alangkah bahagianya menjadi orang muda!
fasa paling manis untuk melayan rasa.
tak betah menunggu lama-lama
kalau suka terus bilang suka
si dia terima atau tidak kau kisah apa
yang penting maksudmu dimafhum dia
alangkah bahagianya menjadi orang muda!
melihat pada tingkah kalian saja buat aku merasa tua
padahal umur aku masih awal pada angka dua
tapi aneh sekali rasanya memandang anak muda
kalian bikin aku bingung tak habis fikir jadinya
apa kalian terlalu berani atau aku yang penakut sebenarnya?
alangkah bahagianya menjadi orang muda!
kau tatukan nama si kekasih di depan muka
kau canang perhubungan kalian pada semua
sekali lagi aku bingung tak habis fikir jadinya
rupanya anak muda itu hampir jiwanya sama
berlatar belakang agama atau tidak -- tak ada beza
alangkah bahagianya menjadi orang muda!
bertindak saja sesuka hati tanpa malu terasa
siapa sangka laman sosial ini lembah hadir binasa
yang terjaga di luar punah di dalamnya
terlupa mereka sedang dedahkan aib sendiri rupanya
orang mengutuk mengata pun kau kisah apa
oh, anak muda..
apa kau perasan hati kau makin keras?
sehingga kata nasihat dan teguran pun kau tak mampu terima
kau bilang itu hak kau dan mereka tak berhak bersuara
kasihan kau anak muda yang tertipu dengan dunia
renungkan teguran yang diberi dan jangan berlagak bitara
oh, anak muda..
jangan agungkan apa yang tak kekal.
yang rugi nanti kau juga.
[kredit gambar : Champak]
Sekiranya dahulu masalah couple ini cuma berlaku dalam kalangan remaja yang tidak mendalami penghayatan agama Islam namun, kini terbit pula satu fenomena baru dalam budaya couple iaitu Couple Islamik.
Couple Islamik adalah hubungan yang melibatkan seorang akhi dan seorang ukhti. Jika remaja biasa ber-couple dengan berpegangan tangan, dating di taman, ber-selfie bersama, dan bergayut setiap malam, pasangan couple Islamik ini pula saling berbalas SMS tazkirah, kejut tahajjud, malu-malu meow apabila bertemu, dan dating bertemankan sahabat (eh,bukan datinglah. Okay. Mensucikan niat sendiri yang tak tahu bersih atau kotor.)
Lagi extreme bila masing-masing upgrade pada pangkat ‘tunang’. ‘Tunang’ yang dicipta sendiri. Berapa ramai juga yang membelakangkan mak ayah dalam urusan pertunangan. Pertunangan yang seharusnya dilalui dengan kesederhanaan kini dicemar oleh segolongan ikhwan dan akhawat yang tak reti menjaga! Tempoh pertunangan bukan tempoh untuk menyesuaikan diri dengan panggilan cinta-sayang-abang-baby-gegirl-boboy-mama-papa-abi-umi segala. Seharusnya, pertunangan itu adalah tempoh untuk ber-ta’aruf dengan pasangan dalam keadaan sederhana dan tidak melampaui batas. Namun, jangan pula terlalu syadid menjaga sehingga tidak mahu berhubung terus dengan tunang. Nanti hilang pula hikmah pertunangan.
Batas Hubungan Semasa Bertunang
“Biarpun seorang lelaki dan seorang perempuan itu telah bertunang, hakikatnya mereka berdua tetap warga asing yang tidak diharuskan bergaul bebas atau apa-apa hak yang diberikan hanya kepada pasangan lelaki dan perempuan yang telah berkahwin secara sah.
Saya bersyukur kerana jarak lapan jam perjalanan dengan bas itu bermanfaat untuk kami saling menjaga perhubungan. Sesekali menelefon untuk bertanya khabar dan berbincang tentang perancangan-perancangan berkaitan, namun kami mencuba sedaya upaya untuk tidak berlebih-lebihan.
Ada panggilan telefon mungkin sekadar beberapa minit.
Ada panggilan telefon mungkin perlu hingga satu jam.
Bertanyalah kepada hati, jika perasaan memberitahu bahawa perbualan itu mendatangkan rasa resah dan bersalah, maka selesaikan perbincangan dengan cara baik agar tidak berlebih-lebihan dan mencetus dosa.
Selama pertunangan kami, saya dan dia sering bersama, tetapi tidak berjumpa. Kami sering hadir ke program-program seminar, ceramah, perhimpunan musim sejuk dan sebagainya, tetapi tidak berjumpa. Apabila saya mengimamkan qiamullai di Masjid Clonskeagh, saya tahu yang tunang saya turut bersama, dan itu sudah cukup lagi memadai.
Pertunangan juga tidaklah perlu dihebahkan.
Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita: “Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan.” (Riwayat Ahmad daripada Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil).
Pertunangan ialah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama menjelaskan bahawa antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak boleh dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian dalam Hashiah al-‘Adawi ‘ala Sharh Mukhtasar Khalil.
Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal daripada berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup… selama-lamanya sampai mati."
(Aku Terima Nikahnya, Hasrizal Abdul Jamil, hlm. 19-20)

AWAS! Jangan tertipu dengan karikatur cinta Islamik di laman sosial.
Jelas untuk kita lihat bahawa antara punca paling besar dalam berlakunya penjalaran budaya couple Islamik dengan lebih meluas adalah apabila mereka terpengaruh dengan karikatur cinta Islamik yang diwujudkan di laman sosial seperti Facebook.
Khayalan tentang alam perkahwinan yang bersulamkan redha Allah semakin menjajah fikiran remaja Islam sehingga mereka lupa hakikat sebenar perkahwinan. Nikah itu tidak cukup dengan modal firasat, bak kat Ustaz Mujab dalam filem Ketika Cinta Bertasbih. Kita harus realistik !
“Kalau aku jadi orang tua Anna, ketika ada dua mahasiswa datang padaku. Yang satu sangat serius belajar sementara yang satunya hanya sibuk mebuat tempe dan bakso… maaf Zam, aku akan memilih yang serius belajar. Aku tidak bermaksud menyinggungmu. Tapi aku ingin kamu lebih realistis. Cobalah kamu raba, apa kata Cairo tentang-mu.”
(Sedutan Filem Ketika Cinta Bertasbih)
Nah, gitu kan ?
Nikah itu tanggungjawab dan tanggungjawab itu amanah, bukan keseronokan. Timbanglah sebaiknya sebelum memutuskan untuk menikah. Kerana kita bukan mahu hidup sehari dua saja dengan pasangan kita, malah dia yang akan menentukan syurga neraka kita. Jadi, harus berfikir yang benar.
Remaja, jangan layu sangat dengan falsafah cinta. Da'ie itu bukan membuang masanya dengan falsafah cinta sahaja. Bimbang mulut menutur nasihat cinta islami, sedangkan hati sedang memujuk nafsu agar mendekati.
Menarik untuk dikongsikan lagi pandangan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil,
“Nasihat saya kepada anak-anak muda yang berpemikiran canggih, jangan berlebihan mengangkuhkan diri terhadap persoalan cinta dan pengurusan rumahtangga. Apabila konflik rumahtangga timbul, isteri merajuk menangis, mertua buat hal, berbalah adik beradik, anak meragam tak kena masa, semua falsafah yang kita belajar akan hanya termenung di tepi gelanggang. Dan akhirnya OTOKRASI TEOKRATIK sahaja penyelesaian yang sempat dicapai tangan. Bersederhanalah dalam segalanya."
Artikel oleh :
Ainum Solehah
Dari Buletin Ar-Ruhul Jadid terbitan AMAN Club KIPSAS
Seperti kemarau yang inginkan hujan, begitulah cinta dikehendakkan oleh insan. Semakin hari kita semakin mendewasa dan rasa ingin memiliki dan dimiliki itu juga bertambah seiring dengan kematangan usia.
