My very first wedding invitation card design

By Ainum Lathifah - July 10, 2018


fatrah 6 bulan tanpa menulis aku sebenarnya banyak berkarya dalam bentuk yang lain. it's graphic desigining! aku mula kenal adobe photoshop masa form 5. tapi of course lah sekadar kenal, tahu edit text, crop pun punyalah... huduh bedo'oh. 😒 nak kata tahu basic pun tak boleh nak kata sebab it's not even basic level. masa tu belum serius. sekadar nak edit text pada image yang mana masa tu pun dah rasa impressed. 😆

dan masa tangguh sem, aku ada buat dropship buku. jadinya bos upah aku untuk designkan poster promosi. first time kena komen masa tu, serius aku migrain sungguh-sungguh. i was like, alamak cerewetnya dia ni yada yada. tapi little did i know that so very headache critique itulah sebenarnya yang membawa kepada prestasi hari ini. so, thank you bosku. and also big thanks to syam (you can check his page here) yang actually unlock all the what and what in graphic designing. sebenarnya lepas aku tahu macam mana nak cari bahan, i think i can do everything. rupanya hanya knowing "okay just google yada yada png" tu yang buat aku boleh do the design (walaupun masih tahap beginner) sebab i actually just need to know where  and how to get the good sources. even tough aku harammmm tak tahu apa fungsi tools dalam ps. boleh kata aku cuma tahu guna kurang dari lima tools. 😂 so, thanks to png. aku rasa aku boleh buat apa saja. asal ada idea, google jak!

i started designing seriously in September last year. aku kena jadi ajk publisiti untuk satu program besar dan alhamdulillah la for a very first time pun, it went well. orang cakap cantik dan aku pun rasa cantik masa tu walaupun kalau tengok sekarang rasa emmm beshe-beshe jer. tapi mula dari hari tu aku praktis hari-hari. almost every day aku akan design poster. dan bila dah tahu sikit-sikit, pandailah nak cari sendiri apa yang tak tahu through google or youtube. yelah sebab setiap bidang ada jargon sendiri. contohnya bila baca "who resterize an eps?" and i was like... em hello, are you talking to me? 

so, month after month, i can see i'm improving for more better and better. masih tahap amatiran tapi amatiran yang kepedean (percaya diri atau confident), gitu guys. tapi nak sampai tahap confident tu lama juga sebenarnya. sebelum ni walaupun orang dah percaya dengan kerja kita, tapi aku still takut when it comes to events penting. aku still rasa kerdil sebab yes, i am. cuma sekarang perlahan-lahan meyakinkan diri untuk tonjolkan hasil kerja kepada orang dan start my freelance business as i need to gain my own money. with this health condition, aku tak boleh bekerja dengan orang di luar. jadi kena struggle dari rumah. alhamdulillah walaupun duit masuk tak semeriah orang lain yang bekerja secara official, bolehlah juga beli barang sendiri tanpa perlu minta duit mak ayah. (perasan tak perkataan "walaupun" macam kerap ditulis?) 🙊

dan sebenarnya main point entry ni cuma nak cakap yang aku dah unlock level one wedding invitation card dalam game ps ni! buat kad kahwin antara freelance job yang aku dapat. jadi aku dengan penuh girang dan syahdunya mahu kongsikan my very first wedding invitation card! i'm so excited when i got the offer since I've always want to do this! apapun, disklaimernya - aku amatur lagi. jadi kalau ada di sini expert designer harap jangan kecam sis. sis budak-budak lagi. tapi sebab sis tahu ramai lagi yang tak tahu langsung, yang cuma tahu basic, yang tahu tapi tak ada idea, this template is for you. sempena meraikan first design ni, nah free template untuk awak yang mahu. beshe-beshe saja tapi kalau nak silakan ambil. semoga bermanfaat!






Free Wedding Invitation Card Template
Template Kad Jemputan Kahwin Percuma


-----

untuk tempahan design
banner - backdrop - bunting - poster - resume
email sittiainum@gmail.com

-----

  • Share:

You Might Also Like

2 comment(s)

“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”