Untuk Allah di atas segalanya.

By Ainum Lathifah - October 07, 2012

Kata Ustazah Nurillah,

"Aku lihat orang yang punya ilmu itu mulia orangnya walaupun ayahnya keji.."

Automatik hidung jadi panas. Mata mula terevaporasi. Aku lupa kata-kata ini daripada siapa. Imam Syafie kalau tidak salah. 

Aku jadi termuhasabah. Betullah, ilmu itu bukan mudah untuk diperoleh. Yang mudah adalah perolehan maklumat. Ilmu itu bukan ilmu kalau tidak membentuk akhlak. Ilmu itu bukan datng dengan senang-senang. Ilmu itu adalah pelaksanaaan. Kerana itu orang berilmu orangnya mulia. kerana dengan ilmu itu dia akan membentuk akhlak. 

Secara langsung waktu itu aku bertanya pada diri,


"aku ini orang yang berilmu atau bukan ? akhlak aku sudah terbentuk atau tidak ? maklumat atau ilmu ? mulia atau tidak ?"

Susah untuk dijawab. Ada yang bertanya,

"Sebab apa kau pilih course Bahasa Arab ?"

"Sebab ummah."

Semua orang ada desire masing-masing. Ikutkan hati, mahu saja aku buat rayuan untuk TESL. Mahu saja aku apply universiti yang lebih mudah kemasukannya. Bukan mahu martabatkan Bahasa Inggeris, tapi dah aku minat, nak buat macammana lagi. Tapi bila ingat balik point-point penting;

"Ambil Bahasa Arab la. Asas kepada segala ilmu." 

"Kalau ambil Bahasa Arab, boleh jadi penterjemah. terjemah English-Arabic, Arabic-Malay ke.. lepas tu orang baca buku yang kita terjemah tu. kan banyak manfaat untuk ummah. tak ke besar responsibility macam tu. lagi besar tanggungjawab, lagi banyak ganjaran Dia bagi. Ce bayang nama kau penterjemah kitab arab- Siti Ainum Amijudin. Whoaa.. gila best kot." 

"Tak payah nak sombong sangat la dengan ilmu kalau nak baca fa'ala, fa'alaa, fa'alu pun tergagap-gagap..duk main erk-erk lagi.."

And now, bila rasa down semacam, stress, susah nak deal, malas.. ingatkan diri balik,

"Aku belajar kerana Allah demi ummah." 

Dan tadi pun Ustazah Hasiah cakap,

"Allah tidak akan bagi kita sesuatu tanpa pengorbanan."

So true la kan. Pengorbanan jiwa raga. Nak buktikan cinta ni bukan senang. Susah der. Sebab tu balasannya pun gempak.

Semoga Allah kurniakan kekuatan untuk meneruskan perjuangan yang baru bermula ini. Sesungguhnya belajar النحو sangatla best, the same goes as Grammar. tapi Tatabahasa I cannot go la.. erk. 


Selamat berimtihan buat semua yang terlibat. Moga sukses dunia akhirat. Doakan aku juga ya! =)


  • Share:

You Might Also Like

6 comment(s)

  1. Assalamualikum ainum :)

    Semoga Allah redha keatas kamu my dear.
    Bila akak muhasabah semula, rasa mcm ambil tesl ni asal belajar je.
    Tidak fikir untuk ummah akan datang pun :'(
    Kerana jarang apply apa yang dipelajari. Lebih-lebih dalam komunikasi
    Tetap dalam BM walau di dalam kelas.
    Allahu. Mohon doa untuk akak juga ya. Agar dapat belajar kerana Allah, dan untuk ummah :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm kak alyaa :)

      semoga Allah redha keatas kamu jg kak,
      kadang2 niat tergelincir dr lndasan kan..
      insyaAllah, semoga kita belajar kerana Allah, dan untuk ummah :')

      Delete
  2. salam'alayk ainum sayang.

    akak dulu pun macam ainum, tak tahu apa matlamat dan niat sebenar belajar bahasa arab. bila orang tanya, klise kita akan jawab itu dan ini. tapi semua jawapan kita tue, semata-mata teori sayang.

    tapi, satu hari nanti, ainum akan merasakannya dengan hati, dan bila orang tanya, ainum akan terkelu, tak tahu jawapan terbaik. sebab soal-soal rasa, hanya Allah saja yang tahu.

    bahasa arab ini, sangat indah sayang!
    akak ulang, terindah terindah terindah!

    akak tunggu saat ainum akan berkata macam tue,
    satu hari nanti, insyaAllah.

    pesan akak dengan kasih dan cinta,
    "sabarlah!" :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm kak umy :)

      syukran akak. I'll wait for the moment :')

      Delete
  3. salam sayang buat sahabat kerana Allah..yup betul kata ukhti umairah..belajar bhsa asing memang sush apatah lg ia memang terasing dr rutin hidup kita..harapkan bace al-quran bace terjemah..1st bljar arab agak sush..time ana 1st bljr arab rase cam nak tarik diri tapi bila kita fikir kita bljr kerana Allah untuk kehidupan kita..

    kita kan rasa BAHASA ARAB ITU BAHASA ALQURAN..alquran itu adalah surat cinta untuk kita..tidk salah kita belajar untuk fhm sedikit demi sedikit surat cinta Allah melalui bhs asing eh,kini bkn lg bhs asing yg kita bljar..

    skarang ana dalam proses blajar bhs arab..ana stuju dgn ukhti umairah

    -interesting entry and good blog-..salam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm ya ukhti :)

      syukran atas perkongsian rasa.. dan makasih jg krn sudi membaca :')

      salam ukhwah.

      Delete

“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”