Kamu pernah jatuh cinta? Atau sedang jatuh cinta?
Seseorang mampu untuk berubah total bila dia jatuh cinta. Jelas terlihat bila banyaknya naskhah puisi dan lirik lagu yang dihasilkan setelah dia jatuh cinta. Benar sekali kata Bunda Helvi Tiana Rosa bahawa;
“Kita perlu jatuh cinta atau patah hati untuk dapat membuat puisi yang bagus.”
Heh. Besar kesannya ya? Ada juga yang mengatakan bila seseorang itu putus cinta, dia sudah boleh keluarkan album best seller. Puitisnya melampau!
Namun, saya setuju juga. Kerana pengalaman sebagai blogger, biasa entri yang saya tulis saat saya hancur ranap itulah yang menjadi top entry. Sesekali pernah juga ada rasa dan menyanyi sendiri, “teganya kau menari di atas tangisanku”. Kita sedang berduka, dia malah bersuka-suka dengan tulisan kita. Oh, abaikan.
Contohnya dalam novel Ayat-Ayat Cinta, Maria yang patah hati setelah Fahri menikah. Tulisan derita Maria itu menjadi indah walaupun hakikatnya sakit untuk dibaca.
".....Nil dan Mesir....memang bersatu..."
"....tapi, Nil itu menjadi kering oleh Mesirku yang mulai berubah..."
"...dia telah menemui Nilnya...tapi bukan Aku.."
Cinta itu sungguh, besar impaknya. Kan ?
Dampak dari jatuh cinta kepada seseorang itu sebenarnya bergantung kepada bagaimana dia menilai cinta tersebut dan bergantung juga kepada siapa dia serahkan cinta itu. Aduh, bahayanya bila bercinta sebelum nikah. Jadi kabut semuanya.
Oh Rabb, bantulah kami uruskan cinta.
Islam kan mudah. Kenapa pula tak boleh bercinta sebelum nikah ?
Menurut Ustaz Hasrizal bin Abdul Jamil, beliau mengatakan bahawa bukan tidak boleh bercinta sebelum nikah namun, sekiranya kita memilih untuk bercinta selain daripada bercinta selepas kahwin, kita sebenarnya memilih cinta yang susah. Kenapa dikatakan susah? Susah kerana tidak ada garis panduan dalam bab bercinta sebelum kahwin. Kata beliau lagi, beliau belum pernah jumpa nas-nas yang menceritakan tentang sahabat-sahabat bercinta sebelum kahwin. Belum ada lagi yang beliau jumpa kalau-kalau ada nas tentang sahabat menaiki unta dengan pacar. Ya, memang tidak ada kerana sahabat-sahabat tidak pernah terfikir untuk melalui zaman percintaan selain dari perkahwinan. Dan juga tidak ada dalil yang boleh beliau kongsikan untuk membenarkan umat Islam bercinta sebelum nikah.
Kata Sheikh Omar Suleiman dalam satu video, memetik kata-kata Ibnu Qayyim al-Jauzi;
"malaikat diciptakan dengan tujuan, tapi tanpa nafsu. haiwan pula dijadikan bernafsu, tapi tanpa tujuan. manusia pula diciptakan dengan kedua-duanya; iaitu dengan tujuan, dan disertai dengan hawa nafsu. jika ‘tujuan’nya lebih kuat berbanding nafsu, maka dia menghampiri status malaikat. namun, jika ‘nafsunya’ lebih kuat berbanding ‘tujuan’nya, maka dia menghampiri status ‘haiwan’".
Allahhu!
Kata seorang kakak, manusia sentiasa diberi pilihan; sama ada lebih cenderung memilih ‘tujuan’ penciptaannya, atau ‘nafsu’nya. Pilihan menjadi hamba Allah, atau hamba nafsu?
Selalu, kita akan kalah dengan nafsu bila melibatkan urusan cinta. Oleh itu, jalan yang terbaik adalah menjauhinya. Kan Allah SWT telah berfirman dalam Surah Al-Isra ayat tiga puluh dua;
“dan janganlah kamu mendekati zina;(zina) itu sungguh suatu perbuatan yang keji, dan suatu jalan yang buruk.”
Masih pacaran? Sudah, putusin aja !
Kalau tak boleh berpacaran, kenapa harus ada perasaan cinta ? Baik hapuskan saja !
Sekiranya kalian masih ingat subjek Fizik yang kalian belajar pada zaman sekolah, ia menerangkan tentang prinsip tenaga atau biasa kita sebut sebagai energy. Dan menurut ilmu Fizik, tenaga tidak boleh dimusnahkan sama sekali.
Kak, kita sedang bercakap tentang cinta. Kenapa tiba-tiba keluar soal Fizik-Tenaga segala ni?
Menurut Ustaz Hasrizal lagi, cinta adalah tenaga. Love is energy. Makanya, cinta tidak boleh dimusnahkan. Menghapuskan cinta bererti melanggar sunnatullah. Tidak boleh dihapuskan sebaliknya cinta itu boleh diubah kepada bentuk yang pelbagai. Sama seperti tenaga.
Mana mungkin kita mampu untuk membuang rasa cinta kerana rasa itu adalah anugerah Allah yang menjadi fitrah kepada manusia.
Terus ? Kita harus bagaimana ?
Kita harus belajar untuk mengawal cinta yang ada dalam diri kita supaya rasa itu tidak membawa kita ke jurang kebinasaan. Cinta ini katalis untuk manusia peroleh syurga namun, cinta juga adalah katalis untuk manusia mendapat neraka.
Berapa ramai yang binasa gara-gara janji manis yang diberikan oleh pasangan? Lelaki seharusnya bersifat melindungi bukan menghancurkan. Oh, saya bukan bermaksud mahu membela kaum sendiri tetapi, memang itu yang sewajarnya. Err.. sewajibnya. Seharusnya masing-masing menghormati kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kalau lelaki lemahnya pada nafsu, seharusnya perempuan tidak makin menambah kegusaran dia. Dan kalau perempuan kurangnya pada akal, harusnya lelaki tidak membuat dia makin kelihatan bodoh, kan?
“kalau langit itu perempuan, maka awan itu emosinya. Langit dan awan, perempuan dan emosi. Cinta tidak bisa memilih satu antara keduanya. Ketika kau kata cinta pada langit, kau kena juga sanggup mencintai awannya. Sanggup? Cinta pada emosinya aku?”
- Hua Mulan

Artikel oleh :
Ainum Solehah
Dari Buletin Ar-Ruhul Jadid terbitan AMAN Club KIPSAS
Dalam perkembangan tamadun Islam, kerajaan yang bertanggungjawab memperluaskan legasi pemerintahan Islam di dunia adalah pada zaman kerajaan Islam Umayyah yang diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Sufyan pada tahun 41 Hijriah bersamaan dengan 611 Masihi di Damsyik. Pemerintahan pada zaman Umayyah telah melahirkan sebuah pencapaian yang besar iaitu kejayaan menakluki Sepanyol (Andalus) yang telah mengangkat kewibawaan Islam di persada dunia. Andalus telah diduduki oleh umat Islam pada zaman Khalifah Al-Walid. Penaklukan awal sebelum penaklukan Andalus adalah Afrika Utara yang terjadi pada zaman Khalifah Abdul Malik bin Marwan.
Penerimaan Islam di Andalus telah membawa kepada satu pemerintahan yang gilang-gemilang dalam pencapaiannya. Hal ini demikian kerana terdapat beberapa faktor yang menyebabkan diterimanya Islam di Andalus. Faktor yang paling utama adalah kerana faktor dalaman Andalus sendiri. Roderick merupakan seorang raja yang tamak dan zalim. Perselisihan yang berlaku antara Roderick dan Witiza telah menyebabkan perpecahan. Pencabulan ke atas puteri Julian, gabenor di Ceuta oleh Roderick telah menyemarakkan lagi kemarahan mereka. Julian telah bertindak memohon kerjasama dengan orang-orang Islam yang menampilkan tiga tokoh berjasa dalam penaklukan Andalus iaitu Tharif bin Malik, Tariq bin Ziyad dan Musa bin Nusair. Krisis politik yang berlaku telah membuka ruang kepada umat Islam untuk masuk ke Andalus.
