majlis ilmu yang kedua setelah liqa' bersama sheikh zainul asri ; Daurah Kitab. sememangnya kelmarin adalah hari yang penuh ilmiah. dari pagi sampai ke petang. dan malamnya disambung lagi dengan Lantunan Mahabbah. ya Allah, syurga dunia ini pun sudah begitu indah dan tak puas duduk. terima kasih atas kesudian menjemput aku, wahai Allah.
sesi pertama daurah kitab "Ayyuhal Walad" bersama Syeih Zainul Asri. aku rasa terlampau banyak basic things yang kadang-kadang banyak dari kita rasa dah pass tapi sebenarnya banyak lagi yang kita miss. sangat banyak. fardhu ain masih terlalu banyak yang tak dilaksana. bukan sekadar apa yang pernah dibelajar dalam subjek pengajian islam dulu.
berdasarkan kitab ayyuhal walad karangan Al-Imam Hujjatul Islam - Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali, nasihat yang ketiga, kata sheikh zainul asri ; orang yang tak suka dinasihati ni tak ada kebaikan lagi padanya. orang yang paling baik ialah yang boleh nasihat orang lain dan dalam masa dia juga boleh dinasihati oleh orang lain. entah berapa kali aku tertusuk hakikat - pedih wahai.
Saidina Umar Al-Khattab pernah meminta nasihat daripada Salman Al-Farisi, namun salman cuma menjawab tiada apa yang perlu ditegur. lalu umar pun berkata, "mana yang kamu rasa tak sedap di hatimu, tegurlah aku." jawab salman, "dulu ketika rasulullah masih ada, baju kamu ada satu helai. sekarang setelah kamu menjadi amirul mukminin, baju kamu ada dua helai." kalau tak silap aku, umar menangis mendengarkan jawapan salman. aku tak sempat catat pada bahagian tu, ralit sangat dengar cerita. kata sheikh lagi, baju umar cuma dua iaitu baju musim panas dan musim sejuk - itu saja. dulu sahabat cuma ada sehelai baju sebab mereka tak mahu melebihi rasulullah saw yang cuma ada sehelai baju. kita masih terlajak terlampau jauh untuk punya cinta sedalam itu terhadap kekasih Allah.
sheikh juga pesan supaya amalkan bersugi. jika kita dah tahu sesuatu ilmu, kena amalkan walaupun sekali seumur hidup. jika tidak, akan dikira sebagai tidak mengamalkan ilmu. dalam muta'allim (belajar), kena ada pen dan kertas. itu baru dikira sebagai nak belajar. kalau cuma datang dengan telinga yang terbuka, tak jadi.
pernah seorang guru bertanya kepada syeikh zainul asri, apa tujuan hidup? dan syeikh pun menjawab seperti biasa orang jawab ; untuk cari redha Allah dan sebagainya (aku cuma ingat yang first). jawapan syeikh tadi tidaklah dinafikan oleh gurunya tetapi jawapan gurunya ternyata sangat mengejutkan dia. jawapan yang bikin dia terasa lemah seluruh badan.
jawab gurunya, matlamat hidup ialah mati. berbuatlah apa sekalipun dan banyak mana sekalipun, kita perlu ingat bahawasanya kita tetap akan mati. dunia ini kita himpun untuk tinggal - itulah aibnya dunia. himpun banyak-banyak di dunia tetapi akhirnya kita tinggalkan juga. jadi, himpunlah apa yang kekal supaya ada bekal di perkampungan akhirat yang abadi.
seterusnya, hidupkan qiamullai. apa yang memberatkan bangun malam adalah dosa yang dilakukan di siang hari. kalau sampai tahap kita tidur malam dan tak langsung terfikir untuk bangun malam, itu maknanya kita memang sudah tenggelam dalam dosa. Ya Allah. bilamana kita ada dosa dengan Allah, ibadah akan jadi lambat. taubatlah yang akan melajukan.
