rasanya aku tahu kenapa burung
di dalam sangkar itu sering menyanyi
kaki tak diikat tapi bebasnya digari
ingin terbang jasad tak mampu
untuk terbang jiwa rasa kaku
mungkin seperti itulah aku
apa lagi yang mampu dilakukan selain menulis
melayankan kerenah jiwa yang enggan patuh
ingin bersuara diri tak mampu
untuk bersuara jiwa rasa perlu
burung dalam sangkar
bebas bersuara jasad terkurung
aku dalam khalayak
bebas bergerak suara terkurung
jadi, seperti burung yang menyanyi kerana jasadnya disekat
aku pula menulis kerana suara ini rasa tersekat
dan hanya dengan itu kedua-dua kami
-- bebas
dari Zine Ini Buku Kita
Mei 15, 2015 | 21:30
0 comment(s)
“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”