phew. kesat peluh kejap.
what an august. what. an. august. bulan ni memang bulan yang paling banyak buat aku belajar realiti mendewasa. ternyata aku bukan lagi anak perempuan yang bangun tidur tak perlu fikir apa-apa tentang bagaimana mencari wang untuk melangsungkan kehidupan.
setahun lebih bergerak dalam harakah jemaah ini (di medan lapangan), hidup memang banyak berubah. sebab aku belum direzekikan untuk sambung pengajian. cukup setakat diploma, setakat ni. dan alhamdulillah, rezeki Allah tak pernah tersekat gara-gara pendeknya perjalanan tempoh menuntut ilmu secara formal.
sebelum terlibat dengan jemaah di lapangan, aku sekadar jadi dropship agent untuk beberapa produk dan hasilnya, alhamdulillah okay juga dalam keadaan diri tak ada komitmen apa-apa untuk dibayar (kecuali ptptn tapi masa tu tak ada intention untuk bayar lagi). nak beli apa-apa pun boleh usahakan sendiri tanpa perlu minta duit orang tua. cukuplah lulus level pertama tersebut walaupun belum mampu untuk menanggung orang tua keseluruhannya. belum capai level tu. belum sampai. sabajap.
bila dah mula bergerak dengan parti, aku disibukkan dengan tugas-tugas di bahagian media. waktu tu, bermula kehidupan sebagai full time 'amilin PAS. waktu sahabat-sahabat sedang sambung belajar dan sudah mula punya pekerjaan, aku masih di depan laptop berhadapan photoshop. tapi ini bukan ayat iri, jangan salah sangka dulu. apa yang aku nak kata, orang lain direzekikan oleh Allah untuk mencari hasil dengan kudrat fizikal yang mereka ada. aku pastinya masih berkudrat tapi mungkin tak segagah mereka untuk bekerja sehari suntuk ke sana ke mari. rezeki mereka begitu. mereka mampu juggling dengan kerjaya dan jemaah.
tapi Allah rezekikan aku "masa". masa untuk fokus sepenuhnya kepada jemaah. aku tak ada hasil bulanan macam mereka tapi confirm aku akan claim gaji tu di akhirat sana nanti. buka akaun dengan Allah ni investment yang berbaloi dunia akhirat, insyaAllah. 'izzu dunya bilmal wa 'izzu akhirah bila'mal. hebatnya dunia itu kerana harta, hebatnya akhirat kerana amal (yang bertukar menjadi pahala).
tak lama lepas tu, aku mula berkira-kira untuk cari kerja. sebab masa tu dah rasa sangat perlu untuk cari wang sendiri. tapi kerja yang ada semuanya kena keluar rumah (of course) yang memerlukan pergerakan fizikal yang banyak, which i'm not an expert for now. jadi, pending lagi projek mencari kerja. dan masa tu aku berkira-kira untuk mula freelance job as graphic designer. tapi tak juga terbuat sebab dah datang musim PRU. kerja memang banyak gila untuk media. so, masa tu aku pun, "okay, kita hold dululah misi cari duit ni. kita fokus dulu menangkan PAS. lepas dah setel PRU, kita on balik."
okay, done PRU. PAS menang di Terengganu. so, masa PRU memang aku dah ditugaskan untuk jadi designer calon ADUN. once beliau dah menang, aku diteruskan jadi designer rasmi berelaun bulanan. kerja dari rumah. rezeki. sungguh memang tak pernah terfikir pun bila menang akan ada this kind of "ghanimah". this is my first time kot, so i have no idea how things work. sekarang baru faham. even ADUN pun aku baru faham apa fungsinya. selama ni duk YB-YB situ sini aku dok pahang starang uols aku ngaku aku meme bodo bab tu.
