pesanan istisyarah sebelum istikharah

By Ainum Lathifah - December 27, 2015


semalam sembang dengan my best girlfriends dan yang lucunya masing-masing dah makin serius fikir pasal kahwin. macam-macam situasi yang ada bagi setiap dari kami. ada yang menunggu bertahun-tahun tapi sekarang tiba-tiba ada orang lain yang melamar. ada yang berhubungan jarak jauh, malaysia-jordan dan bermasalah tentang masa. macam-macamlah.

tapi semuanya dah serius. yang penting, serius. tak ada masa dah nak berhubungan yang main-main. having relationship yang tak jelas arah tuju ke mana. buang masa.

dan mostly sekarang ni ramai kawan sekeliling yang confuse nak pilih antara dua. haha inilah yang harus dihadapi bila dah jadi anak gadis. percayalah wahai lelaki, kalau tak mahu kalah, lekas-lekaslah bertindak! haha kbai.

okay, sebenarnya nak kongsi tulis ustaz ridhauddin ni. semoga membantu untuk yang sedang pening untuk memilih siapa yang harus dipilih. silakan baca.


*****


“saya setuju menerima ustaz dengan satu syarat.” kata muslimah itu.

“ustaz akan jadi suami kedua saya.” dia menambah.

“uhuk uhuk uhuk.” air yang baru sahaja mengalir masuk ke urat leher saya seperti tersembur keluar. teh o panas pula tu.

“cover cover.” hati membisik.

saya cuba mengawal perasaan. hati yang berdebar Tuhan saja yang tahu. warna muka ketika itu kalau boleh dilihat di cermin dah iras-iras warna albino dah.

“kalau macam tu, siapa suami pertama ustazah?” saya cuba membalas dengan wajah penuh ketenangan. kawal perasaan.

 “suami pertama saya ialah da’wah dan Islam. setelah itu barulah ustaz.”

“ooo.” cawan yang masih saya pegang itu perlahan saya letakan di atas piringnya.

“alhamdulillah…. ” hati membisik syukur.

“muslimah ini jelas dalam tujuan kehidupan rumahtangganya”



 TAA’RUF

mana mungkin saya akan terlupa sebuah rumah di Taman Melewar, yang hanya berselang 3 lorong sahaja dari Markaz Tarbiah PAS.

rumah 3 tingkat berwarna hijau putih itu tidak mungkin akan terluput dari fikiran saya.

kerana rumah yang menjadi saksi tempat pertemuan saya buat pertama kali dengan bakal jodoh saya itu milik murabbi kami, seorang pensyarah Kulliyyah Pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.

ketika pertemuan itu berlangsung, di bahagian ruang tamu rumah hanya ada 4 orang sahaja. berada di kiri saya ialah ialah tuan rumah, murabbi kami. di hadapan saya ialah muslimah tersebut dan di kirinya ialah wakil dari baitul muslim.

“saya mahu dia menjadi seorang ayah yang soleh untuk anak-anak saya. saya tidak mahu nakhoda saya seorang yang panas baran atau perengus. saya mahu nakhoda yang sukakan kanak-kanak. saya mahu bakal nakhoda saya boleh memimpin saya ke syurga.”

“thoo dia syaraaat…boleh buat karangan. banyak betul. tadi kata satu ja.” bisik hati saya. nakal.



PESANAN ISTISYARAH SEBELUM ISTIKHARAH

ramai yang bersangka istikharah (solat istikharah) ialah satu-satunya tindakan yang perlu dilakukan dalam mencari jodoh.

betul tetapi kurang tepat.

kerana istisyarah (memohon pandangan dari orang yang berilmu) juga harus dilakukan bersama dengan istikharah.

saat kami bertemu di rumah murabbi kami, kami berisytisharah dan seusai itu kami beristikharah.

“dalam nak memulakan hubungan ni sewaktu ta’aruf, semua nampak cantik dan menjadi malaikat berwajah manusia. apa-apa syarat yang diletakkan orang ‘pasangannya’ semuanya akan setuju. tetapi setelah itu tunggang langgang jadinya.”

“nta dah kenal ke orang yang nta nak approach ni?” tanya murabbi.

matanya rapat memerhatikan riak wajah saya. murabbi kami ni memang dikenali ramai, kalau dia buat ‘pandangan ma’rifat’ dia tu, boleh goyah pendirian.

“nta dah approach mak ayah dia sebelum nta approach muslimah ni?”

“apa yang membuatkan nta nak approach muslimat ni?”

