"betapa hancurnya hati ustazah."
aku masih ingat ucapan ustazah beberapa tahun lepas. dengan riak wajah yang penuh kecewa mengenangkan anak didik yang dianggap seperti anak terlibat dengan hal maksiat. itu pun belum tahap berzina lagi... baru ditangkap khalwat sebab berdua-duaan di tempat gelap. cukup, untuk buat hati seorang guru hancur kecewa. boleh bayang perasaan mak ayah yang menerima khabar tu pula?
beberapa minggu lepas, kalimat yang bermaksud seperti ini aku dengar lagi dari teman terdekat. ada ahli keluarga yang bercinta sampai buntingkan anak dara orang.
"aku sampai fikir apalah dosa aku sampai kena macam ni.."
hancur luluh yang sungguh-sungguh. benda-benda ni kita biasa tengok di televisyen, kita dengar di radio, kita tengok masyarakat sekeliling. kita tak pernah expect benda macam ni boleh jadi pada keluarga sendiri. bila tuhan bagi atas kepala, Allah... baru kita sedar betapa masalah sosial dalam kalangan anak muda memang nyata. bukan sekadar laporan yang kita karang di atas kertas kajang.
dan beberapa hari lepas, ada kenalan sendiri yang ketahuan berzina.
"betapa hancurnya hatiku."
itu yang sahabat terdekatnya mengadu pada aku. skrip yang sama. pendek kata, orang sekeliling yang sayang pada kita memang akan hadap satu kekecewaan yang nyata bila ketahuan kita buat sesuatu yang bodoh, yang jelas-jelas tuhan marah, yang terang-terang tuhan kata jangan.
kita tak akan lepas dari dosa. kita manusia, macam-macam mana pun memang akan ada dosa. kadang-kadang ada manusia-manusia yang dosanya sama saja dengan dosa orang yang tertangkap, bezanya cuma tuhan tak bagi atau belum bagi izin dosa tu di-publish sampai orang lain tahu.
tengok diri sendiri. ada tak dosa maksiat yang kita tahu kita tak nak orang tahu kita buat sebab kita tahu memang benda tu dosa yang mengaibkan kita, ada?
jadi, bila kita terima benda-benda macam ni, janganlah "ish tak sangka dia macam tu". we all addicted to different kind of sins. kita pun ada dosa-dosa yang orang lain tak tahu dan kita tak sanggup untuk orang dapat tahu. kita tak tahu macam mana orang solat dan berdoa untuk tak ulang dosa yang sama tapi masih lagi gagal. kita wajar rasa kecewa pada perbuatan seseorang yang mungkin akan merosakkan imej dirinya, keluarga mahupun bangsa dan agama, tapi janganlah sampai benci atau jijik pada batang tubuhnya.
zina adalah hal yang sangat sering kita dengar, even di sekeliling kita. sampai ulama' pun ada beri amalan khusus untuk selamatkan zuriat dan keturunan kita dari zina. benda ni menakutkan sebab boleh kena sesiapa saja. orang yang belajar agama pun terkena apalagi yang jauh dari ilmu agama. Allah suruh kita jauhi zina tu bersebab. sebab memang zina akan menyusahkan diri sendiri, pasangan zina dan keluarga. semua akan susah.
sekarang zina bukan cuma dalam kalangan anak muda tapi mak pak orang pun sama. betapa besarnya impak teknologi bila disalah guna. kenal di facebook, wechat, lepas tu chatting hari-hari, lama-lama jumpa. rasa lelaki/perempuan tu lagi elok dari suami/isteri sendiri. sebab dia memahami, dia dengar masalah rumahtangga. tak macam suami/isteri sendiri yang menyusahkan menyakitkan hati. last sekali, bercinta sampai berzina. end up rupa-rupanya isteri/suami baru pun rumahtangga bermasalah juga. yelah, dah start pun dengan jalan yang Allah tak redha, macam mana rumahtangga nak okay? masa bercinta memanglah paling manis paling memahami paling yang paling sekali. realitinya akan nampak dalam pernikahan.
kepada yang dah terlanjur berzina, ketahuilah bahawa selagi tak bertaubat, memang tak akan senang dan tenanglah hidup. Allah akan ampunkan. Allah akan ampunkan. Allah akan ampunkan. yang penting kena menyesal sungguh-sungguh. kepada yang tahu dan sedar dia sedang hampiri zina, marilah berhenti. tak padan pun sebenarnya nikmat sekejap ni nak banding dengan azab Allah, tapi itulah... selalu kalah dengan nafsu.
tapi... jangan putus asa untuk berhenti ya?
pernah Syeikh Rohimuddin ditanya, "macam mana nak buat kalau kita buat dosa dan bertaubat tapi kita ulang lagi dosa yang sama?". jawapan syeikh mudah dan sangat memberi harapan, "taubatlah, apa susah. kalau buat lagi, taubat lagi. kalau buat lagi, taubat lagi. sampai syaitan putus asa untuk menggoda kita untuk ulang lagi."
serius... taubat memang akan menenangkan hati setelah kita dilanda keserabutan hasil dari dosa yang kita lakukan. buat dosa ni memang akan buat kita tak tenang, serabut, segala benda tak kena. tapi orang yang beriman dia akan sedar benda tu effect dari dosa yang belum ditaubati. so, taubatlah. selagi tak taubat, selagi tulah kita tak okay. benda ni Rasulullah saw sendiri sampaikan yang Allah sebut kalau hamba-Nya sedar dia berbuat dosa dan memohon ampun pada Allah, Allah akan ampunkan dan setelah diampunkan itu kita boleh berbuat sesuka hati (maksudnya, tadi yang serabut gelisah takut dengan dosa, dah boleh rilek). dan kalau ulang dosa lagi dan taubat lagi, Allah akan ampuni lagi dan kita boleh rilek semula, lagi. ALLAH TAHU MEMANG KITA AKAN BUAT DOSA - TAPI ALLAH NAK TAUBAT KITA!
insyaAllah akan share hadis ni dengan lebih detail dalam next entry. i cried when i heard it from syeikh, i bet you will too. we all will. knowing how loving and forgiving our Rabb is when we deserve to be punished, siapalah keras hati sangat untuk tak menangis.
0 comment(s)
“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”