"Maka nikmat Tuhan-mu yang manakah yang mahu engkau dustakan?"
By Ainum Lathifah - December 08, 2014
Setiap insan yang hadir dalam hidup membawa pengertian yang berbeza-beza. Yang kurang baik kasi aku pelajaran, yang baik kasi aku kesempatan mengenang. Tak ada yang datang cuma menyinggah tanpa alasan.
Dan untuk nikmat insan yang satu ini, aku bakal keletihan jika mahu cerita segala sesuatu yang aku belajar dari wanita besi ini. Semua pensyarah ada tempat istimewanya masing-masing di hati. Tak pernah ada rasa sayang lebih sayang kurang. Cuma mungkin kerana banyaknya masa yang diluangkan bersama beliau, aku jadi lebih mahu untuk bercerita.
Di saat semua mengerti dan memahami kenapa aku jatuh kebawah, kenapa aku perlu mencari ruang untuk sendiri, kenapa aku perlu lari untuk sementara waktu -- tapi tidak bagi beliau.
Inilah satu-satunya insan yang tak tahu erti putus asa.
"Ainum tak berjuang lagi, takkan dah nak mengalah?"
"Takpe. Kita berjuang habis-habisan."
Cantik ayatnya. Kita. Bukan cuma aku. Sebab memang kami yang berjuang. Beliau berjuang untuk meyakinkan. Aku pula berjuang untuk terima keyakinan.
Tapi akhirnya aku menjadi orang yang pergi melepaskan semua di hujung jalan. Tetap, beliau masih belum hilang asa untuk memujuk.
"Dah nekad ya nak tangguh? Tak apalah. Dah nak balik ke? Datangla bilik ustazah. Kita borak-borak."
Aku cuma senyum. Tak boleh ustazah. Nanti keputusan ini bakal tergugah.
Dan sekarang aku mengumpul kekuatan untuk kasi tahu beliau, sem depan aku bakal tak ada lagi di kolej, agaknya apa katanya?
Hm.
Maaf. Tak bisa aku tulis banyak. Tinta habis. Tadi malam habis aku goresi langit dengan namanya.
0 comment(s)
“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”