Friday, 29 June 2012

Himmah



(GMJ)


Pendek.
Tapi padat.
Allahuakbar.
:')

"FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE!"



Monday, 25 June 2012

"Bukan dari tangan kita, tapi dari tangan kita"


Salam'alaik.

I'm home already. Balik cuti bertemankan assignment yang bertambun-tambun. Tapi okay la sebab cuti sebulan kes atlet-atlet SUKMA nak guna hostel KIPSAS. Maklumla Pahang jadi tuan rumah tahun ni. kalut semacam. 

Ok, straight to the point la ya. Just nak cerita pasal 'peristiwa' yang berlaku masa on the way home dari Kuantan. Begini ceritanya, kitorang bertolak balik dalam pukul 11 malam macam tu la. dengan perut yang lapar bagai. driver (kakak sepupu) lagi la lapar. so, kitorang decide nak cari kedai.

"Bestnya kalau boleh makan KFC waktu-waktu cenggini." kata Kak Na the driver. 

"Ok. carila mana-mana KFC. Biar Anum belanja." jawab Kak Long lelaju. 

Aku angkat kening double-jerk. tapi dia tak nampak sebab dia duk seat depan. 

"Ok fine. Intai la KFC tu."  Akhirnya.

Actually kitorang memang dah tak makan KFC. Boikot. aku pun memang elergik ayam. tapi sekadar meraikan orang yang bersusah payah untuk kitorang. no hal la. sekali sekala. 

dalam pukul 3.30 pagi macam tu la, kitorang singgah kat KFC Batu Buruk kat Terengganu of course. terkejut bukan main tengok makhluk punya la ramai. aku pun turun kereta. jalan punya jalan punya jalan, aku pun bukak la pintu francais tu. 

erk. eh.kenapa aku rasa macam aku silap masuk kasino ni? -.-'

semua orang pandang aku. and memang kaki aku tak bergerak sebab terkejut. eh, pesal semua pandang ni? dari yang duk beratur panjang lebar sampai la yang tengah makan kat meja. ok, baru perasan. I'm the one and only girl yang wearing hijab. lagi pelik diorang pandang sebab aku pakai niqob. Allah. inikah remaja-ku? Remaja Islam, I mean?

What the heck they're doing kat KFC pada pukul 3.30 pagi. Keadaan macam 3.30 petang. ramai bukan main. without parents. semua anak muda. lelaki perempuan macam satu jantina. yang girls punya dress-up bagai kalah artis. Allahu Rabbi.. hilang terkejut timbul pulak perasaan sedih. And I just realize yang KFC tu tepi pantai. Allah.. lagi la menakutkan.

Nak salahkan siapa sebenarnya? 

Tak. Bukan. Apa sebenarnya punca semua jadi macam ni?

Kadang-kadang nak cakap puncanya dari didikan parents pun tak semuanya macam tu. tapi mostly la. hari tu, ada tengok movie dengan kakak roomate, tajuk Bohisa:Jangan Pilih Jalan Hitam. memang apa yang boleh dikhulasahkan adalah budak-budak jalanan tu semua jadi macam tu sebab parents diorang sendiri. berpunca dari keluarga. kebanyakannya yang jenis broken-separated family. jujurnya, kasihan tengok remaja-remaja yang macam tu. diorang termenzalimi diri diorang sendiri without intentionally.

aku ada sorang kawan ni. lelaki. playboy. masa time zaman jahil tukil dulu, aku pernah meng'quote'kan la kat dia yang orang-orang yang sibuk duk couple tu sebenarnya orang yang kurang kasih sayang. and masa tu aku tak tau la pasal dia punya background family camne. aku tak tau la macammana perasaan dia bila dengar mende tuh. sebab quote aku tuh terbukti ada betulnya la. memang kurang kasih sayang. dia ada stepmother. and he's father's not being fair and square. not really.

and pernah dulu kitorang sembang-sembang. dia cakap la pasal dia punya awek bagai. 

"aku tak jadi nak break-up dengan dia."

"why?"

"sebab dia menangis. aku tak boleh tengok perempuan menangis."

