"Aku tak akan datang pada kau (blog) selagi aku belum berjaya habiskan diploma." - aku, beberapa bulan yang lalu
By Ainum Lathifah - May 14, 2017
kita mulakan dengan basmalah.
assalamu'alaikum jami'an.
aku di sini, ertinya?
ya, alhamdulillah.. kholas! 😂
setahun ini adalah perjalanan yang tidak susah tapi bukan juga mudah. susahnya mungkin untuk komited hadir ke kelas tanpa sebarang absent terutamanya pada waktu pagi. setiap pagi adalah detik mujahadah paling besar sebab pada masa itulah sakit paling memuncak. sebelum lalui fight untuk ke kelas, wajib fight untuk bangkit subuh terlebih dulu. untung, solat itu wajib bagi muslim, kalau tak, aku dah tak bangun untuk ke kelas! 😟
alhamdulillah tsumma alhamdulillah. banyak sekali kenikmatan yang dirasa sepanjang tempoh penyembuhan ini. aku sangat tahu, Allah kasi ujian bukan saja-saja. cuma yalah, masa tengah sakit, rasa mahu kalah juga (memang kalah pun beberapa kali). lagi sekali aku mahu ulang quote dari kak aishah ;
setiap luka pasti akan sakit. tapi ingat, setiap luka pasti akan sembuh.
lucu.
mengenang bagaimana saya paling tidak tahu mengurus hati. lalu Allah uji lagi dan lagi.
aku letakkan "tidak tahu mengurus hati" sebagai "tidak redha". mungkin pada kesempatan sebelum ni (semester 5 kali kedua), aku masih lagi berkeluh-kesah dengan keadaan yang telah Allah berikan. mungkin aku belum cukup ikhlas menerima segala hal yang dah berlaku, lalu Allah tangguhkan lagi, berikan lagi kesempatan baru supaya akhirnya aku tahu untuk terima semuanya dengan selapang-lapang dada.
benda paling payah nak pass pada awalnya sebab kita belum boleh predict apa yang akan jadi. dan benda juga payah nak pass sampai akhir sebab kita rasa dah penat sangat dan rasa tak mampu nak hadap lagi dah. seriuslah, nak mula semula memang susah lepas kita dah mula berhenti. aku masih simpan tulisan yang aku tulis masa awal sem 5 hari tu ;
Aku ingat lagi waktu hari pertama minggu kuliah Julai yang lepas. Isnin dah mula kelas, Fan Ilqa dengan Ustazah Aida pada masa tu. Tak bersedia langsung nak masuk kelas. Otak belum sedia nak belajar. Emosi belum sedia nak hadap semua hal. Aku lari masuk tandas. I just couldn't control my feelings. And I couldn't stop my tears too. Because I was too afraid. I didn't know what to do. I thought of running away but, the reason why I chose to continue the journey was because of my parent. So, I couldn't go backward. And when I was in class for the first time, I tried so hard not to be upset or ended up crying. I still remembered the feelings, how vulnerable I was at that time.
But today I told Allah Ta'ala that it would be regrettable to death if I gave up on that day. Memang tahap weh-bapaklah-rugi-kalau-aku-tak-sambung-study. Because I thought of quitting college before. Sentimental person ni ada baiknya tapi buruknya jangan dibuat remeh. Yang baiknya kita lagi senang nak immerse into anything. Tapi yang buruknya macam ni la, lead to negative thinking or worse, depression.
And not to forget the biggest contributing factor yang buat aku "terpaksa" nak sambung belajar, Ustazah Norahida.
I told her I'm weak.
She told me that I'm not.
I told her I was scared.
She told me not to.
And now, here I am, writing this bedtime story for my Mirza Badi'uzzaman. So then he won't easily give up when the times come. Despite knowing that everyone has his/her own breaking points, he still needs to be strong like his mother.
it was so hard at that time, wallahi. tapi Allah mudahkan urusan, Allah tenangkan hati. alhamdulillah untuk nikmat hidup bertuhan. banyak hal yang Allah ganti. Allah ganti dengan kefahaman bahasa Arab yang lebih lagi. aku betul-betul dapat praktik bahasa Arab, tak macam dulu. lebih lagi, aku dah siapkan satu kertas projek atau aku nak sebut ia sebagai "disertasi kecil" (kasi semangat sikit!).
2012 - 2017 😎
ilmu bahasa arab dan kajian yang aku dapat ni telah buatkan aku akhirnya mengalah. aku angkat bendera putih. aku melutut dengan tangan ke langit. aku mengalah. aku akhirnya mengucapkan, "alhamdulillah atas segala musibah yang Engkau beri. ternyata ini bukan musibah tapi nikmat!". dan untung bila berurusan dengan Allah, aku memang kalah, tapi kalah dalam menang. kau fikir kau siapa. kau fikir kau raja. okay maaf aku terbawa-bawa. banyak benda dah berubah. aku dah boleh tatap muka sultan tanpa rasa pedih. aku pun dah gemuk sekarang, kalau nak state perubahan ketara.
ah, konklusinya, Allah dah berjayakan aku tamatkan diploma. syahadah (sijil) ini hadiah untuk ibu ayah tentunya, tapi ganjaran untuk aku adalah ilmu lughah dan hadharah. perjalanan yang manis untuk dikenang, masyaAllah.
Ya Allah, terima kasih telah buatkan aku merasa istimewa!
yeay lepas ni boleh jumpa kau (blog) selalu! 😂
dan terima kasih untuk yang masih sudi singgah di sini setelah sekian lama. baarakallahu fiikum.
0 comment(s)
“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”