aku tak nak masuk neraka.

By Ainum Lathifah - October 21, 2017


aku baru sedar rupanya selama ni aku ambil islam secara juz'iyyah. lebih jelas, aku menjadi mukminah cuma secara juz'iyyah. pada hakikatnya, aku tahu bahawa Allah memang Maha Melihat, maksudnya semua tingkah aku Allah tahu termasuk apa yang ada dalam hati. kita semua tahu itu. tapi aku perasan selama ni aku cuma fokus pada masa-masa tertentu saja contohnya, "aku tengah berbuat kebaikan, Allah pandang usaha aku" atau "jangan buat hal, ini maksiat, Allah tengok!". makna kata, fokusnya cuma bila mana tengah cenderung pada maksiat atau memang bermaksiat dan juga pada waktu sedang beramal soleh. tapi aku lupa waktu-waktu selainnya Allah pandang juga. Allah kira. Allah akan tanya. 

aku tak perasan.

aku lupa waktu aku tengah menaip ini pun Allah akan tanya di padang masyhar nanti. kalau tujuannya baik sekalipun Allah tetap akan tanya, tapi kalau tujuannya tak bawa pada kebaikan? sakit aku nanti, naudzubillahi min dzalik.

aku lupa waktu aku bersosial media, tulis caption instagram atau facebook, Allah akan tanya semua tiap patah kata. apalagi tweet-tweet di twitter yang beribu-ribu penuh dengan repekan yang tak bermanfaat, retweet hal-hal yang tak membawa pada peringatan kepada Allah mahupun tentang aib manusia lain yang aku rasa tak ada masalah untuk share atas alasan tular, semua orang tahu. serius, sebelum ni aku tak perasan benda-benda ni akan jadi masalah di akhirat kelak. 

aku lupa waktu aku menonton drama Allah akan tanya setiap saat yang mata aku laburkan. aku boleh claim drama itu bermanfaat, tapi sebenarnya manfaat atau mudarat yang lagi besar? contohnya, aku suka tonton drama korea bergenre crime, memang ada faedahnya tapi masa yang terbuang lama tu macam mana? lagi teruk kalau berkurung dalam bilik tak luang masa dengan orang tua semata sebab layan kdrama. aku lupa, sungguh. aku tak perasan semuanya akan disoal diperiksa. aku risau aku claim aku buat hal bermanfaat tapi Allah balas "kazzab".. sebab Allah lagi tahu. aku takut.. sebab aku tahu aku tak mampu nak kelentong nak auta nak dolak dalih lagi.

aku lupa waktu aku seronok dengar lagu-lagu favourite, Allah akan tanya apa yang aku isi dalam telinga dan termasuk ke dalam hati. aku lupa setiap line yang aku nyanyikan sama-sama nanti boleh jadi modal aku susah di akhirat. aku tak perasan yang ada lagu favourite tak boleh membantu aku dapat pahala malah boleh jadi saham dosa. contoh, kalau aku dengar lagu "billie jean - michael jackson", adakah aku boleh claim, "dengar lagu ni sangat membuatkan aku mengingati Allah", like seriously? semua lagu yang kita minat, berani kata itu boleh mendekatkan pada Allah? Ya Allah, sungguh aku lupa dan tak sedar.. 

aku lupa waktu aku excited bercerita dan ambil tahu tentang hal-hal yang aku minat, apatah lagi share pada orang lain (contohnya, bahubali - avatar - linkin park), Allah tengok, Allah kira dan Allah bakal soal. rosak sendiri pun Allah akan marah, apalagi bantu rosakkan orang lain. aku kongsi di media sosial tentang drama-drama, artis-artis dan hal-hal tak bermanfaat yang lain pada kawan-kawan aku dan mereka pun ikut aku sebab aku 'ajak'. aku lupa.. aku dah palingkan masa kawan-kawan kepada hal selain tentang Allah.. aku tak perasan, sungguh. aku yang akan kena nanti. dan aku buat kawan aku kena sekali. bodohnya aku.

wallahi, aku lupa. aku tak perasan. aku tak sedar. 

