Adakalanya Allah menggembirakanmu dengan syuhud sifat jamal-Nya..
By Ainum Lathifah - November 10, 2017
"(Adakalanya) Allah menggembirakanmu (dengan syuhud sifat jamal-Nya atau sebagainya), supaya Dia tidak mengekalkanmu bersama kedukaan kerana terlepas apa yang diingini atau sebagainya. (Adakalanya pula), Dia mendukacitakanmu (kerana kamu terlepas apa yang diingini atau sebagainya) supaya Dia tidak mengekalkan kamu bersama kegembiraan sehingga kamu menjadi rosak dan tidak beradab dengan-Nya. (Adakalanya juga) Dia mengeluarkan kamu daripada kedua-dua keadaan itu, supaya kamu tidak menjadi hamba kepada sesuatu yang lain pada-Nya." *
kalam hikmah dari Syeikh Ibnu 'Atha'illah as-Sakandari ini semakin mengukuhkan kesyukuran aku terhadap apa saja kepahitan yang telah berlaku sepanjang hidup. kalam hikmah ini membuatkan aku merasa terhibur dengan kedukaan yang telah dan mungkin masih ada. iyalah kan, kadang-kadang kita tersilap menilai sama ada kita telah move on atau sebenarnya cuma sudah terbiasa dengan kesakitan tersebut sampai mampu hidup macam tak ada apa yang perit telah jadi sebelumnya. kalau masih ada hal-hal yang boleh trigger kita mengenang semula kedukaan tersebut dan meninggalkan rasa sakit di dada, itu maksudnya jiwa kita belum setel menanganinya.
tapi tak apa. kita semua sedang berproses.
ada orang sedang berproses dari tak menjaga aurat kepada berusaha untuk menutup apa yang perlu. ada orang sedang berproses dari memakai tudung tapi jenis ceplas ceplos kepada berusaha untuk menjaga laku dan tutur biar seiring dengan imej yang dibawa. ada orang sedang berproses dari mempersoalkan tindakan tuhan kepada berusaha untuk belajar menerima sesuatu ujian dengan lebih lapang dada. ada orang sedang berproses dari tak peduli akan hal-hal sunat kepada berusaha untuk mengerjakannya sambil memperelokkan ibadah wajib yang sudah biasa dikerja. ada orang sedang berproses dari tak menjaga pergaulan kepada berusaha untuk menjaga diri biar selamat dari fitnah akhir zaman. ada orang sedang berproses dari hari-hari bercinta di talian kepada berusaha menahan rindu sehingga masa menghalalkan. dan ada orang sedang berproses dari membiarkan diri hanyut dalam lautan derita kepada berusaha untuk positif dan syukuri nikmat musibah yang dihadap di depan muka.
hasil dari sesuatu proses adalah produk. dan insyaAllah, produk secara lazimnya lumayan.
seperti yang dikatakan william nicholson, "experience is a brutal teacher but you learn fast". iya, brutal sungguh. tahap terduduk kita bila tiba-tiba ditamrin (dilatih/direkrut) dengan acuan yang hard core. tapi itu yang kita kena semat paku dalam diri, nak mendidik diri memang tak boleh dengan kelembutan saja, perlu juga pada kekerasan sebab hardship akan buat kita jadi lagi tough. macam earthbender - nak jadi earthbender kita kena stand still, fight terus apa yang ada kat depan. tak boleh elak-elak. kalau kita berani hadap, batu pun kita boleh hancurkan. ingat kan cara toph ajar aang? jadi, ujian yang brutal ni sebenarnya memang untuk train kita untuk jadi lagi tough sebab yang pasti di depan sana ada lagi ujian-ujian yang lebih dahsyat dan menggerunkan. kalau sekarang kita dah angkat bendera putih, nak sampai next level tu mahu game over terus.
apa yang paling aku nak share dan aku nak sangat orang-orang yang sedang bermasalah boleh jadi macam aku sekarang (maksud aku untuk positivity yang aku dapat) adalah hasil dari proses yang aku sedang jalani dari tahun-tahun lalu. for those who have said how strong i was, please trust me.. i was in denial state too.. i had my breakdown too. mereka claim aku nampak strong sebab aku cerita macam benda tu tak ada apa, macam not a big deal pun. sis, dah rasional ni, alhamdulillah boleh cerita. cuba kalau sis jumpa saya awal-awal dulu, mahu sis up kat facebook "hari ini saya jumpa perempuan yang sangat tak bersyukur ada patut dia tak redha dengan ujian yang Allah beri pada dia apa nak jadilah perempuan zaman sekarang". like i said, kita semua berproses.
