situasi I : Sameon : hoi Surti, kau tengok perempuan pakai purdah tu. aku kenal dia, budak se-kolej dengan aku. siapa lelaki yang ada dengan dia tu? Surti : oh ye ke ? sweetnya diorang.. suami dia la tu. dia nikah muda kot. wey, jelous-nya aku Meon. Sameon : suami kebenda-nya dia belum nikah. hm, macam pelik je. nak kata abang, dia takde...
ukhti i : hari ini ada yang mengkhitbah lagi. harus bagaimana ni ?
ukhti ii : bonda dan apak macam mana ?
ukhti i : mereka belum tahu. lelaki itu bertanya langsung pada aku. aku belum siap untuk beritahu mereka. malu aku. ini kali keempat aku menolak lamaran orang.
ukhti ii : siapa lelaki itu ? kau kenal ?
ukhti i : kenal yang biasa - biasa. sewaktu menyertai program tempoh hari. insyaAllah, orangnya soleh. bakal melanjutkan pelajaran di Mesir. selalu berkopiah dan berjubah. pandangannya terjaga. orangnya manis dan santun.
ukhti ii : maknanya kau suka.
ukhti i : hmm.. sejujurnya rasa itu ada. tapi entahlah.
ukhti ii : aku mahu tanya, menurut kau lelaki soleh itu bagaimana ?
ukhti i : dia yang taat kepada Allah. taat kepada ibu bapa. menghormati perempuan.
ukhti ii : jadi menurut kau si lelaki itu boleh tercalon dalam lelaki soleh ?
ukhti i : sepertinya ya, insyaAllah.
ukhti ii : lelaki soleh akan taat pada ibu bapa. jadi bagaimana dia boleh membelakangi bonda dan apak kau sekaligus ibu dan ayah dia ?
ukhti i : maksud kau ?
ukhti ii : dia melamar kau secara langsung bukan ? tidak mendahului wali kau. apa cerita ukhti ?
ukhti i : dia..
ukhti ii : jangan tertipu dengan luaran. aku bukan mahu mengatakan bahawa dia itu tidak soleh. bukan. siapa aku untuk menghukum seperti itu. cumanya ukhti, aku lihat mudahnya dia berurusan dengan perempuan. itu yang aku maksudkan.
ukhti i : tapi dia minta untuk menikah. bukankah niat itu sudah baik ?
ukhti ii : kau tahu, kadang - kadang sekecil - kecil perkara itulah yang kita mahu lihat seseorang itu bagaimana. ramai sekarang yang melamar kononnya sukakan agama yang ada. cinta islamik yang dituturkan tanpa menyedari nafsu sedang memujuk supaya mendekatkan. kelakar betul rijal hari ini. tak dapat muslimah ini, cuba muslimah lain pula. macam try and error, begitu aku kira. ingin menikah tanpa sedar tanggungjawab yang bakal digalas. melamar gayanya seperti sudah mampu untuk melalui fasa itu sedang diri masih menanggung hutang kerajaan. ada hati mahu anak dara orang.
ukhti i : betul. tapi bukankah bagus nikah muda ?
ukhti ii : aku tidak mengatakan nikah muda itu tidak bagus ukhti. cumanya, kita harus realistik. cari lelaki yang berpijak di bumi nyata. nikah itu ibadah. nikah itu tidak cukup dengan modal mahu-elak-zina. ingat, nikah itu tanggungjawab dan tanggungjawab itu amanah bukan keseronokan. aku terkadang hairan dengan orang yang terlalu excited mahu kahwin muda tanpa rasa sebarang kerunsingan. komitmen kita akan bertambah. hidup bujang ini pun kadang masih terlalai dalam melaksanakan tanggungjawab, apalagi bila sudah nikah. kalau betul mahu nikah, siapkan diri. fizikal dan mental. dan cari lelaki yang lebih kedekut.
ukhti i : kedekut ? kenapa mesti kedekut ? bukankah itu sifat mazmumah ?
