Tuesday, 27 November 2012

saya nak pointer tinggi. salah niat belajarkah jadinya?


"Salam. Kak, boleh tak bagi tips supaya saya rajin untuk belajar ?"

aku pengsan dua saat. salah orang budak ni nak bertanya pun. macam nak perli aku pun ada jugak. -.-'
tapi tu time dulu-dulu. sebelum status bertukar jadi budak kolej.

Rasanya kalau dia tanya sekarang, insyaAllah dah boleh jawab.

Normal, bila kita malas nak belajar. kan ? tapi tak normal sebagai orang Islam. Allah bagi kewajipan untuk kita tuntut ilmu dan semestinya tu bukan suruhan yang sia-sia. mana ada Allah buat apa-apa yang tidak bermanfaat kan ? wajar bila kita jadi abnormal bila masuk bab nak tolabul ilmi ni. sebab implikasi dari menuntut ilmu ni sangat la besar benefitnya, bukan untuk diri sendiri malah untuk semua. 

Alhamdulillah Allah bagi kesedaran tentang ilmu. Bila dah masuk kolej ni baru nampak sebab apa aku kena belajar. and it is a heavy burden actually.. bila difikirkan. mana ada urusan ummah yang difikir secara ringan kan ? Antara English dan Arabic. one is my desire and the other one is my .. what the best word to describe..hmm.. maybe 'role' sounds good. jiwa aku jiwa Shakespeare, tapi bila fikir tentang 'peranan' atas pentas Islam, aku pilih untuk menjiwai Abdullah Ibnu Rawahah. sebab menurut aku, jiwa beliau akan lebih 'berjaya' untuk aku cetak manusia berbanding dengan si lelaki Eropah itu.

"kecuali orang-orang (penyair-penyair) yang beriman dan berbuat kebajikan dan banyak mengingat Allah..."  As-Syu'ara' : 227

Bersyukur aku. bila Allah tak bagi apa yang aku nak. Jawapan yang diberi adalah 'Bahasa Arab'. kawan, sungguh aku katakan. bila kita berlapang dada dengan apa yang Allah tentukan, insyaAllah kesusahan jalan tu akan terasa kemanisannya.

Bila malas merengek-rengek datang menghampiri, aku usap wajah dan istighfar. ingat muka mak ayah. ayah terutamanya. rewind balik ayat sendiri "belajar kerana Allah, demi ummah". otomatik sedar masa tu dengan bantuan Allah. Alhamdulillah. berjaya juga tempuhi semester pertama dengan jayanya. agak jaya la. erk. agak la. -.-

terima kasih la pada kawan-kawan yang sudi datang belajar dengan aku. *macam tak percaya orang suruh ajar BA* kalau bukan diorang yang banyak bertanya, mungkin kefahaman aku pun takkan bertambah. juga pada kak fattanah (tok guru nahu) sebab selalu layan soalan-soalan via sms walaupun kuat nag. haha. btw, sem depan ambe nok belajar ngan sape? kak last sem doh.. teringat belajar nahu sampai pukul 3 pagi masa bulan puasa..huhu. 

bagi aku, tak salah 'kejar' pointer. yang bermasalah bila niat untuk mengejar tu kerana apa. aku kejar pointer sebab nak gembirakan ayah yang bersusah payah tanggung kami belajar. ibu pun. aku memang nak ilmu, tapi mak ayah nakkan kejayaan aku. so, nak tak nak I've to get the best result la. dan it just not about parents.. tapi about ummah. kena jugak jadi 'bijak pandai' in case nak yakinkan orang dalam perjalanan dakwah. cakap saja semangat tak jadi kalau takde ilmu. orang takkan pandang punya. sebab tu memang kenaaaa jugak belajar sungguh-sungguh untuk dapatkan ilmu sekaligus pointer tinggi. 



Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala isi hati.. doa yang diseringkan.. *Ustaz Nik Muhd Abduh ajar :D 

"Ya Allah.. aku inginkan ilmu. Ibu bapa-ku inginkan kejayaan-ku. maka berilah mereka kegembiraan itu."

Dan insyaAllah result cantik untuk semester ni. dan semoga menjadi kekuatan untuk kejayaan semester seterusnya. walaupun dah terasa kekecutan perut nak jumpa 'sorof'.. mangaiii...

wahai Dean-list, kalau engkau boleh gembirakan mak ayah aku, maka akan aku kejar kau sampai office Dato' Hashim. eh ? silap sebut nama presiden. sayang bebenor ambe kat dato', nak buat camano. -.-'
btw, aku suka sangat dengar lagu Menuju Mercu (KIPSAS). tengok dalam phone tu dah jadi 'most played' dah.. sejak bila aku 'patriotik' ni pun aku tak tau la. tapi lagu tu memang best =)

lastly, ni salah satu nota arab yang best dibaca - bolehla anda download jika berminat.


may Allah bless ~


Sunday, 18 November 2012

Ukhuwwah itu saudara iman. oh, aku baru tahu.

