aku rasa aku baru jumpa sebab sebenar kenapa aku boleh mula menulis. dari awal create blog sampailah sekarang. kalau dulu masa mula-mula ada blog, cuma taruk bahan-bahan copy dari web lain, sekadar untuk kongsi balik apa yang dibaca. tapi lepas tu aku mula tulis sendiri. huruf-huruf aku. perkataan-perkataan aku. ayat-ayat aku. penyebab boleh mula tulis tu sebab aku nak confess sesuatu yang aku tak akan cerita pada orang secara depan-depan. sebab tu kalau sesiapa yang follow blog dari dulu, akan tahu banyak entry yang berupa confession sedih atau terkilan. benda happy tak perlu nak confess sangat pun, sedap nak brag pada dunia secara terang - tak ada masalah.
tabiat nak menulis tu semakin menjadi-jadi bila kita dah serap gaya penulisan orang-orang hebat. sebab tu penting untuk penulis membaca sebelum menulis. kalau dulu ayat lintang-pungkang macam singapura dilanggar todak (eh?) tapi sekarang okaylah sikit, bolehlah daripada tak boleh langsung. awalnya kita cuma "tiru-tiru" ayat penulis-penulis hebat tapi lama-lama dah boleh tulis sendiri (orang pula tiru ayat kita sekarang - siapa sangka). menulis ni kena konsisten buat latihan supaya kita makin improve dari segala segi - tatabahasa - ejaan - struktur ayat - bahasa bombastik - dan sebagainya.
tapi aku discover the main reason kenapa aku masih lagi gigih menulis adalah sebab passion aku terhadap sentimen (feeling) aku sendiri. bukan passion untuk menulis. aku cepat attach pada sesuatu yang memang masuk dan kena pada jiwa. jadi nampaklah aku mudah taksub pada sesuatu. imaginasi aku tinggi untuk sesuatu yang kecil atau sesuatu yang orang tak terfikir pun untuk difantasikan. atau mungkin sebenarnya -- aku taksub pada perasaan sendiri.
tengok kartun pun boleh menangis beriya - sebab inilah.
main games pun boleh berkerut dahi tahap apa - sebab inilah.
dengar muzik dan lagu pun boleh meraung macam orang gila - sebab inilah.
maka terhasillah tulisan-tulisan berupa ibrah-ibrah yang aku dapat. main coc, aku tulis ibrah coc. tengok avatar, tulis ibrah avatar. tengok harry potter, tulis ibrah harry potter. dengar lagu, tulis ibrah lagu. dan macam-macam lagilah.
aku cepat attach sebab aku dapat something. bukan aku gilakan sesuatu tanpa ada sebab. aku ni jenis "alang-alang buat, biar ada hasil". sampai orang cakap aku ni banyak sangat idea, main game tengok movie pun sempat lagi kutip ibrah.
aku tak tahulah yang banyak idea semua tu tapi aku letak benda tu sebagai -- overwhelming emotion (passion) for admirable sentiments.
sebab aku tak rasa pun tu macam idea ke apa tapi aku cuma nak terjemahkan balik apa yang jiwa aku rasa. aku tak boleh duduk diam selagi aku tak cerita. aku rasa dada macam nak pecah kalau aku tak boleh nak kasi tahu apa yang aku dapat. nak juga share benda yang bukan semua orang nampak. in a good way.
mesti ada yang kadang-kadang serabut tengok aku bercerita gaya taksub benar dengan something (contoh ; Avatar) hahaha. tak kisahlah orang cakap aku kuat berangan berimajinasi sekalipun. yang penting, aku rasa dan aku dapat dan aku akan rasa rugi kalau aku tak nampak semua tu.
kalau jumpa orang yang juga nampak apa yang aku nampak, aku rasa macam nak buat pulut kuning. nikmatnya sembang dengan orang yang jiwanya connected dengan jiwa sendiri. ewah. dan setakat ni aku tak ada kawan lagi untuk bercerita pasal Avatar. hm.
"macam mana nenek kenal atuk?"
"nenek sebut nak tengok comet, lepas tu atuk kau cakap sozin's comet muncul 100 tahun sekali je. masa tu nenek tahu he's the one."
aci tak macam ni? ƪ(˘⌣˘)ʃ
definisi writer tu macam mana ya sebenarnya?
kita sekarang dah ada zine sekeping pun dah tayang kalimat "penulis" apalagi kalau ada buku. tak adalah, bukan masalah besar pun pasal ni cuma akulah - rasa malu kadang-kadang sebab "sedikit berlagak" dengan gelaran penulis. orang dulu-dulu tulis kitab berjilid-jilid tapi tak ada pun nak brag satu dunia haha kay malu. poet Islam zaman dulu tulis diwan bertambun pun tak bising canang (yelah sebab kita tak ada zaman dulu macam mana kita nak dengar kalau mereka bising pun - eh eh banyaklah jawabnya).
tak kisahlah mahu berbuat apa (yang tidak melanggar syariat Islam)
-- asalkan tulus, insyaAllah diterima.
0 comment(s)
“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”