"choiiiyyyy.. menyampah aku. ayat piawai romeo."

tapi sekarang baru aku ingat dia punya reaction masa dia cakap "aku tak boleh tengok perempuan menangis" tu. how he seriously looked me in the eyes and said the truth masa tu. but I was making fun of him. Such a jerk, right? me as a best friend. hmm. aku baru sedar la, mungkin dia relatekan dengan his own mom. mesti dia dah jenuh tengok mak dia menangis kan. dan aku pun tak boleh nak faham bagaimana sakitnya rasa tu. dia, the one and only son yang tanggung sakitnya apa yang mak dia rasa. tapi act cool je depan kami. even I knew deep inside you're crying, tapi tak tau la kenapa, aku takut nak bertanya. sebab aku takut aku yang nangis dulu. ceh, jiwa sentimental habis. 

dan bukan dia sorang la macam tu. boleh dikatakan agak ramai jugak la kawan aku yang macam tu. tu yang aku tau. yang aku tak tau, tak tau la berapa ramai. eh, peningnya ayat.

hm.

bila tengok remaja sekarang, memang otomatik la terpiker aku punya anak nanti macam mana la gamaknya. cukupla mama dia je yang lalui zaman gelap yang gelapnya lampu kalimantan pun tak leh nak kasi cerah dah tu. biar dia nampak jalan menuju zaman renessience(aku tak pandai eja). abi dia pulak.. erkk.. tak tau la ya. eh. mama abi ni pe cite pulak. ada ke orang panggil mama abi? macam comel la pulak. ngehe. eh, serius! okokok. sebab tu kena cari yang pasangan yang soleh/solehah. baru la semua ada guidelines. kalau takde pegangan, nanti anak-anak jadi street rats ke, apa ke, mulalah nak saling menyalahkan.

"Ni semua salah awak bapaknya. anak kita jadi mat rempit."

"eh, lu pehal beb nak marah-marah guwa? awak tu mak dia la yang kena jaga dia. awak duk rumah. saya kena kerja."

ok. tu hanya contoh semata-mata. takde kaitan antara hidup atau yang dah mati. tapi ada je rasanya. 

natijahnya, rumahtangga pun berantakan. anak-anak menjadi mangsa keegoaan ibu bapa. yang dah hanyut jadi makin hanyut. dulu bukan main i-love-you-janji-sehidup-semati. tapi bila dah hambar perasaan tu, mula la nak maki hamun nak bercerai berai. naudzubillah min dzalik..

kan aku dah kata, cinta semata-mata takkan buat kau kenyang. kau juga yang degil tak mahu dengar kata. semoga kita para muslimin dan muslimat sama-sama menjaga diri dalam erti kata sebenar-benar menjaga. bantu sahabat-sahabat kalian yang hampir lemas dalam jahiliyyah. jangan biarkan mereka mati sebelum sampai saatnya mereka mati.

Heh Siti Ainum Amijudin (dan juga semua muslimah), jangan kau sangka perananmu mudah. bermimpilah untuk melahirkan anak sehebat Salahuddin al-Ayyubi, Sultan Muhammad Al-Fateh and so on. bukankah anak yang hebat itu lahir dari seorang ibu yang hebat? memang la kau ting tong  lagi sekarang ni. tapi between living well or living hell, which one would you choose? 

*tundukmalutaknakangkatkepalatapimatabersinarsinarsebabsemangat*



kegemilangan Islam nantinya, mungkin datang bukan dari tangan kita. barangkali dari tangan anak-anak, cucu-cicit kita. tapi anak-anak dan cucu-cicit kita, bukankah datangnya dari hasil acuan didikan tangan-tangan kita?

"BUKAN DARI TANGAN KITA, TAPI DARI TANGAN KITA."


Sunday, 10 June 2012

Malu


Hey kamu.

ya kamu. pastinya kamu.
.
.
.
Kau mahu tahu sesuatu? 

ini kisah pagi kelmarin.
Waktu itu aku tengah menjemur pakaian. Lalu dia datang ke arah-ku. Hampir sekali dengan-ku. Aku lantas tersenyum malu. Malu-malu aku menghampirinya. Dia juga malu-malu menunggu aku untuk hampir. 

Selangkah demi selangkah..

Satu.

Dua.

Tiga.

Aku menghentikan langkah. Tiba-tiba. Dia memandang-ku aneh. Aku berlari menuju ke bilik. Lalu mengambil objek itu dan terus bergegas kembali kepada dia. Namun..


Dia malah pergi.
Dia pergi setelah melihat objek ditangan-ku; 
kamera.