Selain itu, faktor yang kedua adalah sikap umat Islam itu sendiri. Semasa proses penaklukan Andalus di bawah pemerintahan Tariq bin Ziyad dan Musa bin Nusair, orang-orang Islam yang terdiri daripada golongan Arab dan Barbar telah memainkan peranan yang penting. Mereka telah bersungguh-sungguh dalam membantu masyarakat Andalus yang pada ketika itu ditindas oleh pemimpin yang kejam sekaligus untuk meluaskan empayar Islam di Andalus. Sikap bijak mengambil peluang ini adalah antara sebab utama dalam kejayaan mereka menakluki Andalus. Orang-orang Islam juga memberi layanan yang baik terhadap masyarakat Andalus walaupun setelah mereka berjaya menakluki dan menjadi penaung kepada Andalus. Budaya ilmu yang diterapkan oleh pemimpin Islam juga telah menggalakkan masyarakat menimba ilmu pengetahuan dan hal ini telah menjadikan mereka celik ilmu. Sikap orang Islam ini telah memperbesarkan lagi peluang kepada umat Islam dalam mengembangkan wilayah Islam.
Seterusnya, faktor penerimaan Islam di Andalus adalah kerana faktor agama Islam. Kesyumulan yang ada pada agama Islam telah membuka mata masyarakat Andalus untuk memberi ruang kepada Islam untuk bertapak di bumi Eropah. Pemerintahan Islam yang adil telah menarik ramai masyarakat Andalus yang terdiri daripada keturunan beragama Kristian untuk memeluk agama Islam. Persamaan taraf dan perlindungan yang diberikan oleh pemerintah Islam juga telah mewujudkan suasana harmoni di Andalus. Ramai golongan muwalladun mengaku mereka adalah orang Arab kerana telah terpengaruh dengan budaya yang dibawa oleh orang Islam berbangsa Arab. Kepelbagaian bangsa di Andalus tidak menjadi penghalang untuk Islam menjalar dengan lebih jauh kerana ciri-ciri yang ada pada Islam itu sendiri sangat bersesuaian dengan fitrah sekalian manusia tanpa mengira bangsa.
Kesimpulannya, jelaslah bagaimana Islam boleh diterima di Andalus. Penting bagi umat Islam pada zaman sekarang untuk menyelusuri perjalanan tamadun Islam. Sekiranya manusia itu melupakan sejarah maka, mereka dianggap seperti lupa akan asal-usulnya sendiri. Pengambilan ibrah dari peristiwa tamadun sangat penting untuk manusia mendidik langkah mereka dalam melakukan sesuatu perkara. Maka, tidak hairan jika Ibnu Khaldun mengatakan bahawa beruntung bagi sesiapa yang meneladani sejarah yang baik dan binasa bagi yang memilih untuk mengulangi sejarah yang hitam. Pencapaian tamadun Islam di Andalus adalah satu contoh yang boleh disenyawakan dalam diri umat Islam bagi meraih kemenangan Islam kelak.
Artikel oleh :
Siti Ainum binti Amijudin
Diploma Bahasa Arab dan Tamadun Islam
Semester Empat Tahun Dua
Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
Artikel oleh :
Siti Ainum binti Amijudin
Diploma Bahasa Arab dan Tamadun Islam
Semester Empat Tahun Dua
Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
Pada tanggal 3 Mac 1924, Khilafah Uthmaniyyah telah dihapuskan secara rasmi oleh Mustafa Kemal Ataturk, sang manusia berhala berjiwa serigala. Bermulalah pewartaan pemerintahan negara yang diasingkan dengan agama. Mahkamah-mahkamah syariah juga telah ditutup malahan jawatan Menteri Syariah dan Menteri Auqaf turut dihapuskan. Lebih menyedihkan apabila Khalifah Abdul Majid II yang merupakan khalifah terakhir kerajaan Islam Uthmaniyyah, telah dihalau keluar dari Turki bersama ahli keluarganya.
Kejatuhan khilafah Uthmaniyyah telah meninggalkan implikasi yang buruk terhadap umat Islam. Antara kesannya adalah umat Islam hilang tempat bergantung. Kewujudan khalifah adalah umpama wujudnya penjaga terhadap umat Islam. Namun, setelah sistem khalifah dihapuskan umat Islam hidup dalam keadaan huru-hara dan ditindas tanpa belas kasihan. Mereka hidup tanpa ada pembelaan daripada sesiapa. Tiada yang mampu untuk menolong mereka melawan kuasa besar Barat. Pembunuhan beramai-ramai dan pemerkosaan terhadap wanita telah menjadi pemandangan biasa pada mata dunia. Mereka sekadar mendapat simpati tetapi tidak diempati. Tangisan ummah semakin nyaring namun belum ada yang mampu membantu untuk menghentikan tangisan yang tiada kata henti itu.
Di samping itu, kesan yang paling ketara setelah kejatuhan khilafah Uthmaniyyah adalah berlakunya perpecahan ummah. Sebelum wujudnya negara bangsa, kerajaan Islam disatukan di bawah satu pemerintahan khalifah manakala setiap kawasan pula ditadbir oleh gabenor masing-masing. Namun begitu, perancangan Barat untuk menyerang Kerajaan Turki Uthmaniyyah menerusi Perang Dunia Pertama telah mengakibatkan satu persatu wilayah Islam dikeluarkan dari pemerintahan khalifah. Hal ini demikian kerana, perpaduan umat Islam merupakan satu bencana besar bagi orang Barat. Lalu, mereka mengadakan satu pakatan untuk memecah-belahkan umat Islam dengan menjadikan mereka berpuak-puak dan mempertahankan kepentingan bangsa masing-masing.
Seterusnya, umat Islam makin menderita rentetan daripada sejarah pemerintahan khalifah yang terpengaruh dengan budaya yang dibawa oleh Barat. Hal ini adalah merupakan satu kesan yang sangat buruk terhadap umat Islam selepas kejatuhan khilafah Uthmaniyyah. Ideologi sekular yang dibawa oleh Barat hakikatnya tidak membawa umat Islam kemana-mana. Pinjaman wang dengan bank Yahudi untuk mewujudkan Terusan Suez telah meninggalkan kesan derita yang berpanjangan terhadap umat Islam. Sikap mengagungkan budaya Barat ini telah menjadi punca kejatuhan kerajaan Islam Uthmaniyyah. Status Islam telah diturunkan darjatnya sebagai agama Ilahi yang serba komprehensif yang kini menjadi agama ritual yang terpinggir di sisi masyarakat Islam.
Kesimpulannya, kejatuhan khilafah Uthmaniyyah telah meninggalkan implikasi yang sangat besar terhadap umat Islam. Derita ummah semakin bertambah ibarat cendawan yang tumbuh setelah hujan. Kitaran tamadun yang dibuat oleh Ibnu Khaldun adalah benar sekali. Hebat mana sesebuah tamadun itu sampai masanya akan jatuh juga. Hal ini demikian kerana, apabila manusia itu telah tergelincir dari orbit Islam maka, fasa kejatuhan akan berlaku. Justeru, umat Islam haruslah mengambil iktibar daripada peristiwa kejatuhan khilafah Uthmaniyyah dan menggunakan pengetahuan tentang sejarah lampau untuk mengendalikan kepemimpinan Islam yang lebih baik daripada sebelumnya.
