Thursday, 31 January 2013

I am the Mujahidah. The rising sun.





antara mujahadah terbesar yang sedang berlaku dalam diri ;

berusaha untuk tidak mengucap kata letih.
masih.

biarpun zahir tidak mampu untuk selubungkan.



"kamu tak payah nak rasa kamu sedang berkorbanlah. dah tu memang tugas kamu sebagai pelajar. wajar ke kalau kamu kata 'saya berkorban buat assignment, datang kelas dari pagi sampai petang.' ? la la la. tidak sama sekali. itu tugas. bukan pengorbanan."

- Ustazah Azlina -


dan dengan lelah itulah, 
aku semakin rasa manisnya buah yang tumbuh dari pohon ilmu.




SAA:
19 jam kredit is not too much pun kan ? 4 subjek 3 jam kredit : Al-Nahwu Al-Tatbiqiy, Al-Sarf Al-Tatbiqiy, Al-Tarjamah dan Tamadun Islam. Wah, seronok ! Semoga hasilnya lumayan.

Allah, mudahkan ! jadikan aku setegar 'semangat' kekasih-Mu !



Hayya lanarfa' mustawa al-arabiyyah !



Monday, 21 January 2013

Hari ini 'belajar' lagi.


"Jikalau hujan itu menghulurkan damai 
kepada bumi yang gelisah,
maka kamu, adalah perempuan cantik 
yang menyuakan ketenangan 
kepada hati yang resah. =) "


Belek inbox. mahu ulang baca doa - doa yang terhimpunkan. jumpa mesej dari cik adik manis 'Sya Izz'. jadi terbalik. ayat yang Iqa beri pula menyuakan ketenangan barang sedikit untuk hati ini.

hari ini sangat menyedihkan. Allah mahu ajar sesuatu. 'Sakit' dalam belajar. 'Uji' dan 'uji' lagi sampai aku jadi 'lali' dengan 'sakit' ini. tapi semoga 'lali' yang 'menyembuhkan' hingga tiada lagi 'sakit' setelahnya.

Rasa macam speechless yang amat bila muhadhiroh keluar dengan perasaan sakit hati lantaran 'kebodohan' kami. 

"kamu ni nak belajar ke tidak ? bodoh, tapi tak nak belajar. jahil tapi buat - buat tahu. kamus taknak buka. dah rasa pandai sangat ke ? ni lah suka sangat buat kerja last - minute, memang meranalah kamu. masalah kamu ni pemalas. kamu mengaku tak yang kamu ni malas ?"  

semoga Tuhan ampunkan kelancangan sikap kami terhadap muhadhiroh kami. semoga dipermudahkan jalan - jalan untuk kami menyelam dalam lautan ilmu bahasa al-Quran.


"Ilmu itu tidak bisa didapati dengan tubuh yang dimanja - manja." 

malas nak rotate -.-


Wallahi, belajar Nahwu Tatbiqiy la yang paling best walaupun dialah subjek paling gangster yang pernah aku jumpa atas muka bumi ni.

Allah.. mudahkanlah urusan. 


Monday, 14 January 2013

Cinta itu sungguh, satu perjuangan.





"Jangan kau ganggu dia yang sedang bermujahadah itu... kerna dia sedang membaiki dirinya ke arah yang lebih baik... jangan kau ganggu dia yang sedang bermujahadah itu... kerna dia sedang istiqamah mengumpulkan kekuatan untuk melalui cabaran yang mendatang... jangan kau ganggu dia yang sedang bermujahadah itu... kerna dia ingin menjadi yang terbaik buat dirinya dan jua buat dirimu dan untuk semua yang lain... jika dia terganggu, mungkin dia akan tewas di tengah jalan... jika dia terganggu, mungkin dia akan lemah menghadapi rintangan yang menanti di hadapan... jika dia terganggu, mungkin kau sendiri akan kecewa nanti... lebih baik kamu ikuti jejaknya... bermujahadahlah..."

"المجاهد من جاهد نفسه"



SAA:
entah bagaimana terjumpa ayat ini dalam simpanan. aku pun tak tahu sejak kapan aku mula pandai simpan quotation orang. hm, kurang pasti untuk siapa coretan ini ditujukan. mungkin bukan untuk aku.  mungkin juga ya. tetapi bagaimanapun, aku suka :)

'cinta' itu sungguh, satu perjuangan. 

selamat bermujahadah. untuk aku. dan juga kau si pemilik tulisan ini.




Sunday, 13 January 2013

Lagi hadiah daripada Tuhan



"tak perlu harus menjadi susah,
untuk bisa menaruh rasa kasih
kepada mereka yang kesusahan.

tak perlu jadi orang jahat,
untuk bisa merasakan dan membuktikan
betapa kerasnya azab Allah."


-Mencari Tuhan yang Hilang m/s xvi-
(Ustad Yusuf Mansur)