koleksi rindu seorang aku

By Ainum Lathifah - January 14, 2016




betapa di hati aku terbuku kerinduan yang begitu banyak -- rindu yang mula melumut dan berumah.

kalau hati aku ini diibaratkan seperti kapal davy jones, maka rindu itu adalah anak kapal yang perlahan-lahan menjadi sebahagian dari kapal -- mengabdikan diri di situ. seperti ayah will turner yang makin lama makin hilang ditelan kapal.

begitulah keadaan rindu di hati aku. terbuku menjadi koleksi yang kalau aku susun dalam timbunan huruf, aku sudah boleh hasilkan 10 juzu' kisah atau mungkin lebih.

tapi aku juga tak mahu menulis tentang rindu-rindu aku yang aku sendiri tidak tahu sebenarnya hati ini mahukan siapa atau apa. untung hati kita ram besar, boleh diisi dengan kadar infiniti tanpa ada amaran "low space -- delete some of the files". mujur.

kalau rindu yang terbuku ini aku bukukan, apakah akan habis rindu ini setelah menjadi buku? kalau habis -- ya, aku mahu tulis.


Oktober 1, 2015 | 20:07


  • Share:

You Might Also Like

0 comment(s)

“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”