mampu untuk ingatkan aku dan untuk kuatkan aku.

bila-bila jangan bersembunyi di belakang tabir seperti itu, A.R. kau bikin aku penasaran !


oh dan, maaf juga untuk sesiapa yang sangat suka mengata,

maaf. tapi aku masih lagi mahu menjadi aku. *peace yo*

Sunday, 11 August 2013

Why I choose to wear Niqab

assalamu'alaikum.

aku nak cerita. aku nak kongsi cerita. sebab ramai yang dah tanya dan kadang aku malas nak jawab. kalau jawab pun aku jawab main-main tak serius. tapi kali ni aku nak cerita. 

***

"ustazah nak kamu cerita kenapa kamu pakai niqab. setiap seorang."

saat-saat yang mendebarkan.. 

mula dengan si A, cerita tentang bagaimana dia difitnah dan akhirnya dia memilih untuk berniqab. dan seterusnya, si B. cerita lebih kurang sama - fitnah lelaki. seterusnya dan seterusnya sampai tiba giliran aku.

"Sarah tak sihat ya, Ainum ?"

"dia tak sihat. tak dapat datang." 

"okay. teruskan Ainum."

"Bismillahirrahmanirrahim. jujurnya saya tak pernah cerita pada sapa-sapa kenapa saya nak pakai niqab. saya cuma cakap saya nak pakai. em.. saya.. saya kurang ajar, ustazah. saya seorang yang sangat-sangat kurang ajar. saya tak pandai control mulut saya. kalau saya tak puas hati, saya main sound je sesuka hati tanpa mengira waktu tempat dan usia. eh kenapa rasa berdebar ni."

ustazah senyum. mereka ketawa. mata terasa berair. ada getar dalam suara. mahu keluarkan rasa yang tersimpan di lubuk hati paling dalam itu bukan mudah rupanya.

"saya bukan nak pakai mende ni sebab saya rasa saya cantik ke apa. bukan cantik sangat pun. dan kalau nak cakap pasal fitnah lelaki, pun bukan. sebab saya rasa tak kisah la pakai atau tak, kalau dah nama tak pandai nak jaga diri tu fitnah tu tetap akan datang."

ustazah angguk setuju.

"dan kalau kita tengok sekarang ni pun, banyak je fitnah yang datang daripada niqabis sendiri. istikharah dulu sebelum pakai dan minta izin ayah dengan ibu. kalau ayah tak izinkan, saya takkan pakailah walaupun saya ni pemberontak tegar. jujur la saya cakap ustazah, antara sebab saya pilih KIPSAS sebab KIPSAS benarkan pemakaian purdah walaupun hakikatnya peraturan tak benarkan. saya ready je kalau terpaksa buka kalau saya dapat universiti. tapi tak dapat. dan kita makin hari makin belajar kan ? jadi, sekarang ni saya rasa saya lebih terbuka. saya redhalah kalau satu hari nanti purdah akan dibubarkan di KIPSAS."

"baik. terima kasih Ainum."

aku tarik nafas lega. ustazah tak balas balik dengan macam-macam soalan. ada yang ustazah tanya ;

"kenapa dengan sebab tu kamu rasa kamu kena pakai purdah ? ustazah tak rasa pun kamu perlu pakai."

"pakai sebab nak ikut-ikut ? nampak cantik je orang pakai, macam tu ?"

"oh lepas sorang cakap solat istikharah, cakap istikaharah jugaklah ? hm takpe. tu urusan kamu dengan Allah."

"kamu pakai purdah sebab nak raih redha Allah ? dah tu kalau tak pakai tak dapat redha Allah la ?"

siap satu bulatan. ustazah mulakan, tazkirah.

