ahlan bik. semalam aku selamat terima parcel poslaju yang isinya adalah serpihan-serpihan kecintaan aku. kali kedua berurusan dengan Ottoman Collective sepanjang mengumpul koleksi barangan 'Uthmāniyyah. harga yang masuk akal dan itemnya memuaskan, alhamdulillah.
ini purse lama. inilah purse yang aku guna bertahun-tahun. hadiah dari si Asma yang belajar di Jordan. aku kadang-kadang datang sifat mengada hendakkan purse perempuan yang banyak slot yang lawa yang perempuan betul tu. aku seronok order mahal pun tak apa sebab berkenan. tapi sayangnya cuma kurang seminggu - tak serasi. aku pun kasi ibu. aku pakai si unta ni sajalah. senang main letak saja (lepastu seksa belek kad satu-satu). tapi tak apalah, selesa dengan yang cinonet macam ni sebab duit pun bukan ada sangat dalam tu #sadenung #storyofmylife by the way, aku memang tak minat purse perempuan tu tapi aku sangat suka handbag 😍💚 so, #goodluckfuturehusband
nah, sudah tukar yang baru! inilah koleksi terbaru dari Ottoman Collective. original dari Turki. sulamannya kemas, kainnya sedap dipegang dan yang penting jata tu so cool *crying*. RM10 saja harganya. katanya promosi raya. ini pun dapat sebab aku bodek abang ipar. aku tolong order untuk dia sekali, maka upahnya harus diberi! #alwayslikethat #goodbrother #golddiggersister #iknowiknow #pleasedonotremindme #onceagaingoodluckfuturehusband
setakat ini saja yang mampu dikumpul. keychain tugra Sultan Muhammad al-Fatih, keychain dan pin jata Daulah 'Uthmāniyyah dan purse. sebenarnya ada lagi pin dan keychain tapi dah hadiahkan dekat Ustazah Norahida dan Ustazah Nurizan. siapa yang nak menangis kalau dapat benda ni, sememangnya obsesi pada 'Uthmāniyyah itu tinggi. sebab aku masih ingat rupa Ustazah Norahida waktu aku letak benda ni depan dia. aku macam - I know that face :)
apapun, jata Daulah 'Uthmāniyyah kelihatan sangat sempurna. terima kasih pada Tuanku Sultan 'Abdülhamit Han yang telah menyempurnakannya. terima kasih untuk "horcrux" ini yang menolong kami mengenang Tuanku dengan lebih cinta. bārakallahufīka.
berminat untuk dapatkan item-item ini?
nah, contact Encik Wan Man - 0104019664
facebook : Wanman Uthmaniyyah / Ottoman Collective
0 comment(s)
“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”