Saturday, 31 May 2014

So, this is goodbye for Second Year.

menghitung hari untuk pulang ke bumi berhempas-pulas (baca : KIPSAS). separuh hati rasa tak sabar mahu kembali. separuh hati pula rasa gerun untuk berdiri di sana lagi. aku tak tahu kenapa aku tersenyum sambil menuliskan ini. semester lepas sangat-sangat bermakna, Tuhan. dalam masa lebih kurang empat bulan Allah telah ajar aku bermacam benda. dan semuanya sangat mematangkan. 

empat bulan yang menyaksikan satu-persatu prinsip aku lebur.
empat bulan yang menyaksikan air mata mengalir seperti hujan membanjir.
empat bulan yang menyaksikan kemanjaan yang tak tertahankan.



pretending to be strong is the only choice I have. and hoping by that I will become strong for real.


terlalu banyak hal yang berlaku pada semester ini. hal-hal yang memenatkan otak. hal-hal yang melemahkan tenaga. dan juga hal yang menurut aku tak mampu diterima logik akal. antaranya aku rakamkan di sini.

realiti hidup tidak seindah yang kita jangka. bukan semua benda akan berlaku sempurna seperti yang kita rancang. sebab Allah lagi tahu. Allah mahu ajar sesuatu. dan Allah pilih aku. pilih kita. kerana kerja agama ini bukan untuk orang yang tidak matang. didikan Allah itu sempurnanya terlalu. segala rasa yang hadir tak mampu untuk diungkap pakai kata. penat yang indah. lemah yang kuat. lunyai yang berkah.

dengan jawatan ini aku makin longlai mendengar setiap cerita tentang pemimpin. dengan jawatan ini aku makin mudah menghadam setiap kata. dengan jawatan ini aku rasa makin akrab dengan jiwa-jiwa terpilih. dengan jawatan ini aku rasa semua benda ada kaitannya dengan aku.

"menangislah seperti perempuan yang menangis kerana kehilangan negerinya sendiri kerana kau tak mampu untuk pertahankannya sebagai seorang lelaki." 

Allah. aku sangat terasa dengan ayat ini. ini kata-kata ibu kepada pemimpin kerajaan Islam Andalus sebelum Andalus dirampas musuh. ustazah Norahida ceritakan tentang kisah ini pada awal aku mendapat jawatan. entah kenapa, terlalu banyak tamparan-tamparan sunyi yang aku dapat. dan rasa ini tak mungkin aku mampu rasa tanpa jawatan ini. Alhamdulillah untuk pengalaman ini. walaupun Allah terlebih tahu betapa aku sangat tidak mahu. siapakah yang gila mahukan jawatan? 

sumbangan apa yang telah aku beri dengan jawatan ini? bebanan di pundak sangat terasa. sungguhlah bukan mudah mahu mencetak manusia. tengok pada diri sendiri dan sekeliling, inilah kondisi ummah sekarang. bahkan mungkin lebih teruk. akhlak da'ienya sahaja tercampak merata, usah diperbahas soal akhlak mad'u yang lain. 

pernah ada sesi hiwar dengan doktor lelaki waktu berkejar ke HTAA untuk kali kedua.

"saya tak nak datang sini pun doktor. tapi kawan-kawan paksa. saya tak berminat langsung nak datang hospital ni. lagipun saya tahu saya tak perlu ubat."

doktor baya 30-an itu ketawa perlahan. 

"ada masalah ke? sebab kalau tak stress tak jadi macam ni juga. tak apa. cerita saja pada saya." 
"eh, saya tak rasa pun saya stress. tapi.. penat berkejar. saya lemah sikit when it comes to physical work ni. sebab memang ada athma. em. mungkin sebab jawatan kot." 
"hm. saya dah agak dah. kalau awak rasa jawatan tu membebankan awak, lepas sajalah. kalu mudharatkan kesihatan, better lepas."

aku tunduk dan senyum. how I wish, doctor. I wish. but I just can't.

kalaupun apa yang mereka sebut sebagai stress itu boleh bawa aku kepada mati sekalipun, aku mohon semoga Allah pandang ia sebagai kecaknaan. kerana dakwah adalah cinta. dan cinta sangat menuntut segala-galanya darimu. termasuk nyawa. 

