dapat soalan ni dekat askfm. aku tergelak dua saat. janganlah tanya soalan yang buat aku nak throwback segala benda. haha. aku malas nak jawab dekat situ, malulah aku. sebabnya, kalau aku tahu orang suka aku memang aku cuak (seriously).
cuak sebab ada pengalaman pahit (ye ye je pahit). okay sini aku cerita.
first time aku dapat love letter masa aku darjah 5. masa tu aku datang kelas awal dalam jam 6.30 pagi (dulu memang awal kot, sekarang kalau kelas jam 8, jam 7.30 baru nak siap). dan masa aku datang tu ada la seorang rakan sekelas lelaki yang dah datang, tengah sapu sampah (dulu skema gila ikut jadual bertugas). aku sampai saja dekat meja aku, aku nampak kertas dalam laci. aku pun bukalah nak baca. isi surat tu ;
"ainum, i like you. i want to kiss you." - jainudin (bukan nama sebenar)
kau translate sendiri dalam bahasa melayu sebab aku geli nak tulis.
ya Allah perasaan masa tu tak tahulah nak cakap macam mana. aku terus keluar turun kedai koperasi sementara nak tunggu masa nak menjual (aku pengawas sekolah). masuk saja ko-op terus menangis. memang menangis sungguh-sungguh. sebab takut. weh scary kot sampai macam tu sekali. like cukuplah, apa pasal ada ayat belakang tu. lepas tu kawan-kawan perempuan datang. terkejut tengok aku menangis. kawan-kawan aku ni ganas sikit so diorang terus pergi cari si jainudin tu. tapi aku rasa jainudin tu mangsa keadaan saja sebab dia baru datang kelas. aku syak budak yang tengah menyapu tadi tu punya kerja! sebab masa darjah 6 dia pula yang confess suka. jainudin tu dah blur semacam kena serang tiba-tiba.
dan bukan sekalilah kena macam ni. ada yang sms cakap benda-benda yang tak sepatutnya. aku pun hairan macam mana budak sekolah rendah dah boleh tahu benda-benda kotor macam tu. sejak dari tu memang aku jadi su'udzon dekat semua lelaki, khususnya yang kata suka. yelah, takutnya bila fikir kita ada dalam benak kepala mereka. entah apa yang difikir. entah apa yang dibayang.
tapi satu benda aku belajar. yang aku cerita ni semuanya zaman nakal, zaman tak tutup aurat dengan sempurna. walaupun baru sekolah rendah tapi masa tu aku rasa dah matang kot, bukan macam budak zaman sekarang nampak budak-budak betul. haha. i just found out yang orang lelaki memang tak akan malu untuk direct berbuat yang tidak-tidak pada kita dalam keadaan dia nampak kita ni biasa saja. maksud biasa tu, tak ada benda yang jadi benteng untuk dia datang dekat kasi rendahkan maruah kita.
kenapa aku cakap macam tu?
sebab sepanjang aku mula pakai tudung labuh ni tak ada lagi yang datang menggatal. seingat akulah.
lelaki cakap suka. memang dia suka kita sebab dia nampak kita cantik. tapi setakat itu sajalah. cantik yang mahu dia tayang untuk dia banggakan di depan teman-teman. tapi kita yang perempuan janganlah tak cerdik sangat percaya orang puji cantik suka gila nak mati. cukuplah kita tahu kita cantik, tak perlu pun orang datang puji untuk buat kita rasa cantik. sebab makan puji itulah yang akhirnya binasakan diri. tak dinafikan memang kita akan attract pada orang yang good-looking tapi untuk terus serah cinta tu - kena fikir banyak kali.
macam mana budak-budak tu dulu boleh bercakap lucah dalam keadaan dia kata dia suka - nampak sangat dia nak kita sebab nafsu (refer cerita aku tadi dan yang aku tak cerita). dan bagaimana dahsyatnya pemikiran mereka pada masa tu sampai tahap ikut aku balik rumah. macam mana aku tak takut?!
sekarang aku cuma fikir, apa sebenarnya penyebab anak-anak kecil membesar dalam keadaan dia punya fikiran sebegitu. pengaruh datang dari mana. ya, memanglah tu fasa baru nak up, baru reach puberty, tapi persoalan aku, apa yang pengaruhi tindakan sebegitu sebab bukan semua pun macam tu kan?
kasihan.
cuma nak pesan pada diri sendiri, adik-adik, kakak-kakak dan teman-teman perempuan yang membaca. hati-hatilah. bukan nak kata lelaki tu jahat. bukan. tapi kita maklum akan fitrah mereka jadi janganlah kasi seksa mereka dengan ketidakhati-hatian kita. tak boleh tuding jari kata lelaki ni gatal atau apa sajalah, tu fitrah mereka. tugas kita perempuan untuk prevent mereka dari apa yang tidak sepatutnya. kadang-kadang rasa seram sendiri bila tahu ada yang chatting hal dalam selimut dengan teman lelaki tanpa malu. mungkin confident bahawa mereka akan kahwin so, apa salahnya warming up dulu, mungkin itu yang difikir. aku seram bila fikir apa yang ada dalam bayangan teman lelaki dia tapi dia tak boleh nampak sebab dibutakan dengan "cinta". yang diluah saja sudah pun tahap membahayakan apalagi yang dia simpan sendiri.
sampai sekarang aku takut kalau orang suka aku. macam aku cakap tadi aku jadi su'udzon (tapi aku rasa it's a good thing untuk aku tak menggelenya dan tak digelenyakan). aku takut kalau-kalau diperhati setiap inci raut wajah dan ayunan langkah. walaupun pakai niqab tapi zaman sekarang niqabi pun tak terkecuali digatali (mungkin salah perempuan sendiri sebab sama-sama gatal tapi sayangnya yang tak gatal pun jadi mangsa lantaran kegatalan orang lain ah apakah ayat).
jujur sangat tulisan ni rasanya. tapi itulah, cuma nak suruh beringat. kita memang akan terbuai juga bila tahu orang suka kita apalagi orang tu kita pun ada tersuka juga. tapi hati-hatilah dalam bertindak dan jangan makan puji sangat. Allah jaga kita bersebab.
tak payah cemburulah dengan teman-teman kita yang muka flawless dan ramai orang nak tu. setidaknya kita dah selamat dari mata lelaki. setidaknya kita tak diganggu, khususnya hati. Allah hadapkan juga nanti orang yang betul-betul mahukan kita sebagai isteri dan bukan cuma perempuan yang sedap dipandang mata. akan datang orang yang mahukan kita sebab kita adalah kita. sabar ya, nak.
"a woman's heart should be so lost in Allah that a man needs to seek Him in order to find her."
perempuanku, bermaruahlah.
jadilah keras tak dapat dipatahkan dan lembut tak dapat diperalatkan.
kita boleh :)
0 comment(s)
“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”