N01 Kuala Besut |
tentang kuasa yang maha mengatur segalanya, dari kes plot twist zaman kuliah sehinggalah hari ini, aku panjatkan rasa syukur yang tertinggi kepada-Nya, Ar-rafiq Al-'ala. hikmah sakit. hikmah berhenti sebentar (wallahu'alam) dari kehidupan berkuliah, aku diizinkan untuk memberi masa sepenuhnya untuk berkhidmat kepada jemaah dan memberi sumbangan kepada kemenangan dalam pilihan raya umum tempoh hari. alhamdulillah, kemenangan buat terengganu untuk kali ketiga.
N02 Kota Putera |
somehow sangat rindu dengan fatrah pru. kesibukannya, sakit kepalanya, auranya, himmahnya, jerih dan payahnya, rindu bangun pagi sampai mata tertutup dalam kepala cuma tentang kerja kerja kerja sampai termimpi-mimpi.. ah, rindu semualah! tapi sekarang sibuknya tidaklah berkurang. sekarang sibuknya bagaimana untuk mengisi kemenangan yang telah diberikan. dan untuk mengisi kemenangan berkali ganda lebih susah daripada mengusahakan kemenangan. sebab kita tak mahu beri janji kosong. kita tak mahu janji tanpa kaji. kita tak mahu sembang kencang tapi apa pun tak jadi.
28 April 2018, Hari Penamaan Calon, Kota Putera |
13 April 2018, Karnival Pilihan Raya PAS Kawasan Besut, Jerteh (bila kau tu orang media, memang kerja kena update sosial media fi kulli makan wa fi kulli zaman even tough panas cengceng dok napok skrin phone) |
hari ni Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu. temanya "bertekad mengisi kemenangan". merinding juga walaupun ayat "mengisi kemenangan" tu dah biasa didengar setelah meraih kemenangan kali ini. dan ujian setelah menang itu pastilah lebih banyak. antaranya bagaimana untuk bersabar selepas menang. kata ustaz satiful bahri selaku timbalan pesuruhjaya parti, nak bersabar waktu kalah lebih mudah daripada nak bersabar pada waktu senang. sebagaimana kita sendiri lebih mudah sabar waktu sakit, lebih mudah meratib nama tuhan berbanding semasa sihat.
alhamdulillah besut direzekikan menang juga walaupun satu dun saja. dun kami, kota putera yang calonnya Haji Khuzaini seorang profesional. rezeki pertama kali mengundi, pertama kali bergerak kerja di medan amal, Allah bagi peluang rasa kemenangan. yang pasti perjalanan tak akan pernah mudah kerana fitrah perjuangan itu sendiri penuh dengan tribulasi dan mehnah.
5 Mei 2018, Gelombang Muslimat Muda, Bukit Keluang |
di medan realiti inilah kita kenal orang. yang kurang baik pasti akan ada. yang baik terlalu ramai tak terkata. bersama dengan orang-orang biasa yang semangatnya kental akan buat kita yang juga biasa ini tak nak hidup cuma jadi biasa-biasa saja. kita nak buat sesuatu yang boleh kita claim depan Allah nanti. nak tampung amalan yang tak berapa banyak, usaha untuk lakukan sesuatu bagi agama-Nya atas keyakinan Allah akan membantu sesiapa saja yang membantu agama-Nya.
5 Mei 2018, Gelombang Muslimat Muda, Bukit Keluang |
semoga kita terus saja menjaga agama ini dengan sebenar-benarnya. semoga intima' kita pada jemaah ini bukan semata-mata kerana sakhsi atau taqlidi tetapi intima' kita intima' 'aqidi. kebajikan bukan cuma tentang kebajikan yang jelas terlihat di mata kasar tetapi kebajikan yang terbesar adalah menjaga agama islam dalam diri setiap muslim dalam masyarakat itu sendiri. apa guna dihidangkan segala kesenangan dan kebebasan tetapi agama kita tinggal tunggang-langgang, diguna bila rasa perlu, diketepikan ketika tidak sekufu dengan nafsu. na'udzubillahi min dzalik.
semoga Allah pelihara kita semua dan semoga kita terpelihara daripada hal-hal yang boleh menghilangkan peliharaan Allah untuk kita.
0 comment(s)
“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”