kalau benar cinta, perlu bersedia untuk berkorban. kalau benar mahu jadi pejuang Islam, perlu bersedia untuk berkorban. pengorbanan. tadhiyyah. sacrifies.

perjuangan ini sangat butuh pengorbanan. korban perasaan. korban tenaga. korban masa. korban harta. tapi semua itu masih terlalu kecil. untuk sebut kata juang saja aku jadi malu sendiri. 

berani hidup bererti berani untuk terima risiko. risiko dikeji orang. risiko dijahati orang. risiko di-su'udzon orang. risiko diumpati orang. risiko dibenci orang.

bila kau yakin apa yang kau buat adalah kerana Allah, segalanya jadi ringan. bukan semua akan suka kita. bukan. tolonglah, jangan manja. aku hairan melihat orang yang cepat melatah bila telinganya disapa hal-hal yang buruk tentang dirinya atau orang sekelilingnya atau tentang apa yang dia sedang perjuangkan. jangan cepat melatah. manusia tak suka itu perkara biasa. orang yang rasa dia baik saja yang tak mampu untuk terima hakikat bahawa ada juga manusia yang tak suka dia.

pernah juga berlaku peristiwa yang menyebabkan perselisihan. aku belek Quran. helaian dibuka secara rawak. seperti biasa. kerana aku sangat yakin Allah akan berbicara dengan aku pada waktu aku perlu. dan mata tepat menuju ayat ini. dalam Surah Hud.

118 : "Jikalau Tuhanmu mengkehendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat."  
119 : "kecuali orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu. dan untuk itulah Allah menciptakan mereka. kalimat Tuhanmu (keputusanNya) telah ditetapkan; sesungguhnya Aku pasti akan penuhkan neraka Jahannam dengan jin dan manusia (yang derhaka) semuanya.  
120 : "dan semua kisah daripada rasul-rasul yang Kami ceritakan kepadamu (Muhammad) ialah kisah-kisah yang dengannya dapat meneguhkan hatimu dan dia dalam surah ini telah datang kepadamu kebenaran, pelajaran dan peringatan bagi orang yang beriman." 
123 : "Dan kepunyaan Allah-lah apa yang ghaib di langit dan di bumi dan kepada-Nyalah dikembalikan semua urusan-urusan, maka sembahlah Dia dan bertawakallah kepadaNya. dan sekali-kali Tuhanmu tidak lalai terhadap apa yang kamu kerjakan."

Allah dah terang-terang sebut dalam Quran. jadi, tak payah persoalkan kenapa umat Islam berpecah belah. dan part yang 'meneguhkan hatimu' tu, jujurnya waktu itu hampir saja mahu give up. like I can't do this anymore. tapi Allah lihat semua yang kita buat. kecil atau besar. Allah lihat. sebab Dia Maha Kaya. Maha Penyayang. buat kerja sedikit pun akan ada ganjaran.

Alhamdulillah kerana Allah kirimkan sahabat-sahabat yang memahami kondisi diri. tak susahkan aku dengan kerja yang mereka rasa mereka masih mampu untuk lakukan tanpa aku. oh, aku maksudkan risalah Hayya Bina. jadi raisah untuk Lajnah Penerbitan Jabatan Bahasa Arab is not easy. tapi syukur ada kawan-kawan selajnah yang sangat berperanan sebagai sayap kiri. I owe you guys a lot. 

kepada A.R yang selalu jadi tukang urut kepala. huhu. migrain dah jadi rutin harian. cuma ada hari yang mampu tahan dan tak mampu tahan, itu saja. biasa mana mampu tahan migrain. tapi sekarang dah boleh sebab dah lali. pain killer hampir masuk tong sampah. Alhamdulillah.

teringat waktu A.R kenalkan aku pada ibu dia. 

"ni Ainum."

aku sengih di tangga. salam cium tangan.

