"hari ini ada yang mengkhitbah lagi."

By Ainum Lathifah - December 13, 2012

ukhti i : hari ini ada yang mengkhitbah lagi. harus bagaimana ni ?

ukhti ii : bonda dan apak macam mana ?

ukhti i : mereka belum tahu. lelaki itu bertanya langsung pada aku. aku belum siap untuk beritahu mereka. malu aku. ini kali keempat aku menolak lamaran orang.

ukhti ii : siapa lelaki itu ? kau kenal ?

ukhti i : kenal yang biasa - biasa. sewaktu menyertai program tempoh hari. insyaAllah, orangnya soleh. bakal melanjutkan pelajaran di Mesir. selalu berkopiah dan berjubah. pandangannya terjaga. orangnya manis dan santun.

ukhti ii : maknanya kau suka.

ukhti i : hmm.. sejujurnya rasa itu ada. tapi entahlah.

ukhti ii : aku mahu tanya, menurut kau lelaki soleh itu bagaimana ?

ukhti i : dia yang taat kepada Allah. taat kepada ibu bapa. menghormati perempuan.

ukhti ii : jadi menurut kau si lelaki itu boleh tercalon dalam lelaki soleh ?

ukhti i : sepertinya ya, insyaAllah.

ukhti ii : lelaki soleh akan taat pada ibu bapa. jadi bagaimana dia boleh membelakangi bonda dan apak kau sekaligus ibu dan ayah dia ?

ukhti i : maksud kau ?

ukhti ii : dia melamar kau secara langsung bukan ? tidak mendahului wali kau. apa cerita ukhti ?

ukhti i : dia..

ukhti ii : jangan tertipu dengan luaran. aku bukan mahu mengatakan bahawa dia itu tidak soleh. bukan. siapa aku untuk menghukum seperti itu. cumanya ukhti, aku lihat mudahnya dia berurusan dengan perempuan. itu yang aku maksudkan. 

ukhti i : tapi dia minta untuk menikah. bukankah niat itu sudah baik ?

ukhti ii : kau tahu, kadang - kadang sekecil - kecil perkara itulah yang kita mahu lihat seseorang itu bagaimana. ramai sekarang yang melamar kononnya sukakan agama yang ada. cinta islamik yang dituturkan tanpa menyedari nafsu sedang memujuk supaya mendekatkan. kelakar betul rijal hari ini. tak dapat muslimah ini, cuba muslimah lain pula. macam try and error, begitu aku kira. ingin menikah tanpa sedar tanggungjawab yang bakal digalas. melamar gayanya seperti sudah mampu untuk melalui fasa itu sedang diri masih menanggung hutang kerajaan. ada hati mahu anak dara orang.

ukhti i : betul. tapi bukankah bagus nikah muda ?

ukhti ii : aku tidak mengatakan nikah muda itu tidak bagus ukhti. cumanya, kita harus realistik. cari lelaki yang berpijak di bumi nyata. nikah itu ibadah. nikah itu tidak cukup dengan modal mahu-elak-zina. ingat, nikah itu tanggungjawab dan tanggungjawab itu amanah bukan keseronokan. aku terkadang hairan dengan orang yang terlalu excited mahu kahwin muda tanpa rasa sebarang kerunsingan. komitmen kita akan bertambah. hidup bujang ini pun kadang masih terlalai dalam melaksanakan tanggungjawab, apalagi bila sudah nikah. kalau betul mahu nikah, siapkan diri. fizikal dan mental. dan cari lelaki yang lebih kedekut.

ukhti i : kedekut ? kenapa mesti kedekut ? bukankah itu sifat mazmumah ?

ukhti ii : kedekut untuk bermesra dengan perempuan yang bukan siapa - siapa bagi dia. kedekut untuk belanja perempuan sesuatu atas alasan suka - suka. kedekut untuk menghulurkan salam perkenalan. kedekut untuk luahkan perasaan yang bukan - bukan. kedekut untuk berhubung dengan perempuan tanpa urusan yang penting.

ukhti i : oh.. betul juga.

ukhti ii : kau tahu, kadang kita perempuan yang bermasalah. terlalu murah. orang tanya sudah berpunya atau belum, kita sudah perasan dan gelabah. padahal lelaki itu cuma mencuba nasib dan ingin kenal - kenal. jarang yang betul - betul serius. dan si perempuan sambut salam kenal itu kerana tertipu dengan kesolehah yang entah-ya-entah-tidak lelaki itu. tapi itulah masalah perempuan. kita wajar untuk perasan, tapi biar rasa itu menyelamatkan kita bukan membinasakan. kalau perasan yang seseorang itu macam suka pada kita, ambil tindakan jauhkan diri. bukan makin mengada - ngada mendekati. jual kemuslimahan untuk tunjuk diri itu solehah. itu bukan muslimah solehah, tapi si gedik solehah. lelaki juga kadang - kadang tertipu dengan perempuan. jadi, kita sama saja. bukan mahu menyekat fitrah. tapi kawal biar tak jadi fitnah. semoga kita tidak jadi muslimah murahan. banyak lagi urusan ummah yang belum selesai. sibukkan diri dengan cinta ini cuma akan melambatkan perjalanan kita dalam dakwah. dan balik kepada hal tadi, kau fikir bagaimana ?

ukhti i : ukhti, aku baru sedar. sebenarnya aku yang tak pandai jaga diri. kerana begitu mudah lelaki menyatakan cintanya pada aku. secara langsung, bukan melalui orang tengah. mereka sepertinya menganggap aku ini mudah. aku baru perasan, semua yang melamar kau adalah melalui orang tengah. itu tandanya kau dihormati sebagai muslimah. kau mahu ajar aku jadi muslimah dalam erti kata yang sebenar ? *airmata mula jatuh meluncur ke pipi membasahi kain yang ada diwajah*

ukhti ii : subhanallah ukhti.. aku tidaklah semuslimah yang kau kira. aku juga masih belajar. belajar untuk jaga diri. belajar untuk jaga Allah di hati. kalau kita mahu selamat, insyaAllah Tuhan akan bagi kita selamat. begitulah sebaliknya. sama - sama belajar ya ukhti ?

ukhti i : aku bersyukur aku ada kau.

ukhti ii : aku juga bersyukur Tuhan hantar kau pada aku. ngaji yuk ?

ukhti i : yuk !



tundukkan pandangan hati juga penting. istighfar bila ada rasa yang tidak - tidak masuk menyelinap tanpa sedar.  



#notakaki
ini cuma pandangan seorang aku. masing - masing ada pandangan tersendiri. sekarang sedang cuba belajar dari kesilapan. bagaimana mahu jadi da'i kalau nak urus hati pun tak reti ? ada beberapa hal yang kita terpaksa juga terima dengan ego yang rendah. jangan rasa diri itu baik tanpa ada salah. jangan cuma kita yang bersungguh melaungkan 'jangan jadi da'i yang lantang menegur tapi pantang ditegur'. sedang kita sendiri tidak mahu untuk ditegur. buat apa yang diucap. itu baru da'i sejati. aku percaya bila Angelina Jolie mengatakan "teenagers are heroes as we do something that against our desire". manfaatkan masa remaja kita dengan sebaiknya. kita belajar sama - sama untuk jadi lebih baik, insyaAllah. 


  • Share:

You Might Also Like

2 comment(s)

“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”