ukhti ii : kedekut untuk bermesra dengan perempuan yang bukan siapa - siapa bagi dia. kedekut untuk belanja perempuan sesuatu atas alasan suka - suka. kedekut untuk menghulurkan salam perkenalan. kedekut untuk luahkan perasaan yang bukan - bukan. kedekut untuk berhubung dengan perempuan tanpa urusan yang penting.
ukhti i : oh.. betul juga.
ukhti ii : kau tahu, kadang kita perempuan yang bermasalah. terlalu murah. orang tanya sudah berpunya atau belum, kita sudah perasan dan gelabah. padahal lelaki itu cuma mencuba nasib dan ingin kenal - kenal. jarang yang betul - betul serius. dan si perempuan sambut salam kenal itu kerana tertipu dengan kesolehah yang entah-ya-entah-tidak lelaki itu. tapi itulah masalah perempuan. kita wajar untuk perasan, tapi biar rasa itu menyelamatkan kita bukan membinasakan. kalau perasan yang seseorang itu macam suka pada kita, ambil tindakan jauhkan diri. bukan makin mengada - ngada mendekati. jual kemuslimahan untuk tunjuk diri itu solehah. itu bukan muslimah solehah, tapi si gedik solehah. lelaki juga kadang - kadang tertipu dengan perempuan. jadi, kita sama saja. bukan mahu menyekat fitrah. tapi kawal biar tak jadi fitnah. semoga kita tidak jadi muslimah murahan. banyak lagi urusan ummah yang belum selesai. sibukkan diri dengan cinta ini cuma akan melambatkan perjalanan kita dalam dakwah. dan balik kepada hal tadi, kau fikir bagaimana ?
ukhti i : ukhti, aku baru sedar. sebenarnya aku yang tak pandai jaga diri. kerana begitu mudah lelaki menyatakan cintanya pada aku. secara langsung, bukan melalui orang tengah. mereka sepertinya menganggap aku ini mudah. aku baru perasan, semua yang melamar kau adalah melalui orang tengah. itu tandanya kau dihormati sebagai muslimah. kau mahu ajar aku jadi muslimah dalam erti kata yang sebenar ? *airmata mula jatuh meluncur ke pipi membasahi kain yang ada diwajah*
ukhti ii : subhanallah ukhti.. aku tidaklah semuslimah yang kau kira. aku juga masih belajar. belajar untuk jaga diri. belajar untuk jaga Allah di hati. kalau kita mahu selamat, insyaAllah Tuhan akan bagi kita selamat. begitulah sebaliknya. sama - sama belajar ya ukhti ?
ukhti i : aku bersyukur aku ada kau.
ukhti ii : aku juga bersyukur Tuhan hantar kau pada aku. ngaji yuk ?
ukhti i : yuk !
tundukkan pandangan hati juga penting. istighfar bila ada rasa yang tidak - tidak masuk menyelinap tanpa sedar.
#notakaki
ini cuma pandangan seorang aku. masing - masing ada pandangan tersendiri. sekarang sedang cuba belajar dari kesilapan. bagaimana mahu jadi da'i kalau nak urus hati pun tak reti ? ada beberapa hal yang kita terpaksa juga terima dengan ego yang rendah. jangan rasa diri itu baik tanpa ada salah. jangan cuma kita yang bersungguh melaungkan 'jangan jadi da'i yang lantang menegur tapi pantang ditegur'. sedang kita sendiri tidak mahu untuk ditegur. buat apa yang diucap. itu baru da'i sejati. aku percaya bila Angelina Jolie mengatakan "teenagers are heroes as we do something that against our desire". manfaatkan masa remaja kita dengan sebaiknya. kita belajar sama - sama untuk jadi lebih baik, insyaAllah.
adik : kak.. ikhlas tu macam mana ? kakak : Bagi kak, ikhlas ni bila kita redha dengan apa yang Tuhan takdirkan. Ikhlas juga bila kita buat sesuatu tanpa paksaan malah rasa senang. adik : bila kita terima hujan pelangi dalam hidup dengan rasa senang dan redha, maknanya kita dah cuba untuk ikhlas ? kakak : insyaAllah, na'am. bukan mulut saja yang menuturkan...
saya nak pointer tinggi. salah niat belajarkah jadinya?
