Saturday, 20 May 2017

You can be addicted to some kind of sadness.


murung. kalau ikutkan definisinya berat, apalagi untuk ditanggung. bukan sekadar perkataan yang biasa kita sebut suka-suka. murung - satu perasaan yang aku dah tak mahu rasa.


so, it feels like this.


waktu kelas subjek Fan Ilqa, ustazah Aida ajar topik Syu'ur Ijabi (perasaan positif) dan Syu'ur Salbi (perasaan negatif). kebetulan, waktu syu'ur ijabi aku tak hadir ke kelas. kelas seterusnya aku hadir dah masuk pada tajuk syu'ur salbi. jadi, syu'ur salbi merangkumi rasa marah, sedih dan takut. aku ingat part hazin (sedih), isinya adalah sedih kebiasaannya tak lama. sedih merupakan satu perasaan yang tak panjang. tapi, perasaan yang makan tempoh yang panjang adalah murung. aku pun macam *cough* mengata aku ni *cough*. tapi betullah dan patutlah. sebab depression yang aku rasa bukan sebulan dua. tapi bertahun (insyaAllah sedang dalam proses untuk sepenuhnya sembuh, doakan!). 😂

lepas tu ustazah pun, "ustazah nak kamu semua cerita hal yang paling menyedihkan yang kamu pernah rasa.". pelajar cuma tiga orang masa tu, seorang lagi absent. aku satu-satunya pelajar perempuan. alhamdulillah (aku rasa nak bersyukur walaupun bukan benda besar kalau orang tengok, tapi bagi aku besar), alhamdulillah aku boleh buka cerita tentang how vulnerable I was before. aku bagi tahu ustazah, fakta murung tu betul, sebab itu yang aku rasa untuk tempoh yang lama. ustazah angguk faham.

okay forget about me. aku nak cerita student lelaki yang lagi dua tu. so, next Amirul Syahmi cerita tentang operation if I'm not mistaken (for sure aku tak berapa pay attention sebab aku lupa ni). sebab aku lupa, jadi aku proceed kisah Firman pula. since Firman betul-betul line kerusi aku, so senang aku bagi perhatian. and his story was quite sad. hm. dia cerita tentang kematian ibu atau ayah aku lupa lagi, masa tu dia kecil lagi. balik sekolah tengok ramai orang dekat rumah. lepas tu baru tahu parent meninggal. macam drama. tapi realiti lagi sakit. 

I really love listening to this kind of topic. sebab nak selalu kena ingatkan diri sendiri apa yang orang lain rasa lagi tak mampu mata nak bayang, tak mampu bahu nak pikul. dan aku akan bersyukur dengan apa yang Allah telah limpahkan, tak kisahlah nikmat atau ujian. kalau musibah tu mampu dekatkan aku lebih lagi dengan Allah, bukankah itu kenikmatan yang besar?

and kalau perasan kawan-kawan macam pelik sikit dari biasa, cuba risik khabar. memang biasanya orang murung ni tak buka cerita, tapi tak apa, perhati dari jauh pun cukup. tolong mana yang boleh. bagi nasihat secara umum, biar sampai dia baca. dia nak orang tolong. tapi dia tak tahu nak minta macam mana. peranan kita - peka.





No comments:

Post a Comment

“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”