"oh.. kecik je orangnya. tapi kental."

aku sengih lagi. kental? pengsan dua minit. kalau aku kental, maknanya akulah orang kental yang duduk pada ranking paling bawah. ibu-mu memandang aku terlalu besar. ada masa tulisan tak sama realiti.

dan terlalu banyak untuk aku cerita. tapi biarlah. semua akan jadi kenangan dan pengalaman untuk aku hadapi hari yang mendatang. yang akan membantu menguatkan. 



flashback time kempen.

teringat As Saff ayat empat.
kalau beginilah ukhuwwah, kalah pun rasa indah.
sebab kita sama-sama rasa :')


dan untuk sosok yang dikagumi - Sultan Abdul Hamit. aneh, jiwa rasa sangat akrab dengan Tuanku. I feel you. the feeling when people don't trust you. the feeling when we just want the best but all they know are to misunderstand things. I feel you, Tuanku. I feel you.

ini baru playground. medan latihan. medan rekrut. sebelum keluar ke medan amal. tapisan Allah itu sentiasa berlaku. semoga kita berjaya hingga ke tapisan yang terakhir. semoga tak lelah kaki melangkah. semoga pahit terasa indah.

semester depan dah jadi senior. third year. third year. third year. Allah. tak ada harapan nak kumpul lima sijil dekan. sebab result sem ini aku boleh rasa under three point five. dan sem depan.. lagilah tak boleh score. subjek membunuh kejam semuanya.

tak apalah. things that doesn't kill you just make you stronger. stay strong, Ainum.


Friday, 30 May 2014

kadang, lebih baik cerita dihenti mati.

"aku nak tanya sesuatu. erm.." 

"apa dia ?"

"macam mana kau tahu kalau kau sayang someone ?" wajahnya menunduk. malu dengan soalan sendiri mungkin.

"payah soalan tu." dia memandang sahabatnya aneh.

"kan ? aku ingat aku saja yang rasa macam tu."

"kenapa tiba-tiba tanya ? it's a little bit awkward for us to have this kind of conversation, don't you feel so ?" senyum terukir memandang sahabat di hadapan.

"random." dia angkat bahu. ah, payahnya nak bercerita!

dipandang lama wajah sahabatnya. mula bermonolog sendiri dalam hati. 

'there's something stuck in her throat that she can't spill it. I feel you, girl. I've felt it before. and maybe still am.'

"Hurt, ain't it ?"

"Huh ?" dia memandang kaku. akalnya sudah jauh menerawang.

"that feeling. it's hurt, I bet."

straw dimain perlahan. gula sudah terlebih hancur.

"aku.. aku tak tahulah. I'm just.. confused."

"hm. kalau kau suruh aku definisikan sayang.. sayang is actually another word of caring. bagi aku lah. sebab aku tahu aku betul sayang someone bila aku sayang dia sampai tahap aku rasa aku nak jaga dia betul-betul. dan jarang sebenarnya untuk aku rasa macam tu. eh, boleh kira pakai tangan. atau memang tak pernah rasa ? giliran aku pula yang confused." ketawa pecah di akhir ayat. lebih kepada lucu dengan diri sendiri.

"sampai mampu untuk terima segala hitam dia ?"

suapan aiskrim dihentikan. 

"macam mana aku nak hitamkan dia kalau aku sendiri pun tak putih ?"

giliran sahabatnya pula terhenti suapan. tersentak. terpukul.

"maksud aku.. hitam yang jelas hitam.. yang tak mampu dikelabukan.."

"sebab tu aku cakap aku nak jaga dia betul-betul." aiskrim disua kemulut. lambat rasanya untuk menelan. perbualan ini jadi makin dalam. 

"..bukan sebab aku rasa aku mampu untuk putihkan dia. tapi sebab aku tak mahu dia terus hitam. ah, kenapa aku rasa kita sedang bercakap tentang orang minyak ni." ketawa pecah lagi. 

".. sebab aku terlalu percaya bahawa yang pernah rasa hitam itulah yang nantinya akan menghargai bila mana dia merasa putih. bukan semua beruntung merasa putih sejak dari awal, kawan."

"pedaslah nasi goreng ni." sahabat di hadapannya mencapai tisu. dia mengulum senyum tawar.

"sebenarnya kan.. things become complicated sebab kita sendiri yang rumitkan. padahal Allah dah tawarkan istikharah. tapi kita tak buat. sibuk fikir siapa harus dipilih. kenapa takut sangat nak istikharah ? takut pada jawapan ? pelik betul. Allah lebih kenal kita, kawan. Dia lebih tahu siapa yang terbaik untuk kita walaupun mungkin sekarang kita tak nampak."

