draft yang disimpan seminggu yang lalu

By Siti Ainum - August 19, 2018


we just had a little fight. boleh kata setiap tahun memang akan ada scene macam ni yang sampai tahap buat aku rasa penat, "i don't want to do this anymore". like, seriously walaupun aku agak romantik (haha!) dan sentimenal tapi untuk real relationship, aku tak berapa... em, boleh? since zaman sekolah, even masa tu tak kenal Tuhan, memang i didn't do relationship just because of this one reason - aku tak suka berkomitmen dengan orang dalam berperasaan macam ni. sebab weh renyah gila kot nak kena jaga hati dia, nak kena kisah pasal dia itu ini, nak kena merajuk kalau ada benda yang buat terasa. i just don't like it.

tapi yelah, dah makin mendewasa. dah nak masuk 25 tahun depan. benda tu makin hari makin belajar. aku masih dalam proses nak adapt hati baru "siti ainum" yang dah pandai nak kecil hati even for a small problem or reason. so, back to the little fight mentioned earlier, yes, isunya sangat kecil tapi aku sendiri tak tahu kenapa aku rasa sangat sakit. pernah kan bila rasa betul-betul sakit tu, the pain tu feel visible betul-betul kat belah kiri dada ni. when i started crying aku sendiri macam "engko dah kenapa camcetan je nak nangis mende cegini". sebab benda tu sangat bertentangan dengan who i used to be or who i think i am. like, come on girl. you won't cry for this stupid reason, like seriously? so not cool...

tapi masihlah aku pun tak dapat nak deny how hurt i was. i learnt that kecil atau besar masalah yang menjadi punca, sakitnya tetaplah sakit. masa tu aku belajar untuk appreciate feeling. sama ada perasaan sendiri atau perasaan orang lain. okaylah long story makes short, kami berdamai dengan jayanya. sebab masing-masing half right and half wrong.

yang aku perasan, setiap fight akan ajar benda baru. setiap kali. dia macam satu-satu kau kutip. tapi kau bukan boleh kutip macam tu senang-senang. kena lalu jalan tu dulu. jadi, aku suruh bakal beliau summary-kan apa yang boleh dia rumuskan untuk fight kali ni. what lesson did he learnt. tapi macam terlebih summary pula. i'm keeping this writing here so one day we can read back and laugh for our growing up journey. dan kalaupun Tuhan merancang lebih baik dengan cerita lain (tak ada jodohlah maksudnya), masih lagi ini satu proses grow up yang kedua-dua kami wajib pelajari dan kenangi.


*****


Pengajaran dari Fasa Ujian Menunggu Diijabkabulkan

Bagi mereka yang telah bersepakat untuk bina hidup bersama, fasa sebelum diijabkabul itu menjadi suatu tempoh yang cukup mencabar buat hati dan perasaan. Di kala itulah, pelbagai ujian akan datang dan kedatangan itu tidak seharusnya dipandang enteng oleh kedua-dua pihak. Dalam tempoh fasa itu juga, akan kelihatan watak dan perangai bakal pasangan masing-masing. (Time ni lah peluang  nak kenal pasangan kita tu macam mana perangainya.) Kerana itu, sebelum mencapai kata sepakat, seharusnya mereka memahami dahulu apa ertinya pasangan dalam hidup. Macam tesis atau assignment-lah, definisi tu paling penting dan berada di bab pertama selepas pendahuluan. Kalau definisi salah ditafsirkan, habis punah satu tugasan. 

Pasangan bukan sekadar beerti orang yang melengkapi hidup, tapi yang paling penting, pasangan adalah orang yang kita sedia terima segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada dirinya. Oleh itu, amat penting untuk kita memahami watak dan perangai bakal pasangan, supaya dengan itu kita dapat menerimanya dengan hati yang penuh terbuka dan tenang. Khususnya buat lelaki, fahamilah bakal perempuanmu itu dengan lebih lagi, melebihi perempuanmu memahami diri kamu. (Memang payoh nak faham, kalau nak bukukan pasal perempuan ni, fuh, tapi lelaki jangan buat-buat tak faham pulak. Kadang perempuan bukan nak kita faham 100% perasaan dia, tapi cukuplah dia nak tengok bukti kesungguhan kita untuk dia. Yang penting perjuangkan dia selalu.) Kerana lelaki perlu sedar, perempuan memang begitu diciptakan, maka mereka perlu diberi perhatian lebih dengan sewajarnya. Apatah lagi bagi perempuan yang lebih sensitifnya dalam soal perasaan, jagalah hati mereka sebaik-baiknya wahai lelaki. (Yang ni paling payah. Tapi macam bagitahu tadi, tunjukkan kesungguhan tu betul-betul. Korbanlah untuk dia.) Kadang-kadang kerana kesilapan dan kelalaian sedikit dari kita, bisa mengundang satu suasana yang cukup merisaukan. Buangkanlah ego itu sejauh-jauhnya, kerana ego itu satu halangan untuk mencapai erti sepakat antara dua pihak. Perbanyakkanlah ungkapan maaf, kerana itulah cara paling tepat untuk membuang ego yang ada dalam diri. 

