Monday, 21 December 2015

merintihlah ; Allah dengar


tiga empat hari lepas gebu sakit. telinga dia kena jangkitan kuman. teruk jugalah untuk budak manja macam dia untuk hadap. memang jadi senyap tak peduli apa. makan pun tak lalu. dia sangat kuat makan. biasa kalau time sihat, dialah yang pertama hadap talam makanan dan dialah yang terakhir habiskan. yang lain makan sikit terus blah, dia tak.

disebabkan telinga dia sakit, memang tak bagi orang sentuh apalagi nak kasi telinga tu bersentuhan dengan sesuatu. so, memang nak tidur pun tak selesa takut tertindih telinga. betapa sedihnya aku tengok dia tersengguk sebab terlalu mengantuk tapi tak boleh nak tidur, ya Allah.. sampai tahap aku boleh minta, "kalau Engkau nak ambil dia, ambillah." sebab lagi elok dari tengok dia sakit macam tu. memang sebak sangat-sangat. kalau anak sendiri aku tak tahulah macam mana.

dan haritu sebelum masuk waktu subuh, aku tenung dia. dia memang dah nampak sakit sangat. mata pun tak berapa nak buka. aku boleh rasalah yang dia tengah tahan sakit yang terlalu. telinga kot. sebab aku sedih sangat sampai aku menangis. gebu tengok air mata aku jatuh satu persatu depan dia. aku pun dah emo semacam. aku ni jenis kalau menangis payah nak berhenti. susah.

dan aku ingat masa tu hati aku kata ;

"Ya Allah, biarlah aku sorang sakit. janganlah bagi gebu sakit. tolonglah, sembuhkanlah. kesian dia. he's too young."

makin menjadi-jadi mata ni ha. gebu tengok aku. aku pandang arah lain, aku tak nak dia tengok aku menangis. lepastu masuk subuh, aku solat.

tak tahulah nak kata apa, tapi in a flash dia nampak sihat lepas tu. sepanjang sakit dia tak ada pun nak bangun minta nasi pagi-pagi. tu selalu waktu normal saja. tapi tiba-tiba dia datang gesel-gesel hidung nak nasi. mata dia pun dah macam makin luas terbuka. serius aku rasa terkejut. tak sampai setengah jam kot doa, dah makbul?

dan dalam masa sehari tu jugalah nampak progress dia. makin membaik. dah mula panjat sinki sebab tu la hobi dia selalu. sebab nak cari ikan. dah mula bergurau dengan adik-beradik dia. dah mula tidur baring elok. masa sakit dia tidur berdiri duduk tu. hm kesian. dan dah kasi orang sentuh telinga dia tanda dia dah tak sakit bahagian tu.

alhamdulillah!

senang dengan kesihatan yang dah kembali dan kegembiraan yang tak tahu nak gambar macam mana bila Allah sudi kabulkan permintaan-permintaan kecil. tapi sayang, aku tak rajin berdoa dalam banyak hal. kadang-kadang kesihatan sendiri pun lupa nak minta.




wad gebu masa sakit. aku saja letak tapi dia tak nak keluar dah lepas tu. mengada.



telinga tuuuu


sekarang gebu tengah cari ibu kat dapur sebab nak makan nasi. tunggulah cerah sikit nanti nak mandikan dia sebab badan bau minyak ubat + nanah dia haritu. nak mandikan masa sakit, karang dia buka silat pula. tak pasal-pasal muka aku dapat scar macam zuko.

1 comment:

“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”