"tambah rumit kalau terlalu ikutkan perasaan sendiri, kan ?"

"ya, betul. tapi Rasulullah SAW juga meraikan fitrah itu. pernah Rasulullah SAW bertanya kepada seorang wanita apakah dia mahu mengahwini pemuda yang berjalan itu. wanita itu bertanya apakah itu satu perintah atau syafaat. dan Baginda SAW mengatakan boleh menjadi syafaat. lalu wanita itu menolak dan Rasulullah SAW tidak marah sama sekali. kerana wanita itu tak ada rasa cinta untuk pemuda itu. Rasulullah SAW sangat understanding, kan ?" giliran aiskrim-nya pula yang berasa pedas. tisu dicapai.

"...tapi jangan sampai buta dalam memilih. bukan semua kecintaan kita itu benar. teliti hati betul-betul. terlalu melebihkan perasaan hingga terlepas pandang yang sewajarnya pun boleh membawa binasa. bahaya."

sahabatnya masih diam mendengar. mencerna. menghadam setiap kata.

"aku rasa masalahnya dari diri sendiri. benda jadi rumit sebab aku terlebih fikir tentang hal ini. yang mungkin belum waktunya.." suapan terakhir nasi goreng terasa pahit.

"... sebenarnya aku penat. serius aku kata aku penat. penat dengan ujian macam ni. boleh dikatakan sangat jarang untuk diuji begini, tapi sekali datang... aku rasa mahu jatuh."

"ya.. aku faham. cumanya kau kena ingat, diuji dengan hal yang sama berkali-kali sebabnya kau belum lulus ujian ini. dan memang penat sebab.. kebergantungan kita tak sepenuhnya kepada Allah. tawakal menyelusur masa. kita payah untuk amalkan perkara itu. dan memang penat, apatah lagi sebagai seorang yang bekerja untuk agenda Allah, hal begini sangat melemaskan."

"iya! melemaskan sekali... aku rasa malu pada Allah. kerja bertambun-tambun tapi masih.."

ekspresi wajah sahabatnya itu diperhati. sama. ekspresi yang punya rasa bersalah dengan Tuhan dan keliru dengan perasaan. siapa yang suka diuji pada titik itu ? tidak ada rasanya. apatah lagi buat seseorang yang bergelar da'ie. bukan semua benda kita cari pasal untuk ia berlaku. ada yang datang sendiri tanpa diduga. tapi tetap kena husnudzon dengan Allah. ada sebab kenapa Dia beri ujian ini. ada sesuatu yang Dia mahu ajar.

"lepas zohor ada meeting. untuk program minggu depan."

"oh, yakah ? jom-lah. dah jam 12." dia segera menghabiskan minuman yang masih tersisa. sapu tangan dikeluarkan dari bagpack untuk membersihkan wajah yang tadinya sugul.

ditenung lagi sahabat di depannya. mim mula bercambah di bibir.

"jom." 

restoran itu ditinggalkan. bersama perbualan-perbualan tadi. kadang, lebih baik cerita dihenti mati. sebab kita masih punya banyak kerja menunggu di depan sana. bukan tak mahu selesaikan masalah. tapi sebenarnya sedang mahu selesaikan masalah. kerja dan kerja dan kerja. hingga hal-hal lain kita boleh taruk ditepi untuk sementara.

semoga berjaya, kawan.





"Aku tak hilang. Aku hanya sedang tertimbun oleh keinginanmu yang lainnya."
- Karizunique


aku tak kisah kalau kau hilang, asal keinginan aku itu adalah ilmu dan perjuangan.



Monday, 26 May 2014

Can I wear niqab when performing the solah?

Salam'alayk gorgeous. 

I have something to share. something very important to niqabis. ana aqul marratan ukhra, NIQABIS.

ok, seperti yang kita tahu when it comes to solat, kita mesti kena buka purdah kan? kalau ada tabir, alhamdulillah. tapi kalau tak ada tabir? nanti muslimin nampak, macam mana?

dan ada juga yang solat dengan purdah. aku sendiri pun pernah baca yang dibenarkan solat sekiranya tak ada tabir dan terdedah dengan muslimin. I forgot the sources for seriously. so, I thought it's okay to wear purdah in perfoming solah. but, I am absolutely wrong.

bahaya kan bila ambil ilmu macam tu saja. dapat satu sumber kira okay done. dah tak payah nak kaji. haih.

nak dijadikan cerita, tengah tunggu nak pergi PASTI tadi, rembat la Kitab Terjemahan Nailul Authar Jilid 1 dari rak buku. dan antaranya ada menyebut tentang hal ini,


ini gambar google bha. tapi sama jak la.


