"..and if I'm ugly, then so are you."

By Ainum Lathifah - December 14, 2014


si A kata si B bossy, suka sangat mengarah itu dan ini. gaya macam dia saja yang tahu buat kerja. rimas!

si B kata si A lembab, lambat bertindak, asyik nak kena explain satu-satu kerja. tak reti cakna kerja sendiri. serabut!

si C kata si A dan si B tahu bertingkah saja bukan nak cari kata sepakat, bukan nak buat kerja dengan harmoni aman bahagia. matanglah sikit!

si A dan si B kata si C tahu cakap saja, dia sendiri tak pernah datang meeting. menyampah!



biasa dengan hal sebegini? 



kita banyak nampak salah orang dari salah sendiri. kan?
salah kita, kita bela habis-habisan.

"kau tak faham kerja aku susah."
"dia salah faham ni.. aku tak maksud macam ni."


dan kita suka sering terletak hukum pada seseorang hanya kerana sesuatu isu. macam contoh tadi, terus judge si B bossy hanya kerana dia mendesak untuk siapkan sesuatu kerja. tapi tak semestinya untuk semua hal dia macam tu. melainkan memang banyak hal yang perlu di-bossy-kan, then tak boleh juga nak jugde macam tu. mungkin ada baiknya didesak. sebab banyak masanya kerja akan jalan bila ada tekanan.

dan si B kata si A lembab hanya sebab kerja yang mereka involved together. untuk kerja lain si B tak tahu yang si A ni cekap saja. mungkin si A tak cekap sebab dia kurang kemahiran dalam sesuatu bidang kerja. tapi, tak perlulah sampai nak judge lembab kan? kenapa tak ajar kalau dia tak tahu? kenapa tak ingatkan kalau dia lupa?

manusia sering sangat penatkan diri dengan pandangan-pandangan negatif. suka penuhkan ruang hati dengan buruk sangka tanpa ada usaha nak baiki apa yang tempang. lebih suka menjelekkan orang dan seterusnya canang pada yang lain, "eh, dia tu tak boleh buat kerja sangat."

bermasalah dengan isu tak apa, tapi jangan sampai bermasalah dengan individu. macam post-mortem la kan. spill everything dalam tu supaya tak ada apa yang tinggal. post-mortem ada yang merah muka, menangis, dan kepal penumbuk (tak puas hati) tu biasalah. tapi lepas habis tu, pillow-talk sama-sama, minum kopi sama-sama, tengok bola sama-sama. sepatutnya begitulah. profesional.

seharusnya kita sedar mana sopek kita. semua manusia tak lepas dari ada sopek. tak payah perasan sempurnalah. dan kita hidup bersama-sama secara berjemaah untuk kita tampung sopek orang lain dan orang lain tampung sopek kita. tapi sering kita bodoh sombong. payah nak terima kurangnya orang lain tanpa sedar kurang yang ada juga pada diri sendiri.

dan kita juga jangan stereotaip.

senang cerita, tak payah mengata oranglah. kau cakap orang jelek, kau pun apa kurangnya.



nah lagu. tak ada kaitan pun.




  • Share:

You Might Also Like

2 comment(s)

  1. kerja jemaah adalah nikmat. kalau tiada lagi rasa nikmat bila bergerakkerja dalam jemaah, mungkin perlu perbaharui niat. kerja dalam jemaah bukan nak cari nama, kita nak pahala. kalau masing-masing mengata sesama sendiri, pahala ikhlas hilang dosa pun bertambah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat betul. masalahnya pada hati. masalah hati serang individu. semoga sentiasa terjaga.

      Delete

“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”