Artikel oleh :
Siti Ainum binti Amijudin
Diploma Bahasa Arab dan Tamadun Islam
Semester Empat Tahun Dua
Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
Siti Ainum binti Amijudin
Diploma Bahasa Arab dan Tamadun Islam
Semester Empat Tahun Dua
Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
"Ainum, boleh saya nak bagi awak nasi?" -- nak, nasi apa? -- "nasihat" -- k taknaklah.
By Ainum Lathifah - February 27, 2015
boleh saya nak nasihat sikit?
kenapa manusia selalu sangat bertindak ikut perasaan? hari ni cakap nak. sungguh sungguh cakap nak. tapi esok cakap tak nak. sungguh sungguh cakap tak nak. mana satu ni?
tak kisahlah nak atau tak nak tapi janganlah melampau-lampau. apalagi bila nak-tak-nak kita tu berkait dengan manusia lain. atau boleh saya khususkan -- hati dan perasaan oranglah.
kita tahu payahnya selama ni kita mujahadah nak lepas apa yang tak patut ada atau apa yang boleh digantikan dengan yang lebih baik. tapi bila Allah dah bagi peluang untuk lepaskan depan mata, kita pula yang mahu-mahu cari balik. Allah dah tutup ruang, kita pula yang sibuk mahu buka kembali. Allah nak selamatkan, kita pula yang sibuk mahu mudaratkan diri.
bila dah lepas tu, lepaslah.
sakit awal-awal, biasalah tu. lama-lama nanti boleh hilang. tak boleh hilang kalau kita tak redha dengan ketentuan. kalau kita betul-betul percaya perancangan Allah tu lagi baik dari apa yang kita mahukan, tak adanya kita nak melolong berteriak sakit hati sana sini.
bila dah lepas tu, lepaslah.
memang payah. memang lemah. tapi kena ingat hakikat mukmin bukan begitu. apalagi untuk kita orang yang kenal Allah, tahu agama -- kenalah jaga qudwah sebaiknya. takkan nak layan heart break macam orang yang tak kenal qada' dan qadar, kan?
bila dah lepas tu, lepaslah.
Allah sedang selamatkan kita. tetaplah dalam jagaan itu. jangan cari pasal nak sakitkan jiwa sendiri.
dah cakap kan dulu, kalau tak nak kalah dalam soal rasa -- bersederhanalah dalam segalanya.
semoga kuat.
dari zine "Ini Buku Kita"
usai menonton drama kehidupan. realiti lebih bermakna dari khayalan seperti mana yang zahir lebih baik dari yang batin.
datuk saudara sakit tiba-tiba pagi ini. gayanya sudah seperti tenat benar. tak bersuara tapi masih mampu perhati sekeliling. datuk saudara yang paling kuat menyakat. sama naik dengan anak-anaknya yang semua lelaki. kami tiga beradik perempuanlah yang akan jadi mangsa sebab mereka tak ada adik beradik perempuan. kuat menyakat, memang nakal tapi, kalau ada yang kacau kami bertiga, memang mati mereka kerjakan. sangat jelas sayangnya pada kami bertiga.
antara babak yang sangat mencuri perhatian, bagaimana seorang isteri setia berada di sisi suami. melihat tok ma genggam tak lepas tangan tok abah, hati jadi sayu. tiba-tiba lagu Dengarlah Bintang Hatiku menyanyi dalam kepala. ini baru betul bukti;
"aku akan menjagamu semampu dan sebisaku.."
dan waktu tok abah kelihatan begitu sakit, anak-anak lelakinya berkumpul di sisi. tok ma sudah menitiskan air mata perlahan. aku cuma perhati. salah seorang anak lelakinya menggosok perlahan bahu tok ma. aku tersenyum sendiri. dialah pak sepupu yang paling hantu menyakat. dialah antara lelaki yang nakal. satu hal yang paling menarik, bila melihat seorang lelaki yang nakal tapi sangat baik dengan orang tuanya. mereka lima beradik lelaki memang anak-anak yang manja. pahit untuk telan hakikat bahawa bukan semua orang yang luarannya soleh, berbuat baik kepada ibu bapa. terima kasih kelima-lima pak sepupu sebab ajarkan sesuatu.
lagu tema untuk tok ma hari ini rasanya, Jaga Dia Untukku. sebab Dato' Siti nyanyi lagu tu masa Dato' K sakit. erk.
semoga tok abah diberi kesembuhan sekiranya kesembuhan itu baik baginya.
sedang belajar memaknai kehidupan. sekarang bukan hanya perlu membina Hasan Al-Banna untuk rumahku nanti tetapi juga membina Lathifah di dalamnya.
Ya Allah, permudahkanlah apa yang baik.
Bila murabbiku pulang kepada Arrafiqul 'ala.
By Ainum Lathifah - February 13, 2015
bagaimana harus aku khabarkan sesak yang ada dalam dada?
bagaimana perlu aku tenangkan jasad yang ketar berentak duka?
bagaimana mampu aku kesat airmata yang menari berlagu hiba?
mana lagi akan kami cari pengganti yang serupa denganmu?
ini sungguh satu kehilangan yang nyata.
sungguh kami terasa.
sungguh rawan jiwa.
semangatmu tak mati, Tuan Guru.
semangatmu kami ambil,
walaupun ternyata terlalu jauh perjalanan kami untuk menjadi sepertimu
-- sosok hebat yang terkenal di dunia dan insyaAllah di langit juga.
perjuangan masih perlu diteruskan.
berpisah bukan akhir segalanya.
lepas jiwa terbang mengangkasa,
cita kita tetap satu jua.
untuk Allah di atas segalanya.
- coretan 12 Februari 2015 | jam 10.00 malam | Besut, Terengganu
Kehilangan ini sungguh satu tamparan buat aku, Ya Allah.
pantas saja airmata kering untuk ditangisi beberapa hari ini walaupun hati aku sakit menahan sesak. tapi rupanya Engkau mahu aku simpan dan tahan dulu -- tangiskan untuk sesuatu yang lebih layak dan lebih wajar.
ampunkan kekhilafan hamba. alhamdulillah atas tamparan.
Innalillahi wainna ilaihi raaji'uun.
senanglah hati murabbiku kerana akhirnya bertemu Arrafiqul 'ala.
semoga Allah tempatkan murabbiku bersama golongan yang terpuji.
Murabbiku berhasil menjadi golongan yang berjaya hingga ke tapisan terakhir.
tamrin dunia cukup menjadi penentu bahawa engkau memang layak.
semoga kami lulus juga, murabbi.
semoga kami lulus.
tamrin dunia cukup menjadi penentu bahawa engkau memang layak.
semoga kami lulus juga, murabbi.
semoga kami lulus.
insyaAllah pada tahun depan, pada tanggal 12 Februari, kami akan mengenang dua tokoh yang sangat tinggi perjuangannya;
Tuan Guru Nik Aziz bin Nik Mat
dan Assyahid Imam Hasan Al-Banna.
"mereka tidak akan mampu menilaiku kecuali setelah wafatku."
- Memoar Sultan Abdul Hamid (Muzakkiraat Sulthon Abdul Hamid), hlm. 90.
selamat pulang, murabbiku.
Lapangan terbang (dan juga terminal) selalu undang rasa hiba. mata kosong melihat ke luar jendela kaca yang besar. seakan jendela itu merupakan batas sempadan realiti dan fantasi. dan kau lihat satu-persatu kapal berlepas pergi. yang di darat melambai-lambai. yang di udara berangkat sepi. ada yang menunggu kapal mendarat, dengan muka senang menanti kepulangan.
sedang kita tak tahu, bukan semua yang pergi akan pulang kembali. itulah yang aku rasa setiap kali berada di sini. sakitnya menunggu, tapi ternyata tak kunjung pulang. lagi menyakitkan, bila yang ditunggu pulang, kembali dengan berita yang mengerikan.
bukan semua yang pergi akan pulang kembali. semoga aku ingat.