"BAB : LARANGAN BERPAKAIAN DENGAN TERLEPAS DAN MENUTUP MULUT DALAM SEMBAHYANG"


عن أبي هريرة أنّ النبي ص نهى عن السدل في الصلاة وأن يغطي الرجل فاه. 

688. Dari Abu Hurairah bahwa Nabi saw melarang melabuhkan kain dalam sembahyang, dan melarang seseorang menutup mulutnya. (HR Abu Daud)

ولأحمد والترمذي منه : النهي عن السدل.

689. "Dan bagi Ahmad dan Tarmidzi dari Abu Hurairah juga dikatakan : "Dilarang melabuhkan kain."

ولإبن ماجه : النهي عن تغطية الفم.

690. "Dan bagi Ibnu Majah dikatakan : "Dilarang menutup mulut."

Penjelasan :

Syarih berkata : Tentang arti "sadl" Abu Ubaidah berkata di dalam kitabnya "Al-Gharib" sbb. : Sadl ialah seseorang melabuhkan kainnya tanpa mempertemukan kedua tepinya di bagian depan. tetapi kalau kedua tepinya dipertemukan, bukan sadl namanya.

Ibnu Atsir Shahibudin Nihayah berkata : Sadl ialah berselimut dengan kainnya dan memasukkan kedua tangannya ke dalam sehingga ia ruku' dan sujud dalam keadaan berselimut. 

Syarih berkata : hadits ini menunjukkan haramnya berpakaian dengan terlepas di dalam sembahyang kerana demikianlah hakikat ma'na larangan. akan tetapi Ibnu Umar, Mujahid, Ibrahim An-Nakha'i, dan Syafi'i memakruhkannya, baik di dalam sembahyang mahupun di luar sembahyang. sedang Imam Ahmad memakruhkannya di dalam sembahyang saja.

perkataan "Dilarang seseorang meutup mulutnya" itu, Ibnu Hibban berkata : karena hal itu termasuk modus orang majusi. Ibnu Hibban telah menjadikan hadits ini sebagai dalil atas makruhnya sembahyang dengan menutup mulut, sebagai mana pendirian Mushanif.

-- hlm. 379-380





dan Imam Syafie pun tak bagi. 

makanya, kalau ada terlibat dengan program yang melibatkan kena solat jemaah dalam keadaan terbuka, eloklah kalau kita pakai telekung untuk solat. biasa kita sembahyang macam tu saja sebab dah berjubah kan, tapi untuk elakkan orang ternampak dan ter'detect' kita ni siapa, lagi selamat kalau kita sama ratakan pakaian kita dengan orang ramai iaitu telekung putih. bila Izrail datang memanggil.. eh, itu selimut putih. eh, betul ke? -.-

cumanya nak pesan, don't be too syadid in hukum kalau hukum itu sendiri ada thabat dan murunahnya. jangan terlalu perjuangkan purdah sampai tercicir apa yang wajib dalam solat. benda khilaf. tak payah nak bahaskan lebih-lebih. :)



I am niqabi too.
and I love to follow the fiqh without complaining because it's cool, man.
herher.

Sunday, 25 May 2014

Untuk cerita semalam..

untuk cerita semalam, Allah sesungguhnya sedang mengajarkan aku sesuatu.