By Ainum Lathifah - November 27, 2012
"Salam. Kak, boleh tak bagi tips supaya saya rajin untuk belajar ?" aku pengsan dua saat. salah orang budak ni nak bertanya pun. macam nak perli aku pun ada jugak. -.-' tapi tu time dulu-dulu. sebelum status bertukar jadi budak kolej. Rasanya kalau dia tanya sekarang, insyaAllah dah boleh jawab. Normal, bila kita malas nak belajar. kan ? tapi tak normal sebagai orang...
"Jangan harap nak kasi usrah tu mantap kalu ukhuwwah macam hampeh! Ukhuwwah itu saudaranya iman. Belum mantap ukhuwwah, maknanya belum kukuh iman." *i'm trying to talk politely. Sejujurnya, saya rasa saya dah faham masa first time saya baca ayat ni. tapi bila dah 'rasa', 'lihat', dan 'dengar' sendiri, barulah sedar setakat mana sajalah kefahaman saya masa tu. baru faham bagaimana perkaitan iman dengan...
ada sebab kenapa hati tidak terlihat oleh mata. kalau nampak, pasti dunia menangis - selamanya. aku tidak tahu apa yang ada dalam hati lelaki itu. aku belum bisa meneka apa yang dia rasa. tiba - tiba dalam sujud ia menerpa; peristiwa yang buat mata jadi terevaporasi. sujud terakhir, "aku mohon diberi hati setegar ayah, Tuhan..moga dia sebab aku ke syurga dan moga aku...
Kata Ustazah Nurillah, "Aku lihat orang yang punya ilmu itu mulia orangnya walaupun ayahnya keji.." Automatik hidung jadi panas. Mata mula terevaporasi. Aku lupa kata-kata ini daripada siapa. Imam Syafie kalau tidak salah. Aku jadi termuhasabah. Betullah, ilmu itu bukan mudah untuk diperoleh. Yang mudah adalah perolehan maklumat. Ilmu itu bukan ilmu kalau tidak membentuk akhlak. Ilmu itu bukan datng dengan senang-senang. Ilmu itu...
Di 'negeri' ini, Semua orang gelar diri mereka itu dai'e. Semua orang merasakan dia itu seorang pejuang sejati. Sibuk berdakwah dengan 'daerah' masing-masing. Sampai lupa untuk adakan 'hubungan serumpun' dengan 'daerah' lain. kacau. ya, itu yang aku lihat. walau secara abstrak. dakwah punya dakwah punya dakwah, melayang terus apa yang dipanggil ukhuwwah. hanya kerana alasan berlainan 'daerah'. masing-masing mahu tonjolkan 'daerah' sendiri. lupa...
Kamu lihat tidak bulan setiap malam ? Setiap kali pulang dari terawih atau apa - apa saja, pernah ? cantiknya sangat memikat, kan ? kamu perhati bulan itu, cahaya padanya sangat memukau. tetapi kadang aku jadi lupa, itu bukan cahaya mutlak dia. itu milik matahari. dan matahari milik Tuhan. _ kalau bisa kita semua fikir. bulan itu cantik kerana cahaya yang dipinjam dari...
Hari ni penat berkejar ke sana ke sini. Ni baru uruskan hal dunia, belum lagi uruskan hal akhirat. Habis pinjam buku di library, terus ke bilik. Dan langsung ke makmal komputer untuk kelas seterusnya. Hantar brochure. silap buat dengan publisher, pensyarah suruh guna microsoft word. tapi aku lupa. kena buat balik. buat balik sampai siap. nak print tak jumpa pendrive. patah balik masuk...
Muraqabah atau muraqabatullah merupakan suatu sifat mukmin yang dianggap mulia kerana dengannya seorang mukmin menjalani seluruh kehidupannya dengan merasakan dia sentiasa diawasi, serta diperhati oleh Allah, Tuhan sekalian alam. Perasaan hidup dalam pengawasan Allah merupakan perasaan yang terbaik bagi seseorang mukmin. Muraqabah berasal daripada perkataan ‘raqaba’ yang bererti memerhati, mangawasi dan menyaksi. Dan muraqabah pula membawa maksud pengawasan dan pemerhatian. Muraqabah atau muraqabatullah...