"Innalillahi wainna ilaihi raaji'uun."
ps : Takziah untuk keluarga mangsa nahas QZ8501. dan semoga kuat untuk bertahan buat syarikat Air Asia.
aku rasa aku sedikit ketinggalan (sebenarnya banyak!) untuk membicarakan tentang buku ini. sebuah mahakarya dari Buya Hamka. buku yang agak kontroversi. buku yang memberi persoalan kepada banyak orang, "masa sih ulama menulis buku semacam ini -- hikayat cinta!". dan jika dibaca isinya sendiri pun sememangnya ada hal yang bertentangan (bagi saya). cuma saya lebih suka berpandangan sebegini, setiap tulisan ada cerita sebelumnya di belakang tabir. setiap tulisan itu berdiri dengan tiangnya sendiri. adalah sebabnya kenapa seorang Buya Hamka yang berdiri dengan title ulama ini menulis karangan seperti ini. sudah pasti ada maksud yang ingin dimafhum oleh orang banyak. beliau lebih tahu. baca dan ambil saja ibrah yang ada (yang penting - bahasanya sangat enak!).
sebenarnya maksud tulisan kali ini hanyalah untuk membuat satu khulasah. apa yang boleh saya simpulkan menerusi cerita ini. banyak input yang boleh didapati dari buku ini, tetapi saya cuma mahu highlight apa yang paling nampak di mata saya.
point yang paling jelas mahu Buya Hamka sampaikan pastinya adalah perbezaan adat yang membawa kepada binasa. orang Minang sangat bangga dengan adat yang mereka pegang. memang tidak boleh bercampur dengan yang lain. Zainuddin 'ditendang' dari tanah asal ayahnya hanya kerana ibunya orang Mengkasar. adat orang Minang, lebihnya di bahagian ibu.
apa yang mahu saya highlightkan adalah betapa perempuan selalu menjadi orang yang menang.
sakitnya patah hati itu hanya yang pernah merasa saja yang tahu. maksud tak kesampaian. angan tak tercapai. terasa malang sekali hidup. maaf, saya hanya menceritakan kembali apa yang Zainuddin rasa. tak ada kaitan antara hidup dan mati (sengih). walaupun Hayati menikah dengan Aziz, tetapi tak juga bahagia itu dia rasa kerana kedua-duanya berlainan tujuan. Aziz hanya mahukan Hayati kerana dia adalah bunga Batipuh yang begitu mekar. difikirnya bahagia itu ada pada Aziz, pada kecantikan dan pada wangnya. tetapi hidupnya lama-lama sengsara, makan hati berulamkan jantung. sampai saatnya mereka bertiga ditemukan kembali, Zainuddin - Hayati - Aziz.
Zainuddin berlagak biasa. kerana dia memegang teguh kepada kata-kata Hayati supaya mereka cuma tinggal bersahabat. dendam dan cinta sentiasa berlawan sesama sendiri. cinta pada perempuan yang memberinya kehidupan, tapi ada dendam kerana janji yang dimungkiri.
there's an idiom -- no love lost. for example, there's no love lost between them. it means they dislike each other. sort of war, love is? jadinya pantaslah kalau saya berpandangan dalam hal ini, perempuan biasanya menjadi pemenang. tak kisahlah segetir apapun dia menanggung rasa gara-gara kehilangan, putus cinta atau dipaksa menikah dengan orang lain, dalam cerita mereka tetaplah perempuan yang menang dalam rasa.
dan kadang-kadang keberhasilan perempuan dalam meluahkan rasa dan mengekspresikan perasaan itu juga tanda betapa perempuan itu lebih 'tegar'. jangan salah sangka, saya bukan bias. sekali lagi saya katakan, saya hanya highlight apa yang saya nampak jelas dari cerita ini. bagaimana Zainuddin mengharapkan hadir Hayati di sisinya, sedangkan Hayati semakin jauh, lepas dari tangannya. pertama, Hayati melepaskan Zainuddin di hujung jalan. katanya mereka berdua tidak berharta, payah untuk hidup bersama. dan pertemuan seterusnya Hayati bersama Aziz, jelas di depan mata tapi tangan Hayati dalam genggaman lelaki lain. dan pada waktu mereka diberi peluang untuk bersatu, Hayati pergi sekali lagi natijah dari kecelakaan kapal Van Der Wijck -- kali ini pergi untuk selama-lamanya.
biasa perempuan menceritakan segala sedih derita hidupnya, perit kehilangan yang mereka rasa (saya fokus dalam hal percintaan), merasakan merekalah yang paling tertindas, merasakan cinta merekalah yang paling suci, merasakan merekalah yang lebih mencintai tetapi ada yang mereka tak tahu.
bagaimana pula kondisi seorang lelaki hanya kerana cinta seorang perempuan?
menghadamkan cerita ini, saya baru sedar rupa-rupanya lelaki tidaklah terlalu tidak berperasaan (ops!) dan saya tidak pula memberi hukum bahawa lelaki itu lemah kerana cinta hanya melalui cerita ini. ini tentang Zainuddin - Hayati. yang mungkin orang di luar sana pernah alami hal yang serupa. tapi cerita ini zaman Buya Hamka. tak sama dengan kita sekarang. ada lagikah yang pertahankan adat seperti orang Minang pada zaman itu? wallahu'alam.
apapun, saya suka semangat Zainuddin untuk bangkit setelah dia jatuh. nasihat Muluk, temannya, sangat membangunkan.
sebenarnya maksud tulisan kali ini hanyalah untuk membuat satu khulasah. apa yang boleh saya simpulkan menerusi cerita ini. banyak input yang boleh didapati dari buku ini, tetapi saya cuma mahu highlight apa yang paling nampak di mata saya.
point yang paling jelas mahu Buya Hamka sampaikan pastinya adalah perbezaan adat yang membawa kepada binasa. orang Minang sangat bangga dengan adat yang mereka pegang. memang tidak boleh bercampur dengan yang lain. Zainuddin 'ditendang' dari tanah asal ayahnya hanya kerana ibunya orang Mengkasar. adat orang Minang, lebihnya di bahagian ibu.
"kadang-kadang disesalinya perkahwinan ayahnya dengan ibunya. kadang-kadang pula dia menyedari untung malangnya, mengapa dia tidak dilahirkan dalam kalangan orang Minangkabau! tapi bukan itu agaknya yang menutup pintu baginya untuk bertemu Hayati, agaknya lantaran dia tak memiliki wang. orang tak melihat bahawa sekadar belanja menunggu dapat penghidupan tetap, dia masih menyimpan. tetapi bukan itu yang jadi sebabnya, walaupun wang berbilang, emas bertahil, namun pemisahan adat masih tebal di negeri itu. ia diusir meskipun dengan cara halus. perbuatannya dicela, namanya dibusukkan. seakan-akan tersuci benar negeri Minangkabau ini daripada dosa." - hlm. 55 (cetakan PSN Kreatif)
apa yang mahu saya highlightkan adalah betapa perempuan selalu menjadi orang yang menang.
sakitnya patah hati itu hanya yang pernah merasa saja yang tahu. maksud tak kesampaian. angan tak tercapai. terasa malang sekali hidup. maaf, saya hanya menceritakan kembali apa yang Zainuddin rasa. tak ada kaitan antara hidup dan mati (sengih). walaupun Hayati menikah dengan Aziz, tetapi tak juga bahagia itu dia rasa kerana kedua-duanya berlainan tujuan. Aziz hanya mahukan Hayati kerana dia adalah bunga Batipuh yang begitu mekar. difikirnya bahagia itu ada pada Aziz, pada kecantikan dan pada wangnya. tetapi hidupnya lama-lama sengsara, makan hati berulamkan jantung. sampai saatnya mereka bertiga ditemukan kembali, Zainuddin - Hayati - Aziz.