“kenapa tak pilih muslimat lain sebagai calon isteri nta? nta bidang agama, dia pula bukan bidang agama. payah nak hidup nanti.”

dan banyak lagi tembakan soalan-soalan daripada murabbi kepada saya di hadapan muslimah ini.

ye betul, di hadapan muslimah ini.

“ana bukan apa, ana tak mahu hubungan ini dimulai secara melulu kerana ia akan disudahi dengan nafsu dan sesalan.”

sungguh, tindakan kami memohon pandangan daripada orang yang berilmu dalam bab jodoh ini sangat membantu dalam hubungan. yang membuatkan tindakan kami selanjutnya dipandu oleh beliau.



BERTINDAK MELULU BERIMAN NAFSU

tapi pelik, ramai juga yang tidak suka meminta pandangan golongan berilmu dan berpengalaman dalam bab memilih pasangan ini.

leceh katanya.

nanti itu tak kena, ini tak kena. baik pilih sendiri. lagipun bukan diorang yang nak kahwin.

nak tanya golongan ustaz atau ustazah?

ohoo, itu memang cari nahas la. tak pasal-pasal kerana sound  nanti.

pelik.

mereka ini bertindak seperti orang yang sudah mempunyai banyak pengalaman dan ilmu masa hadapan.

harus juga kita ingat.

penilaian seorang insan yang baru sahaja ingin memulakan ‘subjek’ baru dalam kehidupannya; iaitu hidup berpasangan, tidak akan sama dengan insan yang sudah mempunyai pengalaman yang banyak dalam ‘subjek’ tersebut.

orang yang berilmu ini tahu bagaimana nak tackle soalan, mereka tahu bagaimana nak spot soalan dan mereka tahu bagaimana nak bagi pensyarah kesian.

penilaian golongan muda ini dilakukan sewaktu hormon testosteronnya tengah ‘menggatal’ dan hormon estrogennya tengah ‘menggalak’. Tentunya penilaiannya ketika itu sedikit sebanyak didasari dan dipengaruhi oleh gelojak nafsu remajanya.

ia bukan sesuatu yang jahat, tetapi ia adalah fitrah. sebab itulah meminta pandangan daripada orang yang berilmu akan dapat mengimbangi fitrah tersebut.

istisyarah dari orang yang berilmu ini  untuk mengutip pengalaman mereka dalam pemilihan jodoh agar nilai baik yang mereka lakukan kita turuti, silap mereka kita hindari.

andai istisyarah dilakukan untuk mengambil panduan dari insan yang berpengalaman dalam melewati asam garam kehidupan, istikharah pula dilakukan untuk memohon pengukuhan pandangan insan itu dari Tuhan yang Maha Mengetahui.

bukankah kalau nak belajar subjek baru perlu menadah dari guru?

dari itu, kalau takde ilmu dalam hidup berpasangan kenapa tak mahu menadah dari orang yang berilmu?

bukankah itu fitrah insan.



*****


sedikit yang mahu aku pesan, janganlah mudah memilih dengan hanya bersandarkan perasaan sendiri. sebab kita akan cenderung kepada orang yang kita rasa kita mahu dan setelah itu segalanya yang berlaku kita rasa bagaikan takdir Tuhan yang mahu tunjuk bahawa kita itu berjodoh dengan dia. rasanya bagai satu dunia berkomplot mahu satukan kita dan dia.

tapi ingatlah, pilihlah mana yang lebih menguntungkan akhirat bukan yang cuma suap cinta. cinta saja tanpa bekal agama tak juga menjadi. dan kalaupun ada yang nampak beragama datang temui, jangan terlalu mudah terima. fikir masak-masak. istisyarah dan istikharah. bukan mahu suu'dzon kepadanya tapi hati-hati perlu ada. ramai saja sekarang yang beragama tapi sebenarnya main perempuan di belakang. serius, ada. latar belakang pendidikan agama kadang-kadang cuma jadi alat untuk kaburkan mata kita, aset yang mampu menggoda tapi jangan mudah terpedaya.

pilihlah yang benar. jangan terlalu ikut kata hati kalau hati kita terlalu mudah percaya pada hal yang tak patut. belajar dari kesakitan yang telah lalu. itu pentingnya luka, tanda untuk kita beringat.

semoga Allah kurniakan yang terbaik untuk semua.
terbaik menurut perkiraan-Nya dan bukan menurut perkiraan kita.


  • Share:

You Might Also Like

1 comment(s)

  1. terima kasih anum. hati aku sebak masa tengah baca ni. moga Allah bantu aku untuk pilih yang terbaik pada pandanganNYA. T_T

    ReplyDelete

“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”