"Tuhan-mu tidak pernah salah dalam bertindak."

bila sedarkan diri dengan kenyataan ini, beban yang berat terasa ringan. iya, Allah tak pernah salah dalam bertindak. Allah lebih tahu apa yang Dia tetapkan untuk kita. kenapa kita harus mengeluh? hidup ini.. untuk Dia juga, kan?  

terkadang kita merasakan pundak sudah tidak tertahankan. mereka katakan berat derita itu pada mata. aku kata berat itu pada jiwa. terlalu banyak nikmat yang wajib disyukuri untuk kita sibuk mengenangkan kesakitan yang tidak kekal. 




untuk cerita semalam, sungguh aku jadi tambah hairan dengan makhluk-Nya.

hebat mana Allah kerana telah mencipta jiwa sekuat dia.

orang kata, kekuatan itu bila kita mampu untuk bertahan dan mampu untuk lepaskan apa yang perlu. tapi hakikatnya kekuatan yang sebenar adalah apabila masalah menikam kau parah sehingga dunia akan sangat mengerti kalau kau ranap sekalipun, kalau kau putus asa sekalipun namun, kau masih mampu untuk bertahan dan teruskan hidup sebagai hamba yang bersyukur.

itu baru betul, kekuatan.

agaknya ganjaran apa yang Allah telah sediakan untuk kau atas ujian ini, wahai ukhti-ku..

Wednesday, 21 May 2014

Just be careful with your own feelings.

Salam'alayk people. senyum sikit. =)

I just feel like talking here. lantaklah ada orang baca ke tak. haha. it's mine, anyway. nak buat vlog, kita ni pemalu orangnya (oh my God). so, kadang-kadang macam best juga write like you speak. herher. 

nak cakap pasal tajuk kat atas tu ha. *jari tunjuk atas dua kali*

well, banyak kali kan, kita decide a decision based on our feelings and not with pertimbangan yang betul. maknanya tak ada kerjasama antara hati dan akal. buat keputusan dengan modal kehendak yang sementara. oh, tu selalulah. lepas tu, menyesal tak sudah.

okay, I give you an example.

contohnya bila Bedah tak boleh makan udang sebab alergik. tapi satu hari mak Bedah masak lauk udang cili padi api pedas kebabom. makanya mestilah wajib untuk Bedah terliur yang sangat. so, Bedah decide untuk makan. sekor pun jadilah kata Bedah. lalu Bedah pun makan. dan natijahnya, habislah lemah terasa badan Bedah. nak muntah. bibir macam Angelina Jolie. dan mulalah terdetik di hati Bedah, "kenapalah aku makan udang tu? rasa makanan tu kejap je kot. nanti jadi tinja (Bedah ni sopan dan sains orangnya) jugak. tapi sakit ni lama."

hah. nampak tak?

sebab tu jangan ikut sangat hati tu. berlemak sangat hati tu sebab tu manja. segala benda nak kena turut kehendak dia. eh, tak bolehlah macam tu. kena tengok juga apa benda yang hati nak tu. kadang-kadang bukan betul sangat benda yang dia nak tu. nak Brad Pitt lah, nak John Cena lah, nak Habib Jewel, dan macam-macam lagilah yang dia mengada sangat duk nak. 

Allah bagi manusia akal sebab nak suruh fikir. jangan taruh buat pusaka je. guna selalu. biar tak terserlah sangat bodoh tu. haih. tapi tu lah, suka sangat lebihkan hati. lagi parah bila hati tu bergabung dengan nafsu. uih, memang naya la kau, kak.

kena hati-hati dengan feeling sendiri. sebabnya, bukan semua yang dia nak tu kemahuan kekal. banyak masanya it just for temporary. kita juga yang rugi kalau tersilap buat keputusan. lagi bahaya kalau melibatkan keputusan yang besar. seperti pilih calon suami, misalnya ? erk.

sekarang mungkin kita rasa, "ow, he's the one who can bring me to Jannah." "she'll be the mother of my children." bleh bleh bleh. kalau memang okay, baguslah. tapi kadang-kadang tertipu dengan kata-kata manis, dia punya looks, harta benda, dan segala benda yang boleh attract kita untuk tiba-tiba nak suka dia. memang karutlah ayat kan. 

jangan sampai kita terlalu cari yang sempurna, by sempurna I means sempurna pada mata kita, sampai kita buta untuk lihat apa yang dah baik depan mata. sebab sempurna bagi manusia tu bagi aku, it's universal. subjective. mungkin dia tak ada kaki, tapi aku nampak dia sempurna. sebab ada kelebihan pada dia yang menutup ketidaksempurnaan dia. mungkin dia perempuan sopek, tapi aku nampak dia indah. begitulah. 