Zainuddin berlagak biasa. kerana dia memegang teguh kepada kata-kata Hayati supaya mereka cuma tinggal bersahabat. dendam dan cinta sentiasa berlawan sesama sendiri. cinta pada perempuan yang memberinya kehidupan, tapi ada dendam kerana janji yang dimungkiri.
"maaf? ... kau meminta maaf Hayati? setelah segenap daun kehidupanku kau regas, segenap pucuk pengharapanku kau patahkan, kau minta maaf?"
"mengapa engkau telah menjawab sekejam itu kepadaku, Zainuddin? lekas sekalikah pupus daripada hatimu keadaan kita? jangan kau jatuhkan kepadaku hukuman yang begitu ngeri! kasihanilah seorang perempuan yang ditimpa celaka berganti-ganti ini." - hlm. 192
there's an idiom -- no love lost. for example, there's no love lost between them. it means they dislike each other. sort of war, love is? jadinya pantaslah kalau saya berpandangan dalam hal ini, perempuan biasanya menjadi pemenang. tak kisahlah segetir apapun dia menanggung rasa gara-gara kehilangan, putus cinta atau dipaksa menikah dengan orang lain, dalam cerita mereka tetaplah perempuan yang menang dalam rasa.
bagaimana pula kondisi seorang lelaki hanya kerana cinta seorang perempuan?
"Hayati, amat besar harganya perkataanmu itu bagiku. saya putus asa, atau saya timbul pengharapan dalam hidupku yang belum tentu tujuannya ini, semuanya bukan bergantung kepada diriku, bukan pula kepada orang lain, tetapi kepada engkau sendiri. engkaulah yang sanggup menjadikan saya orang yang gagah berani, tetapi engkau pula yang sanggup memutuskan harapanku, engkau pun sanggup membunuhku." - hlm. 58
"demikianlah perempuan. dia hanya ingat kekejaman orang kepada dirinya walaupun kecil, dan dia lupa kekejamannya sendiri kepada orang lain padahal begitu besarnya." - Zainuddin, sedutan filem.
menghadamkan cerita ini, saya baru sedar rupa-rupanya lelaki tidaklah terlalu tidak berperasaan (ops!) dan saya tidak pula memberi hukum bahawa lelaki itu lemah kerana cinta hanya melalui cerita ini. ini tentang Zainuddin - Hayati. yang mungkin orang di luar sana pernah alami hal yang serupa. tapi cerita ini zaman Buya Hamka. tak sama dengan kita sekarang. ada lagikah yang pertahankan adat seperti orang Minang pada zaman itu? wallahu'alam.
apapun, saya suka semangat Zainuddin untuk bangkit setelah dia jatuh. nasihat Muluk, temannya, sangat membangunkan.
"eh, berhentilah bersedih begini, engku. yang terjadi sudahlah terjadi. engku, engku ini sudah banyak menuntut ilmu di sini, budi pekerti, kesopanan, dan pemikiran yang luas sudah engku raih. janganlah lebih lemah dari kami para parewa yang tidak kenal baca bismillah. tidak baik hidup yang mulia ini terkurung semata-mata hanya memikirkan perempuan. perempuan yang engku junjung tinggi itu telah berkhianat, memungkiri janjinya. di sini engku sengsara, bersakit-sakit, sedangkan dia sedang menikmati masa pengantin baru dengan suaminya. engku ini orang pintar, kenapa harus hancur oleh perempuan. di mana letak pertahanan kehormatan yang ada pada seorang laki-laki, hah? jangan mau hidup engku dirampas dan dirosak binasakan oleh perempuan itu. engku mesti tegak kembali. cuba engku lihat lagi dunia lebih luas dan masuk kedalamnya. di sana masih banyak kebahagiaan dan ketenteraman tersimpan. engku pasti bisa melakukannya dan mengecap bagaimana nikmat kebahagiaan dan keberuntungan itu. cinta bukan mengajarkan kita untuk menjadi lemah tapi membangkitkan kekuatan. cinta bukan melemahkan semangat tapi membangkitkan semangat. tunjukkan pada perempuan itu bahwa engku takkan mati lantaran dibunuhnya." - Muluk, sedutan filem.
bahagian paling aku suka, isi surat Hayati yang terakhir. oh my.. the writing! indah sungguh. patutlah beauty is pain. nak kena sakit dulu baru dapat yang cantik ni.
Sungguh besar sekali harapanku hendak hidup dekatmu. Akan berkhidmat kapadamu dengan segenap daya dan upaya, supaya mimpi yang telah engkau rekatkan sekian lamanya bisa makbul. Supaya dapat segala kesalahan yang besar-besar yang telah kuperbuat terhadap kepada dirimu saya tebusi. Tetapi cita-citaku itu tinggal selamanya menjadi cita-cita, sebab engkau sendiri yg menutupkan pintu di hadapanku. Saya kau larang masuk, sebab engkau hendak mencurahkan segala dendam kesakitan yang telah sekian lama bersarang didalam hatimu yang selalu menghambat-hambat perasaan cinta yg suci. Lantaran membalas dendam itu, engkau ambil suatu keputusan yang maha kejam, engkau renggutkan tali pengharapanku, padahal pada tali itu pula pengharapanmu sendiri tergantung. Sebab itu percayalahlah, Zainuddin. Bahwa hukuman ini bukan mengenai diriku seorang, bukan ia menimpa kan kecelaka kepadaku saja, tetapi kepada kita berdua. Karena saya percaya bahwa engkau masih tetap cinta kepadaku.
ibrah yang boleh diambil adalah jangan mengambil sesuatu dengan kadar yang berlebihan. sebenarnya entri saya yang ini, adalah ilham dari cerita ini juga.
ya, sekali lagi saya katakan -- bersederhanalah dalam segalanya. semoga Allah tuntun hati kita semua. semoga mampu jatuh cinta pada yang selayaknya dengan kadar yang selayaknya. oh, dan untuk kamu yang mungkin sedang 'jatuh', semoga berhasil untuk bangkit. Allah ada bersama kita. semangat!
wallahu'alam. :)
si A kata si B bossy, suka sangat mengarah itu dan ini. gaya macam dia saja yang tahu buat kerja. rimas!
si B kata si A lembab, lambat bertindak, asyik nak kena explain satu-satu kerja. tak reti cakna kerja sendiri. serabut!
si C kata si A dan si B tahu bertingkah saja bukan nak cari kata sepakat, bukan nak buat kerja dengan harmoni aman bahagia. matanglah sikit!
si A dan si B kata si C tahu cakap saja, dia sendiri tak pernah datang meeting. menyampah!
biasa dengan hal sebegini?
kita banyak nampak salah orang dari salah sendiri. kan?
salah kita, kita bela habis-habisan.
"kau tak faham kerja aku susah."
