result belum keluar. termenung juga bila fikirkan natijah imtihan. sebab memang terlebih tahu usaha aku cuma takat mana. peluang dekan tipis. peluang tiga titik lima pun rasanya entah lepas atau tidak.
"Inilah harga yang awak kena bayar untuk jadi seorang pemimpin, Ainum."
terngiang-ngiang suara Ustazah Ayuna di telinga. waktu itu aku sudah terlalu pedih menahan. nak menangis di bilik, apa pula kata orang. nak menangis di mana? tak tahulah. jumpa ustazah untuk bincang hal lain. tapi terkeluar hal lain. dan begitu saja mata meletuskan air. malu. tapi lega Allah saja yang tahu.
harga yang harus aku bayar..
aku punya angan kecil, kalau boleh mahu mati di tanah itu. Darul Makmur itu yang menyaksikan segalanya. tanah tarbiyah. tanah dakwah. tanah siyasah. biarpun mereka menganggap KIPSAS satu tempat yang kecil, yang lekeh, yang menempatkan pelajar yang biasa-biasa, aku tak kisah.
sebab itu tanah perjuangan.
aku menanam di tanah itu. aku melabur di tanah itu.
benih pahala. saham pahala.
untuk nantinya aku tuai di syurga sana. untuk nantinya aku senang di syurga sana.
dan tak mungkin Tuhan-ku melihat hal itu sebagai hal yang remeh-lekeh seperti yang mereka kira.
harga yang harus aku bayar..
perdagangan ini sungguh menguntungkan.
semoga aku mampu untuk menjadi pelabur pahala.
harga yang harus aku bayar..
sebab untuk capai redha dan cinta Allah itu tidak semudah membangunkan diri di saat jiwa lelah.
0 comment(s)
“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”