ini bukan bermaksud nanti bakal jadi syadid tak akan lagi menonton, tak akan lagi berhibur, tak akan lagi bersosial media dan lain-lain. tapi setidaknya aku dah dapat guideline, takat mana saja aku perlu ambil dunia. setidaknya aku dah buka mata buka hati, bahawa Allah pandang setiap laku yang zahir dan tersembunyi. setidaknya aku dah sedar dan beringat untuk tak lebih-lebih. setidaknya aku dah tak lupa bahawa nanti aku akan bertemu dengan Allah dan akan dihadapkan di depan Allah untuk diperiksa disoal dengan setelitinya tentang semua perkara yang telah aku kerjakan di dunia.

aku tak mahu jadi bodoh menanam kesukaan dan kecintaan pada hal-hal yang tak membawa kepada syurga. aku juga yang rugi buang banyak masa di dunia pada hal-hal tersebut tapi di akhirat aku tak akan dibantu olehnya. rugilah aku tak menjadikan Allah sebagai matlamat utama, tak berusaha menaikkan cinta setiap saat kerana nanti hanya Allah yang menghakimi segala, mengganjari kebaikan dan mengazabi keburukan. rugilah aku tak menjadikan Rasulullah sebagai idola dan ikutan utama yang bukan cuma lafaznya di bibir dan posting-posting di media sosial (lihatlah tulisan-tulisan aku, banyak mana nama rasul berbanding nama-nama lain..) tapi secara hakikatnya, kerana Rasulullah yang akan memberi syafaat untuk meringankan beban di akhirat kelak. 

Rasulullah berusaha nak selamatkan aku (kita) dari azab Allah dengan memberi aku peringatan tentang syurga dan neraka. tapi aku lebih merasa pandai, aku suka sucikan niat sendiri dan sucikan tindakan sendiri bahawa aku tak buang masa pada hal yang sia-sia. aku malu juga dengan status sebagai abnaul harakah, menjadi sebahagian dari golongan yang bekerja untuk agama Allah, 'waraknya' aku dalam hal siyasah - yakin semua kerana Allah. tapi habis berharaki apa aku buat? - layan movie yang tak berfaedah (contoh). ustaz adam cakap, "rugi kita orang haraki penat-penat buat kerja untuk agama, balik kita isi hal tak berfaedah". like.. Ya Allah.. aku baru rasa perasaan rugi tu. aku baru perasan investment yang merugikan sebab aku buat pahala dengan buat kerja jemaah (insyaAllah) tapi aku mungkin tambah dosa dengan hal yang tak bermanfaat setelahnya.

sebab itu aku cakap mukminah aku cuma secara juz'iyyah. pada bahagian itu aku sangat takut pada Allah. tapi pada bahagian lain belum tentu. contoh lagi, bila aku dikasi jawatan mahupun tugasan, aku sangat takut kalau-kalau ada yang aku tak terbuat mahupun aku tak lakukan dengan baik (sejarah hidup pernah sakit sebab tu!). makna kata, aku ambil serius tentang amanah dalam gerak kerja. tapi aku lupa amanah yang Allah bagi untuk urusan lainnya. aku lupa.. selain dari amanah jemaah Allah akan tanya, Allah akan tanya juga setiap saat hidup aku jalani. apa yang aku buat sehari-hari.. aku lupa! kenapa aku sangat takut ditanya soal amanah jemaah tapi aku tak setakut tu untuk amanah menjadi hamba? wallahi aku lupa dan tak perasan..

jadi, macam mana nak konsisten biar tak lupa?

inipun aku baru dapat tahu. aku baru faham. patutlah asatizah pesan kena selalu berdamping dengan orang-orang soleh. sebab insyaAllah mampu buat aku ingat pada Allah dan tak terasa nak buat hal yang sia-sia. sungguh, jadi tawar hati. kalau aku selalu dekat, baca, dengar hal-hal lagha, aku pun akan lagha. contoh kalau di facebook aku follow page-page hiburan, maka hiburanlah yang aku akan dapat dan makin dekat. aku tak nak. aku kena ubah. aku kena paksa untuk selalu dekatkan diri pada para solihin dengan hadiri majlis ilmu. kalau tak dapat hadiri majlis ilmu, guna medium youtube atau facebook. tak ada alasan aku tak boleh dengar sebab aku boleh cari di facebook, penuh kuliah live. tak ada internet? subsribe. kalau tujuan keluar duit untuk taqarrub billah, mestilah Allah akan kira sebagai kebaikan jadi kenapa nak berkira? kalau dulu aku sanggup berjaga tengah malam semata internet murah, tapi download movie. movie sanggup, kuliah agama berat? masalah siti ainum..

