Sunday, 28 June 2015

about this second round fifth semester


almost a year I've been lived in a situation where I was down at heart and down to earth. depression killed me. until one day I met kak zura by co-incidence. and she told me what I might become if I keep drowning myself in depression. I might be crazy if I continue behaving like that. yes, I know it's not impossible because I admit I was too depressed and I lost hope. 

after having some talk with kak zura, I changed. trying to embrace the pain given. and I can feel that I'm happy. I no longer lived in depression and start making peace with Allah. redha is not a mere utter, I learn a lot.

today, I feel so grateful for Allah gives me this kind of way. last year was harsh. and I can't even enjoy my classes. I even submitted "assignment sampah" to ustazah azlina and I'll never forget her words until this second. 

I see kipsas in different view right now. living in my own world. no need to interfere others matters (tapi kadang-kadang rasa mustahil untuk tak masuk campur sebab dah terbiasa haha). but most important, I can enjoy my second round fifth semester. I can enjoy my asalib, tahlil nusus, fiqh lughah, gerakan islah dan tajdid, dunia islam zaman moden, fan al-ilqa, academic writing, metodologi penyelidikan and even halaqah usrah.

alhamdulillah for this second chance, Ya Allah. not everyone can get it. so, I'm really a fool if I don't grab this opportunity and if I keep feeling unfortunate than the others.

I'm glad and so grateful for what I'm having now. alhamdulillah.

Tuesday, 16 June 2015

Tahu oleh Fynn Jamal (untuk orang-orang yang pernah rasa)




dan kau tanya dalam diam
dengan mata kau biar pejam
bagaimana mungkin wujud sunyi
di riuh engkau berdiri

monolog sendiri. setiap manusia ada soliloquy yang kalau dibaca depan khalayak, bakal memberi tangis. sebab perasaan kita sama saja. tak kisahlah apa bentuk susah hati yang dirasa, perasaan itu tetap sama. sunyi sebenarnya hidup sebelum kenal Tuhan. sungguh, tak tipu. sunyi yang tak tahu nak cerita gambar bagaimana. kalau cinta dan benci senang digambar dalam bentuk tulisan, sunyi mungkin menjadi tulisan yang paling rumit. dan juga sunyi untuk dibaca. hingar bingar memekakkan telinga pun tak mampu pecahkan sunyi yang jiwa rasa. itulah jiwa hamba yang tak tahu Tuhan-nya amat dekat.


satu persatu hilang ertinya
berdikit-dikit menyesak dada
mahu kau lari dan bersembunyi
tapi mana kau harus pergi

kalau ikut hati, nak saja lari. memang nak lari. tak mahu ada manusia di sekeliling. serabut. benci. kalau boleh lari masuk ke semak paya belakang rumah, mahu saja lari begitu. tapi sayang ada buaya. memang nak mati. tapi taknak mati kena makan buaya. tak tahu mana nak bawa jiwa sesak. pelik. jiwa kosong, tapi rasa sesak. tak enak nak hela nafas. tertanya-tanya sendiri masalahnya di mana.


haus tak terpuas lautan
lapar tak terkenyangkan
kau tahu namun tak kau akukan

isi jiwa dengan macam-macam yang kononnya menyeronokkan. fikir jiwa akan senang, puas hati, kenyang dengan segala hiburan. tapi ternyata tak puas. makin lapar adalah. tapi masih, ego mahu tetap di sini. jangan bergerak. pertahankan ego yang tinggi melangit tak reti membumi. walaupun tahu yang memang tak ada hasil juga dengan melakukan sedemikian.


kau selongkar bumi langit petala
sedang jawabnya lama kau ada
maka perlu apa kau bongkar gali
kalau cuma diletak tepi

di tengah kekalutan dan kekacauan jiwa, ada yang suntik pakai nama Tuhan. kau tepis berkali-kali. tak usah suntik segala. tak suka. tak perlu semua itu.


sayu tak terjelas fikiran
rebah tak tersambutkan
kau tahu namun tak kau akukan

gila nak mengaku. ego lagi penting. apa kau kisah kena tampar terajang sekalipun. yang penting, ego kau perlu kekal tinggal di atas. biarlah lanyak rabak punah sekalipun, kau tak akan berganjak dari jadi diri kau yang begini!

apa kau cari
yang sebetul-betulnya
lama mana begini
bertelanjang jiwanya

bengong. tak tahu nak apa. semua benda rasa tak puas hati. nak memberontak sana sini. tapi kau tak kacau orang. yang penting, kau tak kacau orang. tak cukup elok lagikah? nak apa lagi, jiwa gila?