Di samping itu, pasangan juga bermaksud kita siap untuk berjuang menanggung susah dan senang bersama. (Kalau asyik sokmo duk fikir ke diri sendiri jah, baik hidup sorang diri. Wat nyusoh ke orang je.)  Dalam apa jua keadaan, bila dah sepakat, maka perlu hadap sama-sama tidak kira ujian dalam bentuk kesenangan mahupun kesusahan atas dunia ini. Itulah ertinya pasangan. 

Pasangan juga beerti orang yang selalu ada di sisi kedua pihak masing-masing. (Lebih kurang point sebelumnya.) Jika satu pihak ditimpa kesusahan, jangan dibiarkan dia keseorangan, ambillah masa untuk dia, selamilah hatinya, sama-sama hadap apa saja yang menunggu di hadapan. (Sentiasalah ada untuk dia apatah lagi bila dia memerlukanmu, buktikan kau mampu perjuangkan dia sehabis daya kau.) Begitu juga kalau dalam kesenangan, jangan bersorak seorang diri, kongsikan kenangan yang indah itu bersama. Itu dapat lebih mengeratkan lagi antara satu sama lain.

Seterusnya jangan dilupa, erti pasangan juga adalah kita perlu siap untuk menunaikan kewajipan kita terhadap pasangan, bukan sekadar untuk menuntut hak masing-masing.  Betapa ramai yang gagal dalam hal ini kerana hanya mahu difahami bakal pasangan, namun tidak mahu usaha untuk memahami pasangannya.

Akhir sekali, perlu diingat, pasangan adalah anugerah Ilahi, maka sentiasalah libatkan Dia dalam hal kehidupan berpasangan ini. Kerana bila-bila masa Dia bisa mencabut dan membolak-balikkan hati manusia. (Most important part. Sentiasa panjatkan doa.) Kadang, ujian yang Dia hantarkan itu adalah satu peringatan supaya kita kembali semula ke jalan Nya. Mungkin di sana terdapat salah, silap mahupun lalai kita terhadap Nya dalam urusan harian. (Ujian tu sebagai tanda Dia masih beri peluang kepada kita untuk kembali. Kalau kita buat tidak peduli, bimbang menyesal di kemudian hari. Terima kasih Tuhan atas tarbiyah ini.) Betulkanlah niat kita semata-mata kerana Nya, dan berharap mudah-mudahan dengan usaha itu, kita dapat menikmati kehidupan dengan pasangan hingga ke syurga yang kekal abadi kelak. (Aamiin. Aamiin. Aamiin.)


*****


yes... marriage is not a mere life journey yang semua orang akan tempuh bergantung pada giliran masing-masing. tapi pernikahan merupakan jalan taqarrub billah dengan lebih lagi. lebih dari waktu sendiri. mungkinlah aku sebagai perempuan (atau memang cuma aku), seringkali memenangkan emosi. tapi acapkali itu juga aku sendiri diingatkan oleh beliau tentang matlamat - kenapa kami perlu bernikah. iya, terima kasihlah mas. aku kadang-kadang lupa. kadang-kadang terbawa-bawa dengan rasa semacam pernikahan sekadar perjalanan fitrah. it's more than that.

secara kasarnya kita sedang bercakap tentang lelaki dan perempuan, bagaimana kerenahnya, bagaimana lakunya, bagaimana sifatnya, bagaimana mendepaninya... tapi disebaliknya aku semakin melihat Allah. Allah Allah Allah. apa yang harus kami lakukan untuk impress-kan Engkau. bagaimana caranya untuk Engkau selalu di atas melebihi segalanya. pernikahan tak lain tak bukan adalah untuk sama-sama merealisasikan bahawa dengan berdua perjalanan lebih mudah dalam meninggikan Allah Yang Maha Tinggi. bukan maksudnya sendiri tak boleh, tapi memanfaatkan kerjasama antara dua manusia yang ada kelemahan dan kekuatannya yang tersendiri. #noLGBT

semoga kita semua bisa menemukan orang yang sama-sama mahu meninggikan Allah kerana Dia memang layak ditinggikan - working as a team to reach to Him with the best achievement!

  • Share:

You Might Also Like

1 comment(s)

  1. Proses belajar sentiasa berterusan. Samada sebelum mahupun selepas fasa itu. Pasti ada pengajaran berguna di sebalik setiap peristiwa. Yang penting jangan putus mohon doa kepada Nya.

    ReplyDelete

“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”