"ustazah sengaja adakan perjumpaan untuk semua niqabis ni sebab ustazah memang nak jumpa kalian. ustazah minta maaf kalau ada yang terasa hati dengan apa yang ustazah cakap. tapi ustazah cuma nak tahu niat kamu. kukuh atau tidak niat kamu untuk berniqab sebenarnya. niqabis di KIPSAS sekarang ni makin ramai. ramai secara tiba-tiba. ada yang betul-betul nak pakai. ada yang ikut-ikut. pakai niqab tapi couple. berdua-duaan dengan lelaki. pakai kat dalam kolej, kat luar bukak. yang tu memang kes pelik. kalau pakai kat luar, kat dalam tak pakai tu memang biasa. banyak sangat dekat facebook ustazah jumpa perangai yang macam-macam ni. ustazah suka kamu pakai purdah, tapi kalau kamu pakai untuk suka-suka, ustazah sarankan baik kamu buang. jangan sebabkan kita, imej Islam ni tercemar. ustazah tanya macam tu sebab nak suruh kamu muhasabah balik niat kamu. banyak yang berlaku, pakai purdah tapi lepas ditimpa ujian, habis dia buang dengan tudungnya sekali. sebab tu kalau orang tanya "boleh tak saya nak pakai purdah?" jawab tak payah. sebab kalau betul dia dah nekad nak pakai, dia takkan tergugat dengan kata-kata kita. dan kita pun takkan tanggung sama kalau satu hari nanti dia berubah."

true enough.

aku ingat dulu. masa mula-mula nak pakai. sakitnya Tuhan saja yang tahu. sakit apa ? sakit untuk hasilkan keputusan. sebab tu aku jadi hairan bagaimana begitu mudah muslimah sekarang memilih untuk berniqab sedangkan aku tak rasa.

istikharah (semoga ini bukan riya') dan mohon kebenaran dengan ayah,

"ayah, kalau nak pakai purdah boleh tak ?"

"ikut lah."

aku senyum. bersyukur.

"eh tak payahlah. nanti orang cakap waraknya anak kau."

"erk.."

"tapi suka hati lah. pakailah."

sekenal-kenal aku dengan diri sendiri, aku takkan cakap benda macam ni dengan mak ayah aku. tak akan.  *eh apasal nangis tetiba ni* eh macam malu je bila ada serious talk macam ni. kau tak rasa ? tapi kena tanya jugalah macam mana pun. kalau mak ayah tak redha, payah karang. nak raih redha Allah, tapi dalam masa yang sama kita sakitkan hati mak ayah. woi solehahnya kau. 

kepada muslimah yang berkeinginan untuk berniqab, mohonlah kebenaran mak ayah dulu kecuali kalau dah bersuami. kalau aku yang bangang ni pun boleh tebalkan muka minta izin, takkan kau yang sopan ayu lembut lemah gemalai lagi solehah ni tak boleh kot ? dan jangan lupa kaji segala dalil dan pendapat-pendapat ulama. payah jugak kalau terlalu rigidkan fikiran dengan satu pendapat saja. 

dan aku ada tanya Kak Salmiah (admin Niqab Girl). bagaimana boleh jadi rapat ya ? haha lupa. oh rasanya aku ada beli tudung dengan dia.

"kakak, saya nak pakai purdah."

"kenapa nak pakai ?"

ok. sentap. kenapa akak tanya macam tu ? salahke saya nak pakai ?

"to be a better me."

and the rest is history. hakikatnya, aku suka akak tu tanya macam tu. dia buat aku refresh balik kenapa aku nak pakai. sentap. tapi suka.

dan aku ada tanya kawan baik merangkap adik dan abang aku. lelaki.

"I feel like wearing niqab."

"Go on then."

"but what if I'm not ready ? what if I'm not strong enough ?"

"Your faith is yours. Ready or not. That's a subjective question. When you come to a point where others perception don't matter and you believe in what you want, that means you're strong enough."

he's sweet, isn't it ? :')


bila dah berpurdah ni, kena kreatiflah menghadapi mad'u. jangan senyap je. tapi jangan tunjuk bangang sangat -.-' 

aku ingat awal-awal aku berniqab, ada join satu program di mana aku sebagai fasi. aku ingat budak ni datang salam dan beritahu,

"terima kasih kak sebab bagi saya banyak sangat ilmu."

"eh ? kak tak bagi apa-apa pun rasanya." tambahan pula aku bukan fasi kumpulan mereka.

"tak. banyak. dengan tengok akak je saya rasa saya dapat banyak sangat ilmu."

Subhanallah. moga jadi perempuan solehah Adik Najwa. semoga Allah selalu merahmatimu.


dan si Afifah Mohamed ni pernah kata,

"orang sayang kakak solehah orang yang gangster ni." nasib aku tak baling pakai selipar.


kakak aku pun ada cerita pasal perbualan adik cantik seorang ni dengan abang dia, masa ni aku tak pakai purdah lagi.

