Kamu lihat tidak bulan setiap malam ?
Setiap kali pulang dari terawih atau apa - apa saja,
pernah ?
cantiknya sangat memikat, kan ?
kamu perhati bulan itu,
cahaya padanya sangat memukau.
tetapi kadang aku jadi lupa,
itu bukan cahaya mutlak dia.
itu milik matahari.
dan matahari milik Tuhan.
_
kalau bisa kita semua fikir. bulan itu cantik kerana cahaya yang dipinjam dari matahari. kehebatan matahari itu yang menyebabkan bulan juga turut terlihat hebat. sama juga seperti kita semua. seharusnya kita belajar dari alam. kau lihat bulan itu. kita letak contoh bulan itu adalah kita, manakala matahari itu adalah insan - insan hebat yang kita kagumi peribadi dan perjuangannya.
sebagai contoh aku sangat meminati ketokohan Aisyah binti Talhah. Perempuan yang sangat cantik dari segala sudut. yang dididik langsung oleh Siti A'isyah r.a ! Juga merupakan anak saudara ummahatul mukminin. cucu kepada Saidina Abu Bakr as-Siddiq. Anak perempuan Talhah bin Ubaidillah. sahabat yang dijanjikan syurga. juga digelar "rupawan yang fasih". Ibunya Ummu Kulthum binti Abu Bakr, seorang wanita tabi'in yang sangat mulia. Lihat itu, keturunan hebat - hebat.
Aisyah binti Talhah memiliki raut wajah yang sangat jelita. Diakui oleh Abu Hurairah r.a tentang kejelitaannya sewaktu beliau berada di atas mimbar Rasulullah s.a.w. Katanya,
Bukan mudah untuk kita jumpa seseorang yang cantik rupa paras ditambah dengan kekayaan yang melimpah, namun memberi perhatian yang besar terhadap ilmu. Itulah sosok hebat seorang Aisyah binti Talhah.
dan aku yang sebagai bulan ini, mahu menyerap sedikit demi sedikit 'cahaya' dari 'matahari' aku ini. supaya nantinya aku bisa menjadi sosok hebat, yang semestinya bukan sehebat beliau. itu tidak akan pernah mungkin. cuma mahu sekali aku berusaha untuk jadi 'luar biasa', cukup hanya pada pandangan Tuhan, biarpun manusia tidak memandang. aku mahu jadi seperti bulan yang bersinar menerangi malam. maksudnya, aku ingin bermanfaat untuk orang lain. aku ingin jadi medium untuk manusia semakin dekat dengan Tuhan.
mahu tahu apa mimpi aku ?
aku bemimpi untuk melahirkan anak yang luar biasa soleh. biar nantinya dia yang akan berada di saff terhadapan di medan perjuangan. semoga Tuhan menegarkan aku. dan aku mahu sekali mujahidah kecilku nanti akan membesar menjadi perempuan yang luar biasa solehah. yang akan menjadi penyejuk mata mama dan abi serta menjadi kecintaan si lelaki terpilih !
ah, besarnya angan - angan ! eh, seharusnya kita perempuan ini berani untuk bermimpi yang besar - besar. kerana peranan kita tidak seremeh yang kita sangka.
jadi apa lagi.. cukup hanya dengan bermimpi ?
tentu saja tidak.
yuk, rencanakan tindakan dan cetak prestasi !
Aisyah binti Talhah memiliki raut wajah yang sangat jelita. Diakui oleh Abu Hurairah r.a tentang kejelitaannya sewaktu beliau berada di atas mimbar Rasulullah s.a.w. Katanya,
"Aku belum pernah melihat orang yang lebih rupawan dari Aisyah binti Talhah melainkan seorang iaitu Mu'awiyah."Banyak ilmu yang beliau belajar dari ummahatul mukminin. bayangkan kau dididik langsung oleh isteri Rasulullah ! jumpa figur - figur yang hebat pada zaman ini pun kita sudah tidak keruan, apa lagi wanita hebat kecintaan Rasul ini.
Bukan mudah untuk kita jumpa seseorang yang cantik rupa paras ditambah dengan kekayaan yang melimpah, namun memberi perhatian yang besar terhadap ilmu. Itulah sosok hebat seorang Aisyah binti Talhah.
dan aku yang sebagai bulan ini, mahu menyerap sedikit demi sedikit 'cahaya' dari 'matahari' aku ini. supaya nantinya aku bisa menjadi sosok hebat, yang semestinya bukan sehebat beliau. itu tidak akan pernah mungkin. cuma mahu sekali aku berusaha untuk jadi 'luar biasa', cukup hanya pada pandangan Tuhan, biarpun manusia tidak memandang. aku mahu jadi seperti bulan yang bersinar menerangi malam. maksudnya, aku ingin bermanfaat untuk orang lain. aku ingin jadi medium untuk manusia semakin dekat dengan Tuhan.
aku bemimpi untuk melahirkan anak yang luar biasa soleh. biar nantinya dia yang akan berada di saff terhadapan di medan perjuangan. semoga Tuhan menegarkan aku. dan aku mahu sekali mujahidah kecilku nanti akan membesar menjadi perempuan yang luar biasa solehah. yang akan menjadi penyejuk mata mama dan abi serta menjadi kecintaan si lelaki terpilih !
ah, besarnya angan - angan ! eh, seharusnya kita perempuan ini berani untuk bermimpi yang besar - besar. kerana peranan kita tidak seremeh yang kita sangka.
jadi apa lagi.. cukup hanya dengan bermimpi ?
tentu saja tidak.
yuk, rencanakan tindakan dan cetak prestasi !
4 comment(s)
assalamualaikum ainum :)
ReplyDeletesubhanallah
perkongsian sosok yang hebat :')
semoga terlahirnya para mujahidin yang sentiasa mencitai jalan Allah pada yang pertama-tamanya
insyaAllah
doa sehingga langit yang teratas
oh, kita punya mimpi yang sama :'))
wasalam k.alyaa :)
Deletesemoga.. ameen..
biar nanti nama kita disebut-sebut oleh penduduk langit.
:')
subhana ALLAH! mantap..mohon share...
ReplyDeletetafaddhol :)
Delete“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”