apa kau nanti
yang sesungguh-sunguhnya
malam siang berganti
jawabnya tetap sama

cari sampai lenguh semua sendi. tak tahu cari apa. cuma tahu mahu jiwa ini tak rasa kosong begini. ya, ego nak mengaku tapi sampai satu tahap rasa dah tak tahan. sunyi juga mampu membunuh!


sayu tak terjelas fikiran
rebah tak tersambutkan
kau tahu
kau sayu
kau rindu
sama Tuhan

bila pegang dada dan sebut "Allah" perlahan, kau tahu kau memang dah lama tahan rindu, bila mana air mata kau mula mengalir perlahan tapi deras keluar. dan memang kau rebah. rebah dalam lautan rindu yang maha dalam. dan kali ini, rebah kau tersambut. 

-- sebab kau dah mula tahu dan mengaku bahawa Allah itu memang ada.

Friday, 12 June 2015

Tentang GDSJHT





tentang kisah 
tentang cinta 
tentang benci
tentang tentang


dah lama jadi silent reader di blog gdsjht. entah kenapa, membaca perempuan itu terasa seperti membaca diri sendiri. sakit derita berbeza. tapi perasaan nak memberontak itu masih sama -- bencikan hidup yang ada. bab nak putus nyawa sendiri tak payah cakaplah, berapa kali cubaan tak berjaya.

"aku cuma boleh tulis waktu marah, sakit, atau sedih. aku rasa my addiction to sadness drives me to have passion in writing kot." - gdsjht, tentang

gdsjht sebenarnya ajar aku banyak hal. when I thought my past was bitter, there's someone out there had been through hell (hiperbola). dan sebenarnya menjadi perempuan yang pernah rasa jahanamnya hidup ajar aku supaya lagi memahami manusia. cuba kalau kau tak pernah ada pengalaman nak bunuh diri, and then kau baca kisah dia (atau aku), mesti kau akan rasa, "tak perlulah sampai nak bunuh diri kan.. semua orang ada ujian masing-masing"

mulut berfikir memang senang kan?

"live your life like a celebrity, because everyone is your papparazi." - gdsjht, tentang

entahlah. aku tak tahu lagi macam mana nak rafa'kan rasa syukur kepada Allah di atas nikmat kehidupan ini. jalan tak smooth, memang. tapi tu tanda kita hidup. ada naik turun. ada jatuh bangkit. ada tampar belai.

dan mengenali seorang gdsjht melalui tulisannya, buat aku lagi bersyukur dengan apa yang ada dulu, kini dan insyaAllah selamanya. 

"pada pendapat aku, tulisan yang jujur adalah tulisan yang bukan untuk dibaca orang. bila kau rasa tak ada orang akan baca, kau akan tulis segalanya secara terang, jelas dan nyata." - gdsjht, tentang

gdsjht, tetaplah kita menjadi manusia. Allah bagi ujian yang melunyaikan raga tapi Dia juga berikan nikmat yang menghembuskan nyawa. maha adilnya Dia.

banggalah dan selamatlah kita, bila ada Allah sebagai penjaga. teruslah berada dalam jagaan-Nya. Allah kurniakan kita cinta yang banyak supaya kita mencintaiNya semula dengan cinta-Nya. semoga hati penuh dengan mahabbah. sebab gdsjht tak selamanya akan jadi gdsjht -- dengan izin-Nya.


kak awin, thanks for being alive.


Tuesday, 2 June 2015

sebab tu rasulullah s.a.w cakap "fattabiuuni"


banyak yang aku temukan di sini. di darul hadis. negeri di bawah bayu.


qola sheikh rohimuddin an-nawawi al-bentani;

"kalau tak ada cinta, tak akan ada salah yang dimaafkan. hanya dengan adanya cinta, akan mencari-cari sebab untuk memaafkan setiap kesalahan."

ya. betul. kalau dah cinta, semua benda kita buat buta. salah pun masih maafkan. sebab cinta. contoh paling dekat -- bagaimana Allah sudi ampunkan setiap buruk laku dan gunung-ganang dosa kita.

"manusia adalah tempat salah dan lupa. dan cintalah tempat memaafkan kesalahanmu."

sebab memang kita manusia tak pernah lari dari buat salah. kalau tak ada cinta, memang mati kena bunuh rasanya pertama kali buat salah.

"cinta juga yang membuat kita seperti pengantin baru."

sebab hari-hari tuai cinta.