sempurna tu kau tak akan jumpa dalam diri kau.
sempurna tu kau tak akan jumpa dalam diri aku.
sempurna tu kau akan jumpa dalam diri kita.
KITA -- berdua.

the lock-and key enzyme. even Biology explains it. 

bijaklah dalam memilih. jangan ikut hati. pemandu berhemah encik iman kan ada. kenapa nak suruh encik nafsu yang drive pulak. bawak kereta entah pape. tak pepasal eksiden belanggor nanti.

be wise. tak kisahla dalam bab apa pun. asalkan bila tiba masanya kau kena memilih. payah tau. tapi tu yang akan effect kita punya hidup dunia akhirat.

dan, sebenarnya akan ada pengorbanan kecil ataupun besar yang kita kena lakukan when you start making decision. sebab kita tak boleh nak pilih semua. so, someone will be hurt. and that someone can be you. or another party.

"hm. kalau aku pilih kau, berapa banyak hati yang akan ranap. so, I better not to. mungkin kita memang ada jodoh. tapi jodoh tak kesampaian."

hah, tu antara line siri tadhiyyah la. sebab kau tak boleh tamak. kau manusia. kau tak boleh ada semua. tu kata Wani Ardy.




yelah sebab tak semua yang kita nak kita dapat. tak semestinya kalau kita suka orang, orang tu kena suka kita balik. kena terima hakikat tu walaupun pedih menusuk hati jantung tak lari. tapi, kadang-kadang bukan sebab dia tak suka. mungkin sebab dia keliru. so, dia diam. okay, start mengarut dah. haha. aku pun tak paham apa yang aku cakap.

so, semoga lepas ni kita jadi lebih bijak dan matang dalam memilih. sebab pilihan kita hari ini adalah penentu masa depan kita. dunia dan akhirat. 

peace.

Wednesday, 14 May 2014

Escapism.

hari kedua di Sabah. mahu escape katanya. tapi, di saat hati sudah rasa lali.
jujur, tujuan aku memang untuk lari. walaupun aku sendiri tak tahu dari siapa aku mahu lari dan untuk apa aku lari. 
jalan sendiri. bergantung spenuhnya pada Allah. dan antara momen paling indah dalam berjaulah adalah bila orang asing menjadi orang yang aku terlalu percaya.

"kakak, mahu ke mana ?"

"Kota Kinabalu."

"MasyaAllah, samalah. teman kak. saya jalan sendiri. tak reti. heh."

"oh, tak ada masalah. kita pergi sama."

dan dalam flight pula seat bersebelahan dengan lelaki. Allahu. rancak pula dia mengajak aku ngobrol. mujur juga. tak adalah awkward sangat. lelaki umur 30 itu senang sekali bercerita memecah rasa tidak selesa.

"nanti kalau tak tahu boleh turun sekali."

"eh tak apa. ada kakak di seat belakang untuk teman."

baiknya manusia.


lima hari menjadi musafirah. balik dari program di Selangor, berehat satu hari di rumah dan terus ke Sabah lagi. ruginya kalau tak berdoa yang banyak. 

dan dalam lima hari inilah aku baru tahu diri.
lembiknya aku berbanding mereka. Allahuakbar.

di sini pula rasanya terlalu sekejap boleh menatap wajah abang ipar. seharian di sekolah sambung pula petangnya dengan mesyuarat, malamnya sambung kuliah di masjid. balik dengan wajah yang letih. tadi, sempat dia menutur pada kakak-ku waktu ambil masa tiga-empat minit untuk makan.

"penatnya sayang. tak sempat nak rehat."

sehingga pernah kakak aku kata,

"rasanya memang betul bermadu dengan dakwah."




hm. lagak apakah peribadi-mu wahai abang-ku ?

ajarkan aku menjadi seperti-mu.
biar di setiap hela nafas adalah sumbangan untuk agama-ku.
ajarkan aku menjadi seperti-mu.
biar bergunung hambatan datang meluru tak akan mampu bikin aku jatuh.
ajarkan aku menjadi seperti-mu.
biar nanti aku tahu bahawa hakikat mukmin di dunia memang seperti itu.

abang-ku, ajarkan aku menjadi seperti-mu.
aku mahu menjadi seperti-mu.