Penutup 2015 untuk Siti Ainum

By Ainum Lathifah - January 01, 2016


lagi setengah jam akan mula tahun dua ribu enam belas. akan mulalah umur dua puluh dua ya Allah tuanya rasa. dua puluh satu rasa muda lagi sikit. dan banyak lagi benda yang aku tak tahu. benda basic yang aku belum serius ambil tahu. benda patut buat yang aku masih malas nak buat. banyak lagi lack walaupun pada umur dua puluh satu ni aku dah boleh buat macam-macam sepatutnya.

tengok di instagram masing-masing buat bestnine2015. and i don't even have a heart to do so sebab 2015 dengan best tu macam tak serasi bagi aku. 


2015 + best = no reaction


mungkin sebab tahun ni paling dull. pasaipa?

pasai aku tak terlalu express feeling kot. feelings ni yang buat hidup kita penuh warna sebenarnya. tapi akan rasa suram bila kita tak mampu nak rasa apa-apa. atau secara tepatnya not let yourself to feel the feelings.

seriuslah. jujur aku rasa dah lama tak gelak dan senyum in a sincere way yang memang tahap sakit perut geli hati deep inside my heart gitu ha. aku rasa gelak dan senyum aku tawar. eh klise bunyi. tapi yang bunyi klise ni masalahnya first time bagi aku, so? 

rindu nak tengok siti ainum senyum dan ketawa mengilai. serius rindu.

rasa pathetic gila tengok muka sendiri dalam cermin. emotionless-nya alahai muka. tapi kalau dah emo tu, terlebih pula cumanya bila emo tu jadi emo yang tak berisi. this 2015 ni segalanya tentang emosi yang tak ada makna. ada makna, tapi tak lekat makna. ah, apa bendalah nak tulis pun merepek meraban sekali.


2015 bukan tak best tapi aku tak tahu nak kata best-nya part mana.

sama ada memang tak ada langsung hal yang aku boleh kata best atau aku ni sebenarnya makhluk tak bersyukur.

i think it's the latter.


setiap tahun yang datang kita berharap akan tersedia dengan jalan yang lebih indah dan mudah. eh sorry-lah. makin upgrade kot. mana boleh nak senang macam level satu. susah payah kau nak hadap first level dan unlocked second level and now kau nak give up?

boo yourself la kalau ada rasa macam tu. sorrylah kalau ada yang kata kasar. aku tengah cakap dengan siti ainum ni so, yang lain jangan nak boo-boo juga.

Allah dah cakap kan never lose hope. Allah yang kata. bukan jack frost. bukan avatar roku. bukan karakter-karakter yang kau gilakan tu. it's Him The Almighty.

Allah yang atur everything. suka kau duka kau sihat kau demam kau - semua kerja Dia.

dan bila Dia kata jangan putus harap tu maknanya Dia tahu memang kau boleh lari sampai garis penamat. boleh menang. Allahu ya'lamu wa ma ta'lamu. 

berdarahlah sekalipun sekarang tapi tu bukan tanda kau tak mampu sampai ke finish line. trophy ada lagi tersedia. race ni kau seorang yang participate sebab ni life kau. tak ada dah orang lain yang akan menang atau kalah melainkan kau sendiri. yang ada cuma halangan bukan participant lain. masalah kau bila kau rasa kau hidup berlumba dengan orang lain. kau rasa kau terkebelakang. orang lari berdesup lari tinggal kau. padahal tu semua tak ada pun. this is YOUR race.

don't give a damn-lah to apa saja yang bring you down to negativity. ceh, senang gila bunyi. padahal - paghaah.


and what's going on in your race, siti ainum?

are you still sitting under a shady tree?
or even too tired to just walk?

nah, it's all just expression-lah.


stand up, baby.
run.

you have a race to win.




---

tambahan setelah jam 00:00

weh tepat-tepat jam 12 entry siap. haha!
kerja Tuhan - cantik.

tadi aku berharap sangat entry ni akan dipublish tepat jam 12 tanpa perlu aku set schedule atau tanpa perlu aku sengaja sekat tulisan aku berhenti pada jam 12.

dan Allah izinkan -- tepat-tepat jam 12 yang ikhlas.

alhamdulillah. awal 2016 yang bahagia -
kerana Allah izinkan harapan kecil menjadi nyata.

:)


  • Share:

You Might Also Like

2 comment(s)

“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”