lepas makin lama makin nampak hikmah dan ganjaran-ganjaran yang Allah ganti dengan apa yang telah hilang dari sebelum ni, aku mengalah teruk. mengalah dengan menyedari bahawa hal yang aku anggap musibah adalah antara kenikmatan yang paling besar yang pernah ada dalam hidup aku - wallahi. sampai tahap aku sengih-sengih seorang diri sambil cakap, "terima kasih Ya Allah bagi aku sakit. hihi." sebab nak cakap apa lagi bila benda yang kau anggap keburukan tu sebenarnya adalah kunci kepada pintu kebaikan yang lebih banyak. jadi, antara hal paling mahal yang aku gain adalah aku dah boleh control diri sendiri bila ada masalah. memang boleh pujuk hati sendiri dan alhamdulillah rasa ada kemampuan untuk control bila rasa nak complain sama ada zahir terkeluar di bibir atau dalam hati, mahupun nak up di media sosial whining things yang sebenarnya boleh setel tanpa kau complain sebab biasanya masalah tak besar mana tapi jenis dah terbiasa besarkan masalah macam aku seorang saja yang ada masalah dalam dunia ni. sekarang kalau rasa nak curhat complain, masa nak tweet tu be like "please la siti ainum, no need la" then i stop (if i don't please tell me). perasaannya macam kau dah pandai belajar rilek sebab kau dah tempuhinya sebelum ni. masalah masih lagi masalah tapi keadaan jiwa dah berubah (insyaAllah menuju kebaikan). aku suka keadaan aku yang sekarang walaupun ada masa aku rindu dengan jiwa aku dulu. tapi itulah kan, rindu tak bermaksud kita harus balikan (kembali berpacar) dengan mantan gebetan. kalau pacar yang sekarang jauh lebih baik dari mantan, apa gunanya mengenang masa lalu. #ehdiamalahcurhat okay abaikan analogi tak guna ni.
one of the priceless hikmah, aku jadi lagi matang hadapi ujian. i don't remember the last time aku betul-betul menangis serabut sebab ada masalah. menangis sebab memang emosi aku sangat tak balance itu biasa, proses nak pulih. tapi kalau menangis atau stress sebab problem, seriously i can't remember. ada sekali betul-betul rasa sedih sebab diuji dengan hal yang sangat-sangat berat and i did cry tapi sekadar menangis minta tolong dengan Allah bagi selesai sebab masa tu betul-betul i couldn't tell anyone. dan amazingly sangat jelas Allah tolong seolah-olah we both had mission nak setelkan hal tu (walaupun belum setel sebab ini memang ujian - sabar, bukan semua benda boleh selesai sebab kita nak ia selesai 😊). aku agak wow la masa tu macam.. "Ya Allah! terima kasih ada dengan aku suka duka pahit manis!" dan masa tu lah aku baru faham feeling betul-betul berharap bergantung pada Allah dikala ujian melanda. tak perlu pun nak up status "Ya Allah, kuatkan aku" kalau dalaman kita tak bersungguh-sungguh minta. jangan sedap-sedap whining dah berketul-ketul lepas tu baru sebut semoga diberi kekuatan kesabaran. dok comey la lagu tu. tapi tak apa, kita semua berproses. yang penting bila dah tahu, jangan buat. belajar control.
kenapa aku asyik sebut pasal up di media sosial adalah sebab most people do that. termasuk aku (sekarang dalam proses memang tak nak buat dah kerja tak matang tu). kadang-kadang kita tak perasan, tulis keserabutan dalam keadaan yang serabut akan menambahkan keserabutan tu lagi. sebab kita rasa, kita tulis, kita baca dan paling teruk kita mungkin akan bagi kesan negatif kepada orang yang membaca. apalagi bila kita bawa imej muslim/muslimah yang praktikal (yang menuju kesolehan), lagilah kita kena jaga imej kita. dan kalau reason "tak apalah nak cakap apa pun sebab bukan orang kenal aku realitinya macam mana" (ni jenis nak ada personaliti banyak la ni), kita kena ingat, tak penting orang tak kenal kita 'siapa' tapi yang penting kita tahu kita 'siapa'. siapa aku? - aku muslimah, aku abnaul harakah, aku dianggap naqibah - kena sedar diri kita ni siapa. walaupun title tu bukan layak sangat pun untuk kita tapi kita kena sedar kita dah bawa imej tu. jadi, tak patut dah nak kena jadi tak matang cakap benda tak patut walaupun di media sosial. just imagine kalau anak-anak usrah atau adik-adik yang baru nak berubah (yang jadikan kita sebagai tempat rujukan) baca apa yang kita merepek complain seolah-olah tak ada tuhan nak diminta tolong, rasa malu tak? kalau tak malu tu macam masalah la sikit. of course benda tak semudah dikata, tapi kalau betul-betul nak cuba, insyaAllah Allah tolong kita. faidza 'azamta fatawakkal 'ala Allah!