"secara hakikinya, manusia hanya mencintai diri sendiri. hakikatnya. secara agamanya, manusia dituntut untuk mencintai saudaranya kerana Allah. tetapi hakikatnya, manusia hanya mencintai dirinya sendiri. dustalah siapa yang berkata dia mencintai seseorang melebihi dirinya sendiri. kerana hakikat kita manusia, kita memberi cinta untuk kita menerima cinta itu dengan cinta kita. kita memberi untuk menerima."

betapa manusia itu makhluk selfish kan? tak boleh deny langsung. memang ya. beri sebab mahu terima sesuatu kembali. tak ada yang kita buat secara percuma. termasuklah dalam memberi perasaan. kita mahu hidup bersama dengan orang yang kita cinta sebab kita mahu dia cintakan kita kembali. memberi cinta untuk menerima cinta.

"kita takkan mencintai Allah kalau Allah tidak mencintai kita dengan cinta-Nya."

panas hidung. tahan mata dari menangis sebab ramai orang. Allah, menusuknya. tak tahu mahu gambarkan rasa bagaimana pada waktu tu. menyedari betapa benarnya hakikat tersebut. ya, memang kalau Allah tak mecintai kita dengan cinta-Nya terlebih dulu, kita tak akan mencintai Dia. tiba-tiba aku rasa hina yang terlalu.

"rasulullah s.a.w kata cintai baginda melebihi diri sendiri, anak, ayah dan kaum keluarga. saidina umar r.a pernah berkata kepada baginda, 'ya rasulullah, aku mencintaimu melebihi dari aku mencintai anakku, isteriku, kecuali diriku.' jujur pengakuan beliau. rasulullah membalas, 'tidak umar, cintai aku melebihi cintamu kepada dirimu sendiri."

saidina umar r.a sendiri dah mengaku. aku, apatah lagi. entah sehalus apa cintaku kepadamu, ya rasulullah?

"saidina umar seorang yang sangat cemburu. jangan dipegang sentuh isterinya. kalau menoleh sedikit pun dia marah. rasulullah s.a.w cerita di dalam satu majlis, 'aku bermimpi bertemu dengan isteri umar di syurga tetapi aku tidak menegurnya kerana risau umar akan cemburu.' saidina umar r.a membalas, 'tidak kepadamu, ya rasulullah."

subhanallah. terbayang indahnya seorang nabi.

"cinta hakiki itu cinta dengan anak. suami isteri boleh berpisah. tetapi anak tak akan. mencintai anak seolah-olah mencintai diri sendiri. kerana anak itu adalah bagian dari dirinya sendiri."

nampak connection dia. cinta kepada diri sendiri.

"cinta orang tua kepada anak seperti air yang turun. tetap akan turun walaupun tak ada mesin. tapi cinta anak kepada orang tua seperti air yang naik. susah mahu naik, apalagi kalau mesin rosak."

dalam. tajam.

"rasulullah s.a.w minta kepada Allah supaya beri sabar yang banyak kerana hidup ini memang butuhkan kesabaran yang tinggi."

aku tak pernah minta sabar. tak sedar diri.

"cintai rasulullah s.a.w, maka seluruh akhlaknya akan turun ke kita. kuncinya adalah cinta."

makin pedih tusukan.

"kalau kita tak mencintai Allah maka, kita tak akan mencintai makhluk-Nya kerana Allah. cinta yang membuat kita bertenaga untuk beribadah. kalau bukan kerana bermatlamatkan ibadah kerana Allah, tak akan kita mahu berlaku baik sesama makhluk."

betul sekali.

"jika Allah sudah bagi akhlak, Dia takkan ambil balik."

menangis.

"teladan tak akan datang tanpa adanya cinta. untuk meneladani, harus mencintai terlebih dahulu. cinta dan teladan inilah yang diwajibkan oleh Allah kepada kita."

ya, sebab kita tak akan nampak keagungan Allah kalau kita tak cintakan Dia. kita tak akan rasa nak ikut teladan rasulullah s.a.w kalau kita tak ada cinta pada baginda. clear enough.


alhamdulillah. bersyukur di atas keizinan Allah untuk aku hadirkan diri dalam kuliah maghrib oleh ulama nusantara ini. hebat kiyai. ahli sufi cinta. menarik ilmu tasawwuf ni. benda basic. tapi banyak benda yang kita terlepas pandang. atau memang tak pandang.

betullah, the best escapisme you can make adalah dengan hadiri majlis ilmu.

am healing. bi idznillah.