Dear future husband, yes, I do like honey but, I can't make sure if I can still like it to have another honey in our life.
By Ainum Lathifah - January 08, 2016
telah berfirman Allah Ta'ala dalam al-qur'an maksudnya ;
“dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain) : dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.” (Surah An-Nisa’: 3)
---
kenapa tiba-tiba terkeluar cerita poligami ni?
entahlah. sebab teringatkan pertemuan dengan kakak-kakak yang punya madu. sekali lagi, entahlah. aku cuma terlebih kagum dengan para wanita besi ini. yang sanggup melamar perempuan lain untuk suaminya. aku sungguh tak mengerti jiwa seperti apa kalian.
teringat zaman form 3 (2009), si fikri tanya setiap classmate perempuan dalam kelas;
"bagi tak suami kahwin lain?"
dan semestinya majoriti cakap tak. tapi belum sempat aku jawab, fikri pun cakap,
"anum mesti bagi suami dia kahwin lagi satu. tengok dari air muka."
entahlah. sama ada air muka aku ni jujur ikhlas sangat ataupun si fikri tu yang bengong hahaha. air muka aku punyalah orang cop singa, dia boleh cakap macam tu. tapi iyalah, mana tahu nantikan.
dan haritu makcik yang mengurut datang urut tangan. masa dia urut tu dia belek urat tangan dan cakap,
"weh hoo budok ni.. mmadu (bermadu) kekgi nih." dan aku pun krik krik-lah seketika. tapi makcik tu sambung,
"takpo. doa banyok-banyok. niat molek. Allah tahu blako."
apa yang makcik tu "ramalkan" bukanlah aku perlu percaya. Allah punya kerja, luar tebakan manusia. tapi apa yang makcik tu kata boleh buat aku rasa bersedia. bersedia sekiranya aku ditakdirkan ada teman lain selain aku di dalam hidup suami nanti. sebab kita tak tahu masa depan macam mana dan benda tu tak mustahil. kalau Allah kata kun fayakun - angkat tangan surrender kita.
dan lepas peristiwa tu makin bertemulah aku dengan wanita-wanita yang Allah izinkan hidupnya punya madu. aku minta cerita, pengalaman dan apa yang dirasa. semuanya cuma buat aku terasa kecil dan termuhasabah.
sebab aku tak faham apa sebenarnya dalam jiwa mereka. macam mana mereka boleh kuat dan mampu merelakan cinta untuk dibagi.
dalam ayat lain Allah Ta'ala berfirman :
“dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya) ; oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan).” (Surah An-Nisa’: 129)
---
rasa macam nak menangis baca ayat ni. betapa Allah tahu bagaimana kami para perempuan. seorang isteri belum tentu merasa adil apalagi dua dan lebih. itu yang buat aku bingung dengan jiwa-jiwa gagah yang sanggup memberi.
seorang isteri belum tentu merasa adil sebab kadang-kadang ada masa bila suami lebihkan keluarga, atau lebihkan kerja. kadang-kadang, sekadar "mak saya masak lauk ni lagi sedap." pun dah boleh buat isteri rasa terkebelakang. ya, walaupun rasa macam tak patut tapi benda ni ada - wujud hal cemburu sebegini.
susahkan hati perempuan?
khususnya lagi bila suami kita pejuang agama. kerja jemaah memang tak kira masa. on-call mengalahkan doktor. pesakit lebih ramai - seluruh umat manusia. ada masa, dengan dakwah pun rasa macam bermadu. serius.
kakak aku pernah cakap memang rasa bermadu dengan dakwah. ini bukan pengakuan kita tak suka suami keluar berjuang, tapi ini statement bahawa sememangnya sunnah berjuang itu beginilah. ah, susahnya nak jelaskan. aku yang tak menikah lagipun ada waktunya rasa macam ni (sebab gedik lebih je ni ha). tapi betullah, kadang-kadang bila aku nak kasi tahu benda penting dekat bakal beliau, adalah saja jawabnya tengah programlah apalah. dan lagi dahsyat tak reply. dalam hati cuma mampu meratib, "tak nikah lagi dah rasa macam ni, nikah nanti tak tahulah macam mana". sebab rasa macam tak dipedulikan walaupun sebenarnya faham sangat situasi tu. tapi itulah, perempuan. haha.
entahlah aku. nak cakap banyak pun tak ada pengalaman lagi. aku cuma mampu titip doa supaya teman-teman perempuan yang "diuji" dengan poligami ini semoga sentiasa berlapang dada dengan Allah. ya Allah, susahnya nak buat. cakap senang saja. tapi ni nak cakap pun susah rasanya sebab kita tahu memang benda tu tak mudah untuk dihadap. semoga Allah kuatkan hati untuk terima segalanya dengan ikhlas. supaya dalam subjek cinta ini, kita tidak gagal dalam bab ikhlas, macam kata kak umy. ada ganjaran besar dari Allah yang menanti di negeri abadi.
Ya Allah, kuatkanlah kami semua supaya tak mati ketika diuji.
0 comment(s)
“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”