"adik, kau memang kena pakai purdah tu." aku pun setuju dia pakai. dahla cantik, lembut pulak tu -.-

"Kak Ainum tak pakai, takpe tu."

"Kak Ainum takpe. dia garang. adik tu lembut."

aku garang. ya, memang. grrrrrr. 



ini yang aku post dalam Niqab Girl


ada yang bersetuju dan ada juga yang fikir aku sedang menghukum.*padahal aku rasa aku yang sedang dihukumi* sebab tu aku kata mulut aku ni memang kurang ajar. apa yang aku cakap selalu orang salah tafsir.

takkan nak bagi tarbiyah angin bayu je kot. jatuh nanti. macam monyet. lagi kuat angin, lagi kencang pegangan kita. bukankah begitu ? sedangkan peringatan Allah dalam Al-Quran juga ada dua versi. ada peringatan yang menyenangkan tentang ganjaran. dan ada peringatan yang menggerunkan tentang azab pedih. maka apa sekarang kau kata aku sedang menghukum manusia ? aku takkan tulis apa yang aku tak tahu, apa yang aku tak pernah rasa.

kasih sayang bukan bererti selalu menyokong secara mengkhinzir buta. tapi kasih sayang itu adalah menyokong sambil mendidik. bila namanya mendidik, ada lembut ada keras. bagaimana mahu lahir jiwa yang tegar kukuh kalau tarbiyahnya juga mahu dipilih-pilih. pilih yang lembut-lembut saja. yang keras tegas tolak ketepi. katanya keras itu tanda tak memahami. hm aneh.

nak jadi solehah - kena siap untuk ditarbiyah dan mentarbiyah ! 

kalau dari awal sudah tak tahan dengan tamparan yang pertama, bagaimana kau nak hadapi hidup dengan tamparan-tamparan yang lebih menyakitkan yang akan datang ?

hidup ini bukan mahu yang senang-senang saja. bukan ada susah derita saja. kau lihat bunga mawar. kau nampak batang durinya saja. katamu, mawar itu menyakitkan. tapi cuba kau lihat embun pada kelopaknya. jatuh seperti mutiara. cantik bukan ? begitulah hidup. ada buruk. ada indah. ada sakit. ada sembuh. seimbang.

"maka nikmat Tuhan-mu yang mana yang mahu kamu dustakan ?" - Surah Ar-Rahman

cukup-cukuplah meratapi nasib. ubah. ini kalilah.



semoga bermanfaat.- bismillah. publish.

Saturday, 3 August 2013

aku yang buat luka kau makin menjadi luka.

kau tahu,
saat aku masuk ke dalam hati kau,
aku lihat ada garis - garis duka. 
aku lihat calar - calar luka. 
ada yang telah jadi parut. 
dan ada juga yang sedang berdarah.

kau kenapa ?

aku masih mahu lama - lama di hati kau,
tapi rasanya kondisi hati kau menggerunkan aku.
aku tak kuat lihat hati kau yang seperti itu.
aku tak betah melihat segala apa yang kau telah sembunyikan rapi,
dari aku. dari kami.

aku mahu tanya.
sudah berapa lama kau simpan sakit itu sendiri ?

kau ingat waktu itu kau mengaduh sakit ?

ingat ?

kau tahu, 
saat itu aku sedang usap parut yang terlukis di dinding hati kau.
masih belum sembuh sepenuhnya - aku kira.
kerana kau masih lagi terasa sakit kerananya.

dan kau ingat waktu kau lari jauh dari khalayak ?
kau sakit yang teramat dan kau tak mahu ada yang melihat.

kau tahu, 
saat itu aku yang sedang cuba untuk mencuci luka darah yang ada.
tetapi aku tidak sedar bahawa, 
makin aku cuba untuk bersihkan,
makin kau merana sakit.
makin aku cuba untuk bersihkan,
makin terkoyak luka yang berdarah.

aku yang buat luka kau makin menjadi luka.

namun,
kau cukup kuat untuk hidup.
dengan hati yang berparut luka dan berdarah.

sedang aku - menanti.
untuk rasa apa yang kau rasa.
biar aku tahu hidup itu ada embun durinya.

siapa kau ?
entah. 
aku pun tidak tahu.
hati luka siapa yang telah aku masuk.