"dia salah faham ni.. aku tak maksud macam ni."
dan kitasuka sering terletak hukum pada seseorang hanya kerana sesuatu isu. macam contoh tadi, terus judge si B bossy hanya kerana dia mendesak untuk siapkan sesuatu kerja. tapi tak semestinya untuk semua hal dia macam tu. melainkan memang banyak hal yang perlu di-bossy-kan, then tak boleh juga nak jugde macam tu. mungkin ada baiknya didesak. sebab banyak masanya kerja akan jalan bila ada tekanan.
dan si B kata si A lembab hanya sebab kerja yang mereka involved together. untuk kerja lain si B tak tahu yang si A ni cekap saja. mungkin si A tak cekap sebab dia kurang kemahiran dalam sesuatu bidang kerja. tapi, tak perlulah sampai nak judge lembab kan? kenapa tak ajar kalau dia tak tahu? kenapa tak ingatkan kalau dia lupa?
manusia sering sangat penatkan diri dengan pandangan-pandangan negatif. suka penuhkan ruang hati dengan buruk sangka tanpa ada usaha nak baiki apa yang tempang. lebih suka menjelekkan orang dan seterusnya canang pada yang lain, "eh, dia tu tak boleh buat kerja sangat."
bermasalah dengan isu tak apa, tapi jangan sampai bermasalah dengan individu. macam post-mortem la kan. spill everything dalam tu supaya tak ada apa yang tinggal. post-mortem ada yang merah muka, menangis, dan kepal penumbuk (tak puas hati) tu biasalah. tapi lepas habis tu, pillow-talk sama-sama, minum kopi sama-sama, tengok bola sama-sama. sepatutnya begitulah. profesional.
seharusnya kita sedar mana sopek kita. semua manusia tak lepas dari ada sopek. tak payah perasan sempurnalah. dan kita hidup bersama-sama secara berjemaah untuk kita tampung sopek orang lain dan orang lain tampung sopek kita. tapi sering kitabodoh sombong. payah nak terima kurangnya orang lain tanpa sedar kurang yang ada juga pada diri sendiri.
dan kita juga jangan stereotaip.
senang cerita, tak payah mengata oranglah. kau cakap orang jelek, kau pun apa kurangnya.
nah lagu. tak ada kaitan pun.
"kau tak faham kerja aku susah."
"dia salah faham ni.. aku tak maksud macam ni."
dan kita
dan si B kata si A lembab hanya sebab kerja yang mereka involved together. untuk kerja lain si B tak tahu yang si A ni cekap saja. mungkin si A tak cekap sebab dia kurang kemahiran dalam sesuatu bidang kerja. tapi, tak perlulah sampai nak judge lembab kan? kenapa tak ajar kalau dia tak tahu? kenapa tak ingatkan kalau dia lupa?
manusia sering sangat penatkan diri dengan pandangan-pandangan negatif. suka penuhkan ruang hati dengan buruk sangka tanpa ada usaha nak baiki apa yang tempang. lebih suka menjelekkan orang dan seterusnya canang pada yang lain, "eh, dia tu tak boleh buat kerja sangat."
bermasalah dengan isu tak apa, tapi jangan sampai bermasalah dengan individu. macam post-mortem la kan. spill everything dalam tu supaya tak ada apa yang tinggal. post-mortem ada yang merah muka, menangis, dan kepal penumbuk (tak puas hati) tu biasalah. tapi lepas habis tu, pillow-talk sama-sama, minum kopi sama-sama, tengok bola sama-sama. sepatutnya begitulah. profesional.
seharusnya kita sedar mana sopek kita. semua manusia tak lepas dari ada sopek. tak payah perasan sempurnalah. dan kita hidup bersama-sama secara berjemaah untuk kita tampung sopek orang lain dan orang lain tampung sopek kita. tapi sering kita
dan kita juga jangan stereotaip.
senang cerita, tak payah mengata oranglah. kau cakap orang jelek, kau pun apa kurangnya.
nah lagu. tak ada kaitan pun.
aku takut untuk menulis. sepertinya tulisan aku bakal dibaham gagak hitam, dikoyak-renyuk oleh cengkam-cengkam tajam, lalu aku akhirnya tertimpa runtuhan huruf-huruf yang aku susun dan aku terbunuh -- mati.
By Ainum Lathifah - December 10, 2014
"Di dalam usia ini, masa darah muda cepat alirnya dalam diri dan khayal serta sentimen masih memenuhi jiwa. Di waktu itulah ilham kisah ini mula kususun. Kisah yang mungkin nanti orang berkata, "seakan tuan menceritakan nasib sendiri".
- Zainuddin, sedutan filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
Kerana aku selalu faham begini; tak perlu takut untuk menulis. Lupakan tatabahasa, aturan tanda baca, dan ayat bombastik (kalau itu yang buat hati aku jadi kenit untuk menulis).
Bebaskanlah diri kau untuk menulis. Jangan disekat. Beranilah ntuk menulis tentang jatuh bangkit hidup sendiri. Tak payah hiraukan mata yang memandang remeh akan tulisan kau.
Itu hidup kau. Hanya kau yang layak untuk menceritakannya kembali. Orang lain tidak berkuasa untuk mencelah cerita kau kerana pengalaman itu bukan punya mereka tapi kepunyaan kau seorang.
Kerana Allah itu Maha Bijaksana. Setiap orang dikasi-Nya hidup yang berbeza.
Jadi Ainum, beranikan saja. Uktub!

Kerana pada akhirnya orang yang jatuh cinta itu perlu bangkit melawan rasa dan menahan segala retak.
Kerana mencintai seseorang dengan kadar yang luar biasa itu sering membuat manusia kehilangan diri.
Maka dari jiwa yang hancur ranap itulah dia bakal tumbuh menjadi orang yang hebat dan menjadi orang yang baru dengan hati yang baru walaupun kemungkinan besar sisa nama lama masih lekat tak mahu hilang.
Kau tahu bagaimana caranya mahu elak dari menjadi orang yang kalah dalam menuntun rasa?
-- Bersederhanalah dalam segalanya.
"Maka nikmat Tuhan-mu yang manakah yang mahu engkau dustakan?"
By Ainum Lathifah - December 08, 2014
Setiap insan yang hadir dalam hidup membawa pengertian yang berbeza-beza. Yang kurang baik kasi aku pelajaran, yang baik kasi aku kesempatan mengenang. Tak ada yang datang cuma menyinggah tanpa alasan.
Dan untuk nikmat insan yang satu ini, aku bakal keletihan jika mahu cerita segala sesuatu yang aku belajar dari wanita besi ini. Semua pensyarah ada tempat istimewanya masing-masing di hati. Tak pernah ada rasa sayang lebih sayang kurang. Cuma mungkin kerana banyaknya masa yang diluangkan bersama beliau, aku jadi lebih mahu untuk bercerita.
Di saat semua mengerti dan memahami kenapa aku jatuh kebawah, kenapa aku perlu mencari ruang untuk sendiri, kenapa aku perlu lari untuk sementara waktu -- tapi tidak bagi beliau.
Inilah satu-satunya insan yang tak tahu erti putus asa.
"Ainum tak berjuang lagi, takkan dah nak mengalah?"
"Takpe. Kita berjuang habis-habisan."
Cantik ayatnya. Kita. Bukan cuma aku. Sebab memang kami yang berjuang. Beliau berjuang untuk meyakinkan. Aku pula berjuang untuk terima keyakinan.
Tapi akhirnya aku menjadi orang yang pergi melepaskan semua di hujung jalan. Tetap, beliau masih belum hilang asa untuk memujuk.
"Dah nekad ya nak tangguh? Tak apalah. Dah nak balik ke? Datangla bilik ustazah. Kita borak-borak."
Aku cuma senyum. Tak boleh ustazah. Nanti keputusan ini bakal tergugah.
Dan sekarang aku mengumpul kekuatan untuk kasi tahu beliau, sem depan aku bakal tak ada lagi di kolej, agaknya apa katanya?
Hm.
Maaf. Tak bisa aku tulis banyak. Tinta habis. Tadi malam habis aku goresi langit dengan namanya.
Tulisan untuk aku kalau-kalau nanti aku kebingungan lagi untuk memilih siapa yang harus aku jadikan suami. tapi, semoga tak lagi.
By Ainum Lathifah - June 13, 2014
It is not easy for you to fall in love with someone. but when you do, it will be a real hard one. when the moment comes, sit back and relax. Allah kan ada? Ask for His guidance.
Ainum.
choose the one who ignore you as you're not still his even though a simple 'salam, kaifa haluki?' would do.
choose the one who wander less in your mind as he got nothing special to say to you so, you won't be high over heels before you get nikah.
choose the one who are able to wait for you in patience as he believes Allah knows more so, he don't do something rush and stupid.
choose the one who are willing to wait for you in silence as he doesn't want to distract your focus and ruin your mujahadah. and his too, of course.