cubalah up status dalam 'doa' yang sebenar, memang rasa lain. rasa seolah-olah separuh beban dah hilang. sebabnya kita yakin Allah yang kasi, maka Allah yang akan hilangkan, Allah yang akan tolong. jiwa kita akan jadi lagi tenang, serius. dan mungkin boleh elak dari salah faham kalau orang lain baca yang mungkin boleh bawa pada salah sangka. kita kena beringat dengan fitnah media sosial ni. nak cerita dekat kawan, ceritalah. tapi jangan complain. cerita bukan complain. complain memang cerita. kena faham. kalau rasa terlanjur nak merungut tu cepat-cepat istighfar. kalau rasa nak tulis bukan-bukan, cepat-cepat istighfar. ingat mati. kalau ingat mati mana ada berahi dah nak complain macam-macam. kalau ada masalah, cari Allah (secara hakikinya). i'm telling you this sebab aku dah immerse dalam kedukaan tu dalam tempoh yang agak lama jadi, aku kira nak bagi prevention la ni untuk kalian (yang ada masalah sampai tak tenang hidup) yang membaca supaya tak terlanjur jauh sangat. kita mulakan dengan ujian kecil. kita cuba elak dari tak beradab dengan Allah (complain tu kira tak beradab la tu - astaghfirullah 😔) sewaktu diuji dengan ujian yang kecil supaya jiwa kita dah dididik untuk lebih lapang dada jika datang ujian yang lebih mencabar. we can do it!
khulasahnya, kadar penerimaan kita terhadap sesuatu ujian itu mengikut kadar kebergantungan kita kepada Allah, mengikut kadar Allah ada dalam hati kita. cuba fikir, kalau betul-betul Allah ada dalam hati kita dengan sesungguhnya, kita akan jaga laku dan tutur kita. kita tak akan rasa nak merungut mahupun persoal apa saja yang Allah sudah kata "kun". masa ni lah nak tengok bukti takat mana saja Allah ada dalam hati kita sampai tahap 'kehadirannya' boleh bagi effect untuk setiap tindakan kita. macam Syeikh Muhd Zainul Asri kata, kita tidak akan ditolong oleh Allah kalau kita tidak yakin kepada Allah. Allah akan tolong kita mengikut berapa kadar kita yakin kepada Dia. jadi, bukti yakin adalah berdoa kepada-Nya. kalau kita betul percaya Allah yang akan tolong, maka kita akan berdoa dengan sungguh-sungguh hati tanpa rasa perlunya pada curhat di tempat lain.
entri ini objektifnya untuk mengajak kalian semua termasuk yang menulis untuk sama-sama belajar positifkan jiwa walaupun kemelut melanda. nak dapat vibe positif, kita sendiri mesti positif. ujian memang untuk kuatkan, tanda Allah sayang. cliche much, right.. tapi betul. kalau tak, takkanlah aku boleh bersyukur dengan sesuatu yang asalnya dirasa musibah paling besar. bila kita belajar untuk lapang dada terima segala hal yang dah jadi, masa tu memang jiwa kita akan jadi lain. serius beb wa tak tipu. dan pandailah mencari ubat kalau tahu jiwa sedang sakit. jangan cari ubat yang salah nanti makin tambah sakit. kalau tahu jiwa tengah serabut, solat atau baca qur'an. kalau malas, dengar bacaan qur'an atau zikir dan selawat. jangan cari hiburan lain, makin ranaplah jiwa (this is really a mirror talk sebab kadang-kadang i always listen to "one more light" album kalau tengah emosi tak balance). itupun kalau di-consider one more light tu ada vibe positifnya tapi aku malas nak beralasan ambil mana yang selesa pada nafsu sendiri. apa yang susah sangat nak dengar alunan qur'an, zikir dan selawat?
kita semua berproses. doakan aku semoga semakin dikuatkan iman, dipulihkan kesihatan dan dibugarkan jiwa biar sentiasa bernafaskan nama-Nya. dan untuk kalian juga yang membaca, aku pastinya tak tahu jiwa kalian lagi bagaimana tapi aku doakan kalian menjadi semakin baik dari hari ke hari, semakin positif dan mahu menyebarkan positifiti kepada orang lain. dan untuk yang sedang patah hati (tak kisahlah apa sebabnya), semoga kalian menemukan hikmah dari patah hati yang telah Allah kasi. kadang-kadang untuk menumbuhkan sesuatu yang baru, harus dihancurkan dulu yang lama. namun, percayalah setiap apa yang Allah takdirkan adalah yang terbaik untuk kita kerana Dia lebih tahu. Allah yang ciptakan kita maka Dia yang pantas kita rujuk jika ada sebarang kerosakan pada diri kita.
"Berat dan sakitnya musibah yang menimpa jika dibawa kembali kepada Allah, maka akan berubah menjadi energi kekuatan moral." - Syeikh Rohimuddin Nawawi al-Bentani
demi Allah, aku sedang merasakannya.
----------------
*Syarah al-Hikam Jilid 2, Imam Tajuddin Ahmad bin Muhammad bin Abdul Karim bin 'Atha'illah as-Sakandari, terjemahan dan syarahan : Zulkifli Mohamad al-Bakri, Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd, halaman 42.
0 comment(s)
“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”