"Jangan harap nak kasi usrah tu mantap kalu ukhuwwah macam hampeh! Ukhuwwah itu saudaranya iman. Belum mantap ukhuwwah, maknanya belum kukuh iman."

*i'm trying to talk politely.
Sejujurnya, saya rasa saya dah faham masa first time saya baca ayat ni. tapi bila dah 'rasa', 'lihat', dan 'dengar' sendiri, barulah sedar setakat mana sajalah kefahaman saya masa tu. baru faham bagaimana perkaitan iman dengan ukhuwwah ni.

Banyak yang kita lihat, mana-mana antara kita menuturkan "ukhuwwah fillah abadan abada" pastu tambah simbol love. eh. tapi sejujur manakah tutur kata itu ? Apa hanya sekadar dibibir atau dilaksanakan dengan tindakan termasuk tindakan hati ? hm. 

okay. supaya lebih faham, saya akan bagi contoh.

Nana, Nani, Nanu, dan Nano merupakan empat sahabat baik. Alhamdulillah, Allah telah bagi mereka hidayah dan sepanjang mereka bersahabat, mereka selalu saling memperingati di antara satu sama lain. dan takdir Tuhan, mereka akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran di universiti yang sama. syukur bukan kepalang kerana mereka berjaya bergerak dalam satu geng. 

Namun begitu, Nani, Nanu, dan Nano masih lagi rapat seperti dahulu. tetapi Nana pula lebih banyak menghabiskan masa bersama kawan barunya. secara tidak lansung timbul rasa kurang senang di hati sahabat bertiga itu. mereka keluar bersama tanpa Nana. segalanya dilakukan tanpa Nana. bila ditanya kemana Nana, jawapan mereka "Nana ada kawan baru dah sekarang ni. dia tak peduli pun dekat kitorang."

okay. balik pada topik. kalau kamu bagaimana tindakannya kawan kalau kamu berada dalam keadaan sahabat bertiga itu ?

ikut rentak "Nana" atau cuba cari penyelesaian ?

ramai yang lebih mengikut rentak "Nana", itu menyedihkan. di sini baru aku nampak perkaitan iman dengan ukhuwwah. 

kalau kita boleh cakap macam sahabat bertiga tu tentang Nana, maknanya ? 
- adanya penyakit hati. 

dan penyakit hati itu timbul daripada lemahnya iman. jadi ukhuwwah pun makin longgar, palsu, dan tidak bugar. ini yang dimaksudkan ukhuwwah itu saudaranya iman.

ini yang saya takutkan. seharusnya kita lebih matang dalam hal ini. kalau kawan makin jauh, harusnya kita pikat juga dia by hook or by crook supaya dia dekat dengan kita balik. bukan bertindak asingkan diri dan mengumpat secara sembunyi. perlunya ada gusar di hati kita tentang khabar iman sahabat kita. *check iman sendiri tu of course la wajib* dengan siapa dia berkawan, apa yang dia buat.. sangat perlu untuk kita follow-up. tu baru orang panggil ukhuwwah fillah.

ukhuwwah ni bukan antara geng-geng kita sahaja tapi dengan semua. ramai yang berbicara tentang ukhuwwah tapi hubungan dengan orang lain tak jaga, just baik dengan geng dia saja. habluminallah wa habluminannas.    

nak berbicara soal ukhuwwah ni memang tak habis. bila kita tengok sahabat kita 'bermasalah', cuba jangan hanya tengok diri dia sahaja, tapi tengok diri kita dahulu. 

#benci
kadang - kadang, Allah temukan kita,
kawan persis kita, supaya kita sedar;
yang kita benci, kutuk, maki
rupanya diri kita sendiri.

sesekali, hitung aib diri.


Ustazah Hafizah Musa ada sebut dalam IKIM.fm pagi tadi dalam slot usrati, khulasahnya, 

"Berebut-rebutlah dalam menunjukkan kasih-sayang masing-masing seperti mana Nabi Muhammad s.a.w dan anaknya Siti Fatimah r.a.."

Bukannya berebut-rebut menjauhkan diri dan mengata dalam sepi. Yuk sahabat, kita upgrade iman dan baiki ukhuwwah kita. cantik iman, cantiklah ukhuwwah kita. ketatkan skru-skru ukhuwwah yang longgar. kita mampu mengubahnya =)


âäHxÅzF{$# ¥Í´tBöqtƒ óOßgàÒ÷èt/ CÙ÷èt7Ï9 <rßtã žwÎ) šúüÉ)­FßJø9$# ÇÏÐÈ   


teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa

Surah Az-Zukhruf ayat 67