satu, dapat kerja as designer exco kerajaan negeri. then datang lagi satu Allah hulur, ditawarkan untuk jadi aku-lupa-apa-nama-jawatan-tu di salah satu institut bawah kerajaan negeri. tapi aku tolak atas alasan aku susah keluar rumah. susah transport dan memang badan tak boleh penat. tapi aku happy sebab Allah buka pintu tu dulu. aku suka bila aku dapat tahu yang Allah nak bagi sesuatu pada aku. lepas tu, dapat lagi tawaran sebagai pegawai media dun. tapi yang ni memang dah terlanjur terima siap isi borang bagai dah tunggu hari nak angkat sumpah saja tapi last minute dapat tahu, kena follow exco kehulu-kehilir since pegawai media kena dapat info on the spot untuk ditulis berita. jadi, sebaiknya ditukar pada muslimin. aku honestly lega. sebab aku dah pernah tolak sekali hari tu kalau kena keluar rumah, kena duduk pejabat, aku tak dapat nak bagi kata setuju. tapi since dah terlanjur terima masa tu, aku teruskan. dan alhamdulillah Allah Maha Memahami! bagi surprise last minute.
and you know what... once aku dah isi borang tu, aku memang doa sungguh-sungguh supaya Allah jaga aku, pelihara aku dari segala fitnah yang mungkin akan datang dari pekerjaan ini. sebab dalam kontrak setahun tu macam-macam boleh jadi. aku akan jumpa ramai orang, aku kena berhubungan dengan ramai orang. anything can happen. dan bila dah jadi macam ni, bila dah cancel job ni, aku dah berair mata masa tu sebab aku ingat aku doa tentang tu. Allah sedang selamatkan aku dari apa yang aku tak tahu. ah, Tuhanku Maha Romantis!
jadi, dari elaun yang almost 2k, dah turun kepada kurang 1k. tapi tak apa, sebab aku pun nak do my freelance job. aku nak majukan aku punya freelance. nak fokus promot produk sendiri. tapi tak lama juga lepas tu dan tak sempat pun lagi nak start promot design sendiri, ada lagi satu tawaran kerja datang. lucunya, maghrib tu hujan lebat dengan guruh, aku tiba-tiba terdetik nak doa, "Ya Allah, nok cari pitih, nok nikoh". aku tak pernah sespesifik tu bila doa untuk urusan menikah. biasanya doa semoga dipersiapkan diri both kedua-dua kami, diberi sabar, diberi kemudahan yada yada. dan masuk satu whatsapp. ada tawaran dari distributor shaklee, nak hire sebagai designer company. sebulan dapat 1k. poster ringkas simple tapi kena buat hari-hari. aku berminat, sebab aku memang nak duit. tapi dalam masa yang sama aku takut aku tak sempat dengan komitmen sedia ada. aku minta masa untuk istikharah. dan jawapannya i say yes. alhamdulillah officially hired lepas lulus ujian temuduga haha. task pertama kena buat poster yada yada and she approved it alhamdulillah!
tulis panjang-panjang ni sebenarnya nak sebut satu point saja. Allah akan bagi rezeki kalau kita memang bergantung sepenuhnya kepada Dia. percayalah kepada Allah. kalau kita tolong agama Dia, Dia akan tolong kita yang mana sememangnya pertolongannya sangatlah besar. i never expected for this to happen. aku tengok jiran aku pagi hingga petang kerja tapi gaji masih kurang dari aku dan benda tu sangat-sangat mengajar aku betapa aku memang kena syukur sungguh-sungguh dengan rezeki yang Allah bagi sekarang. mana lagi nak cari kerja yang kita suka buat, tak payah keluar rumah tapi hasilnya agak lumayan. aku tak pernah terfikir untuk gain thousands just by doing something i love (designing) at home sambil-sambil main dengan rizqi. atau kalau lapar boleh cari makanan kat dapur. atau kalau mengantuk boleh berguling sekejap. atau kalau rasa nak shopping online, boleh scroll lazada atau shopee kejap. buat kerja tak perlu duduk proper depan orang since dalam rumah sendiri, nak bersilat berjoget sambil design no hal. weh... this is... Allah... aku tahu Engkau sedang show off kuasa-Mu kepada aku, Ya Allah. and i fall for that. sebab Engkau memang Akbar.
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.
Ya Razzaq Ya Razzaq Ya Razzaq.
terima kasih kerana mencintaiku dan memberi cinta-Mu untuk aku mencintai-Mu dengan cinta-Mu.
terima kasih kerana mencintaiku dan memberi cinta-Mu untuk aku mencintai-Mu dengan cinta-Mu.
0 comment(s)
“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”