sesi kedua pula bersama Syeikh Rohimuddin An-Nawawi Al-Bentani. kali kedua mendengar kalam beliau. sangat seronok dan dalam sekali setiap patah maknanya. tapi masa ni aku dah tak sempat nak mencatat sebab kena jaga anak orang. catat pun sikit-sikit saja tapi tak apa, nanti aku share video rakaman daurah, insyaAllah ada dirakam.
nasihat keenam belas ; carilah guru yang mursyid. kata syeikh, beliau akan mencari guru yang tak ghibah. tak cerita canang keburukan orang. nasihat keduapuluh dua ; jangan engkau banyak bertanya tetapi hendaklah engkau banyak beramal. tanya sebab tak tahu. jangan tanya sebab sekadar nak uji ataupun tak bersetuju.
sesi ketiga bersama Maulana Hussein Abd Kadir Yusufi. sesi ni memang aku dah tak boleh nak mencatat sebab duk monitor anak-anak yang berkeliaran. aku pandang ibu-ibu kat sebelah pun dah tersengguk-sengguk sebab penat. mujahadah isteri da'iyah - begitulah. suka tengok dewan MUIS yang penuh. memang ramai yang hadir datang mengisi dan makin meriah dengan anak-anak kecil yang berlari. huhu.
malamnya disambung pula dengan Lantunan Mahabbah. ini memang malam kemuncak. malam yang segalanya pertama kali. entah harus bagaimana aku terjemahkan kembali perasaan semalam. sememangnya hati aku sudah mula dilantun mahabbah yang begitu nikmat dirasa.
"jangan tinggal qasidah. qasidahlah walau tak ada gendang. qasidah untuk menimbulkan mahabbah sebab qasidah ini ialah penawar dan terapi bagi jiwa kita, insyaAllah." - sheikh zainul asri
selama ni berqasidah pun, rasa macam sekadar "hiburan yang halal". pengertian belum sampai. tapi lain pula feel-nya bila berqasidah dengan ulama ni. diajar bagaiman cara tepuk. bagaimana cara nak layan qasidah. nak qasidah kena seronok sebab kita puji nabi. puji nabi kena seronok.
dan semalam memang tahap melting tahap entahlahhh. ya Allah. rindunya kepada Rasulullah saw. rasa macam kalaulah-aku-tahu-lebih-dulu, tapi syukurlah sekarang pun Allah masih titip rindu. sebak yang sangat bila lantunkan bait-bait qasidah yang indah. bila mula faham segala maksud dan cerita di sebalik qasidah, perasaan tu lagi lain. betullah syeikh rohimuddin cakap, kunci cinta adalah kenal. kenal Allah, maka akan cinta Allah. cinta Allah, maka akan kenal Rasulullah. kenal Rasulullah maka akan cinta baginda.
malam tadi dua kali qasidah "ya hannan ya mannan" dimainkan. kegemaran aku. oh, juga kegemaran syeikh zainul asri! tak dapat nak dengar betul cerita di sebalik ya hannan ya mannan ni sebab sibuk duk monitor rumaisa, anak perempuan sheikh rohimuddin yang masih kecil. dia sibuk nak main berlari segala. kurus aku semalam.
tak sabar nak tunggu video masuk youtube. rindu sudah! tapi sini aku share dulu Lantunan Mahabbah yang lepas di Kedah.
malam tadi juga pelancaran kutipan dana untuk maahad tahfiz darul hadis sabah. ada yang derma 60gram emas yang nilainya bersamaan lebih kurang 10 ribu! tiba-tiba aku rasa nak jadi kaya. Allah, sedapnya boleh bagi banyak tu untuk agama. untuk sesiapa yang nak derma, bolehlah rujuk poster di bawah. hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan. boleh contact nombor yang tertera. boleh juga contact abang ipar aku, Ustaz Mat Razali (mudir darul hadis sabah). infaqlah banyak mana pun yang termampu. :)
1 comment(s)
Salam, baca blog awak baru tahu tentang daurah ini.. Allah, xberkesempatan.
ReplyDelete“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”