sosok isteri serupa tok ma.

By Ainum Lathifah - February 24, 2015


usai menonton drama kehidupan. realiti lebih bermakna dari khayalan seperti mana yang zahir lebih baik dari yang batin.

datuk saudara sakit tiba-tiba pagi ini. gayanya sudah seperti tenat benar. tak bersuara tapi masih mampu perhati sekeliling. datuk saudara yang paling kuat menyakat. sama naik dengan anak-anaknya yang semua lelaki. kami tiga beradik perempuanlah yang akan jadi mangsa sebab mereka tak ada adik beradik perempuan. kuat menyakat, memang nakal tapi, kalau ada yang kacau kami bertiga, memang mati mereka kerjakan. sangat jelas sayangnya pada kami bertiga.

antara babak yang sangat mencuri perhatian, bagaimana seorang isteri setia berada di sisi suami. melihat tok ma genggam tak lepas tangan tok abah, hati jadi sayu. tiba-tiba lagu Dengarlah Bintang Hatiku menyanyi dalam kepala. ini baru betul bukti;

"aku akan menjagamu semampu dan sebisaku.."

dan waktu tok abah kelihatan begitu sakit, anak-anak lelakinya berkumpul di sisi. tok ma sudah menitiskan air mata perlahan. aku cuma perhati. salah seorang anak lelakinya menggosok perlahan bahu tok ma. aku tersenyum sendiri. dialah pak sepupu yang paling hantu menyakat. dialah antara lelaki yang nakal. satu hal yang paling menarik, bila melihat seorang lelaki yang nakal tapi sangat baik dengan orang tuanya. mereka lima beradik lelaki memang anak-anak yang manja. pahit untuk telan hakikat bahawa bukan semua orang yang luarannya soleh, berbuat baik kepada ibu bapa. terima kasih kelima-lima pak sepupu sebab ajarkan sesuatu.

lagu tema untuk tok ma hari ini rasanya, Jaga Dia Untukku. sebab Dato' Siti nyanyi lagu tu masa Dato' K sakit. erk.

semoga tok abah diberi kesembuhan sekiranya kesembuhan itu baik baginya.




sedang belajar memaknai kehidupan. sekarang bukan hanya perlu membina Hasan Al-Banna untuk rumahku nanti tetapi juga membina Lathifah di dalamnya.

Ya Allah, permudahkanlah apa yang baik.


  • Share:

You Might Also Like

1 comment(s)

“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”