The choice is yours. It's not easy to decide. yes, I know it's not easy. tapi bila mana Allah cenderungkan hati kita untuk itu, just follow it. istikharah tak semestinya nak kena mimpi muka dia atau apa. yang penting kita rasa cenderung pada dia dan keputusan tu menenangkan kita.
"mintalah fatwa daripada hatimu. kebaikan itu adalah apa-apa yang tenteram jiwa padanya, dan tenteram pula dalam hati. dosa itu adalah syak dalam jiwa dan ragu-ragu dalam hati, meskipun orang memberikan fatwa kepadamu dan mereka membenarkannya." - direkodkan oleh Muslim
payah nak mujahadah. tapi boleh jadi 'senang' kalau kedua-dua pihak bekerjasama dalam menjayakan mujahadah itu.
oh dan sedikit pesanan untuk ikhwan ya. kalau kamu suka mana-mana akhawat, tolonglah jangan terlalu tunjuk sangat kita nak kejar dia. buat rilek sudahla. ni kalau hari-hari nak mesej nak call, rimaslah. jangan sengaja nak cari topik untuk diajak berbual. yang peliknya bila hari-hari ada saja topik baru. "enta ni tak tsiqah langsung" bak kata budak KIPSAS. jangan mudah sangat nak confess. pastikan yakin dengan padat dan mutakhir dulu memang nak dia jadi isteri, tanya family dan beres, barulah boleh nak confess. tapi tak payahlah teruk sangat nak confess pun. tak payah sebutlah tulang rusuk segala tu.
lagipun, pernah tebaca satu quote,
"how to get a girl?"
"the answer is 90% on 'ignore her' "
yes, I agree. I do agree. true enough.
and I've made up my mind. Allah guides me in this terrible feeling. He shows me 'him'. may Allah makes ease for us in everything.
I don't need a sweet proposal like "bersediakan saudari untuk menjadi ustazah di rumah ini?". tak perlu. I just need a respected one. respected in his own way and in my own way to accept it.
I don't choose him because he's soleh. but, I choose him to make myself solehah. selfish? yes, I am. when I am solehah, then he can grant me paradise and I can grant him too.
this is a writing for me. to remind me when I lost. and also to my freinds yang ada juga datang curhat "aku pening ni. macam mana ni.. nak pilih sapa?" tanya aku gaya aku ni expert sangat. tapi this is something yang aku boleh bagi. based on my experience. based on my knowledge. I can't say something I don't know. something I don't go through on my own.
dan this writing is too meremangkan, I know. lusa dah balik kolej, insyaAllah. so, there's no way la untuk aku tulis benda macam ni lagi lepas ni kan. nak update blog pun tak tahulah sempat atau tak. tapi tak apa. I love it anyway.
hm. takut nak balik KIPSAS. Allahuakbar.
tulisan tadi hanya untuk peringatan. lusa bermulanya hari yang meletihkan dengan aktiviti syurga, insyaAllah! sekarang, masanya untuk fokus. wah, semangat. see? it's very important to choose a right partner-to-be. my focus in KIPSAS never distracted because of him. tipsnya, jangan contact. ok done.
tadi malam Bulan berbisik perlahan menyentuh cuping telinga-ku.
"maaf, aku sering tertukar rasa antara cinta dan keinginan untuk memiliki. rasa itu tak sama. rupanya, rasa itu tak sama."
kalaupun fitrah Matahari cintakan Bulan, tapi ada baiknya kalau tak ada apa yang berubah. tetap, di paksi masing-masing.
dekat.
tapi jauh.
jauh.
tapi dekat.
dan Langit ada berbicara dengan-ku. kata Langit,
"tak pernah aku lihat hubungan sekompleks hubungan Bulan dan Matahari. harmoni bersama. tapi tak mampu untuk bersatu. kalaulah Matahari tahu bahawa bukan dia saja yang memiliki fitrah seperti itu. Bulan, apa kata-mu?"

notakecil:
ini semua bahana matahari Sabah yang selalu bermain-main sinarnya di atas kepala. dan juga kerana bulan Sabah yang sangat menggoda!
maaf. aku memang dasar tak boleh tengok alam.
"Ustazah, saya dapat 3.65. saya tak tahu sama ada nak sengih atau nak sedih."
"Ainum kena sengih.. sebab ada yang rendah dari Ainum lagi.. syukur.. redha.. :) "
"Ok ustazah. saya sengih :D "
MasyaAllah. terhiburnya hati dengan Ustazah Norahida.
aku tak tahu la kalau ada yang mana dapat 3.5 ke atas masih sebut result dia teruk. konon nak tawadhuk. kalau result kau dekan pun kau cakap teruk, maknanya memang kau tak ada concern lansung la dengan perasaan orang lain.
aku expect three point five. redha habis nak cek result. tapi bila tengok dapat 3.65.. nilai dekan 3.67.. rasa macam.. eh sikit lagi. masih ada lagi rasa tak bersyukur tu. tak sedar diri usaha tak sesuku hati. cakap redha. hakikatnya, ada lagi dalam kepala why and why.
redha itu pantasnya di hati. bukan di bibir semata.
Alhamdulillah for this three point six five. it's more than enough. I get more than what I deserved. yang penting jaga PNGK. jangan bagi jatuh.
selamat mengalami kepupusan dekaners, BATI. herher.
pesan aku, kadang-kadang memang kita rasa kita dah usaha lebih, dah pulun secukupnya tapi kenapa result masih tak tinggi. cuba check balik apa yang kita buat sepanjang tempoh kita belajar.
belajar sematakah?
belajar semata tak advance lah. siapa kata kalau terlibat dalam organisasi result punah? depends on diri sendiri. cuba reset balik minda biar jadi tauhidik mindset.
jangan tolak organisasi.
jangan tolak usrah.
jangan tolak majlis ilmu.
sebab kau akan tahu juga nanti, itulah yang akan jadi kekuatan kau.
selamat mencuba :)
# am still feeling bad for that someone. tak baik kan distract focus orang. Ya Allah.. T___T
# am still feeling bad for that someone. tak baik kan distract focus orang. Ya Allah.. T___T
result belum keluar. termenung juga bila fikirkan natijah imtihan. sebab memang terlebih tahu usaha aku cuma takat mana. peluang dekan tipis. peluang tiga titik lima pun rasanya entah lepas atau tidak.
"Inilah harga yang awak kena bayar untuk jadi seorang pemimpin, Ainum."
terngiang-ngiang suara Ustazah Ayuna di telinga. waktu itu aku sudah terlalu pedih menahan. nak menangis di bilik, apa pula kata orang. nak menangis di mana? tak tahulah. jumpa ustazah untuk bincang hal lain. tapi terkeluar hal lain. dan begitu saja mata meletuskan air. malu. tapi lega Allah saja yang tahu.
harga yang harus aku bayar..
aku punya angan kecil, kalau boleh mahu mati di tanah itu. Darul Makmur itu yang menyaksikan segalanya. tanah tarbiyah. tanah dakwah. tanah siyasah. biarpun mereka menganggap KIPSAS satu tempat yang kecil, yang lekeh, yang menempatkan pelajar yang biasa-biasa, aku tak kisah.
sebab itu tanah perjuangan.
aku menanam di tanah itu. aku melabur di tanah itu.
benih pahala. saham pahala.
untuk nantinya aku tuai di syurga sana. untuk nantinya aku senang di syurga sana.
dan tak mungkin Tuhan-ku melihat hal itu sebagai hal yang remeh-lekeh seperti yang mereka kira.
harga yang harus aku bayar..
perdagangan ini sungguh menguntungkan.
semoga aku mampu untuk menjadi pelabur pahala.
harga yang harus aku bayar..
sebab untuk capai redha dan cinta Allah itu tidak semudah membangunkan diri di saat jiwa lelah.



