Dan aku hanya mampu melihat. Dia jauh. Jauh. Dan makin jauh. 

Dan aku pun terduduk. Jatuh. Kecewa. Apa aku salah? 
.
.
.
Mungkin aku yang tidak mengerti. Bukan semua kenangan harus dirakam. Bukan setiap peristiwa perlu kita pegunkan dalam sekeping kertas. Yang penting hati ini ingat. Kan? Aku kira, pasti dia kecewa habis dengan-ku. Mungkin dia tidak mahu dilihat orang kerana dia malu. Mungkin juga dia tidak mahu kisah kami diketahui yang lain.

Kau tahu, aku jadi malu. Mengenangkan dia yang malu itu. Aku teringat satu ayat al-Quran yang pernah disebut kak Umairah Shafei;

"Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua perempuan itu berjalan dengan malu-malu, dia berkata, "sesungguhnya ayahku mengundangku untuk memberi balasan sebagai balasan atas (kebaikan)mu memberi minum (ternak) kami." - Al Qasas 28:25


"dan, hmm.. saya pula yang diserbu rasa sungguh malu;
pada refleks seorang perempuan, gambaran Al-Quran,
langsung kata - kata Allah, yang sifatnya sungguh malu." 



Dia mengajarkan aku sesuatu - sifat malu. Yang aku kira, sangat universal. Sangat subjektif. Tapi malu itu tetap satu. Malu itu indah. Kan? :')

Belajar dengan alam itu sudah jadi tabiat-ku belakangan ini. Sesungguhnya tarbiyah itu ada di mana-mana saja kan? Alhamdulillah. Allah bagi peluang untuk pakai kaca mata yang bergaya lagi cun. Bukan kaca mata cap ayam seperti dulu.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sahabat,
Dengarkan. Ini cerita-ku. Dengan seekor burung.
yang tak jinak tapi buat-buat jinak.



Masjid KIPSAS sangat gorgeous. Kan? =)


Friday, 1 June 2012

When I first met English in KIPSAS



Kadang-kadang tak faham jugak dengan diri sendiri.
Apa yang sebenarnya diri ini mahukan. Tak pernah aku rasa mahu bertanya.
Sebab most of time, apa yang dia nak yang tu la dia takkan dapat.
Tapi bukankah Allah dah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 216;

"Diwajibkan bagi kamu berperang sedang berperang itu tidak menyenangkan bagi-mu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagi-mu dan boleh jadi kamu menyenangi sesuatu padahal itu tidak baik bagi-mu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." 

Tak baik mengeluh dengan keadaan, kan?

I'm deadly trying to force myself untuk tak berperasaan dengan keadaan sekarang. InsyaAllah, ok je. Allah punya kehendak tu kan yang the best punya.. so, sapa lah aku untuk menduga tindakan Dia. kan? cuma, jujurnya aku tak dapat tipu la perasaan aku. bila kita tak dapat apa yang kita nak..

tapi it's okay la sebab Allah dah ganti dengan yang lagi better kan. insyaAllah, this is yang lagi baik. even it's a lil bit hard for me. tapi tak mustahil pun nak achieve mende tuh. 
.
.
.
.
.
bila masuk kelas English semalam, rasa semacam. eheh. ada sentimental value kot. sungguh la, macam terkoyak sikit hati nih. eh, hiperbola. rasa nak terkeluar sikit kot air mata nih. 

takpelah. 

Allah knows best.
:')
.
.
.
.
aku takut jugak kalau-kalau aku terpersoalkan tentang ni even dengan diri aku sendiri. macam tak malu je kan. Tuhan dah bagi bermacam jenis nikmat, yang memang takkan mampu untuk aku hitung. sekarang ni pun Allah tengah bagi nikmat. kan?

Pandanglah setiap perkara itu dengan kaca mata iman. semua benda kita akan nampak tarbiyah. tarbiyah kan ada di mana-mana saja. cuma kita je yang nak tengok sesuatu perkara tu macam mana.


belek kitab arab. dok pahang starang! InsyaAllah one day akan boleh baca dan faham :)


BI turn to BA


"Dan ingat yang paling penting bukanlah seberapa besar mimpi kalian, tapi seberapa besar kalian untuk mimpi itu." -Bapak Bulia (Sang Pemimpi)



Ya Allah.
Kuatkan aku.
Tolong.