sebenarnya point of view mula berubah ni lepas hadir daurah bulan lepas. Allah.. rasa macam dalam syurga. tak tahulah syurga nanti macam mana! rasa macam tamak pahala. rasa macam banyak beringat semua benda sebab dah sedar Allah akan soal belaka. aku nak konsisten jadi mukminah yang baik tapi aku tahu benda tak semudah keinginan. jadi aku kena usaha selalu buat, dengar, pandang hal-hal yang mengingatkan pada Allah.

sebagai muslim, kita semua akan masuk syurga. selagi mana kita muslim, kita masuk syurga. tapi kalau ada dosa, kena humban dulu dalam neraka walaupun pengakhirannya masuk ke syurga. tapi kita tak nak sedetik pun masuk dalam neraka. jangan rasa seronok sebab muslim akan masuk syurga, jangan expect neraka tu macam transit singgah sekejap. sekejap pun kita tak akan mampu nak bertahan. jangan.. sebab itulah kita kena usaha sungguh-sungguh mengimani Allah dengan sesungguhnya, untuk seluruh aspek. kita kena think forward bukan over think. kalau kita over think, kita resah. tapi kalau kita think forward, kita boleh berjalan dalam perasaan yang selesa walaupun jalan penuh duri. 

Rasulullah s.a.w baca "Allahumma ajirni minannar". baginda guna 'aku' bukan 'kami' sebab nak tunjuknya semua orang kena baca sendiri walaupun kita boleh aminkan doa imam yang dibaca dengan "ajirna". sebabnya neraka ni memang bahaya! Rasulullah tak nak kita masuk neraka. kita maklum, kita tahu, tapi apa usaha kita untuk mengelak dari neraka? #katakantidakpadaneraka

aku bukan solehah tapi aku nak jadi solehah dan aku suka berdampingan dengan solihin. aku tak suka pada maksiat dan keburukan padahal aku juga yang sering bermaksiat dan buat keburukan lebih pada orang. aku nak islahkan diri tahsinkan peribadi sebab aku tahu dunia bukan tempat kekal, aku akan balik pada Allah bila-bila masa. jadi aku perlu sedar, aku kena kawal apa yang aku buat sebab aku tak nak susah di akhirat. aku nak orang tengok aku, orang makin ingat pada Allah, bukan makin lupa sebab aku ajak mereka pada hal-hal yang lalai.

kafa bilmaut waizhon ya siti ainum. 


untuk sesiapa yang berminat untuk mendekatkan diri pada Allah (aku terpaksa tulis macam ni), boleh juga tonton rakaman dari daurah hari tu. insyaAllah, tak puas dengar dan sangat-sangat membantu untuk mencintai Allah dan Rasulullah dengan lebih lagi. apa yang bestnya jadi muslim, kita memang berlumba-lumba untuk buat kebaikan tapi aku tak nak berlari seorang. aku nak kita berlumba sama-sama. aku nak baik sama-sama sebab aku nak masuk syurga sama-sama dan aku tak nak kita masuk neraka walau seminit. 


Daurah Kitab Turath 2.0 - Kitab Penawar Hati karangan Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam




jazakumullahu khairal jaza' telah menjadi jambatan untuk saya mendekati Allah.
baarakallahu fikum.

sheikh muhd zainul asri
tuan guru adam said
tuan guru sidek noor

moga syurga tertinggi buat kalian.


  • Share:

You Might Also Like

3 comment(s)

  1. Assalamualaikum. :)

    Terkesan betul saya membaca tulisan ini. Terima kasih banyak-banyak. Semoga diberkati Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. alhamdulillah kalau pembaca dapat manfaat :)

      آمين. syukran atas doanya. baarakallahufiki.

      Delete
  2. Setiap amalan akan dicatat dan dipertontonkan. Kadang manusia lupa lalu leka. Tapi Allah bagi peluang kepada mereka untuk bertaubat. Samada mereka rebut peluang itu atau tidak. Beruntunglah bagi mereka yang merebut rahmat dan ampunan Nya. Dan merugilah mereka yang menyombongkan diri. Rebutlah peluang selagi mana peluang itu dihidangkan. Sungguh rahmat dan ampunan Nya itu amatlah luas buat kita. Terima kasih atas peringatan yang berguna. :')

    ReplyDelete

“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”