merayakan lapan tahun sebagai blogger

By Ainum Lathifah - July 01, 2018


merayakan lapan tahun sebagai blogger. 

dulu waktu sign up blogger, sebenarnya sebab terpengaruh dengan blog-blog yang boleh dikira menginspirasikan juga (well.. untuk zaman tu yang media sosialnya tak serancak hari ini), tambah pula awal-awal nak berhijrah, jadinya sukalah baca artikel-artikel perihal agama (the whole reason why you should write good things as you never know how your writing will affect someone's life). dan masa tu excited make-up blog dengan segala mak nenek widget. blog dah macam kereta berhias merdeka dengan font yang fancy colorful. dah tua ni barulah rasa what most matter tu tulisan bukannya blog saja nak kena cantik lebih-lebih (tapi bukan juga tak boleh make-up langsung untuk kepuasan mata sendiri #ehembarutukartheme).

tapi itulah kan, benda yang kita tak serius pun nak mula tu sebenarnya boleh jadi antara benda yang signifikan dalam hidup nantinya. alah macam kaulah yang dulu saja-saja add dia kat facebook. dia wave poke segala benda kau rasa macam pehal dia ni. last-last jatuh cinta lepas tu menikah. then kau update kat facebook "tak sangka dulu kenal kat facebook je tapi hari ni dah jadi suami i" kinda post. ha macam tu lah aku dengan blog. macam tak ada kaitan sangat dengan contoh tu tapi tak apalah. boleh faham kan.

signifikan tak signifikan blog ni, aku rasa aku jadi orang paling jujur dalam ni (selepas Allah pastinya). selepas Allah yang Maha Tahu hatiku, blog ni yang jadi saksi segala perasaan aku. i'm a tough figure di luar, aku tak cengeng depan orang bila it comes to something yang really really bothering me. kalau benda-benda remeh macam terluka terjatuh, aku elok je nangis depan orang. tapi yang tak boleh nak jujur tu bila kita berdepan dengan sesuatu yang sangat mengganggu emosi dan jiwa. sebab tu aku selalu rasa your pain is your private personal thing. of course orang boleh baca apa yang ditulis kat sini tapi tetaplah blog bagi rasa this is my own space, my private resident. tak apa orang yang kenal aku baca blog ni tapi yang pentingnya jangan baca depan aku, jangan sebut apa-apa depan aku. 😆

dalam tempoh lapan tahun ni, banyak benda dah ditulis. banyak yang dah selamat dipadam dan didraf. bahagia, sakit hati, marah, terpukul dengan musibah - semua dicoret di sini. i can see how much i'm growing. dan sebenarnya untuk waktu-waktu yang tak menulis dalam fatrah yang agak lama, itu pun aku lihat sebagai proses bertumbuhnya siti ainum. aku tahu aku hanya akan menulis bila ada something triggered. macam happy, sedih atau mana-mana perasaan yang boleh drive the feel of writing. tahun ni tahun yang agak bukan berfokus pada diri aku saja jadi aku tak ada atau tak sempat nak perasan (seriously) apa-apa yang boleh mengemosikan diri lebih-lebih. kita baru PRU. thanks to PRU sebab menyibukkan aku so, aku bangun pagi cuma fikir kerja-kerja PRU saja. tak terfikir isu-isu lain. kalau terfikir pun, tak sempat nak berlama-lama perasaan tu singgah. jadi, menulis atau tak menulis, blog ini tetap menyaksikan bertumbuhnya siti ainum. cuma bezanya ada dakwat yang terlihat dan ada yang tidak.

tak dilupa kepada kalian yang seringkali di sini singgah menjenguk khabar walaupun tak ada suara dari kalian yang terdengar di telinga aku, tak ada tulisan kalian yang terbaca di mata aku, tapi aku tahu kalian ada. #edarborangAinumers. terima kasih sudah sama-sama membaca jatuh bangun, tulisan-tulisan perkongsian dan juga yang bodoh-bodoh. kalau ada sahabat blogger juga di sini, jangan segan tinggalkan link. aku dah lama tak blogwalking. sebab dah jarang orang yang dikenali update blog sekarang jadi, aku tak tahu nak singgah mana. i need some reading too. and i'd be glad if you're willing to share your writing with me. 😄


source



untuk merayakan lapan tahun sebagai blogger,
insyaAllah aku memilih untuk menulis dengan dakwat yang lebih terang.
supaya aku pun boleh bersinar dengan terang dan kalian yang membaca pun
menjadi seperti bintang-bintang di langit malam.

  • Share:

You Might Also Like

1 comment(s)

  1. Teruskan menulis. Tulisan yang lahir dari hati lebih mudah membekas di hati sang pembaca. Tahniah.

    ReplyDelete

“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”